- 524Share sekarang!
- Email35
- Facebook489
- Share
Industri filem tempatan pernah digemparkan dengan keuntungan luar biasa yang dikutip filem The Journey menumpaskan KL Gangster satu ketika dulu. Tapi rekod tu dipadam semula selepas kutipan filem Polis Evo adalah lebih tinggi. Filem The Journey ni adalah arahan Chiu Keng Guan dan penulis skrin pulak adalah Ryon Lee.
Baru-baru ni, Ryon Lee terlibat lagi dengan satu filem ‘Haunted Hotel’ sebagai pengarah. Apa yang mengejutkan, filem ni dah ditayangkan di 800 pawagam dekat China dengan kutipan RM10 juta dalam seminggu. Mak aih! Filem ni jugak dibintangi oleh pelakon luar negara macam Li Chuan (China), Aom Sushar (Thailand) dan pelakon Malaysia seperti Teddy Chin, Nadia Aqilah dan Alvin Chong.
Tajuk filem pun kita dah tahu seram dan menakutkan. Tapi, pengarahnya cakap yang filem ni nak promosi satu tempat tarikan Malaysia kepada dunia.
“Saya mahu memperkenalkan Malaysia kepada dunia. Kita telah melihat banyak filem yang mempamerkan pulau-pulau cantik macam Pulau Redang, tapi apabila saya melihat filem seram seperti Hong Kong “House That Never Die” yang menyebabkan orang ramai datang ke tempat berhantu mereka, saya terinspirasi untuk buat benda yang sama.” – Ryon Lee, petikan dari Cinema.com.
Tempat mana agaknya yang diorang nak promosi ni?
Selain pusat peranginan, banyak kes kematian yang menyeramkan
Negara ni memang ada beberapa tempat tarikan yang dianggap seram dan berhantu. Contohnya, macam Villa Nabila dan Highland Tower. Dua-dua tempat ni pun dah dijadikan filem. Haunted Hotel pulak telah memilih satu kawasan di Genting Highland sebagai lokasi penggambaran.
Walaupun Genting Highland ni sangat popular sebagai pusat peranginan dan tempat orang berjudi. Tapi, rupanya banyak cerita seram yang orang kongsi dalam review diorang bila duduk di apartment atau hotel di Genting ni. Terdapat beberapa review yang dikongsikan kat Tripadvisor Malaysia macam:
Tapi, kita pun tak tahu betul ke tak. Dalam portal berita berautoriti tak adalah cover pasal cerita-cerita seram. Cuma yang ada ialah berita-berita kematian yang macam-macam di hotel atau apartment. Antaranya, berita seorang warga Korea Selatan yang mati dan dibungkus dalam tandas Hotel Awana. Menurut laporan, ianya pembunuhan bermotifkan dendam. Selain tu, ada orang muda berusia 20 tahun mati sebab jatuh dari tingkat 16 sebuah hotel. Dia dilaporkan cuba ambil gambar selfie tapi tergelincir.
Itu orang jatuh. Ada jugak berita kereta Perodua Axia jatuh dari tingkat 4 yang meragut nyawa dua orang yang ada dalam tu. Dilaporkan punca kejadian sebab pemandu tak dapat kawal kereta waktu buat pusingan. Mungkinlah sebab dengar macam-macam berita nilah kita ingat tempat-tempat ni seram. Jadi kat mana Haunted Hotel ni pilih?
“Saya rasa lepas filem ini, ramai orang dalam media sosial akan berduyun-duyun datang ke Malaysia, terutamanya Genting. Saya juga mendengar yang ada dua orang pelancong datang dari China hari ini dan menuju ke Amber Court untuk tinggal di sana esok” – Ryon Lee, petikan dari Cinema.com.
Amber Court mana pulak ni?
Luaran bangunan buruk tapi dalamnya ramai orang duduk
Amber Court ni adalah satu bangunan apartment yang berdepan dengan First World Hotel Genting yang warna warni tu. Sekarang kita tengok beza gambar apartment ni waktu tahun sebelum ni dengan tahun 2017.
Jadi macam-macamlah review yang orang bagi pasal apartment ni sampai ada orang cakap ‘ini bukan hotel, ianya kawasan perumahan seram’. Rupanya, bangunan macam ni ada orang tinggal jugak kat dalam. Di luar negara, tempat ni popular sampai adalah Vlogger taraf-taraf traveller pergi masuk dan nak bongkar apa yang ada dalam tu.
Vlogger travel macam Exploring With Josh (2.6 juta subscriber) antara yang masuk bangunan ni tahun 2017. Dari luar bangunan apartment tu macam nak runtuh dengan kulat-kulat tepi dinding bangunan. Tingkat bawahnya cantik macam tak ada apa yang jadi kat luar tu. Ada seorang lagi Vlogger, Cody Buffington (279K subscriber) masuk sampai ke tingkat 23. Rupanya bawah kawasan apartment tu ada kedai makan, kedai dobi dan ada jugak bilik pelacuran yang tawarkan perempuan Thailand. Kami tengok pun terkujat.
Dalam video tu jugak tunjuk ada beberapa pintu rumah yang cantik siap ber-grill lagi. Jadi memang ada orang duduk ke? Sebenarnya, apartment ni ada je pemilik masing-masing yang diorang beli dari dulu lagi sebagai weekend home. Tapi nampaknya sejak beberapa tahun ni, pihak pengurusan dah abaikan apartment ni. Akhirnya, kira-kira 100 pemilik kondominium ni pun kumpulkan petisyen dan berjumpa wakil pemaju untuk diberikan penjelasan.
Nak tahu kes apa? Menurut Malaysia Gazzette, pemaju dilaporkan sewakan lot parking apartment tu kepada pekerja-pekerja asing sebagai tempat tinggal dengan RM300 sebulan sejak 4 tahun lepas. Sampai tempat parking pun tak cukup.
“Kami berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen dan Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Bentong akan menyiasat dan ambil tindakan” – Frankie Koh, salah seorang pemilik apartment, petikan dari Astro Awani.
Luar negara dapat sambutan, harapnya di negara sendiri jugak macam tu
Macam-macam yang berlaku di bangunan Amber Court ni yang sangat mengejutkan. Tak sangka bangunan yang dari luarnya buruk masih lagi beroperasi. Jadinya, kalau korang nak rasa kehebatan Amber Court, boleh je tempah bilik atau apartment kat Amber Court ni. Boleh klik sini kalau dah bersedia nak bermalam di situ.
Tapi kalau tak cukup berani, pergi je wayang tengok cerita Haunted Hotel sebab dah mula ditayangkan pada 19 Okotober lepas. Dilaporkan akan datang, filem ni jugak akan masuk ke panggung Thailand dan Hong Kong. Sebelum orang sana tengok, kita dulu pergi sokong filem tempatan.
- 524Share sekarang!
- Email35
- Facebook489
- Share