- 108Share sekarang!
- Email5
- Facebook103
- Share
Baru-baru ni kecoh satu negara bila Chef Wan katanya nak tampar bekas Perdana Menteri kita, Najib Razak. Kalau korang perasan, bekas Perdana Menteri kita tu dah ada hobi baru sekarang, kerja troll orang. Mungkin dia ada banyak masa lapang kot. So, nak dijadikan cerita – oleh kerana sekarang tengah hangat kempen Pilihan Raya Cameron Highland, ramai ahli politik tengah berkempen.
Termasuklah Najib Razak yang banyak turun padang sebab nak bantu menangkan calon Barisan Nasional. Tengah sedap-sedap orang lain berkempen, tiba-tiba pulak muncul satu isu yang katakan Chef Wan nak tampar Najib Razak. Sebabnya Chef Wan adalah anak FELDA, dan Chef Wan percaya yang Najib bagi rasuah kat penduduk FELDA.
Kitorang perasan, sejak kebelakangan ni, banyak betul acara tampar menampar yang berlaku. Jadi meh kitorang borak pasal tampar-menampar ni…
Apa yang korang perlu lakukan jika ditampar
Tak semua orang pernah rasakan pengalaman ditampar, ditumbuk atau diterajang. So, kawan kitorang kat ASKLEGAL pernah tulis artikel pasal undang-undang berkaitan tampar-menampar ni. Diorang bagi nasihat – sebolehnya jangan tampar balik, kalau korang terkena tamparan orang. Kecualilah untuk mempertahan diri.
Lepas je korang ditampar atau hampir ditampar – korang kena pergi laporkan kat pihak polis. Korang ceritalah dari A sampai Z, apa benda yang berlaku. Laporan polis ni penting kalau korang nak ambik tindakan undang-undang yang seterusnya. Sebenarnya, korang tak perlu ditampar pun untuk buat laporan, kalau korang rasa ‘terancam’ pun boleh.
“..serangan tidak memerlukan apa-apa sentuhan, tetapi memadai tindakan penyerang, sama ada melalui apa-apa isyarat atau persiapan yang menimbulkan kebimbangan kepada mangsa yang merasa dirinya akan dikenakan kekerasan jenayah.” – Seksyen 351 Kanun Keseksaan, dipetik dari ASKLEGAL
Selepas tu, bolehlah korang mulakan saman kat mahkamah. Saman kat mahkamah ni pulak akan jalani proses yang panjang. Untuk kes tampar-menampar ni, kes tu akan dibicarakan di bawah undang-undang TORT. Kalau kitorang terang benda ni, sampai esok tak habis. Korang boleh baca kat sini.
Lepas ni, kalau kena tampar jangan panik eh? Kitorang dah beritahukan benda-benda yang korang perlu buat. Sekarang meh kita tengok kejadian tampar-menampar yang semakin banyak sejak kebelakangan ni…
1. Seorang doktor ditampar sebab tak beri MC
Jadi seorang doktor ni ada tugas yang mencabar, dah lah kena rawat pesakit yang banyak dan selalunya ada kearenah masing-masing. Hari ni kitorang terkejut sebab bila dapat tahu baru-baru ni ada seorang doktor ditampar sebab tak berikan medical leave (MC). Kalau korang tengah kerja – MC ni bagai hadiah daripada doktor. Sebabnya korang boleh tak pergi kerja dengan gaji berbayar.
Tapi, itulah kalau korang demam ringan je lah. Kalau ada masalah kesihatan yang teruk, tak syok juga. Sebab kesihatan adalah harta yang paling berharga. Chewah. Cerita tampar doktor ni bermula bila, seorang lelaki tampar doktor sebab tak berikan MC kat isteri dia. Selalunya doktor tak beri MC sebab tahap kesihatan pesakit tidaklah terlalu teruk – maksudnya boleh kerja lagilah.
“Doktor lelaki berusia 29 tahun yang merawat wanita itu tidak memberikan cuti sakit kerana keadaannya tidak teruk. Suami wanita itu menampar pipi kiri doktor berkenaan berikutan berang isterinya tidak diberikan cuti sakit sebelum melarikan diri,” – Asisten Superintendan Che Zaimani Che Awang, Ketua Polis Daerah Timur Laut, dipetik dari Berita Harian
Lelaki ni tengah ‘high’ kot, lepas tampar doktor tu dia melarikan diri. Doktor tu pun buatlah laporan polis, dan lelaki yang tampar doktor tu ditahan. Rupa-rupanya, sebelum ni lelaki tu memang dah ada kes jenayah. Jadi kalau korang tak dapat MC dari doktor, janganlah memandai-mandai nak pergi tampar.
2. Tadi doktor ditampar, ni cikgu pun kena tampar sekali
Selalunya kita dengar – cikgu tampar pelajar. Tapi kali ni beza sikit apabila ada seorang bapa ambik keputusan untuk tampar cikgu sebab sound anak dia. Kes ni berlaku masa musim sukan kat sekolah. Anak kepada bapa si penampar ni beli ayam dekat luar pagar sekolah, so cikgu pun tegurlah sebab khuatir makanan tu akan jejaskan prestasinya.
So cikgu tu pun suruh murid tu balik. Kitorang rasa bila anak dia ni balik, confirm dia mengadu kat bapak dia. Apa lagi – bapak dia tu pun marahlah. Dia terus pergi jumpa cikgu tu dan tampar pipi kirinya. Pada masa artikel ni kitorang tulis, kes ni masih dalam perbicaraan. So, dia pun dah diikat jamin dengan RM2,000.
Sebelum ni pernah jugak ada kes tampar cikgu. Pada tahun 2016, pernah ada seorang pekerja hotel yang dikenakan denda RM950 sebab didakwa tampar dan takutkan seorang guru. Orang ni bukan sekadar tampar cikgu je, dia siap takutkan cikgu tu guna senjata. Mahkamah pun akhirnya jatuhkan hukuman di atas kedua-dua kesalahan dia.
“Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menakutkan dengan cara menggunakan senjata iaitu cota yang menimbulkan ketakutan. Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menampar muka menggunakan tangan,” – Dipetik dari HMetro
3. Pekerja restoran ditampar sebab tegur orang merokok
Salah satu perbezaan besar tahun ni bila korang pergi mamak – dah takde orang yang hisap rokok kat mamak. Sebabnya kerajaan dah perkenalkan satu polisi baru untuk kaki rokok. Diorang kena merokok dalam lingkungan 3 meter dari kedai makan. Tapi tak semua orang terima undang-undang baru ni dengan hati yang lapang. Baru-baru ni ada seorang pekerja restoran ditampar.
Benda ni jadi bila dia rasa masih nak hidup di zaman 2018, dia masih fikir yang merokok kat tempat makan tu masih boleh. So, dorang pun selamberlah merokok (masa tu diorang bertiga) – tengah syok sedut asap – seorang pekerja restoran tegur diorang. Salah seorang daripada mat rokok ni pun bengang, dan tampar pekerja restoran tu. Dushhhh…
Menariknya, seminggu lepas pelayan kat restoran ni ditampar, restoran diorang diserbu. Restoran ni diserbu oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAIS bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – sebab ada aduan yang mengatakan restoran tu kelirukan orang Islam dengan gantung ayat Al-Quran dan tulisan jawi.
“Kita mendapati bekalan bahan mentah seperti daging kambing diperolehi daripada pembekal yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sah. Paling meragukan apabila premis ini menggantung bungkusan kain kuning di sebelah ayat al-Quran dipercayai tangkal atau azimat,” – Salwana Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi, dipetik dari UTUSAN
4. Tampar muka sendiri sebab tak berjaya capai sasaran jualan
Asyik sembang apa yang jadi kat Malaysia je, meh kita melancong kat luar negara kejap. Jom kita ke negara yang ada tembok besar, Amerika Syarikat, eh belum lagi. Kalau korang nak tahu, ada sebuah syarikat salon kat China yang akan arahkan pekerjanya menampar diri sendiri kalau diorang tak berjaya capai sasaran jualan.
Bekas pengurus Salon Rambut Runfa dikenali sebagai Pan kata pekerja diorang dipaksa untuk jual produk rambut bernilai 3,000 hingga 4,000 yuan (RM1,800 hingga RM2,400) setiap hari, kalau gagal akan kena macam-macam denda. Di antara denda tu adalah – didenda wang tunai, dipaksa memakan cili dan bawang, meminum cuka serta terpaksa berlari sejauh 10 kilometer.
https://www.youtube.com/watch?v=qCY4Xz2YhSU
“Kami perlu menampar muka sendiri mengikut kehendak bos. Jika muka tidak cukup merah atau kesannya tidak memuaskan, kami didenda 500 yuan (RM300) pula,” – Yan, bekas pengurus Salon Rambut Yunfa, dipetik dari KOSMO
Geng-geng Yan ni dipecat daripada syarikat tu sebab diorang bantah tindakan syarikat tu yang dilihat memalukan pekerja. Yelah, cuba bayang korang kena tampar muka sendiri sebab prestasi kerja? Malu ohhhh. Tapi kat syarikat-syarikat China memang terkenal dengan ‘penderaan’ yang malukan pekerja. Syukur boss kitorang tak macam tu!
5. Muka Najib Razak yang nak ditampar oleh Chef Wan
Benda ni kitorang dah cerita awal-awal tadi. So dipendekkan cerita – semasa dia hadir berkempen untuk PH kat Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Chef Wan beritahu dia kecewa dengan BN, khususnya kepada Najib Razak. Dia tak puas hati dengan langkah FELDA pada zaman BN yang bagi imbuhan kat orang-orang FELDA. Sebab dia anggap benda tu rasuah.
“Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000. Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah,” – Chef Wan, dipetik dari MALAYSIAKINI
Sebelum benda ni jadi, Najib kata yang FELDA berada pada zaman kegemilangannya. Benda ni lah kot yang buat Chef Wan naik angin. Dia siap kata yang dia ni memang jenis yang suka cakap terus-terang. Benda ni dapat pelbagai reaksi daripada pengguna internet, tapi Najib kat dia tak nak ambik port dalam isu tampar-menampar ni.
Beberapa hari lepas tu, Chef Wan minta maaf. Dia kata masa tu dia tengah dirasuk oleh syaitan.
“Jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as I have done this morning. Yes, saya mengaku saya silap bila di rasuk syaitan dan naik marah!,” – Chef Wan, dipetik dari UTUSAN
Ada syarikat sarankan tampar rakan sekerja
Memandangkan kes tampar-menampar ni dah makin menjadi-jadi, kitorang harap korang bawaklah bertendang bertenang bila berhadapan dengan situasi nak menampar orang. Biasanya kena dengar pasal tampar-menampar ni untuk benda-benda negatif je kan, sebenarnya ada satu syarikat di China gunakan kaedah tampar-menampar untuk eratkan silaturahim.
“Mereka bukan suka-suka menampar muka, malah ada juga rutin di syarikat lain yang mengamalkan perkara sebegini. Ini untuk membina semangat berkumpulan,” – Jurucukap syarikat tampar-menampar, dipetik dari MAUKERJA
Hmm…macam-macam. Korang janganlah pulak tiba-tiba nak tampar orang sebab nak tiru budaya kat syarikat China ni. Pepatah Melayu pun ada kata – sayang anak tangan-tangankan, saya isteri tinggal-tinggalkan. Tangan-tangankan mungkin bagi pelempanglah kot. Pelempang untuk mendidikan kan tak salah…
- 108Share sekarang!
- Email5
- Facebook103
- Share