CapitaLand lancar peraduan pengguna terbesar di Malaysia, sedia hadiah bernilai lebih RM400,000

CapitaLand telah melancarkan Kempen “Shop SMART Win smart” dengan kerjasama PRO-NET, anak syarikat pembuat kereta nasional Malaysia, PROTON. Kempen ini menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM400,000 termasuk sebuah kenderaan elektrik baharu smart #1 Premium dan ganjaran eksklusif daripada jenama terkemuka. 

Kempen ini yang berlangsung di enam pusat beli-belah CapitaLand di seluruh negara dari sekarang hingga 31 Oktober 2025, merupakan peraduan pengguna terbesar CapitaLand di Malaysia setakat ini.

Kempen “Shop SMART Win smart” adalah kesinambungan kepada kejayaan kempen “Shop & Be Rewarded” yang dianjurkan oleh CapitaLand dari April 2024 hingga Februari lalu. 

“Susulan sambutan luar biasa terhadap kempen ‘Shop & Be Rewarded’ yang menerima lebih 30,000 penyertaan, kami teruja untuk bekerjasama dengan PRO-NET tahun ini bagi menawarkan ganjaran yang lebih hebat kepada pelanggan melalui kempen ‘Shop SMART Win smart’. Ini merupakan peraduan terbesar CapitaLand di Malaysia dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang terus memilih pusat beli-belah kami sebagai destinasi membeli-belah dan gaya hidup pilihan. Kami komited untuk terus menyajikan ganjaran, tawaran dan pengalaman yang luar biasa bagi memastikan setiap lawatan ke pusat beli-belah CapitaLand benar-benar berbaloi.”

– Ms Selina Ng, Pengarah Urusan, Retail Malaysia, CapitaLand Investment

“Menerusi kerjasama dengan CapitaLand, kami berpeluang untuk berhubung dengan lebih ramai rakyat Malaysia dan membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman dengan smart #1. Perkongsian ini bukan sekadar menyediakan hadiah berbentuk kereta, tetapi juga untuk menggalakkan minat dan meningkatkan kesedaran mengenai mobiliti lestari. Kami sangat teruja untuk memulakan perjalanan ini dan tidak sabar menanti detik meraikan momen indah bersama pemenang bertuah.”

– En. Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET

Berbelanja dan dapatkan ganjaran di pusat beli-belah CapitaLand di seluruh negara

Pelanggan berpeluang memenangi smart #1 Premium dan ganjaran eksklusif daripada jenama terkemuka apabila berbelanja di enam pusat beli-belah CapitaLand di seluruh negara, dari sekarang hingga 31 Oktober 2025.

Selain hadiah utama, pelanggan di Gurney Plaza dan Queensbay Mall di Pulau Pinang serta East Coast Mall di Kuantan, Pahang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM140,000! Hadiah menarik yang disediakan termasuk percutian untuk dua orang ke Borneo, iPhone 16 Pro, bagasi Samsonite 20”, peti sejuk LG side-by-side, vakum robot Xiaomi, set sofa Riron dan baucar beli-belah. Untuk melayakkan diri, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM200 dalam satu resit.

Selain itu, pemegang kad UOB di Pulau Pinang boleh menikmati syarat pembelian minimum yang lebih rendah, iaitu hanya RM150, apabila mengemukakan slip pembayaran kad kredit atau debit bersama resit pembelian di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.

Di Lembah Klang pula, pelanggan di 3 Damansara, Melawati Mall dan The Mines juga boleh menyertai kempen ini. Dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit, mereka layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik bernilai hampir RM62,000, termasuk pakej percutian, Samsung Smart TV, Samsung Galaxy S25, iPad Air, Oppo Reno 13, LG TV, Dyson Hair Dryer, Blueair Air Purifier dan banyak lagi.

Tidak terhenti di situ, pelanggan yang menyertai kempen “Shop SMART Win smart” dan juga pengguna Hello Smart App boleh menikmati ganjaran eksklusif tambahan. Hadiah kejutan bulanan menarik akan diberikan, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan. Nantikan pengumuman daripada smart Malaysia!

Tawaran baharu di pusat beli-belah CapitaLand

[Dari Kiri] Vennila Velafa, Pengurus Marcom Queensbay Mall, Peter Chan, Pengurus Besar Gurney Plaza, Queensbay Mall & East Coast Mall, Abdul Hadi Che Man, Pengarah Pelancongan Malaysia Wilayah Utara, Selina Ng, Pengarah Urusan, Runcit Malaysia, CapitaLand Investment dan Patricia Chin, Pengurus Marcom Queensbay Mall, semasa pelancaran kempen “Shop SMART Win Smart” di Queensbay Mall.

Sambil membeli-belah untuk memenangi hadiah, pelanggan juga boleh menerokai pelbagai jenama baharu di pusat beli-belah CapitaLand di Malaysia. Dari fesyen dan kecantikan terkini hingga pengalaman menjamu selera dan gaya hidup yang menarik, ada sesuatu untuk semua orang!

Di Pulau Pinang, pelanggan boleh menantikan penampilan pertama Toro Fries, kentang goreng sepanjang satu kaki dari Thailand, serta kehadiran Paris Baguette dan MUJI di Gurney Plaza. Di Queensbay Mall pula, pencinta makanan boleh menikmati hidangan lazat di restoran makanan laut Thai Laem Charoen dan restoran kegemaran tempatan, Madam Kwan’s. Jika anda berada Kuantan, bawalah anak-anak  meneroka taman permainan pertama, WAN TO PLAY, di East Coast Mall.

Sementara itu di Lembah Klang, pelanggan boleh merasai pengalaman menyeronokkan di taman tema terbaru Game On di Melawati Mall atau mencabar diri di gim pendakian Batuu Climbing di 3 Damansara. Jangan lupa untuk mengunjungi Jalan Jalan Japan Apparel, kedai konsep produk terpakai dari Jepun, di The Mines!Datang ke mana-mana pusat beli-belah CapitaLand hari ini dan sertai kempen ini! Lawati https://capitalandmalls.com.my untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.