Cinta adalah sesuatu yang dikejar oleh setiap manusia. Dalam percintaan, hadir dua perkara yang dianggap asas kepada hubungan itu sendiri iaitu kesetiaan dan kejujuran. Namun kerap kali kesetiaan yang diberi tidak dihargai dan disia-siakan begitu sahaja.
Tapi tidak lagi dengan program terbaru daripada Grab iaitu Stamp Cards! Kumpul stamp setiap kali korang ubati hati dengan makanan melalui dine in mahupun delivery, dan rasakan macam mana kesetiaan korang terbalas bila dapat baucar atau makanan percuma lepas cukup stamp. Lagi setia, lagi banyak ganjaran korang dapat (tak macam dengan ex korang dulu).
Jadi berbekalkan semangat bestie yang kukuh, kami nak kongsi 5 makanan yang dapat membantu menyembuhkan luka di hati korang:
1. Hati kian dingin? Order Spicy Red Pepper Chicken dari KyoChon
Kekecewaan boleh membuatkan hati menjadi dingin. Kembalikan kehangatan di hati korang dengan KyoChon Spicy Red Pepper Chicken. Dengan rasa rempah ratus Korea yang meresap ke dalam ayam, rangup di luar dan lembut di dalam, ianya pasti akan menyalakan kembali api semangat korang yang telah hampir padam.
Bukan tu je! Korang juga boleh dapat stamp bila order pakai GrabFood, tertakluk pada syarat kedai. Contohnya untuk KyoChon, korang akan dapat
- Percuma 1 Boneless Chicken Bibimbap lepas kumpul 3 stamp
Pastikan syarat-syarat tu dipenuhi dan lengkapkan pesanan korang macam biasa. Tiga kali stamp, dapat la bibimbap free. Senang kan?
Kalau korang tiba-tiba rasa macam nak makan kat kedai pun tiada masalah, masih boleh dapat stamp, cuma kena bayar pakai aplikasi Grab je. Kedai yang turut serta akan ada QR code dekat kaunter camni…
…pastu ikut je arahan dekat aplikasi tu untuk dapatkan stamp.
2. Penat menangis? Isi balik tenaga dengan makanan berkhasiat dari Agrain
Untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa korang mengharungi ombak kekecewaan, korang memerlukan makanan sihat.
Selain dari hidangan salad dan set diet, Agrain juga menawarkan hidangan-hidangan popular tempatan dan antarabangsa seperti nasi ayam, pasta, tandoori, tikka masala, nachos, aiskrim dan bermacam-macam lagi, cukup untuk mengingatkan korang yang masih terlalu banyak pengalaman hidup yang korang belum rasa.
Selain menawarkan hidangan-hidangan sihat lagi enak, Agrain juga akan bagi korang:
- Ganjaran pendaftaran RM5 untuk pengguna baru
- Percuma 1 aiskrim rendah kalori lepas kumpul 5 stamp
3. Ada lubang di hati? Isi kekosongan tu dengan kelazatan Buttermilk Kitchen.
Sehangat-hangat cinta, hangat lagi perasaan di hati lepas janji setia dimungkiri. Carilah penawar bara di kalbu tu dengan pelbagai menu lemak berkrim dari Buttermilk Kitchen.
Rasa creamy kuah buttermilk yang dihidangkan dengan nasi berlaukkan ayam, udang atau sotong pasti akan membuatkan korang terlupa kesedihan korang buat sementara waktu.
Buttermilk Kitchen juga menyediakan hidangan sampingan seperti popiah dan cakoi bagi korang yang tak nak makan hidangan berat. Bagi menghargai kesetiaan korang, Buttermilk Kitchen menawarkan:
- Ganjaran pendaftaran RM5 untuk pengguna baru
- Percuma 1 Classic Buttermilk Chicken lepas kumpul 5 stamp
4. Terkenangkan kisah cinta setia Laila dan Majnun? Nikmati suasana Timur Tengah dengan variasi hidangan masakan arab dari Halab Restaurant.
Kekosongan hati takkan terasa bila perut korang dipenuhi kambing panggang. Halab menyediakan pelbagai hidangan bertemakan masakan timur tengah. Nikmati hidangan yang lazat dan mengenyangkan seperti Shawarma, Mandy, Kabsa, Hummus dan banyak lagi variasi yang disediakan.
Tak cukup dengan tu, Halab juga menawarkan:
- Ganjaran pendaftaran RM5 untuk pengguna baru
- Baucar diskaun sebanyak 20% lepas kumpul 5 stamp
5. Ingin healing dalam suasana eksotik? Poke Village menyediakan pelbagai menu berinspirasikan makanan Hawaii untuk korang.
Kalau korang nak lari dari realiti hidup sekarang, Poke Village sedia bawa korang ‘terbang’ ke Hawaii dalam setiap suapan, sampai korang rasa macam tengah berjemur di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Menu di sini disediakan dengan bahan yang segar dan lazat, dan korang boleh makan sepuas-puasnya tanpa rasa bersalah. Selain dari rasa eksotik, Poke Village juga menawarkan:
- Ganjaran pendaftaran RM5 untuk pengguna baru
- Percuma 1 Poke Bowl Chicken lepas kumpul 5 stamp
Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, dan restoran yang tawarkan Stamp Cards bukan ada 5 je. Banyak lagi kedai lain yang turut menghargai kesetiaan korang, antaranya…
- Tea Can Thin | Kumpul 5 stamp untuk Chicken Popcorn percuma
- mei by Fat Spoon | Kumpul 5 stamp untuk Ox Tongue Rice Bowl percuma
- KGB | Kumpul 3 stamp untuk baucar bernilai RM5
- Fino Piza | Kumpul 5 stamp untuk Margherita Pizza percuma
- La Juiceria | Kumpul 5 stamp untuk Super Poke Bowl percuma
- …dan banyak lagi!
Bukan tu je. Kalau hati korang dah terlalu kerap kecewa dan korang takut untuk mulakan hubungan baru…
Nikmati diskaun RM5 untuk pesanan pertama korang!
Mungkin korang dah tawar hati dan tak nak lagi setia. Tapi sampai bila? Dunia masih luas, jadi keluar dari selimut korang dan jalan makan-makan ke kedai dalam senarai.
Tatkala hati korang terbuka semula untuk setia lepas rasa makanan sedap, Grab ada menawarkan diskaun RM5 buat kali pertama korang bayar pakai Grab bila makan di restoran terpilih. Cara nak claim dia senang je: buka aplikasi Grab korang, scan QR kat kedai, dan ikut arahan yang diberi. Ni dia punya step by step:
Lepas claim baucar RM5 ni, korang tunggu lah kejap diorang siapkan makanan korang sedap-sedap sambil cuba untuk melupakan kenangan yang lalu.
Sambil tu, korang ambillah kesempatan tu untuk ingat kembali kenangan masa korang tengah healing. Sedarlah ketika itu bahawa kesetiaan korang kali ini tidak disia-siakan lagi <3