
- 96Share sekarang!
- Facebook83
- Twitter0
- LinkedIn10
- Email3
Bila masuk Ramadan, ramai dah mula membayangkan bau rendang, lagu raya, dan suasana balik kampung. Tapi bukan semua orang excited. Ada juga yang tengah kira bajet dengan kalkulator dalam satu tangan, sambil sebelah tangan lagi pegang tisu lap air mata.
Sebab apa? Sebab semua benda nak kena beli. Baju raya, kuih raya, barang dapur, ketupat, lemang… Itu belum kira duit raya dan kos balik kampung lagi. Dengan harga barang makin melambung, duit boleh ghaib sebelum sempat takbir raya pertama berkumandang!
Jadi, ramai yang mula tengok servis Buy Now Pay Later (BNPL) macam PayLater by Grab. Ye lah, kalau guna dengan bijak, ia sebenarnya lebih jimat dari kad kredit.
Jadi, sebelum korang tekan ‘checkout’, pastikan korang ikut tips ni supaya shopping raya tak jadi punca pening kepala lepas Syawal.
1. Hadam terma dan syarat, pilih 0% faedah dan caj tersembunyi
BNPL tak semestinya bermaksud korang akan bayar lebih. Kena pastikan korang faham terma & syarat untuk elakkan caj tambahan macam faedah atau caj pemprosesan.
Dengan PayLater by Grab, korang boleh elakkan semua caj ni kalau pilih untuk bayar balik dengan ansuran selama 4 bulan.
📌 Pro tip:
- Kalau jumlah belian RM400, pecah ansuran 4 bulan = RM100 sebulan tanpa caj tambahan.
- Kalau rasa RM100 sebulan masih berat, pilih 8 atau 12 bulan dengan caj pemprosesan sebanyak 1.5%, tapi pastikan bajet tak lari.
2. Gunakan untuk keperluan, bukan untuk nafsu
Pernah dengar jangan shopping masa lapar? Sebab masa tu, nafsu membeli membuak-buak! Sama juga dengan shopping raya, jangan sampai terbeli benda yang tak perlu.
⛔ Jangan shopping ikut hati dan beli kasut limited edition RM600 sebab nampak lawa dalam iklan.
✅ Boleh guna BNPL untuk beli barang yang betul-betul perlu, contohnya baju raya untuk keluarga.
📌 Pro tip:
- Buat checklist barang sebelum shopping.
- Kalau tanpa promo pun korang tetap akan beli barang tu, barulah guna BNPL.
- Kalau sekadar nak beli sebab tergoda dengan diskaun, tahan dulu!
Cakap pasal diskaun…
3. Maanfaatkan Promo Code untuk lebih penjimatan
Siapa tak suka diskaun, kan? Kalau nak shopping guna PayLater by Grab, pastikan korang masukkan kod promo ni sebelum checkout:
- PLRAYA → diskaun RM30 dengan belanja RM200 ke atas.
📌 Pro tip:
- Untuk baju raya, korang boleh dapatkan diskaun dari: Whimsigirl, Mis Claire, ECCO, Mimpikita, Hani Mokhta, Isetan dan Zalora
- Untuk barang keperluan rumah, checkout: HomePro
- Untuk elektronik, boleh tengok: Switch dan Tan Boon Ming
- Dan barang kecantikan pula, gunakan diskaun di: MAC Cosmetics dan Lumi
Dah rasa korang mampu manfaatkan BNPL secara bertanggungjawab? Kalau camtu…
Gunakan PayLater by Grab untuk keperluan raya sebelum 13 April
Kalau memang ada barang yang korang nak beli, sambar promo ni sekarang sebelum terlambat dan masukkan kod promo: PLRAYA untuk penjimatan hebat!
Promosi berlangsung dari 1 Mac – 13 April sahaja di peniaga-peniaga terpilih dalam aplikasi Grab.
Bagi yang belum aktifkan PayLater by Grab lagi, ni caranya:
Dan ni pula cara guna gunakan diskaun raya dengan PayLater by Grab:
Jadi, gunalah PayLater by Grab dengan bijak supaya raya korang lebih meriah, tanpa menangis tengok bank balance lepas raya nanti. Selamat berbelanja dan selamat menyambut Hari Raya! 🌙🎉
- 96Share sekarang!
- Facebook83
- Twitter0
- LinkedIn10
- Email3