Bagaimana penemuan saintis ini digunakan untuk membunuh musuh negara

Kalau korang pernah baca artikel kami pasal operasi KGB-Russia yang paling licik, korang mesti terjumpa pasal Polonium yang digunakan untuk membunuh seorang bekas KGB. Bagi yang tak berapa familiar dengan Polonium, ia adalah salah satu daripada 25 isotop radioaktif yang diketahui.

Selain daripada Polonium, Radium juga dijumpai pada tahun yang sama oleh tokoh saintis perempuan pertama di Eropah. Jadi kali ni kitorang ni nak cerita pasal Marie Curie, pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1903.

Dia juga adalah wanita pertama yang menang hadiah Nobel. Bukan satu, tapi dua Hadiah Nobel, satu-satunya wanita untuk menang dalam dua bidang, dan satu-satunya manusia yang menang dalam pelbagai bidang sains. Anugerah yang beliau terima termasuklah Hadiah Nobel dalam Fizik dan juga Kimia ketika dia berumur 36 dan 44 tahun.

Jadi siapa dia wanita yang hebat ni?

Seorang kanak-kanak yang cintakan ilmu, tapi lahir di negara diharamkan ilmu

Marie Curie, imej dari thebestyoumagazine.co

Nama asal Marie Curie adalah Marya Sklodowska, lahir pada 7 November 1867. Berasal daripada Warsaw, Poland, dia membesar di sebuah sekolah berasrama penuh milik keluarganya di mana ibunya sendiri merupakan pengetua sekolah dan asrama tersebut.

Ayah dia pula merupakan profesor fizik dan matematik di sebuah sekolah tinggi di Warsaw, dan boleh bertutur dalam beberapa bahasa seperti Poland, Rusia, Jerman, Greek dan juga Latin. Mungkin disebabkan kedua ibu bapanya adalah guru, jadi penerapan ilmu sejak kecil menyebabkan Marie dan adik-beradiknya sangat suka belajar.

Adik beradik Marie semasa mereka kecil di Poland. Imej dari emaze.com

Marie mengalami kehilangan ahli keluarganya waktu dia kecil lagi. Dia kehilangan kakak ketika berumur 10 tahun disebabkan oleh demam tifus, iaitu demam panas yang sama telah membunuh Anne Frank di Jerman.

Dua tahun lepas tu dia kehilangan ibunya pula disebabkan batuk kering yang dah lama dihidapi, iaitu sejak melahirkan Marie lagi. Penyakit batuk kering ialah sejenis penyakit paru-paru yang berbahaya dan mudah berjangkit.

Kehilangan kedua ahli keluarga ni sangat memberi kesan terhadap mereka, dan mungkin sebab tu la juga Marie ni kuat belajar untuk lupakan kesedihan dia. Tapi bukan senang Marie nak belajar, sebabnya…

Poland ditawan Rusia di mana wanita tiada kebebasan untuk belajar

Poland, negara yang pernah ditawan dan ditindas Rusia dengan menidakkan pelajaran, tapi berjaya melahirkan saintis wanita pertama dunia walaupun serba kekurangan. Imej dari steamcommunity

Walaupun negara asal Marie di Poland ni merupakan negara kesembilan terbesar di Eropah, ia pernah diperintah oleh beberapa negara lain macam Austria, Prusia dan Rusia. Keluarga Marie pula masa tu tinggal di Poland Tengah, dan diperintah oleh Tsar Alexander II, iaitu Maharaja Rusia yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Poland.

Rusia memperkenalkan peraturan-peraturan yang baru supaya rakyat Poland akan sentiasa di bawah jajahan mereka. Rusia cuba menghapuskan bahasa dan agama di Poland. Selain tu juga, jawatan-jawatan tinggi kerajaan negara Poland juga didominasi oleh Rusia.

Di sekolah pula, cikgu tak boleh mengajar dalam bahasa Poland. Sejarah dan kebudayaan Poland juga dibuang dari silibus supaya pelajar tak tahu asal-usul mereka. Disebabkan itulah juga bapa diorang ni ambik inisiatif ajar Marie dan adik-beradiknya yang lain pasal kesusasteraan, puisi, sejarah dan cerita dalam bilik bacaan mereka pada setiap Sabtu.

Walaupun dia bijak, tapi dekat Poland kaum wanita tak diberi peluang untuk masuk ke universiti lepas sekolah menengah. Hanya abang Marie iaitu Joseph, satu-satunya adik -beradik lelaki yang mereka ada, berjaya lanjutkan pelajaran dan jadi doktor.

Sanggup tunggu 8 tahun kumpul duit dan sambung belajar di sebuah universiti

Tunggu lama-lama pun penat juga

Walaupun perempuan di Poland tak diberi kebebasan untuk belajar, Marie dengan kakak dia Bronya yang juga tak putus asa. Marie dan Bronya tahu yang diorang masih ada satu pilihan lain, iaitu pergi belajar di universiti luar negara.

Tapi masalahnya adalah kos yang sangat tinggi. Ayah diorang masa tu dah nak pencen, mana la cukup nak tampung pembelajaran diorang semua sekali. Jadi dorang mula bekerja keras kerja di Poland dan kumpul duit.

Marie berpakat dengan Bronya supaya kakaknya pergi sambung belajar dulu dan dia akan menyusul lepas tu. Bukan kejap tau, diorang buat kira-kira, lebih kurang lapan tahun juga la nak tunggu Bronya habis belajar dan baru dia boleh sambung. Diorang ambik keputusan ni dan berjanji akan tolong satu sama lain.

“Pinky pwomiseeeeee?”

Masa Marie berumur 19 tahun, dia tinggalkan tempat tinggal asal dia kat Warsaw, Poland untuk menjadi guru di Sczuki. Upah yang dia akan terima kat sana lagi banyak, dan membolehkan dia pergi ke Paris dengan lebih cepat, iaitu dari lapan tahun kepada lima tahun. Tapi lima tahun tu pun merupakan satu jangka masa yang panjang, tapi dia sabar menunggu.

Di Sczuki, dia sebenarnya ditugaskan untuk mengajar anak kepada tauke kilang gula disana. Tapi satu hari bila dia lalu sebuah jalan berlumpur dan jumpa anak-anak petani yang buta huruf dan tak bersekolah, dia mula fikir sesuatu,

“Pendidikan merupakan hak kanak-kanak, dan itu apa yang diperlukan negara”

Walaupun benda tu menyalahi undang-undang penjajah pada masa tu, Marie yang merupakan seorang pencinta ilmu merasakan yang pelajaran sangat penting untuk mengubah nasib sesebuah negara, apatah lagi negaranya. Bukan tu je, dia juga belajar sendiri pada masa yang sama untuk persediaannya untuk memasuki universiti.

Lepas lima tahun di Sczuki, barulah dia dapat peluang untuk sambung belajar ke Paris lepas kakaknya Bronya habis belajar. Walaupun fasih berbahasa Perancis, tapi sebenarnya bahasa yang dia sendiri tahu sangat jauh ketinggalan, dan begitu juga semua benda yang dia pernah belajar rupa-rupanya sangat jauh kebelakang berbanding mereka di Perancis.

Dari giphy

Tak putus semangat, Marie belajar balik bahasa Perancis dan juga semua ilmu berkaitan supaya dia dapat bersaing dengan rakan sekelasnya yang lain. Dia juga hanya tinggal di loteng sebab tempat tu paling murah. Dia cuma nak berteduh, ada tempat tidur dan belajar je. Dia juga kena berjimat-cermat sebab duit yang dia ada cuma cukup untuk bayar sewa, beli makanan dan bahan api untuk panaskan badan masa musim sejuk. Bukan senang rupanya belajar jauh dari tempat sendiri, banyak benda kena catu untuk teruskan kehidupan.

Pengorbanan yang dia buat sejak dia pindah dari Warsaw sampai la dia belajar kat Perancis, semuanya berbaloi sesuai dengan usaha dia. Marie lulus dengan cemerlang walaupun belajar dalam serba kekurangan. Dia dianugerahkan ijazah Fizik, dan adalah yang tertinggi dalam kelas dia, dan setahun lepas tu, dia dapat ijazah kedua dalam Matematik pula. Dalam masa yang sama, dia berkenalan dengan Pierre Curie, juga seorang saintis yang bijak.

Penemuan unsur-unsur yang melumpuhkan sel ketumbuhan

Pierre dan Marie dalam mskmsl mereka di Paris. Imej dari awesomestories.com

Marie dan Pierre merupakan lab partner sebelum Marie bersetuju untuk kahwin dengan Pierre yang memang berasal dari Perancis pada tahun 1895. Beberapa tahun lepas tu, Marie dan suaminya Pierre bekerjasama mencari sebuah unsur yang tak dikenalpasti lagi masa tu.

Pierre sebenarnya tengah kaji pasal penghabluran, tapi dia ketepikan kejap sebab tertarik dengan apa yang Marie tengah usahakan. Usaha diorang tu bukan mudah, sebab diorang kena asingkan semua unsur yang ada, ibarat cari sebutir pasir dalam selonggok pasir setinggi gunung! Selepas Marie dan Pierre Curie pertama kali ditemui elemen polonium radioaktif dan radium, Marie terus menyiasat sifat-sifat mereka.

Pada tahun yang sama iaitu tahun 1898, Marie berjaya asingkan Polonium pada bulan Jun, dan Radium pada awal Disember. Salah satu unsur tu la diorang namakan sebagai Polonium, sempena nama negara asal-usul Marie, iaitu Poland.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, Radium lagi penting berbanding Polonium sebab Radium tu yang berjaya musnahkan sel-sel berpenyakit masa diorang buat uji kaji atas haiwan, dan seterusnya dapat mengubati ketumbuhan. Penyelidikan ni digunakan oleh seorang doktor Perancis yang merawat pesakit menggunakan tiub emanasi Radium, dan rawatan tersebut diberi nama ‘Curietherapy’, salah satu rawatan Radioterapi pada zaman tu.

Medal memperingati penemuan Radium oleh Pierre dan Marie Curie pada tahun 1898. Dari gettyimages

Pada tahun 1903, Marie sekali lagi terima ijazah, kali ni dalam bidang kedoktoran pula disebabkan kajian radium dia yang dia jumpa masa tahun 1989. Pierre dan Marie Curie juga menang Hadiah Nobel untuk Fizik dengan Henri Becquerel, ahli fizik Perancis yang jumpa keradioaktifan. 

Kedua unsur radioaktif ni berbahaya, boleh menyembuhkan dan juga membunuh

Polonium adalah semimetal, dan Radium pulak ialah alkali bumi, dan merupakan bahan radioaktif. Klik untuk besarkan. Imej dari removeandreplace.com

Setiap benda yang diciptakan ada baik buruknya, dan macam tu juga la isotop yang dijumpai oleh Marie Curie ni. Dalam penemuan Marie Curie, ianya menjadi salah satu terapi untuk rawatan kanser.

Pada tahun 1910 dia berjaya menghasilkan radium sebagai logam tulen, yang membuktikan kewujudan elemen baru ini tanpa sebarang keraguan. Sebatian radioaktif menjadi penting sebagai sumber radiasi dalam kedua-dua eksperimen saintifik dan dalam bidang perubatan, di mana ia digunakan untuk merawat tumor.

Radium digunakan sebagai ‘ejen kontras’ dalam sistem perubatan, iaitu dengan pengimejan atau scanning. Imeh dari wisegeek.

Tapi lain pula yang jadi dengan penyalahgunaannya untuk membunuh Alexander Litvinenko yang diracun oleh orang KGB sendiri. Selain daripada Alexander, antara tokoh lain yang punca kematiannya disebabkan Polonium adalah Yasser Arafat, Perdana Menteri Palestin yang meninggal pada tahun 2004. Dia meninggal selepas 4 minggu selepas dia jatuh sakit selepas makan makanan yang dipercayai diracuni dan siasatan menjumpai yang dia memang keracunan Polonium.

Bahaya sangat ke Polonium ni? Polonium adalah 250,000 kali lebih toksik daripada hidrogen sianid, yang pernah membunuh seorang wanita Indonesia sebab kes cemburu. Hanya 50-200 miligram je, dos sianid ni boleh membunuh seorang dewasa.

Mirna, yang meninggal disebabkan diracun oleh kawannya sendiri dengan racun sianid. Imej dari detik.com.

Kalau Polonium ialah 250,000 kali lebih toksik berbanding sianid, boleh bayangkan banyak mana pula diperlukan untuk membunuh seorang dewasa? Tak banyak pun, serendah 3 millicuries polonium-210, satu jumlah yang lebih kurang saiz sebutir garam je, boleh membunuh orang yang seberat 154 paun, iaitu lebih kurang 70kg. Dan sebab kecil sangat, mangsa takkan tahu yang mereka diracuni.

Sains sangat berguna pada dunia, banyak lagi penemuan baru yang kita boleh jumpa

Penemuan unsur Radium dan Polonium oleh Marie Curie dulu banyak menyumbang kepada dunia, terutama sekali dalam rawatan penyakit kanser. Sebagai wanita pertama yang terima ijazah kedoktoran sains di Eropah, dia juga dah buka jalan kepada satu bidang pekerjaan untuk perempuan seluruh dunia dan mendapat layanan yang sama untuk kaum perempuan.

Negara kita pun tak kurang hebatnya tau, sebab rakyat kita pun pernah dicalonkan untuk Hadiah Nobel pada tahun 1935 dalam kategori Hadiah Nobel Perubatan, iaitu Dr Wu Lien-teh yang mengasaskan persatuan anti-dadah yang pertama di Tanah Melayu. Selain tu juga yang terbaru pada tahun 2013, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof atas Nobel Keamanan sebab memantau penggunaan senjata kimia di seluruh dunia ketika terbabit dalam Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW).

Klik sini untuk baca pasal Dr. Wu, doktor Malaysia yang dapat Hadiah Nobel 78 tahun dulu!

Tak lupa juga kepada Dr Chua Kaw Beng, seorang pakar virus yang dulunya pernah jumpa virus nipah yang membunuh ramai orang Malaysia, dan terpaksa seludup ke US sebab profesor dia dan pihak kerajaan masa tu tak percaya dengan penyelidikan dia yang masa tu cumalah seorang pelajar je. Sejujurnya, siapa yang sanggup dan berani berkorban macam tu sekali untuk membuktikan kebenaran?

Kalau korang minat sains, korang boleh baca lebih lagi dalam jurnal-jurnal penyelidikan yang ada dekat perpustakaan, atau boleh juga tengok dekat page FB yang bertauliah macam Medical Mythbusters Malaysia (M3), PseudoscieneWatch (PW)MO FrustRoot of Science, dan lain-lain, tapi pastikan dulu la ianya sah!

(Artikel ini banyak dirujuk daripada buku “Tokoh-tokoh dunia: Marie Curie” terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd)