- 1.1KShare sekarang!
- Email1
- Facebook1.1K
- Share
Sebagai rakyat Malaysia, kitorang mesti kaki makan pedas. Daripada nasi lemak sampai ke asam pedas, semakin kita dera mulut kita, semakin lah kita rasa seronok sambil makan. Tambah-tambahan lagi, suatu kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Universiti Vermont di AS telah mendapati bahawa makanan pedas mampu mengurangkan risiko kematian sebanyak 13 PERCENT, terutamanya daripada penyakit jantung atau angin ahmar!
Sebab nama kitorang pun SOSCILI, mesti lah korang dah tau tahap obses kita dengan makanan pedas. Dan kalau korang pun jenis yang selalu kena pikir apa nak makan satgi…
Ini lah peluang korang cuba ayam goreng PEDAS terbaru kat KL!??️?
Baru-baru ni, restoran 4Fingers telah dibuka di Sunway Velocity Mall kat Cheras, menghidang ayam goreng yang rangup serta berperisa. Kalau korang tak pernah dengar, ayam goreng 4Fingers hanya dibuat dengan ayam tempatan yang diternak tanpa antibiotik dan hormon dan dimasak dengan rempah-rempahan semulajadi, tanpa perisa tiruan!
Ayam goreng ni pula boleh didapati dalam tiga perisa berbeza – ori, kicap (ataupun soy bak kata omputeh), dan PEDAS, jadi kalau korang memang wajib makan tambah pedas macam kitorang, ni tentu lah pilihan terbaik untuk kamu! ?
Tapi bukan ni je benda pedas yang tengah berlaku kat Sunway Velocity Mall sekarang ni, kerana…
Korang juga boleh jumpa dan cabar watak kartun kegemaran korang tahan pedas!
Dari 25 Oktober hingga 11 November, watak-watak kartun Dreamworks KouKou akan menziarahi Sunway Velocity Mall di Cheras untuk berjumpa dan berseronok dengan warga Malaysia! Antaranya termasuk watak Kung Fu Panda, Po dan Mei Mei; watak Madagascar, Alex dan Skipper; serta juga Shrek, si gergasi hijau!
Tapi diorang bukannya duduk termenung je. Sambil berjumpa diorang, korang juga boleh bermain macam-macam permainan dan aktiviti untuk menang hadiah! Dan bersama dengan kartun-kartun ni, Sunway Velocity Mall juga sedang mempamerkan makanan pedas GERGASI di situ, jadi korang boleh la cabar watak-watak kartun ni untuk lihat siapa lagi boleh tahan pedas!
Tapi kalau korang tak nak main permainan-permainan yang ada pun, korang masih boleh menang Beg Beli-Belah KouKou dengan pembelian berjumlah RM300 dalam kurang 3 resit (atau RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dari sekarang sehingga 11 November. Dan kalau korang hanya nak datang berjumpa watak-watak Dreamworks ni:
Haaa… menarik kan? KAN? Jadi korang tunggu apa lagi? Mari la ke Sunway Velocity Mall cepat-cepat untuk peluang cuba ayam goreng pedas lagi LAZAT 4Fingers serta berjumpa dengan kawan-kawan KouKou korang dari Dreamworks!
- 1.1KShare sekarang!
- Email1
- Facebook1.1K
- Share