- 4.4KShare sekarang!
- Email15
- Facebook4.4K
- Share
Siapa je orang kat Malaysia ni yang tak suka bercuti? Jangan tipu! Semua orang suka tak kiralah yang forever alone, berkeluarga serta beranak-pinak dan bercucu-cicit. Lagipun kajian dah bagitau yang Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang ada cuti umum paling banyak berbanding negara lain.
Untuk pasangan suami isteri yang ada anak-anak bersekolah, mestilah menunggu-nunggu anak diorang cuti sekolah. Nanti boleh bawak pergi bercuti ke mana-mana.
Kalau takde idea nak ke mana, ni kami nak cadangakan untuk bawak anak-anak korang pergi Karnival Ejen Ali tak lama lagi. Semuanya akan berlangsung waktu cuti sekolah ni bermula 20 Mac 2019 sampai 2 April 2019 di Sunway Velocity Mall. Bukan setakat Sabtu Ahad je tau, tapi sepanjang cuti tu! Tapi apa bendanya Karnival ni pun…?
Watak Ejen Ali yang popular sampai ke Afrika, anak korang kini boleh berjumpa depan-depan!
Kalau anak korang tak habis-habis bercerita pasal ejen spy bebudak, confirm dah tu anak korang ni peminat tegar drama animasi, Ejen Ali. Mana lagi nak cari budak sekolah rendah yang boleh jadi ejen risikan selain watak Ejen Ali ni? Bayangkan, bukan kanak-kanak Malaysia je tau tengok – sekarang dah ada kanak-kanak dari lebih 50 NEGARA Timur Tengah, Afrika serta India tau tengok drama ni!
Kat negara jiran kita, Indonesia dah memilih Ejen Ali sebagai Top 3 dalam senarai program kanak-kanak terbaik saluran MNCTV.
Jadi ni lah peluang korang nak bagi anak-anak korang berjumpa betul-betul karakter kegemaran diorang depan mata. Apa yang menarik, anak-anak korang boleh luangkan masa dengan karakter kegemaran diorang dengan aktiviti-aktiviti yang korang pun tak sangka akan ada.
Dalam hari tertentu sepanjang karnival ni, MASCOT watak-watak Ejen Ali akan buat kemunculan. Tapi bukan hanya Ejen Ali je yang akan berada di Akademi MATA ni. Dia juga akan diteman oleh buah hati dia, Ejen Alicia. Jadi, inilah peluang untuk anak korang tanya perasaan cinta Ejen Ali dan Ejen Alicia. Bila lagi kan?
Tapi korang juga jangan lepaskan peluang ini untuk anak-anak korang…tadaaaa
Boleh sertai parti sambil minum teh dengan karakter kegemaran diorang
Untuk menghargai kesungguhan anak-anak korang, bolehlah daftarkan diorang jadi ahli Velokiddie Club dan join banyak aktiviti kat karnival ni. Dan…jangan lupa…untuk bagi diorang sertai satu PARTI ni! Ni bukan parti biasa-biasa tau, ini TEA PARTY khas untuk anak-anak Velokiddie Club. Sambil lepak boleh minum teh!
Parti ni akan berlaku dua kali iaitu pada 22 Mac 2019 dan 29 Mac 2019 dari 3.30 pm hingga 5.00 pm. Anak-anak korang yang ahli Velokiddie Club hanya boleh pilih satu je dari dua sesi ni. Gambar dan nama anak korang yang menang ni akan disiarkan di media-media berkaitan. Boleh klik link ni untuk pilih sesi mana yang anak korang nak.
Dan kalau anak korang jenis lasak dan adventure sikit, korang boleh download apps Sunway Velocity (untuk android download sini dan iphone tekan sini) dan bagi anak korang join The Ejen Ali Obstacle Training Course.
Dalam game 2D ni, anak korang akan bekerjasama dengan Ejen Comot untuk kalahkan Robot Monster. Jadinya memang penting semangat kerjasama. Anak korang akan gunakan kuasa yoyo untuk lawan musuh. Dari sini, boleh lah korang tengok kalau anak korang ada bakat tak nak sertai pertandingan rancangan TV bila dah besar nanti!
Bila korang sign up je apps ni, dah boleh dapat 200 point. Dengan point sebanyak ni, anak-anak korang boleh dapat badge eksklusif Ejen Ali. Letak kat beg sekolah, boleh show off depan kawan-kawan dia. Yahoo!!!
Selain dari benda-benda best yang kami sebut kat atas tadi, bawah ni ada beberapa lagi program dan bengkel menarik untuk bagi anak korang join. Moga bermanfaatlah semuanya!
Sambil anak-anak berseronok, korang pun boleh dapat sesuatu yang lumayan! ?
Haaa… kitorang tak habis lagi! Untuk korang yang dah alang-alang bawa anak ke karnival Ejen Ali TERBESAR ni, korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan baucer beratus-ratus ringgit. Nama game ni Play2Win yang akan berlangsung dari 28 Mac hingga 28 April 2019. Mak aih! Lama gila.
Korang nak baucer membeli belah kan? Caranya mudah je. Belanjakan RM300, RM600 atau RM1,000 kat sana. Lepas tu, korang luangkan masa main secara PERCUMA arcade game gergasi yang ada. Dan menang hadiah-hadiah misteri macam gambar bawah ni.
Kalau tangan korang tu jenis bertuah memanjang. Jangan lepaskan peluang untuk join Lucky Draw yang ada. Korang hanya perlu belanjakan RM100 bawah dua resit atau kurang kat mana-mana kedai dalam tu kecuali AEON MaxValu Prime, Parkson dan perkhidmatan. Hadiah paling power bernilai RM16,000.
Memang untung kalau datang Sunway Velocity Mall waktu cuti sekolah nanti. Anak-anak pun happy dan mak ayah pun boleh tumpang sekaki happy dengan tawaran-tawaran yang ada. Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh plan dah untuk cuti sekolah yang bakal menjelang ni!
- 4.4KShare sekarang!
- Email15
- Facebook4.4K
- Share