Baju Raya RM39? Ni diskaun paling tak masuk akal kat Lotus’s tahun ni

Musim Ramadan dah datang lagi. Selain rebut pahala, kita juga tengah sibuk ‘rebut’ stok kurma terbaik dan harga ayam paling murah. Tapi jujurlah, cabaran paling besar bukan setakat tahan lapar, tapi nak tahan diri daripada overspend.

Jadi tak perlu susah payah fikir, sebab Lotus’s Malaysia tengah ada promosi “Senyuman Ekstra Bernilai” dari 26 Februari sampai 8 April 2026. Dan ya, promo dia memang bukan biasa-biasa.

Antara barang yang ada promosi
Periuk dan barang-barang masak pun turun harga dah
Periuk jugak, tapi jenis dan saiz lain

Jangan terlepas diskaun sampai 50%!!

Sepanjang musim perayaan ni, Lotus’s akan bagi diskaun untuk 4,500 barangan yang confirm korang akan cari, termasuklah…

Barang dapur & segar

Diskaun sampai 50% untuk barangan segar, pantri, peralatan memasak dan baju Raya. Bukan tu je, diorang siap bagi diskaun hingga 30% untuk makanan sejuk beku dan minuman.

Tengok tu kemain lebar lagi senyum dia lepas dapat tolak RM16 untuk beras basmathi
Makanan sejuk beku ada promo sampai 30% untuk sesiapa yang nak restock peti ais tu

Kalau korang jenis masak banyak untuk satu kampung datang beraya, lagi berbaloi. Ada tawaran beli 1 percuma 1 untuk makanan laut terpilih, ayam seekor, kambing dan daging lembu Australia. Nak berjimat sambil masak meriah? Memang boleh sangat.

Ayam pun tengah murah…

Yang tengah jaga makan pun tak tertinggal. Buah-buahan macam tembikai, pisang dan nanas pun ada promo. Nak buat moreh sihat-sihat sikit pun senang.

Pakaian Raya RM39? Ada.

Untuk korang yang nak cari baju raya, tak kesah la sendiri ke, nak matching tiga generasi sekalipun, Lotus’s ada jualan pakaian Raya RAHMAH dengan harga serendah RM39 JE. Jadi kalau korang dah pening pusing-pusing merata nak cari baju raya tu, ni lah masanya untuk rebut harga murah ni sebab kat mana lagi korang boleh dapat kalau bukan Lotus’s?

Barang rumah pun ada

Selain dapur, bahagian rumah pun banyak yang kena ngam dengan musim perayaan. Jadi alang-alang dah restock barang dapur tu, jenguk-jenguk lah lagi promosi lain yang ada hehe…

Nak Raya takkan baju dengan makanan je cantik, tapi rumah sendu kan?

Produk pembersihan ada tawaran beli 1 percuma 1. Jadi boleh lah sambil isi troli barang dapur, terus restock sabun, pencuci lantai dan segala mak nenek persiapan rumah.

Haa meh sini cari brand korang suka, banyak pilihan sabun yang ada!

Barang elektronik pun banyak yang promo kaw-kaw sampai 50% tau korang!

Contohnya periuk ni
Atau periuk ni ke
Air fryer pun ada
Oven kalau nak buat kuih ke atau nak panaskan makanan
Kipas guys nanti panas pulak tetamu tu

Pilihan kurma dari RM5.99

Ramadan tanpa kurma memang tak lengkap.

Lotus’s sediakan 23 jenis pilihan kurma termasuk Medjool, Ajwa, Safawi dan Rotab yang diimport dari UAE, Palestin, Iran, Arab Saudi dan Tunisia. Harga pula bermula dari RM5.99 hingga RM77.99.

Antara kurma yang mesra bajet

Nak beli untuk makan sendiri, nak buat doorgift surau, atau nak jadikan buah tangan masa berbuka bersama, pilihan memang luas ikut bajet masing-masing.

Boleh guna MySARA sekali

Lagi satu yang memudahkan, Lotus’s turut menyokong program kerajaan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA).

Lebih 2,500 barangan keperluan asas boleh ditebus oleh penerima yang layak di cawangan Lotus’s yang mengambil bahagian. Jadi kalau korang penerima MySARA, memang boleh terus guna dekat sini sekali. Tak payah ulang-alik tempat lain, semua boleh settle dalam satu trip.

Barang keperluan asas yang korang boleh dapat dengan MySARA

Belanja RM128, boleh menang EV

Lepas dah beli persiapan Raya kat Lotus’s, pastikan korang claim hadiah-hadiah menarik yang Lotus’s sediakan tau.

Booth yang tersedia semasa hari pelancaran Senyuman Ekstra Bernilai

Selain dapat berjimat semasa beli-belah, ahli My Lotus’s yang berbelanja minimum RM128 juga berpeluang menang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM650,000. Tapi korang kena join kempen Belanja & Menang ni dulu tau!

Antara hadiah utama termasuk sebuah Proton e.MAS 5 serta pakej percutian eksklusif ke Dubai untuk dua orang.

Bukan tu je, pengguna terpilih yang membuat bayaran menggunakan MyDebit atau DuitNow QR juga berpeluang menang jongkong emas 999.9 seberat 10 gram. Kiranya sambil-sambil beli barang dapur dan persiapan Raya, boleh juga cuba nasib bawa balik hadiah besar. Mana tahu ada rezeki korang, kan?

Pastu kalau korang belanja minimum RM300, boleh dapat balang kaca kuih raya eksklusif, tapi yang ni siapa cepat dia dapat tau! Kalau taknak balang kuih sama dengan rumah lain, datang cepat sementara diorang masih ada stok. Dan untung jugak kalau korang belanja minimum RM500, sebab hadiah yang korang boleh claim tu gempak jugak, set periuk eksklusif weh!!

Antara hadiah yang korang boleh menang sepanjang tempoh promosi berlangsung

Sambil beli, sambil berkongsi

Lotus’s bukan je nak tolong korang berjimat sempena musim perayaan ni, tapi diorang juga nak salurkan rezeki dekat golongan yang memerlukan. Baru la semua orang boleh sambut meriah sekali, kan?

“Senyuman Ekstra Bernilai bukan sekadar harga menarik, tetapi tentang membantu keluarga meraikan Ramadan dan Raya dengan bermaruah, menjadikan belanja harian lebih ringan dan bermakna, serta berkongsi keberkatan dengan mereka yang memerlukan,”

Azliza Jamel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat, Lotus’s Malaysia
Majlis pelancaran kempen Senyuman Ekstra Bernilai

Melalui inisiatif Shop for Good Challenge, Lotus’s bekerjasama dengan Food Aid Foundation serta jenama seperti Nestlé, Mondelez International, F&N dan Coca-Cola untuk kumpulkan barangan keperluan asas macam beras, minyak masak, mi segera dan makanan dalam tin bagi keluarga yang memerlukan.

Penyerahan barangan yang dikumpulkan melalui Shop for Good Challenge kepada Food Aid Foundation
Shop for Good Challenge disertai oleh wakil-wakil media dan wakil-wakil jenama yang bekerjasama dengan Food Aid Foundation

Melalui barang-barang yang dikumpulkan ni, Lotus’s nak pastikan golongan yang memerlukan tu bukan semata-mata terima barang, tapi jaga pemakanan diorang jugak. Jadi sebab tu lah Lotus’s bagi variasi yang pelbagai dalam senarai barang-barang yang ada promo. 

Setakat ni, lebih 1,300 kilogram barang dah dikumpulkan untuk diagih sepanjang Ramadan. Maksudnya, sambil-sambil korang isi troli sendiri, ada keluarga lain yang mungkin dapat isi dapur diorang jugak.

Raya ni, biar bijak berbelanja

Musim Raya memang sinonim dengan perbelanjaan besar. Tapi tahun ni, sekurang-kurangnya kita ada pilihan untuk beli dengan lebih bijak.

Daripada barang dapur, baju Raya, kelengkapan rumah sampailah peluang menang EV, semua ada dalam satu tempat. Siap boleh berkongsi rezeki dan guna MySARA sekali.

Jadi kalau dah memang kena keluar beli barang jugak, apa salahnya pilih tempat yang bagi lebih nilai untuk setiap ringgit?

Ramadan ni kita tahan lapar, Raya nanti kita tahan diri daripada membazir. Datang je ke Lotus’s, isi troli puas-puas, dan balik dengan rasa lagi puas sebab berjimat, berpeluang menang, dan dapat berkongsi sekali.