Berapa kerap korang bergaduh dengan rakan sekerja korang? Jawab survey Geram Kerja kami!

Tekan sini untuk ambil Survey Geram Kerja 2019!

Kalau korang pernah senyap-senyap print CV korang sebelum temu duga kerja sambil boss korang tak tengok, atau pernah bayangkan nak buang surat berhenti dekat muka boss korang, korang sebenarnya bukan sorang je dalam hal ni.

Menurut survey Kebahagiaan Pekerja Jobstreet 2017 yang dah mengkaji pandangan lebih daripada 10,000 orang rakyat Malaysia, 42 peratus daripada responden tu kata yang diorang rasa tak gembira dengan pekerjaan diorang.

Jadinya, tu boleh kira hampir SEPARUH rakyat Malaysia yang agaknya rasa macam tak mampu nak pergi kerja tiap-tiap pagi! Cian betul diorang ni. Tapi, lebih banyak kitorang kaji pasal pekerja-pekerja yang tak puas hati dengan kerja diorang, semakin banyak pulak kitorang dengar pasal fenomena “Kegatalan 700 Hari”.

Lebih kurang macam ni, tapi lagi teruk. Gif dari rakaman CBC.

Dan agaknya, kalau korang dah kerja kat tempat sama untuk beberapa tempoh masa, korang pun pernah rasa benda ni…

Kalau korang berada dalam kerja atau karier yang salah, korang tentu akan nak tukar kerja dalam tempoh 700 hari

Sebenarnya, “Kegatalan 700 Hari” (700 Day Itch) ni suatu benda biasa dalam bidang pekerjaan. Ia juga dikenali sebagai “Kegatalan 2 Tahun”, atau “Kegatalan 3 Tahun”. Lebih tepat lagi, istilah ni mengatakan yang pekerja-pekerja tak bahagia paling berkemungkinan akan tinggalkan tempat kerja diorang dalam tempoh 2 tahun selepas bermula bekerja.

Malah, kawan-kawan kitorang dekat AIA pun percaya yang benda ni betul-betul wujud.

Agak-agaknya, mesti korang pun boleh faham perasaan pekerja-pekerja dalam video tu. Tapi, korang tak semestinya kena menderita macam diorang – sebab selalunya, korang akan ada pilihan, contohnya dengan jadi Perancang Insurans Hayat AIA!

Tapi sebelum korang mula menggelabah bila dengar tawaran kerja jadi ejen insurans, korang kena tau dulu yang ejen-ejen insurans sekarang ni dah tak macam ejen-ejen zaman dulu, dan sebab itu jugalah AIA nak cuba ubah pekerjaan ni.

AIA sekarang nak bangunkan generasi baru ejen-ejen insurans yang mampu menggabungkan kemahiran dan nilai integriti untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih sihat, lebih lama, dan lebih baik. Jadi, diorang dah lancarkan AIA Elite Academy, suatu program eksklusif yang bertujuan melatih perancang hayat (ejen) dan melengkapkan diorang dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya.

Selama tempoh masa 18 bulan, para peserta program ni akan dapat latihan pengetahuan kewangan, pemasaran media sosial dan pada masa sama menyediakan latihan individu dan mentor. Lepas tu, diorang pun boleh la mula karier baru dengan AIA dan takde la rasa kegatalan 700 hari lagi!

Ha, kira dah garu puas-puas la ni. Imej dari jokideo.com

Jadi sempena pelancaran AIA Elite Academy ni, kitorang pun nak tau sama ada fenomena Kegatalan 700 Hari ni betul-betul wujud. Dan dengan itu, korang boleh la ambik Survey Geram Kerja 2019 kitorang! Kitorang nak tau sama ada kebanyakan rakyat Malaysia ni berasa puas hati atau tak dengan kerja diorang. Mana tau, mungkin korang boleh tunjuk hasil kajian kitorang kat boss korang bila nak mintak naik gaji nanti ?

Tapi cepat, survey tutup 19 Mei 2019 tau! Hasil kajian survey akan keluar lewat Mei 2019.

Tekan sini untuk ambil Survey Geram Kerja 2019!