- 312Share sekarang!
- Email17
- Facebook295
- Share
*Artikel ini pernah diterbitkan pada 12 September 2019*
(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
KEMASKINI: Indonesia menamakan ibu negara baharu sebagai Nusantara yang kini lokasinya di Kalimantan Timur. Nama dan pembangunan tersebut telah dipersetujui oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Korang tahu kan baru-baru ni Indonesia ada memperkenalkan satu pelan yang menelan belanja sebanyak 466 trillion rupiah (RM 138,361,691,000) dalam usaha untuk pindahkan ibu kota diaorang dari Jakarta ke Kalimantan Timur, Pulau Borneo?
Pemindahan ibu kota akan bagi kesan positif kat Malaysia?
Kenapa semua tu akan dilaksanakan eh? Okay, semuanya disebabkan perubahan iklim dan penenggelaman tanah (yang disebabkan oleh pengambilan air bawah tanah secara haram) yang menyebabkan Jakarta akan tenggelam lebih cepat.
Bandar tu juga sebenarnya dah mengalami pencemaran yang kronik, kesesakan dan kepadatan yang teruk. Tapi baru-baru ni ada satu pendedahan yang menyatakan bandar tersebut jugak akan tenggelam sebanyak 10 inci setahun. Ia sangat teruk sampai satu pertiga daripada bandar tu boleh tenggelam pada tahun 2050 nanti!
Tapi apa sebenarnya yang akan terjadi kat Malaysia kalau pemindahan ibu negara Indonesia ni betul-betul terjadi? Secara jujurnya, memanglah ia secara tak langsung akan berikan manfaat untuk kita, tapi bukan semuanya akan berikan manfaat yang baik kat Malaysia, ada buruknya jugak. Tapi, kita semak dululah kesan-kesan positif yang akan berlaku kalau ia terjadi:
1. Sarawak boleh buat duit dengan penjualan sumber elektrik kat Indonesia
Isu pergaduhan disebabkan perlawanan bola sepak, budaya ‘mencuri’, era Konfrontasi dan dakwaan penculikan, hubungan kita dengan Indonesia pada dasarnya baik-baik je (?). Hubungan dari segi ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia berdasarkan rekod sehingga tahun lepas, jumlah dagangan dua hala ialah secara keseluruhannya sebanyak RM72.02 bilion. Dan, dengan penempatan semula ibu kota Indonesia, jumlah dagangan tu boleh jadi lebih besar nanti.
Pelan yang dicadangkan tu dah berjaya mendapat sokongan luar biasa daripada para pemimpin Sabah dan Sarawak:
“Saya yakin pemindahan mereka akan berikan manfaat kepada rantau ini.” – Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah, sumber dari FMT.
“Sarawak akan menerima limpahan ekonomi yang luar biasa.” – Datuk Abdul Rahman, Menteri Pelancongan Sarawak.
“Sekiranya mereka betul-betul laksanakannya (memindahkan ibu kota mereka), jadi saya pasti mereka mahukan sumber elektrik.” – Datuk Patinggi Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sarawak, sumber dari Malay Mail.
Hah? Apa kaitannya pulak dengan sumber elektrik ni? Sebenarnya, Sarawak Energy Berhad (SEB) dah bekalkan minyak kat wilayah Kalimantan Barat (yang sekarang ni bergantung kepada bahan api fosil) dengan tenaga hidro bersih melalui tiga empangan mega diaorang. Dan, dengan satu lagi empangan mega yang akan mula beroperasi pada tahun 2025, dan akan memenuhi keperluan wilayah Kalimantan secara keseluruhannya.
Sekarang ni, SED tengah dalam proses untuk lengkapkan Grid Borneo, yang ditubuhkan bertujuan untuk menghubungkan seluruh Borneo pada tahun 2020 dengan menggunakan kebanyakan tenaga bersih (sekarang ni, 74% kuasa hidro dan 0.5% tenaga alternatif iaitu tenaga suria dan lain-lain).
Grid Borneo adalah salah satu langkah pertama untuk merealisasikan Grid Asean, yang akan berkembang sama macam Myanmar! Jadi sebenarnya pilihan Indonesia untuk meletakkan ibu negara diaorang yang baru kat Borneo akan berikan keuntungan yang besar kat Sarawak.
Walaupun ramai penduduk kat Malaysia Timur yang bersuara mengenai kemungkinan yang akan berlaku kat ekonomi kalau ibu negara diaorang kat Borneo, tapi ia mungkin berlaku kalau terdapat beberapa perubahan baru.
2. Malaysia Timur mungkin kena naik taraf perhubungan dan infrastuktur diaorang
Korang mungkin jangkakan perdagangan antara Sabah dan Sarawak serta seluruh Borneo akan berkembang disebabkan kedudukan diaorang yang berhampiran, tapi malangnya, hal ini tak berlaku pun; dan ia bertentangan sepenuhnya! Perdagangan dua hala di kawasan tu sebenarnya dah terhenti, disebabkan terdapat kurangnya perhubungan antara kawasan Malaysia Timur dengan jiran-jiran berdekatan dengan Malaysia.
“Kalimantan Timur lebih dekat ke Sabah daripada Sarawak tetapi kedua-duanya, kini tidak ada jalan raya yang sesuai untuk menghubungkan ke Sabah yang menjadi halangan bagi perdagangan dan faedah rentas sempadan lain.” – Rayenda Khresna Brahmana, Pakar Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak, sumber dari Malay Mail.
Sebenarnya, tak banyak penerbangan yang disediakan antara Sabah / Sarawak dan Kalimantan, dan kalau penerbangan yang ada pun, ianya tak secara terus. Bayangkan kalau ada penduduk Balikpapan, Kalimantan kena bertahan dengan penerbangan selama 18 jam dengan dua perhentian hanya untuk nak sampai ke Kota Kinabalu yang jaraknya hampir 810km!
Untuk selesaikan masalah ni, Lebuhraya Pan Borneo dan Projek Trans Kalimantan dah diperkenalkan, tapi masih lagi tak berfungsi sampai hari ni.
Sebenarnya, Sabah dengan Sarawak dah berjaya mendapat keuntungan melalui pelancongan perubatan. Diaorang menerima beribu-ribu pelancong yang datang untuk rawatan perubatan dari Indonesia setiap tahun sebab kos rawatan kat situ lebih rendah dan disebabkan kekurangan infrastruktur perubatan kat Indonesia.
Tapi, ni semua akan terjejas disebabkan oleh isu-isu perhubungan antara kawasan. Peralihan ibu kota dilihat berpotensi membolehkan pasaran dalam aspek ni berkembang, dengan syarat isu-isu tersebut dapat diselesaikan. Selain tu, untuk pertimbangkan fakta yang kita mungkin kena tunggu dalam satu tempoh yang lama sebelum dapat merasai manfaat tu. Sebab korang kena ingat yang Rome Kalimantan tak boleh dibina semalaman; dan kita pun ambik masa selama lebih kurang 6 tahun untuk membina Putrajaya.
Okay, sekarang ni untuk berita buruk pulak…
3. Malaysia akan dilanda lebih banyak jerebu ?
Sebuah bandar takkan terbina secara ajaib dari aliran udara; jadi seperti projek pembangunan moden yang lain, tanah perlu dibersihkan untuk melaksanakan projek tersebut. Sekarang ni, dengan pertimbangkan fakta yang Indonesia akan memindahkan bandarnya ke sebuah pulau yang di mana merupakan punca banyak hutan dibakar selama bertahun-tahun. Jadi korang tahu apa maksudnya…
Dan situasi jerebu ni macam tayangan umum yang berulang-ulang jadi kat Malaysia. Dah boleh buat filem dengan tajuk “Return of The Desolation of Smog.”
Walaupun kerajaan Indonesia menekankan mengenai ibu kota baru kat Borneo akan menjadi bandar yang ‘pintar dan hijau’, pakar alam sekitar sangat ambil berat dengan isu ni sebab kebanyakan hutan Borneo merupakan tanah gambut. Iaitu sejenis tanah lembap yang mengandungi 12 kali lebih banyak karbon daripada hutan hujan tropika yang lain. Dengan satu hektar tanah gambut yang terbakar boleh melepaskan sekitar 6,000 tan metrik karbon dioksida. Jadi korang boleh agak kan dari mana semua jerebu tu datang.
Tapi mungkin disebabkan keprihatinan yang berpunca daripada jerebu yang merebak tu sendiri, ia adalah hakikat yang Kalimantan akan kehilangan lebih banyak hutan hujan berharga disebabkan projek tu:
“Saya harap bandar tersebut akan berkembang dan pendidikan akan menjadi lebih baik di Jakarta. Tetapi kesemua tanah dan hutan yang kosong sekarang akan digunakan. Kalimantan adalah paru-paru dunia, dan saya bimbang kita akan kehilangan hutan yang kita tinggalkan.” – Pelajar di sekolah Kalimantan, sumber dari BBC.
Walaupun Presiden Jokowi ada mengumumkan satu penangguhan rasmi untuk keluarkan permit baru bagi tujuan pembersihan hutan utama untuk ladang pertanian dan pembalakan, ibu kota baru tu dikatakan memerlukan tanah seluas 180,000 hektar untuk tujuan pembinaan. Dan pakar alam sekitar bimbang yang penebangan hutan tak dapat dielakkan disebabkan keluasan projek tersebut.
Ada jugak yang menyatakan ia akan membahayakan kawasan sekitar sebab ia terletak berdekatan dengan kawasan pemuliharaan hidupan liar, dan secara tak langsung ia boleh mengancam kehidupan Orang Utan yang sememangnya dah terancam.
Apa yang menjadikan ia bertambah rumit bila takde seorang pun individu luar daripada kerajaan Indonesia betul-betul tahu mengenai projek tu. Dan diaorang dikritik sebab kurangnya ketelusan dalam isu ini:
” … tidak ada sebarang perundingan awam dan tidak ada proses inklusif … Pulau Borneo terkenal dengan masyarakat Orang Asli, komuniti dan kumpulannya dan mereka seharusnya terlibat dengan perbincangan tersebut.” – Jasmine Putri, NGO Greenpeace Indonesia, sumber dari CBC.
Disebabkan aduan tu, Jokowi dah dipanggil dengan mendesaknya untuk menyampaikan janji-janjinya, terutamanya pada program hak asasi manusianya sendiri. Projek besarnya, Great Garuda (yang bernilai $40 bilion dalam bentuk mitos burung Garuda), juga dah termasuk dalam aduan alam sekitar dan skandal rasuah (walaupun dia menegaskan bahawa ia adalah ‘penting’ untuk menyelamatkan Jakarta daripada tenggelam).
Indonesia bukanlah negara pertama yang pindahkan ibu kotanya, dan bukan juga negara yang terakhir
Beberapa negara sebelum ni pun ada yang dah pindahkan ibu kota diaorang dengan pelbagai kejayaan yang dicapai.
Sebagai contoh, Malaysia jugak mempunyai ibu kota yang baru kat Putrajaya. Dan Tun M mengendalikan keseluruhan projek kat Putrajaya tu dengan baik. Putrajaya jugak dilaporkan digunakan sebagai model untuk penempatan semula Filipina untuk ibu kotanya yang baru, New Clark City. Ia disebabkan Manila akan tenggelam jugak nanti (sama jugak macam Shanghai, Bangkok, dan Maldives). Tapi tak semua negara nak buat benda yang sama.
Pada tahun 2005, kerajaan Myanmar pilih untuk pindahkan ibu kota diaorang dari Yangon ke Naypyidaw, dan membelanjakan $4 bilion untuk membina bandar baru. Tapi, walaupun kira-kira empat setengah kali lebih besar dari saiz London, bandar tu kosong dan tak bernyawa. Penduduk tempatan dan pelancong asing sama-sama meninggalkan lokasi tu. Dan ia jugak telah digambarkan sebagai ‘bandar hantu’ yang menyerupai Korea Utara.
“Ia sangat sunyi, macam bandar hantu … Saya rasa sangat canggung kat sini.” – Konsulat UN, sumber dari Naypyidaw.
*Satu lagi perkara yang tak boleh dilupakan adalah Brasilia, Brazil (yang terkenal dengan rasuah dan krisis air), di mana kerajaan Brazil pindahkan ibu kotanya daripada Rio de Janeiro pada 1960.*
Dalam apa pun keadaan, hanya masa yang menentukan sebab ia terlalu awal untuk bagi pandangan mengenai hal ni. Tapi sekurang-kurangnya diaorang mempunyai banyak contoh pada masa lalu untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama. Tapi ia takkan terhenti kat bahagian komen kan?
- 312Share sekarang!
- Email17
- Facebook295
- Share