- 228Share sekarang!
- Email14
- Facebook214
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Dua minggu lepas, bos Cilisos dijemput oleh kerajaan Singapura untuk tengok sendiri macam mana kerajaan mereka bekerja. Jadi dia sempat la melawat beberapa orang menteri, makan sedap-sedap (ye ke?), dan mengadakan sesi tertutup dengan Menteri Luar Singapura, menteri-menteri HDB, dan menteri-menteri Komunikasi, melawat pelbagai kemudahan latihan Perkhidmatan Negara mereka, menembak menggunakan senapang dan pelbagai aktiviti menarik lain dan buat kitorang jealous sepanjang masa kat office ni.
Tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang dijadualkan tu, benda paling menarik perhatian dari kontinjen Malaysia adalah lawatan selepas waktu bekerja MP Singapura, pertemuan MP dengan penduduknya pada malam Isnin. Program ni dipanggil Sesi Bertemu Rakyat atau MPS, dan nama MP yang mereka jumpa adalah Dr Maliki Osman.
Dr Maliki ni adalah MP dari Siglap, sebuah bahagian dengan pelbagai etnik East Coast GRC yang terdiri daripada kira-kira 50,000 rakyat Singapura. Dia juga merupakan Menteri Kanan di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri, dan juga Datuk Bandar daerah Tenggara.
Sesiapa dari kawasan Dr Maliki boleh mendapatkan masa selama 15-20 minit bersamanya
Jadi kumpulan bos kitorang yang terdiri daripada 8 orang wartawan dibawa ke sebuah pusat komuniti yang hanya terletak di bawah kompleks HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura). Lepas taklimat ringkas daripada salah seorang sukarelawan, kontinjen media diminta menunggu sebab Dr Maliki ada sesi masa tu. Lebih kurang 10 minit kemudian, wartawan Malaysia kemudiannya dijemput ke dalam sebuah bilik yang kecil, dan diperkenalkan dengan Dr Maliki: tak, dia tak pakai suit mahal macam Crazy Rich Asian, atau senyum yang dibuat-buat.
Kes pertama adalah apabila seorang penduduk mengadu tentang penjaja tanpa permit di kawasannya, serta menunjukkan gambar dan bukti. Dr Maliki kemudian memberi perhatian, bertanyakan soalan, dan mengambil nota. Dia juga bagitahu penduduk tu tentang hak-haknya dan undang-undang yang mengawal kejadian tu. Dia mencatat butiran aduan dalam borang hijau dan bagitahu yang dia akan memastikan keadaan tu akan diberi perhatian.
Seterusnya, ada pasangan yang bertanya tentang pembelian flat HDB (mereka sedang menyewa). Dr Maliki pun tanya pasal pekerjaan mereka. Salah seorang daripada mereka kata yang dia pernah bankrap sebelum ni, yang membuatkan permohonan mereka lebih susah untuk dilaksanakan. Perkara ni pun mengagumkan wartawan Malaysia sebab penduduk tak takut untuk bersuara walaupun ramai wartawan yang ada pada masa tu.
“Jangan risau, mereka kawan-kawan saya … mereka berada di sini untuk melihat proses ni. Tiada butiran peribadi anda akan didedahkan okay? “- Dr. Maliki
Satu kes biasanya mengambil masa selama 10-15 minit di mana Dr Maliki sendiri takde pun tergesa-gesa nak habiskan sesi tu untuk sesi yang lain. Dia dengar dengan teliti, bertanya soalan yang berkaitan, dan juga catat nota dalam masa yang sama. Dia juga mencadangkan agensi atau jabatan kerajaan yang dia akan rayu, dan dalam masa yang sama dia tak segan untuk menegur beberapa pengundinya – contohnya dengan memastikan lelaki yang melanggar lampu merah tahu yang ia adalah kesalahan serius dan dia patut tahu tentang hukumannya.
“Lain kali jangan buat macam ni lagi ya. Merbahaya tau memandu macam ni” – Dr Maliki
Apa yang mengagumkan lagi adalah pengetahuan mendalam yang dia ada untuk pelbagai subjek – dari HDB, komersial, kepada undang-undang lalu lintas. Dalam kes melanggar lampu merah, dia mengambil kira yang lelaki tu adalah pemandu penghantaran, dan dengan itu lesennya adalah ‘periuk nasi’nya. Jadi dia mengesyorkan supaya pemandu menumpukan perhatian kepada mata demerit berbanding denda dari segi duit. Wartawan Malaysia kemudiannya tanya pasal rayuan tu, ada peluang ke untuk berjaya?
“Jika agensi mengetepikan setiap pemanggil maka pemanggil tu takkan terkesan lagi. Untuk kes ini, kami mengesyorkan penepian mata demerit sebaliknya supaya anda takkan kehilangan lesen anda.”- Dr. Maliki
Ada juga beberapa kes di mana bantuan kewangan diperlukan, yang mana dasar parti sentiasa memberikan maksimum baki 3 bulan sama ada baucer atau wang tunai, dan mengkaji semula kes tu dengan serius. Dr Maliki juga yakin pasal perkara lain (contohnya Lembaga Pembangunan Perumahan, atau Polis Trafik) di mana kes ni sekurang-kurangnya boleh ditangani.
“Kes-kes yang paling biasa adalah perselisihan dengan jiran. Di Singapura, tanah adalah terhad dan 70% kawasan saya tinggal di tanah persendirian, jadi terdapat banyak persaingan untuk ruang letak kereta. Bagi kes seperti ni, kami menggunakan rangkaian pemimpin komuniti kami (sukarelawan yang tinggal di kawasan yang sama) untuk menyelesaikan masalah ni. “- Dr. Maliki
Dia kemudiannya berkongsi tentang kes seorang wanita tua yang mengadu jiran di atasnya bising. Mereka kemudian memasang soundmeter semalaman di tempatnya, dan mendapati tahap bunyi tu sangat rendah. Jadi mereka mengesyaki ia adalah penyakit dementia atau keadaan kesihatan mental yang lain boleh menjadi penyebabnya. Tapi, memang luar biasa la cara mereka nak selesaikan masalah tu sebab mereka betul-betul mendengar dan cuba menyelesaikannya.
“Ada sesetengah orang menaikkan suara kepada saya, tapi saya akan tanya balik, “Kenapa kamu menaikkan suara kepada saya? Saya cuba membantu anda”. Saya juga pastikan mereka bertanggungjawab terhadap keadaan mereka. “- Dr. Maliki
Kefasihannnya dalam bahasa Hokkien dan Mandarin nampaknya membantunya, walaupun bahasa Kantonisnya sedikit lemah.
“Ramai yang kata melalui MP, ia boleh meningkatkan peluang. Tapi nilai yang kami tambah ialah cara kami menulis surat itu mungkin membuat rayuan mereka lebih jelas. Saya akan bertanya tentang latar belakang keluarga, pekerjaan mereka, dan sebagainya. Dan kemudian merayu berdasarkan dia akan kehilangan pekerjaan jika dia kehilangan lesennya.
Berjaya atau tak, sekurang-kurangnya kami cuba untuk menerangkan senario ni dan membolehkan mereka melihat kes tu dari sudut berbeza. Saya akan mengatakan yang saya telah melakukan pelbagai cara dan biasanya mereka menerima cadangan tu. Dalam setiap kes, kami cuba memberi mereka harapan. Untuk berempati dan membantu mereka mencari penyelesaian. “- Dr. Maliki
Korang mesti terfikir… “Eleh, sebab pilihanraya dah nak dekat la tu”. Tapi…
Dr Maliki melakukannya sekali seminggu, dan begitu juga semua Ahli Parlimen Singapura … termasuk Perdana Menteri?!
Dr. Maliki ada di pejabat MPS setiap hari Isnin, dan berjumpa di antara 20-40 konstituen pada mana-mana sesi. Para sukarelawannya menyusun semula kes-kes ini, tapi Dr. Maliki mendakwa yang dia menulis surat rayuan secara peribadi kepada kementerian dan agensi kerajaan.
Sejujurnya, kitorang takde la terus percaya bila Dr Maliki kata dia buat perjumpaan sekali setiap minggu. Tapi bila para wartawan ni tanya semua menteri yang diorang jumpa sepanjang trip tu, dan korang tahu apa jawapannya? SEMUA MP BUAT! Dan ia pun bukanlah sebahagian dari undang-undang pun. Menurut dua orang menteri yang mereka borak, ia adalah polisi Parti PAP yang digubal oleh Lee Kuan Yew sendiri, pada tahun 1963 – untuk memastikan Ahli Parlimen tak terputus hubungan dengan rakyat. Ni Lee Kuan Yew sendiri pada sesi MPS tahun 1963.
Dan anak dia yang merupakan Perdana Menteri Singapura sekarang pun masih meneruskannya.
Dan nampaknya bila kitorang Google, rupa-rupanya asal-usul perjumpaan MPS ni ada sebelum Lee Kuan Yew lagi… yang datangnya dari seorang Ketua Menteri pertama Singapura dari zaman penjajah, David Marshall, seorang Yahudi dari Iraq.
“Saya berjanji pada kamu semua, kalau saya terpilih, saya akan mendedikasikan sehari dalam setiap minggu untuk menerima rakyat Singapura, sama ada pengundi atau tidak, sama ada dari Cairnhill atau tidak. Kaya atau miskin, untuk membolehkan saya memahami masalah anda, untuk menerima nasihat anda, dan membantu di mana saya dapat membantu.
Saya tidak sedar; Saya tidak menjangkakan, saya akan segera menerima keistimewaan tanggungjawab mendedikasikan 7 hari seminggu untuk kebajikan anda dan mungkin banyak malam minggu itu. Tetapi saya masih akan tetap percaya dengan anda dalam keadaan sifat yang membebankan tugas Ketua Menteri. “- David Marshall, Marshall of Singapore, A Biography.
Dan mestilah pembangkang perlu menunjukkan persaingan juga… jadi sekarang perkara unik ni memang idea Singapura. Ia lebih kurang perkara yang sama di UK sekarang, tapi disebut “surgeries” yang bermaksud pembedahan. Tapi walaupun MP agak ‘available’, nampaknya menteri pula agak sukar. Apa yang kitorang boleh bagitahu, hanya dua negara ni je yang ada perkara macam ni.
Selain MPS, setiap MP juga akan cuba mengetuk pintu setiap rumah dalam kawasan mereka di antara pilihanraya. Kami takde bilangan berapa orang MP yang melakukan perkara ni, (Dr Maliki percaya yang lebih dari separuh MP masih buat), jadi untuk mengesahkan yang ini bukanlah propaganda, jadi kami borak dengan beberapa kawan kami dari Singapura sendiri pasal hubungan rapat diorang dengan MP masing-masing.
“Kali terakhir aku buat rayuan untuk mak aku diketepikan dari kena saman tempat letak kereta, takde pun. Tak guna la MPS, buang masa je” – kawan Singapore (you know who you are)
Daripada beberapa rakyat Singapura yang kita tanya, kebanyakannya terkejut bila kitorang fikir ni benda yang sangat mengagumkan – mungkin sebab Singapura ni spesies lain kot? Sesetengah dari mereka memang dilawat oleh MP di rumah. Kebanyakannya kata perkara tu awkward gila, malah tak ajak pun MP tu masuk rumah.
Oh dan setiap menteri yang kami jumpa pada trip kali ni sekurang-kurangnya ada dua portfolio, iaitu sebuah polisi yang tak dibenarkan kerajaan kita, tapi sebenarnya telah dimandatkan oleh parti. Ia dipanggil ‘bridging’, di mana membolehkan setiap menteri tak terhad kepada skop satu jabatan.
Berhubung sesi MPS pula, mereka kadang-kadang terlepas sesi, terutamanya yang bekerja di Kementerian Luar Negeri yang membuatkan mereka selalu travel luar. Kebanyakan ahli parlimen dan menteri yang kami temui juga bagitahu yang mereka selalu tertinggal kurang dari 10 sesi MPS setiap tahun.
“Apabila saya travel, office kami akan meneruskan perjumpaan, tapi saya sendiri masih akan melayani segala surat” – Dr. Maliki
Patut tak kita cuba perkara ni di Malaysia?
Lagipun setakat yang kita tahu, takde pun ahli parlimen di Malaysia yang menganjurkan sesi terbuka dengan penduduk kawasan mereka.
Malah masa artikel ni mula-mula keluar pun, kitorang dapat mesej dari MP Malaysia sendiri yang buat perkara ni.
“Saya datang pakai t-shirt je kadang-kadang, Sesiapa yang datang untuk sesi ‘bedah’ ni perlu mengisi borang yang memberitahu masalah mereka.
Selepas perjumpaan dengan mereka selama 15-20 minit, saya akan memaklumkan Parti, siapa yang perlu mengendalikan (kebanyakannya ahli majlis) dan melalui borang kita menjejaki segala-galanya. Kami masih baru dan memperbaiki sistem kami. “- Edry Faizal, DUN untuk Dusun Tua
Edry kata idea amalan ni diambil dari rakannya, Tuan Rajiv, dari Bukit Gasing, dan rupa-rupanya, kebanyakan DUN DAP memang mengamalkannya.
“Selalunya sebelum mereka jumpa saya, saya dah tahu sama ada masalah mereka berada di bawah bidang kuasa ahli majlis, Penghulu/Ketua Kampung, Ahli Parlimen dan lain-lain. Banyak kes melibatkan majlis tempatan atau agensi kerajaan yang kadang-kadang diselesaikan melalui WhatsApp atau panggilan telefon. Saya hanya mengeluarkan surat apabila kesnya benar-benar memerlukan perhatian yang serius.” – Edry Faizal
Sejujurnya, perkara ni memang sesuatu yang mengejutkan kami, dan ia berlaku di Malaysia! Disebabkan agensi-agensi kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik ada… ‘reputasi’ ketidakcekapan mereka… contohnya macam kajian yang dibuat disini dan disini, yang membuatkan rakyat Malaysia tak heran pun untuk mencuba.
“Ia memenatkan tapi seronok. Selalunya ada sesuatu yang baru untuk dipelajari setiap hari dan ini sesuatu yang memuaskan untuk dapat membantu orang dalam menyelesaikan masalah mereka. “- Edry Faizal
Sudah tentulah menjadi seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab adalah satu perkara yang bukan senang, dan apatah lagi menjadi Menteri dan juga Datuk Bandar dalam masa yang sama? Macam mana mereka ni ada masa untuk buat semua benda?
Sebenarnya, Dr Maliki ni family man. Lebih kurang la.
“Pagi Isnin, saya akan berada di pejabat MINDEF (Menteri Pertahanan), tengahari pula saya di pejabat Datuk Bandar. Pada pagi Selasa saya di pejabat MFA, Selasa petang saya kembali ke pejabat MINDEF, Rabu saya kembali ke pejabat Datuk Bandar . Saya mungkin terlibat dalam mesyuarat di luar portfolio ni, jadi ia perlu disesuaikan semula. “- Dr. Maliki
Untuk membantunya menguruskan pelbagai portfolio, Dr Maliki mempunyai 3 pembantu, satu untuk setiap kementerian, dan satu sebagai Datuk Bandar/Ahli Parlimen, tapi hanya sorang je pembantunya yang boleh menguruskan appointment dia (kalau tak mesti huru-hara). Pada hujung minggu, dia menganggarkan yang dia perlu menghadiri 6 hingga 7 acara. Malah, sejurus selepas sesi dengan wartawan Malaysia (yang berakhir sekitar pukul 11), dia terpaksa melawat sukarelawannya yang meninggal baru-baru ni.
Lepas tu sampai je dia di rumah, dia akan clearkan semua e-melnya (memang polisi) sebelum tidur lebih kurang jam 2 pagi, dan bangun pukul 6 pagi untuk bekerja mengikut jadual keesokan harinya.
“Ya, saya dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Isteri saya sedar yang saya juga berkahwin dengan kerjaya saya dan juga kawasan saya. Keluarga saya tahu apa yang saya buat adalah penting, tapi saya akan bawa mereka bersama kadang-kadang. Dan sekarang anak saya akan datang pada hari Isnin untuk membantu saya untuk interview”
Walaupun warga Singapura selalu merungut tentang gaji menteri mereka, Dr Maliki hanya memperoleh satu gaji daripada 3 jawatan kerajaannya. Walaupun mereka kekal sebagai penjawat kerajaan dengan bayaran tertinggi di dunia (dan sesetengah warga Singapura tak berpuas hati), takde seorang pun daripada 8 wartawan Malaysia pada sesi tu merasakan ia berlebihan selepas apa yang mereka saksikan.
Walaupun masa hujung minggunya pun diambil, tapi dia tetap berhubung dengan keluarga mereka melalui WhatsApp. Diakhir interview, dia ada la juga cerita pasal polisi bersama isterinya.
“Setiap kali saya masuk ke dalam kereta, saya akan menghubungi isteri saya. Pada setiap tengahari Khamis juga, kalender saya akan dikhaskan selama dua jam bersama isteri saya. Jadi kami selalu jalan bersama di Arab street berhampiran pejabat saya.
Dan setiap kali mesti ada orang yang perasan saya di sana bersama isteri saya, dan mereka akan menegur, “WAH Doctor… so free ar?”
- 228Share sekarang!
- Email14
- Facebook214
- Share