- 52Share sekarang!
- Email2
- Facebook50
- Share
OK, sekarang Bersih 4.0 dah selesai. Lepas tu mesti ramai yang kepoh nak tahu jawapan kepada soalan ni:
“Sebenarnya, berapa ramai yang hadir ke Bersih 4.0?”
Penganjurnya BERSIH 2.0 berkata lebih kurang 500,000 orang semuanya. Yang sebelah satu lagi, PM kita percaya 20,000 orang hadir pada hari pertama. Abang polis pulak amacam cakap? Dia orang kata 25,000 orang pada jam 3 petang hari Sabtu dan 18,000 orang pada 10 malam hari Ahad.
Tapi, kalau ada banyaklah sangat jawapan (macam 1MDB lah), maksudnya satu saja: Sebenarnya, tak ada siapa yang tahu mana yang betul, mana yang salah.
Jadi…apa yang kami cuba buat ialah untuk menganggarkan sendiri nombor sebenar itu. Ya, CILISOS telah mencuba sedaya upaya untuk mengira DENGAN KONSERVATIF berapa ramai peserta telah hadir di BERSIH 4.0.
At first, kami cuba buat cara manual…
Pada mulanya, kami cuba kira satu-persatu. Ya, memang kami cuba mengira 1-2-3-4-5 macam tu. Tapi bukanlah betul-betul nak kira setiap satu kepala dari Pasar Seni sampailah Dataran Merdeka la. Kami cuba menggunakan cara cerdik seperti ini.
Nampak tak petak merah tu? Kami merancang nak cuba mengira bilangan orang di dalam petak itu, darab dengan panjang dan lebarnya, kemudian hitung berapa ramai orang yang berada di sepanjang Jalan Tun Perak.
Jadi, kami minta seluruh warga ofis CILISOS mengira bilangan orang di dalam petak merah itu dengan sendiri…
….kemudian semua hantar pada FB chat kami serentak.
Oklah, mungkin kiraan Jo-Lyn termasuk beberapa orang dari planet asalnya, tapi…
Susah gila ayam, kira sampai buta woi! Kita kasi Sains kowtim-kan la!
Kaedah kami tu dah kantoi. Tapi sebenarnya, sesiapa yang cuba mana-mana di dunia ini pun akan gagal jugak.
“Kalau kamu membuat tiga cubaan untuk mengira jumlah jellybean di dalam satu balang, kemungkinan besar awak akan mendapat tiga nombor yang berbeza, sebab manusia memang tidak boleh mengira bilangan besar tanpa membuat kesilapan.
Sekarang, bayangkan anda cuba mengira bilangan kepala yang sedang bergerak, ada yang tunduk mengikat tali kasut, ada yang sedang berkongsikan payung, ada yang datang lewat ataupun pulang awal. Lagipun, ini adalah satu lapangan di mana motif ikhlas susah ditemui.” – Rob Goodier, PopularMechanics.com
Tapi takpelah, sebab masa kami merayau-rayau online kami terjumpa sesuatu yang dipanggil ‘The Jacobs’ Method’ oleh mamat yang bernama Herbert Jacobs yang dikatakan telah memodenkan teknik kawalan himpunan. Tunggu apa lagi, kami pun cubalah cara dia tu. Kaedahnya telah digunakan dalam berbagai acara, dari himpunan politik ke konsert, dan diterima sebagai kaedah lazim untuk mengira saiz suatu himpunan di serata dunia. Jadi macamana cara dia mengira eh?
Mengikut Jacobs ni, kaedahnya mempunyai satu prinsip asas: luas x kepadatan. Kepadatan dikira berdasarkan ruang yang dipenuhi oleh seseorang apabila di kalangan orang ramai. Oleh itu, ada 3 jenis kepadatan orang ramai yang berbeza (hukum asas kepadatan).
- Kepadatan rendah – 0.93 meter persegi seorang
- Kepadatan tinggi tapi boleh dikawal – 0.42 meter persegi seorang
- Kepadatan tahap mosh-pit – 0.23 meter persegi seorang
Disebabkan kami terpaksa menyiarkan artikel ini (asalnya dalam Inggeris) dalam masa 24 jam selepas BERSIH 4.0 (dan juga sebab takdelah banyak sangat gambar rujukan), kami mengambil keputusan untuk mengambil cara kedua, dimana seorang dapat dimuatkan ke dalam kawasan 0.42 meter persegi (sebab BERSIH 4 padat dengan orang tapi kira dikawal baik la, kan berakhir dengan aman?).
TAMBAHAN, kami juga telah mengambil kira isu-isu berikut:
- Kami hanya mengira kawasan yang nampaknya sesak MAKSIMUM.
- Kami menggunakan video yang dirakam pada waktu tertentu (jadi tak bolehlah ada orang nanti datang kata pada masa ni, tempat ni sesak…dll). Lagipun, kami dapat temui rakaman yang cukup terer dari 2 waktu ni (yang juga dianggap yang paling sesak sebab waktu tu masa BERSIH memuncak)
- 4-6 petang hari Sabtu
- Tengah malam Ahad sebelum finale
Apa yang kami tidak pertimbangkan:
- Kawasan yang tak ramai orangnya.
- Kawasan yang tak dapat dirakam kamera.
- Orang ramai yang datang dan pulang di luar waktu puncak (MACAMANALAH NAK KIRA TU, GILA KE APE!?)
Contohnya begini.
Kenapa kami buat macam ini? Sebab kami mahu memberi kekawan semua satu anggaran nombor yang cukup konservatif supaya ia tidak boleh dipertikaikan. Tapi kami tambah jugaklah lebih kurang 20% ke atas nombor ni untuk mengambil kira orang ramai yang ulang-alik, yang datang dan pulang di luar waktu puncak, tempat dimana orangnya tak ramai, DAN tempat yang tidak sempat dirakam.
Dengan kaedahnya ditentukan, kami pun mulalah melakarkan kawasan-kawasan yang padat (menggunakan website yang memang best ni freemaptools.com/area-calculator.htm). Lakaran peta dan jalan kerja untuk kedua-dua waktu itu seperti berikut:
ANGGARAN KONSERVATIF BILANGAN ORANG pada masa 4-6pm, 29 Ogos
(tengok video rujukan di sini & sini & sini)
Jumlah keluasan: 28377.074 m²
Kepadatan orang ramai: 0.42 m² per person
Jalan kerja: 28377.074/0.42
= 67,564 orang!
ANGGARAN KONSERVATIF BILANGAN ORANG pada masa Tengah Malam 31 Ogos
(tengok video rujukan di sini)
Jumlah keluasan: 15473.237 m²
Kepadatan orang ramai: 0.42 m² per person
Jalan kerja: 15473.237/0.42=36841.04
= 36,841 orang!
Tapi kenapa anggaran semua orang melencong sangat?
Alaa… macam masa nak bincang pasal saiz burung laki la (maksud kami, er.. burung peliharaannya. Jenis yang dok dalam sangkar tu). Laki yang dia punya tu mestilah cakap saiznya besar, mamat lain pulak mestilah cakap saiznya kecik aje.
So anggaran kami amacam? Sekali lagi kami mesti tekankan nombor kami TIDAK mengambil kira:
- Kawasan di mana orang tak ramai.
- Kawasan yang tidak dirakam kamera.
Dan nombor kami juga tidak, dengar baik-baik, TIDAK memberitahu berapa jumlah orang yang sebenarnya hadir di himpunan BERSIH 4 hujung minggu lepas. Ia hanya mengambil kira orang ramai yang hadir di TEMPAT-TEMPAT TERTENTU pada WAKTU-WAKTU PUNCAK TERTENTU.
Jadi kami kira anggaran polis MEMANG ‘out’ la , dan anggaran BERSIH sendiri pun mungkin juga (kecualilah ada ramai peserta lagi yang tak dapat dirakam). Kalau mengikut kiraan kami, TAMBAHAN 20% lagi ke atas anggaran sebelum ini untuk mengambil kira kawasan kepadatan rendah, waktu bukan puncak dan kawasan yang tidak dirakam kamera. Anggaran paling tepat (dan mungkin yang paling realistik pada fikiran kami) ialah oleh Malaysiakini yang menganggarkan seramai 100,000 peserta pada hari pertama kerana anggaran mereka mungkin merangkumi maklumat tambahan yang dipegangnya sendiri yang kami tidak dapat perolehi (memanglah tu, kebanyakan rakaman video kan dari mereka jugak).
Korang setuju tak dengan nombor kami ni? Cuba bagitau kami.
[interaction id=”55e9d03f85c614d9616cf4ec”]
Kalo tak suka? Korang pi la kira sendiri. :P
- 52Share sekarang!
- Email2
- Facebook50
- Share