Bekas Menteri ni dedahkan cara kerajaan jejak pesakit koronavirus di Malaysia

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Dah lebih kurang tiga bulan sejak dunia dikejutkan dengan penularan Covid-19, dan sebulan lebih sejak Malaysia terkena kes pertama Covid-19, di mana orang kita lebih suka sebut koronavirus, dan nampak seperti belum ada penamatnya lagi. Kebanyakan mereka yang dikuarantin adalah mereka yang dah sakit kerana Covid-19.

Tapi satu benda yang korang kena ambik perhatian, kalau dalam keadaan sekarang korang masih sihat, sebenarnya korang mungkin sedang sebarkan virus ni kepada orang lain, sebab tu lah kebanyakan syarikat menetapkan polisi kuarantin 14 hari untuk pekerjanya yang baru balik dari melancong. Salah satu kes kuarantin yang paling orang perasan semestinya oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan kami cuba menghubunginya untuk tanya kenapa dia berbuat demikian.

Mereka sebenarnya ada pasukan khas untuk memburu korang

Bukan kami yang sebut benda ni. Tapi sebenarnya kami ada menghubungi bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dan Presiden Malaysian Medical Association, Dr. N Ganabaskaran untuk terangkan sikit benda-benda ni.

Disebabkan ia dikategorikan sebagai wabak yang perlu diambil perhatian, seseorang tu mesti laporkan diri kepada pihak autoriti jika dia dah disahkan sebagai mangsa Covid-19. Selepas tu, Dr. Lee bagitahu kami yang pihak autoriti kesihatan akan menemuduga pesakit-pesakit mengenai perkara berikut:

  • Kat mana seseorang tu sewaktu simptom tu mula muncul
  • Dengan siapa seseorang tu ada sentuhan sejak simptom tu mula muncul

“Apa yang kita maksudkan dengan interaksi adalah sentuhan rapat seperti berjabat tangan dan bercakap. Kami tak kira sangat sentuhan yang biasa seperti bertembung sewaktu berjalan antara satu sama dengan lain.” – Dr. Lee, dalam satu temubual

Selepas temuduga ni, Dr. Ganabaskaran bagitahu kami akan ada Rapid Assessment Team dan Rapid Response Team akan pergi mencari orang-orang yang mempunyai setuhan rapat dengan pesakit Covid-19 yang disahkan. Walau bagaimanapun, mereka takkan terus melalui saringan dahulu.

Sebaliknya, Dr. Ganabaskaran mengatakan yang mereka akan dikuarantin di rumah selama 14 hari di bawah Seksyen 15(1)  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Macam apa yang Wong Chen buat, mereka akan mengasingkan diri dari semua orang yang berada di rumah, mengamalkan penjagaan kebersihan diri sendiri dan memakai topeng muka selama yang boleh.

“Jika seseorang itu perlu melancong dan menghadiri sesuatu yang perkara kecemasan dan tak boleh dielakkan, orang itu perlu memberitahu pegawai kesihatan daerah. Kalau tak, orang itu tak dibenarkan mencabut topeng muka mereka jika mereka adalah pelancong dan tak dibenarkan untuk meninggalkan rumah untuk pergi berjalan-jalan.” – Dr. Ganabaskaran, sewaktu ditemubual kami

Dr. Lee kata jika mereka ada tunjukkan simptom-simptom Covid-19, barulah mereka akan dihantar ke hospital untuk ujian saringan. Dan jika keputusan saringan itu positif, kemudian mereka akan dimasukkan ke wad hospital.

Korang senang nak terkena Covid-19 dengan hanya menyentuh barangan yang dijangkiti

Enhance your "don't touch me" vibes. GIF from giphy

Sebenarnya, virus ini tersebar melalui titisan-titisan air dari anggota pernafasan, di mana jika pesakit Covid-19 bersin atau batuk kat korang, ada kemungkinan besar korang akan jadi mangsa Covid-19 yang seterusnya. Walau bagaimanapun, korang juga boleh terjangkit dengan Covid-19 jika korang menyentuh permukaan atau objek yang disentuh pesakit Covid-19 dan seterusnya pegang muka korang.

“Kami menasihatkan mereka untuk asingkan barangan peribadi dari ahli keluarga, jadi mereka takkan berkongsi virus.” – Dr. Lee

Dan macam yang kami sebut kat atas, jika korang  terjangkit dengan Covid-19, simptom-simptom ni akan muncul kat mana-mana antara dua hingga 14 hari. Kerana simptom biasa, ia kadang kala agak sukar untuk kesan Covid-19. Dr. Lee bagitahu kami, di Malaysia, doktor biasanya akan ambil sampel dari bahagian pipi (cheek swabs) untuk uji sama ada seseorang tu terkena Covid-19 atau tak.

GIF from Medium

Tapi setiap negara yang berbeza ada cara yang berlainan untuk uji virus Covid-19. Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak US (CDC) mempunyai kit saringan diagnostik sendiri, tapi baru-baru ni, ia dipertikai oleh ramai pihak kerana gagal untuk menghasilkan keputusan yang konklusif. Di China, mereka menggunakan teknik Reverse Transcriptase Polymerase Chain (RT-PCR). Dan Dr. Ganabaskaran bagitahu kami yang Malaysia sangat efektif dalam melakukan ujian saringan Covid-19 menggunakan kaedah yang sama seperti China.

Sebenarnya, ujian RT-PCR boleh mengesan virus melalui sampel darah dan bahagian pernafasan, terbaru diambil pada bahagian hidung atau kerongkong – begitu juga, sampel pada bahagian pipi. Dan keputusan boleh didapati dalam jangka masa 24 jam selepas disaring. Walau bagaimanapun, tak semua boleh disaring macam tu je, hanya pesakit yang dilabel sebagai “kes dicurigai” sahaja.

“Mereka perlu memenuhi kriteria epidemiologikal yang pernah melancong di salah satu negara yang disenaraikan dalam panduan KKM atau mempunyai hubungan/sentuhan rapat dengan seseorang yang dah disahkan Covid-19. Negara-negara yang disenaraikan buat masa ini adalah China – termasuk Hong Kong, Macau, Taiwan – Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.” – Dr. Ganabaskaran

Dan jika disahkan positif, seorang pesakit tu boleh dimasukkan ke dalam wad hospital tanpa caj. Buat masa sekarang ni, tiada rawatan atau vaksin untuk Covid-19 lagi, tapi Thailand dan China sedang membangunkan rawatan Covid-19 yang efektif kerana virus itu dah menular ke setiap benua kecuali Antartika. Tambahan pula, mereka sekarang ni berterusan melakukan ujian klinikal di US untuk merawat virus ni. Setakat ni, sejak Covid-19 menular hingga ke Malaysia, 20 pesakit dah berjaya sembuh.

Wong Chen melakukan kuarantin untuk dirinya sendiri kerana laporan Malaysiakini

Satu benda pasal Covid-19 ni adalah di mana simptom awalnya tak ada beza sangat dengan selsema, macam suhu badan yang tinggi, batuk dan pernafasan yang pendek atau sesak nafas. Akhirnya nanti, ini akan membawa kepada pneumonia yang teruk. Ia boleh tersebar ke mana-mana sahaja dalam dua hingga 14 hari selepas ia terdedah. Walau bagaimanapun, Wong tak terlepas juga dari perkara ini.

Dia sebenarnya tak sedar yang dia boleh terdedah kepada Covid-19 sehinggalah isterinya bertanya mengenainya. Dia merasa risau selepas membaca laporan Malaysiakini bahawa bekas menteri dan timbalan menteri mempunyai hubungan rapat dengan pesakit ke-26 Covid-19 di Malaysia. Dilaporkan mangsa ke-26 ini adalah pekerja Khazanah Nasional dan mempunyai rekod melancong ke Shanghai pada pertengahan Januari. Dan sebenarnya, Wong sendiri ada bersembang dan berjabat tangan dengan bekas timbalan menteri, jadi dia rasa risau.

“Memang jelas, saya ada buat beberapa panggilan untuk mengetahui apa yang berlaku, kemudian saya mendapati dia pergi melakukan saringan sebagai langkah selamat.” – Wong, ketika dihubungi

Selepas mendapati benda tu, dia cepat-cepat melakukan kuarantin terhadap dirinya sendiri, walaupun belum disahkan sama dia atau bekas menteri terkena jangkitan Covid-19, dia perlu rasa tanggungjawab untuk keluarganya. Salah satu langkah berjaga-jaga yang diambil adalah dengan mengelakkan sentuhan rapat dengan keluarganya, lap semula barangan yang disentuhnya dan…menghabiskan masa selama tujuh jam di laman rumah bawah cahaya mentari.

“Sekarang saya bersendirian di pejabat dalam rumah saya, kerana saya tak boleh menerimanya lagi. Saya merancang untuk tidur di balkoni malam ini dengan kelambu dan lain-lain, oleh kerana saya tidak boleh tidur dengan isteri saya.” – Wong

Nasib baiklah lepas beberapa hari ditemuduga oleh kami, Kementerian Kesihatan dah bersihkan nama bekas menteri dan timbalan menteri dari penularan Covid-19. Dan Wong akhirnya menghentikan kuarantin dirinya di mana dia tak perlu lagi tidur di balkoni. Semestinyalah, tak semua di antara kita yang perlu tidur di balkoni, tapi korang tahu tak Kementerian Kesihatan tengah aktif mencari orang yang pernah ada sentuhan atau hubungan rapat dengan pesakit-pesakit Covid-19 yang disahkan?

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan apa yang kita buat ni agak OK

Apabila dibandingkan dengan negara lain, kita agak OK. Contohnya, China sekarang mempunyai 80,428 kes yang disahkan, Korea Selatan 5,621 dan Itali 3,089. Negara-negara lain pula dah pun beribu, jadinya kedudukan Malaysia agak selesa sebab bilangan kes masih dalam lingkungan dua digit (puluh).

Setakat ni, 95,124 orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia dan mengorbankan 3,524 nyawa, tapi tiada lagi di Malaysia yang terkorban kerana Covid-19 setakat ni. Bukan setakat tu je, kerajaan dah lakukan semuanya untuk mengawal virus ini seperti:

Kita sebenarnya sangat bersedia hingga Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa sendiri memuji kita kerana kebolehan untuk mengurus Covid-19 dengan berkesan sekali. Tambahan pula, sejak penularan yang berlaku, sejumlah 20 pesakit Covid-19 berjaya dipulihkan setakat ni.

“Kami (WHO dan orang awam) boleh lihat semua maklumat, dan maklumat ini dengan cepat tersebar di media sosial dan laman web Kementerian Kesihatan, jadi saya fikir mereka buang sesuatu yang bagus.” – Wakil WHO Dr. Lo Ying-Ru, dipetik dari NST

Walau bagaimanapun, dengan semua usaha kerajaan untuk mengawal virus Covid-19…

Kita nampaknya sedang berdepan dengan gelombang kes-kes Covid-19 sekarang

Sekalipun kita nampak ada pesakit-pesakit yang berjaya dirawat, kita juga melihat peningkatan bilangan kes Covid-19. Waktu artikel ni ditulis, Malaysia mencatatkan rekod berjumlah 55 kes Covid-19 yang disahkan, di mana seolah-olah macam ada mangsa baru setiap hari. Kementerian Kesihatan mengatakan, sekarang ni, banyak kes baru boleh dijejaki semula kepada pekerja Khazanah Nasional, yang mana dia menghadiri beberapa aktiviti selepas dia pulang dari Shanghai. Dan nampaknya dia mempunyai sentuhan/hubungan rapat dengan ramai orang.

“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes,” – Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah

Baru-baru ni. Dr. Noor Hisham juga mengumumkan yang mereka telah diberi amaran mengenai kemunculan dua jenis Covid-19 yang mana satu tu adalah jenis yang lebih agresif yang memberi kesan kepada 70% mangsa dan lagi satu kurang agresif yang menjangkiti selebihnya, tapi Kementerian Kesihatan masih mengkaji mengenainya. Jadi sampailah pakar kesihatan menemui cara untuk merawat pesakit Covid-19 dan mengkaji mengenai virus itu. Apa yang kita boleh buat adalah tunggu dan berhati-hati. Basuh tangan, pakai topeng muka dan elakkan dari pergi melancong.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT