Daripada wang saku kepada jaminan masa depan: Bagaimana PLKSBB KWSP menyemai budaya menabung sejak usia pelajar

Bagi ramai pelajar, bercakap tentang kewangan jangka panjang memang rasa macam jauh lagi. Dengan jadual kuliah, tugasan, kerja sambilan dan urusan hidup lain, soal simpanan dan persaraan selalunya ditolak ke tepi. Atas kesedaran ni, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB), mempergiatkan usaha turun padang untuk galakkan budaya menyimpan awal dengan cara yang dekat dan relevan dengan anak muda.

Dengan mendekati pelajar di tempat mereka sendiri, PLKSBB menjadikan literasi kewangan lebih mudah didekati dan senang difahami. Program ni menekankan pemahaman asas kewangan yang ringkas, sambil menunjukkan macam mana simpanan kecil yang dibuat secara konsisten boleh terkumpul dari masa ke masa, dan bantu pelajar sedar yang usaha membina masa depan boleh bermula lebih awal daripada yang disangka.

Sepanjang program ni, pelajar diajak untuk belajar literasi kewangan dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan. Mereka bukan saja diperkenalkan kepada KWSP, malah didedahkan dengan perkhidmatan lain macam Relationship & Advisory (RA), di samping biasakan diri dengan konsep Simpan Baik-Baik. Kesemua aktiviti ni disusun secara praktikal, interaktif dan mudah difahami, supaya pelajar boleh belajar tanpa rasa terbeban.

Menjadikan literasi kewangan lebih mudah dan kurang menakutkan

Program ni dihidupkan melalui gabungan stesen permainan literasi kewangan yang interaktif serta bengkel berbentuk praktikal. Di setiap stesen permainan, pelajar berpeluang mengenali KWSP dan pilihan akaunnya, memahami sasaran simpanan yang sesuai, serta berinteraksi secara lebih dekat dengan pasukan Relationship & Advisory (RA) KWSP.

Melengkapkan aktiviti permainan, bengkel kreatif seperti sulaman dan pembuatan matcha memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu, mempelajari kemahiran praktikal dan melihat bagaimana minat harian boleh berkembang menjadi sesuatu yang bermakna. Pelajar yang berjaya menyertai dan melengkapkan semua aktiviti turut menerima barangan eksklusif, sekali gus menambah elemen keseronokan dan kenangan sepanjang program.

Program ni bukan sahaja menggabungkan elemen hiburan, kreativiti dan pembelajaran praktikal dengan cara yang dekat dengan pelajar, malah kemuncak acara turut diserikan dengan penampilan istimewa personaliti popular seperti Alif Satar & The Locos, Fahimi & Firdaus Rahmat, Kucaimars dan Emeer Bakri. Kehadiran mereka berjaya menarik perhatian pelajar dan mengekalkan suasana yang meriah dan bertenaga.

Inspirasi kreatif turut diselitkan dalam program ni menerusi sesi sulaman bersama usahawan muda yang semakin meningkat naik, BenangByNini. Melalui sesi ni, pelajar bukan saja belajar kemahiran praktikal, malah dapat pendedahan tentang bagaimana minat peribadi boleh berkembang menjadi peluang menjana pendapatan.

Irdina Hani, pencipta kandungan, memimpin sesi matcha interaktif di atas pentas. Aktiviti ni memberi pelajar pengalaman praktikal sambil menunjukkan yang tak semua trend popular perlukan wang. Ada yang sebenarnya mereka boleh buat sendiri!

Mempersediakan pelajar untuk realiti hidup selepas gaji pertama

Program ni juga bantu pelajar bersedia menghadapi kehidupan selepas tamat pengajian. Melalui sesi ceramah Pelajar Tahun Akhir (FYP), pasukan Relationship & Advisory (RA) KWSP berkongsi tip praktikal tentang cara membina tabiat kewangan yang baik bermula dari gaji pertama.

Inti pati program ini tetap menekankan mesej yang mudah tetapi kuat: Simpan Baik-Baik untuk masa depan. Dengan menjadikan literasi kewangan lebih dekat dengan pengalaman sebenar, program ini membantu pelajar menyedari bahawa menabung secara konsisten, bermula awal – mampu memberi impak yang besar dari masa ke masa.