Dari penghantar surat ke billionaire, kisah George Soros dan apa matlamatnya

Menurut pendedahan yang dibuat oleh DC Leak baru-baru ni, beberapa organisasi tempatan Malaysia telah menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Antara yang disebut termasuklah Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Islamic Renaissance Front, Merdeka Centre for Opinion Research, Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Citizen Journalists Malaysia (Sabah) dan the Committee For Free Elections (Comfrel). Buat masa sekarang, Majlis Peguam dan Malaysiakini (kinitv) dah mengaku yang mereka ambil dana tersebut.

Jamal Yunos dan penyokong datang ke pejabat Malaysiakini, untuk bantah tindakan Malaysiakini terima dana dari OSF. Imej dari Free Malaysia Today.
Jamal Yunos dan penyokong datang ke pejabat Malaysiakini, untuk bantah tindakan Malaysiakini terima dana dari OSF. Imej dari Free Malaysia Today.

Korang mungkin pernah dengar nama George Soros ni dulu bila Dr Mahathir tuduh dia yang menjadi penyebab kepada’Krisis Kewangan Asia 1997-1998.

Tapi… siapa sebenarnya George Soros ni? Apa yang dia dah buat sebelum ni, dan apa motifnya? Menurut Majalah Forbes pada tahun 2008, Soros telah tersenarai sebagai 100 individu terkaya di dunia. Dan bukan itu sahaja, kat bawah ni kami selidik sebanyak tentang Soros, bermulalah dengan…

1. Pernah jadi penghantar surat sebelum jadi billionaire

Soros berasal dari keluarga Yahudi di Budapest, Hungary dan dilahirkan pada 1930. Masa remaja dia pernah jadi penghantar surat kat Jewish Council dan bila Hungary kena inflasi yang teruk, dia mula terlibat dalam perniagaan mata wang.

Tapi bila Hungary mula dikuasai Komunis, Soros berhijrah ke England dan jadi pelayan restoran. Dia pun mula belajar kat London School of Economics. Dalam masa yang sama, dia turut buat kerja part time di sebuah syarikat keretapi.

Soros masa muda. Imej dari Hub Pages.
Soros masa muda. Imej dari Hub Pages.

Lepas lulus dari London School of Economics pada 1952, dia pergi pulak ke Amerika Syarikat dan mula belajar banyak benda pasal ekonomi dan kewangan. Pada 1959, dia jadi penganalisis kat syarikat Wertheim and Co (sebuah syarikat Rockefeller) sampai tahun 1963. Akhirnya pada 1973, dia tubuhkan Quantum Fund, sebuah syarikat perniagaan saham dan mata wang.

Lepas 5 tahun je, syarikat ni dah buat keuntungan sebanyak AS$ 11 billion hasil dari pelaburan kat Wall Street. Dia pun buat syarikat baru, Soros Fund Management dan mula aktif sebagai speculator mata wang.

2. Lelaki yang memufliskan Bank of England untuk keuntungan sendiri

Pada 16 September 1992, Soros buat satu kejutan besar pada ekonomi England. Dia jual matawang pound dalam jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak AS$10 billion. Hari itu digelar sebagai ‘Black Wednesday’. Tindakan ini membuatkan England rugi berpuluh-puluh billion Pound dalam masa sehari. Mata wang Pound pun jatuh mendadak dan buatkan Bank of England tenat.

China Learning to Invest
Imej asal dari Financial Tribune.

Hasil dari peristiwa tu, Soros telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$1.1 bilion. Dia juga digelar sebagai ‘the man who broke the Bank of England’. England pulak terpaksa belanjakan 3.4 bilion pound untuk selamatkan matawang pound sterling dari jatuh.

3. Dituduh penyebab Krisis Kewangan Asia 1997-1998

Demonstrasi di Korea, masa krisis kewangan. Imej dari The Wall Street Journal.
Demonstrasi di Korea Selatan, masa krisis kewangan. Imej dari The Wall Street Journal.

Krisis ni bermula pada 1997, apabila berlakunya serangan terhadap baht Thailand oleh peniaga mata wang dengan cara meminjam matawang asing yang banyak dengan nilai faedah yang rendah dari matawang baht.

Peniaga matawang antarabangsa yang nak cari keuntungan mula sebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan ekonomi Thailand dah tak boleh diselamatkan. Mereka pun mula jual baht dengan jumlah yang besar sampai nilainya jatuh dari dolar Amerika.

Bagi Dr Mahathir, keadaan ekonomi Malaysia masa tu dalam keadaan baik, tapi ada istilah ‘jangkitan kewangan’ yang kata kalau negara jiran boleh kena, kita mungkin jugak akan kena. Memang perkara tu terjadi bila krisis di Thailand mula merebak ke negara-negara ASEAN, termasuk Jepun dan Korea Selatan.

Krisis Kewangan Asia juga jadi faktor pengunduran Suharto dari jawatan Presiden. Imej dari historycontroversy.blogspot.
Krisis Kewangan Asia juga jadi faktor pengunduran Suharto dari jawatan Presiden. Imej dari historycontroversy.blogspot.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dah menjunam jatuh dari 1,200 mata kepada 600 mata. Nilai ringgit pon merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 sedolar.

Dr Mahathir yang marah dengan keadaan tu mula sebut nama Soros masa berucap kat mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong pada September 1997.

“Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.” – Memoir Tun Dr Mahathir

Akhirnya, Dr Mahathir ambik keputusan untuk menambat nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dollar Amerika Syarikat pada 1998. Malaysia gelarkan Soros sebagai ‘Penyangak mata wang’ dan Thailand gelarkannya sebagai ‘Penjahat perang ekonomi’.

Tapi Soros nafikan tuduhan Dr Mahathir tu. Pada 2006, Dr Mahathir bertemu dengan Soros dan terima yang Soros tak bertanggungjawab dalam krisis itu.

Dr Mahathir jumpa Soros, masa Soros promosikan bukunya kat Malaysia. Imej dari mtholyoke.edu.
Dr Mahathir jumpa Soros, masa Soros promosikan bukunya kat Malaysia. Imej dari mtholyoke.edu.

John Perkins dalam bukunya Confession of an Economic Hit Man (fail PDF), berkata yang Soros bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi sesebuah negara demi nak bagi laluan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

4. Soros guna kekayaannya untuk menggulingkan pemimpin

Imej dari americans4innovation.blogspot.
Imej dari americans4innovation.blogspot.

Soros dikatakan terlibat dalam Rose Revolution untuk menggulingkan Presiden Georgia, Eduard Shevardnadze. Dia dah gunakan kuasa kewangannya untuk membantu organisasi yang menentang kerajaan.

“Dia menyokong Menteri Kehakiman Georgia, Mikhail Saakashvili dan membelanjakan lebih kurang AS$4 juta untuk gerakan menentang presiden. Organisasinya, membawa pakar ‘revolusi tanpa kekerasan’ dari Serbia, memberikan AS$700,000 kepada aktivis penentang dan membiayai stesen TV dan akhbar anti-kerajaan.” – Herald Sun.

Dipanggil Revolusi Ros, sebab penunjuk perasaan serbu parlimen dengan pegang bunga ros masa revolusi ni. Imej dari
Dipanggil Revolusi Ros, sebab penunjuk perasaan serbu parlimen dengan pegang bunga ros masa revolusi ni. Imej dari Liberty International.

Soros jugak terlibat dalam gerakan anti-George Bush. Dia dah salurkan lebih kurang AS$3 juta kepada Center for American Progress dan AS$15.5 juta kepada pelbagai pihak yang anti-Bush.

“Bila saya dengar Bush kata ‘sama ada anda bersama kami atau menentang kami’, ia telah mengingatkan saya kepada orang-orang Jerman.

Pengalaman saya dibawah Nazi dan Soviet membuatkan saya sensitif.” – George Soros, The Guardian.

giphy
Imej dari Giphy.

Selain tu, OSF dan Soros Foundation jugak dilaporkan dah bagi lebih daripada AS$7 billion kepada kumpulan dan pertubuhan berhaluan kiri. OSF yang menyokong gagasan ‘masyarakat terbuka’ jugak dah berikan dana kepada ahli-ahli politik dan pertubuhan-pertubuhan yang menyokong gagasan tersebut.

Menurut laporan Media Research Center, sejak 2003 Soros dah belanjakan lebih dari AS$52 juta untuk mengawal media. Dia jugak dikatakan ada hubungan dengan lebih daripada 30 cawangan berita arus perdana (mainstream) termasuk The New York Times, Washington Post, Associated Press dan CNN.

Tahun lepas, Rusia dah haramkan dua pertubuhan yang diasaskan oleh Soros: Open Society Foundation dan Open Society Institute Assistance Foundation kerana dianggap memberi ancaman pada keselamatan negara dan perlembagaan Rusia.

Imej asal dari Business Insider.
Imej asal dari Business Insider.

Eh jap, jap… Apa tu Open Society Foundation (OSF) sebenarnya, dan apa fungsinya?

OSF ditubuhkan pada tahun 1993. Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan ini merupakan objektif yayasan OSF yang kami petik dari laman web rasminya:

  1. Berusaha mengukuhkan kedaulatan undang-undang; menghormati hak asasi manusia, golongan minoriti dan kepelbagaian pendapat dan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
  2. Membantu dalam membentuk polisi awam yang memastikan keadilan dalam sistem politik, undang-undang, ekonomi dan melindungi hak-hak asasi.
  3. Melaksanakan inisatif untuk meningkatkan keadilan, pendidikan, kesihatan awam dan kebebasan media.
  4. Membuat kerjasama merentasi sempadan dalam isu-isu seperti rasuah dan kebebasan maklumat.
  5. OSF berikan keutamaan yang tinggi dalam melindungi dan memperbaiki kehidupan masyarakat yang terpinggir.

Yang lebih menarik, NGO antarabangsa Human Rights Watch pun terima dana dari OSF. Pejabat Wilayah Arab OSF, juga terlibat dalam memantau parlimen Tunisia, mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki Israel, berikan latihan kewartawanan penyiasatan untuk pemberita serta menyediakan bantuan guaman untuk pelarian dan masyarakat miskin di Jordan.

OSF banyak terlibat dalam aktiviti melindungi pelarian. Imej dari syrianef.org.
OSF banyak terlibat dalam aktiviti melindungi pelarian. Imej dari syrianef.org.

OSF jugak pernah bagi dana kepada Gisha, sebuah NGO dari Israel yang berjuang melindungi kebebasan bergerak penduduk Palestin, terutamanya untuk penduduk Gaza.

Jadi apa yang diterima oleh Majlis Peguam dan Malaysiakini melalui kinitv juga boleh dikatakan mempunyai tujuan yang sama. Majlis Peguam dalam satu kenyataan berkata, dana yang diterima bernilai AS$15,000 adalah geran untuk menjalankan kajian mengenai pekerja asing kat Malaysia. Malaysiakini pulak kata, dana yang diterima Kinitv sikit je dan hanya diguna untuk berita berkaitan Sarawak.

Dah tu, RM 2.6B ke Najib tu kira macam mana pulak?

Apa yang kecoh sekarang ni, bila DC Leak keluarkan dokumen yang dedahkan beberapa organisasi Malaysia terima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh Soros. Polis jugak nampaknya dah jalankan siasatan terhadap Majlis Peguam yang mengaku terima dana dari OSF.

Sesuatu pertubuhan atau organisasi semestinya memerlukan dana untuk terus bergerak. Tapi mungkin yang jadi isu adalah bila pemberi dana tu boleh mempengaruhi pertubuhan yang dibagi bantuan.

Jadi apa beza dapat dana dengan rasuah? Apa beza dapat dana OSF dengan derma RM2.6 bilion? Salah ke dapat dana dari Soros? Kami tanya soalan ni kat seorang peguam (tak mahu dikenali) dan ini jawapan beliau:

  1. Sesuatu dana itu dianggap sah jika datang dari mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan secara sah di dalam negara lain atau negara ini.
  2. Dalam kes rasuah pulak, sumber wang tak dibagi tumpuan dalam mahkamah, tapi dikira rasuah bila wang yang dibagi kepada seseorang yang berkepentingan seperti pegawai atau pemegang amanah.
  3. Hanya dana yang dibagi dengan tujuan keganasan je yang dikira sebagai jenayah.
not-me
Imej asal dari nanrussell.com.

Persoalannya ialah kenapa nak siasat Majlis Peguam yang telus dengan dana mereka sedangkan duit RM2.6 bilion tu pun sampai sekarang masih tak dijelaskan. Beza kat sini pun sangat luas, sebab dana OSF masuk kat sebuah pertubuhan tapi RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi.

“Bezanya adalah luas (dengan isu RM2.6 bilion). Bagi saya kalau penjelasan penderma Arab itu diterima, yang kami hingga sekarang tidak tahu siapa, ia memang sangat teruk. Mengapa wang itu yang diderma itu tidak dijelaskan.

Dan wang itu dibayar kepada akaun persendirian Najib – Pegawai Utama Negara ini.” – katanya ketika ditemubual oleh SOSCILI.

Tambahnya lagi, media hari tak bagi tumpuan pasal projek bernilai RM55 billion yang kerajaan bagi kat China. Katanya, jumlah sebanyak tu buatkan China ada kuasa untuk mempengaruhi Malaysia. Syarikat-syarikat yang diberi projek ni pulak akan dapat tahu dengan luas tentang struktur dan organisasi negara kita.

Klik kat imej untuk baca artikel: UIHHH, APEHAL CHINA TETIBA TOLONG 1MDB DENGAN RM10 BILION??!
Klik kat imej untuk baca artikel: Uihhh, apehal China tetiba tolong 1MDB dengan RM10 bilion??!

Jadi kesimpulannya, dana yang diberikan OSF bukanlah satu jenayah tapi hanya bantuan kewangan. OSF jugak dah nyatakan jumlah perbelanjaan mereka selama yayasan ini ditubuhkan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah kerana reputasi buruk Soros sebagai speculator matawang dah bimbangkan sesetengah pihak dan lagi buat masalah bila perkara ni dah jadi isu politik.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.