Wang & Kareer

Ini rupanya cara mudah nak buat produk kosmetik sendiri, patut makin ramai yang join

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Mungkin itulah yang sesuai diperkatakan untuk usahawan yang hebat ni.

Kitaorang yakin antara korang ni pasti dah biasa dengan nama-nama produk kesihatan dan kecantikan seperti Qu Puteh, Dnars skincare, Aurawhite, D’herbsDermax Superskin (DMS 360) dan macam-macam lagilah produk tempatan yang tengah meletup sekarang ni kat pasaran.

Dan ada jugak antara mereka ni siap sponsor event dan program realiti tv tu. Bila dah sponsor, mesti mereka dah betul-betul kukuh dan berjaya kan. Hmm tapi korang perasan tak yang tengah femes dan meningkat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan ni kebanyakkannya semua produk kecantikan je. Kenapa ye? Korang pernah terfikir tak?

Produk kecantikan laku sebab wanita mempunyai kuasa membeli yang tinggi

qu puteh

Menurut portal Usahawan.com, sebelum memerlukan perniagaan, korang kena tahu apa yang di niagakan, potensi perniagaan dan yang paling penting ialah berapa jumlah modal yang korang sanggup keluarkan. Dan majoriti orang yang berniaga ni pun turut menyediakan jualan secara online sebab pengguna sekarang ni kebanyakkan lebih suka beli barang secara online je. Senang dan tak perlu membazir masa keluar cari barang tu.

Menurut Usahawan.com lagi, kuasa membeli-belah sekarang ni dah didominasi oleh wanita! Wanita ni menggemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik – opkoslah, siapa yang tak nak cantik? Oleh sebab tu lah, ramai orang kat luar sana tu memilih untuk menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kosmetik sebab ia memang mendapat permintaan tinggi dipasaran Malaysia.

“Saya  gemar melaram dan menjaga kecantikan diri sejak zaman remaja lagi dan turut mengamalkan petua kecantikan daripada nenek-moyang.” – Faziani Rohban Ahmad, pengusaha Dnars Skincare. Dipetik dari Sinar Harian.

Menurut akhbar Sinar Harian, beliau turut bekerja di dalam bidang kecantikan bia dah abis belajar tu. Dalam tempoh 12 tahun lepas tu, beliau masih gigih kejar minat dan impian dengan ceburkan diri dalam bidang jual produk kosmetik dan buka salon sendiri pulak.

Sebenarnya nak keluarkan produk tak payah ada kilang dan makmal sendiri pun!

Pernah tak korang terfikir nak buat produk sendiri? Pernah tak korang terbayang yang produk korang tu akan berada kat seluruh Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia? Haaa kat sini kami nak kongsilah sikit apa yang kami jumpa masa tengah research pasal produk-produk kecantikan ni.

Masa-masa memula pun kami ingatkan nak buat produk sendiri ni susah sebab nak kena ada kilanglah, nak kena ada pekerja, nak kena buat ujian makmal, nak macam-macamlah. Tapi sebenarnya kan benda ni semua dah disediakan. So korang tak perlu dah nak runsing-runsing kepala, yang penting korang kena ada modal. Itu je!

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Caranya, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari kilang OEM. Apa tu OEM? Kat mana nak cari? OEM ialah Original Equipment Manufacturer.

KEBAIKAN-OEM

Imej dari Kelantan Biotech

Ada banyak kilang OEM yang berstatuskan GMP/Halal/HACCP kat Malaysia. Antara yang kami jumpa waktu research kat Internet adalah:

  • Kelantan Biotech Corporation 

Kilangnya terletak kat Kelantan dan ia merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang dipengerusi oleh Menteri Besar Kelantan. Antara produk yang mereka tawarkan ialah produk penjagaan wajah, penjagaan diri dan penjagaan rambut. Mungkin sebab tu jugak kot ramai pengusaha kecantikan ni berasal dari Kelantan.

  • Bio Chempro Industry

Kilangnya bertapak kat Batu Caves, Selangor dan ia hanya memfokuskan kepada produk kecantikan serta kesihatan dan ianya jugak merupakan 100% bumiputera.

Kilang Bio Chempro kat Batu Caves. Imej dari FB Bio Chempro

Kilang Bio Chempro kat Batu Caves. Imej dari FB Bio Chempro

  • Islamic Manufacturing Practic (IMP)

Kilangnya terletak kat Ampang, Kuala Lumpur. Antara produk-produk yang boleh dihasilkan oleh IMP ialah makanan, minuman dan kosmetik.

Kitaran proses pengeluaran produk penjenamaan sendiri oleh IMP:

Imej dari

Imej dari Islamic Manufacturing Practice

Apa yang menariknya dengan IMP ni ialah, ia mengamalkan standard pengeluaran produk-produk halalan thoyibban berdasarkan syarak yang telah berdaftar. Segala prosesnya jugak berdasarkan kaedah pengeluaran yang halal, bersih dan suci.

Malah seawal pagi lagi para pekerjanya disarankan untuk mengamalkan bacaan Asmaul Husna dan selawat Syifa sebelum memulakan pekerjaan. Disamping itu, ia jugak turut memberikan waktu kat pekerjanya untuk melakukan solat Dhuha. Dan mereka jugak sentiasa pastikan pekerja-pekerja semuanya berada dalam keadaan berwudhu semasa bekerja.

“…sepanjang bekerja, pekerja ni memang kena sentiasa berwudhu kerana dalam Islam berwudhu ni mendatangkan Rahmat… menambah keberkatan…” – Ustaz Ahmad Tajuddin, Pengasas IMP. Dipetik dari Islamic Manufacturing Practice.

Lepas dah settle urusan dengan kilang OEM, apa step seterusnya? 

Bila dah settle, korang bukan hanya stop sampai sini je tau. Tapi korang kena cari pulak syarikat yang buat printing dan packaging kalau kilang OEM hanya fokus kat pengeluaran produk je.

Bila produk korang dah siap pack semua, korang kena pikirkan marketing pulak. Macam buat iklan kat majalah dan media sosial. Kalau korang ada modal lebih boleh iklan kan kat TV dan radio ke. Sebab tu kalau korang perasan pengusaha yang berjaya ni semua buat marketing ‘kaw-kaw’ punye lah macam produk D’Herbs Terlajak Laris dan Qu Puteh tu!

Kalau tengok mereka yang dah berjaya menempah nama ni, macam best je. Bisnes pun berjalan lancar macam takde masalah je. Tapi tak kan mereka tak pernah alami rintangan dan cabaran dalam bisness ni?

Persediaan fizikal dan mental dalam perniagaan

Setiap benda yang korang nak buat pasti akan ada halangan dan rintangannya. Tapi korang kena sabar dan harus mempunyai strategi untuk hadapinya, macam tu jugak yang dilalui oleh para pengusaha yang dah berjaya dan terkenal sekarang ni!

Ok menurut pengalaman pengasas bagi produk jenama Dermax Superskin (DMS) ni, beliau dulu hanyalah seorang jurujual je tapi kini dah jadi jutawan kosmetik! Dan sebelum beliau terkenal macam sekarang ni, dulu pun beliau pernah bukak syarikat kosmetik lain bersama rakan kongsinya namun perniagaannya itu gagal di tengah jalan dan akhirnya syarikat kosmetiknya tu terpaksa tutup. Tapi, beliau tak pernah putus asa pun untuk terus memajukan dirinya sehinggalah beliau kembali membuka semula syarikat kosmetik sendiri pada tahun 2012 yang dikenali sebagai DMS dan kini jualan setahun produknya mencecah RM20juta!

 

So sebenarnya korang pun boleh je nak berjaya macam pengusaha-pengusaha kecantikan yang dah ada kat Malaysia sekarang ni. Yang penting korang ada modal dan tahu caranya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kat korang dan lebih memberi semangat serta motivasi kat korang yang tengah plan nak buat bisnes!

Selamat maju jaya dari team SOSCILI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend