Perempuan ISIS ni nak balik UK untuk selamatkan bayinya, tapi dilucut kewarganegaraannya?

UPDATE 21 Feb 2019: Baru je melahirkan anak bebehari yang lepas, kerajaan Britain bertindak menarik balik kewarganegaraan Shamima Begum. Dia kemudiannya berhasrat untuk mendapatkan kewarganegaraan dari Belanda, negara asal suaminya. Bangladesh pula dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan untuk tak menerima Shamima Begum sebagai warganegara walaupun ibunya berasal dari negara tersebut.

___________________________________________________________________________

Kerap juga kisah pasal militan ISIS ni keluar beberapa hari kebelakangan ni bukan saja di negara kita, tapi di seluruh dunia.

Sekarang ni, tengah ada perdebatan pasal patut atau tak kerajaan Britain terima semula seorang perempuan Britain, Shamima Begum yang nak balik ke UK kembali, lepas lari untuk sertai ISIS pada empat tahun lepas.

Shamima Begum. Imej dari eaworldview.com

Shamima Begum, 19, merayu kepada pihak kerajaan Britain supaya menerima kepulangannya ke Britain disebabkan dia mengandung hasil perkahwinan larinya bersama seorang militan ISIS, Yago Riedjik dari Belanda yang juga terpengaruh dengan ideologi militan ISIS ni.

Terpengaruh dengan seks jihad yang diamalkan militan ISIS

Kalau korang nak tahu, dia cuma berumur 15 tahun masa dia melarikan diri tanpa pengetahuan keluarga dia. Mesti korang terfikir, macam mana dia boleh travel ke Turki seawal umur tu? Dia bukan berseorangan, tapi melarikan diri bersama dua lagi kawan dia iaitu Amira Abase dan Kadiza Sultana yang lebih kurang sebaya juga dengan dia untuk menyertai misi yang sama. 

Berasal dari Bethnal Green, mereka digelar “The Bethnal Green Girls”, dan merupakan antara beratus-ratus orang yang menyertai ISIS.

Shamima juga menjual barang perhiasan milik keluarga dia, dan kemudiannya beli tiket ke Turki bersama kawan-kawan dia yang lain. Di Turki, mereka diambil oleh penyeludup yang bekerja dengan ISIS dan merentasi sempadan Syria, untuk turut berjihad cara mereka.

Sesampainya di Syria, mereka ditempatkan di sebuah rumah yang menempatkan anak dara kesemuanya, sebelum mereka kemudiannya dipilih sebagai pengantin untuk para jihadis ni. ISIS ni memang pandai ‘groom’ mangsa-mangsa mereka sebaiknya dengan ideologi yang membabitkan jihad, pahala, dan mati syahid, di mana mereka ni dieksploitasi dari kelemahan mereka sendiri.

Lepas empat tahun tinggal di kem pelarian di Syria, barulah dia minta supaya kerajaan Britain izinkan dia balik sebab dah mengandung sembilan bulan, dan cuma tunggu anaknya dilahirkan. Sebabnya, supaya dia dapat besarkan anak dia dalam keadaan yang lebih tenteram dan selamat. Kalau nak tahu, anak yang dia kandungi sekarang ni bukanlah anak pertama, tapi anak ketiga dah sejak dia larikan diri ke Syria di mana dia tinggal di sebuah kem pelarian di negara bergolak tu.

Bukan selesa pun duduk kat kem pelarian ni. Tapi sebab nama jihad punya pasal.

Dua orang anak yang dikandungi sebelum ni mati sebelum sempat membesar macam kanak-kanak normal yang lain berpunca daripada malnutrisi dan penyakit.

Tapi kebanyakan rakyat dan kerajaan British keras dengan tindakan mereka untuk tak bawa balik Shamima Begum

Tapi, kerajaan Britain nampaknya bertegas untuk tak memaafkan remaja tu,

“Sekiranya anda menyokong organisasi pengganas di luar negara, saya tidak akan teragak-agak untuk mengelakkan anda pulang.” – Sajid Javid, Menteri Dalam Negeri Britain.

Selain Shamima, keluarganya juga menuntut supaya kerajaan menerima anak mereka kembali ke Britain. Imej dari The Times

Malah, mengikut temuramah wartawan dengan rakyat UK yang lain, ada yang tak setuju bila kerajaan kata dia tak nak tolong remaja tersebut. Ada yang kata, dan ada yang setuju sebab dia masih muda jadi dia patut diberikan peluang. Ada juga yang kata dia tak sepatutnya pulang sebab dia dah pilih cara hidup macam tu. 

“Saya tidak mahu membahayakan nyawa rakyat British dengan mencari pula pengganas ni.” – Menteri Keselamatan UK, Ben Wallace

Ben Wallace. Imej dari news24com

Kalau nak diikutkan undang-undang Britain pula, sedikit bercanggah. Menurut ketua Perkhidmatan Perisikan Rahsia Britain, MI6, dia  mengatakan yang sebenarnya, rakyat Britain mempunyai hak untuk kembali ke UK. Tapi masalahnya…. mereka juga “mempunyai kemahiran dan hubungan yang menjadikan mereka berpotensi dan sangat berbahaya“, yang menyebabkan ia adalah satu risiko untuk bawa pulang mereka ni.

Dan nampaknya dalam sebuah wawancara wartawan Sky News dengan Shamima,  dia langsung tak menunjukkan sebarang penyesalan bila mengaku yang dia tak kesal langsung dalam penglibatannya dalam ISIS ni, dan cuma nak pulang ke UK untuk besarkan anak dia kat sana.

Shamima yang diinterview wartawan selepas beberapa jam melahirkan anaknya. Imej dari skynews

Petisyen untuk mengharamkan mana-mana anggota ISIS supaya tak dibenarkan pulang ke Britain

Jadi disebabkan kes ni, ia akhirnya membawa kepada sebuah petisyen yang meminta supaya kerajaan bertindak tak lagi memberi peluang kepada ahli ISIS dari kembali ke Britain, menghapuskan kewarganegaraan dan juga menarik balik pasport mereka.

Petisyen tu dimulakan oleh Stephen Kent, yang menyebut:

“Dengan mengharamkan semua anggota ISIS yang kembali dan dengan menghapuskan kewarganegaraan dan pasport mereka, ia akan membantu menjaga UK supaya selamat daripada pengganas dan tindakan mereka.”

“Ia juga akan menjimatkan beratus-ratus ribu pound (matawang Britain), masa perkhidmatan polis dan keselamatan. Ia juga akan menghantar mesej kepada orang lain bahawa keanggotaan organisasi pengganas tidak akan diterima.”

Petisyen yang dimulakan oleh rakyat Britain. Imej dari petition.parliament.uk/petitions

Setakat ni, seramai 400, 416 orang terutama sekali rakyat Britain yang dah menandatangani petisyen tu. Kalau nak diikutkan, bukan mereka saja-saja kejam tak nak maafkan kesalahan orang, tapi nampaknya laporan menunjukkan yang dah lebih 400 orang ‘jihadis’ ISIS yang berasal dari Britain ni balik ke negara mereka. 

Kalaulah benda yang sama jadi kat rakyat Malaysia, korang rasa…