Mula-mula malas belajar, tapi kini siap tubuhkan makmal sendiri untuk ajar kawan-kawan lain

Kalau korang tengok filem Adiwiraku, korang mesti tahu yang ia mengisahkan sekumpulan pelajar yang cuba nak masuk pertandingan choral speaking. Apa yang menariknya, sekolah tu merupakan sekolah ‘hotspot’, di mana ramai pelajar mendapat markah rendah terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Tapi berkat usaha dan kecekalan, dorang berjaya duduk dalam Top 5 mengalahkan banyak sekolah-sekolah elit yang lain!

Filem ni adalah berdasarkan sebuah kisah sebenar yang berlaku di Sungai Petani, malah semua budak-budak dalam filem tersebut adalah pelajar-pelajar yang sebenar.

Korang dah tengok ke belum. Imej dari KL Post

Tapi selain kisah coral speaking ini, sebenarnya ada seorang lagi pelajar yang berjaya memecah tradisi dan menemui potensi sendiri. Dia berasal dari Klang dan turut mendapat bimbingan guru daripada organisasi yang sama, iaitu Teach For Malaysia. 

Kalau ini first time korang dengar pasal Teach For Malaysia, ia adalah sebuah organisasi yang…

Melatih fresh graduate (yang bukan datang dari maktab) dan pekerja professional untuk jadi cikgu

Guru-guru TFM datang daripada latar belakang yang berbeza.

Buat pengetahuan korang, cikgu-cikgu kat TFM bukanlah datang daripada aliran maktab yang biasa. Sebaliknnya, dorang ni samada fresh graduate daripada course lain (engineering, biochemistry dsb) ataupun pernah bekerja selama beberapa tahun dalam pelbagai bidang (management consultant, lawyer, dsb). Malah, kebanyakan cikgu-cikgu TFM ni adalah lulusan universiti terkemuka daripada Universiti Malaya sampailah ke Yale!

Jadi kalau tak masuk maktab, macam mana boleh jadi cikgu? Ok, TFM ada menyediakan kursus pendek selama dua bulan di mana dorang ditugaskan mengajar di sekolah sebenar selama dua bulan, kemudiannya dorang akan dapat Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) untuk melayakkan dorang jadi guru sepenuh masa. Malah sepanjang dua tahun dorang mengajar pun, dorang akan diberi bimbingan penuh daripada mentor kat TFM.

Program TFM banyak memberi impak positif kepada pelajar, guru dan masyarakat sekeliling. Imej dari TFM

Mungkin ada yang ingat TFM ni sebuah program sukarela tak berbayar, salah tu! Bila jadi cikgu bawah TFM, korang akan mengajar sama macam cikgu biasa, dibayar macam cikgu biasa, diiktiraf oleh kerajaan macam cikgu biasa.

Program TFM ini berjalan selama dua tahun, jadi lepas tu korang boleh decide sama ada nak sambung sebagai cikgu atau buat benda lain. Tapi kebanyakan bekas cikgu kat TFM yang berhenti (lepas habis 2 tahun perkhidmatan) biasanya masih akan menyumbang kepada sektor pendidikan, dan alumni ni tertanya memang banyak buat program untuk membantu pelajar seperti Arus100% Project dan MyReaders.

 

 

TFM berjaya melahirkan pelajar berpotensi besar

Pelajar yang kami nak ceritakan tadi adalah Shahril. Dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Minatnya juga bukanlah dalam pelajaran kerana baginya, belajar merupakan sesuatu yang membosankan. Malah Shahril lagi suka cari wang saku melalui pengetahuannya dalam bidang komputer, degan mengambil upah membuat poster dan iklan.

Tapi segalanya telah berubah sejak hadirnya Cikgu Loh Chee Hoo ke sekolahnya.

Shahril telah menghadiri persidangan Leaps of Knowledge. Di dalam persidangan tersebut ada pertandingan Make A Difference (yang yang disokong oleh United Nation). Berminat dengan apa yang telah dipelajari, Shahril akhirnya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut bersama kawan-kawannya

“Shahril yang sebenarnya menunjukkan potensi kepimpinannya bila dia dan kawan-kawannya yang lain menghantar proposal untuk memasuki pertandingan. Dia sangat bermotivasi untuk belajar perkara-perkara baru” – Cikgu Loh

Menurut Cikgu Loh Chee Hoo, Shahril sendiri yang menghantar proposal untuk memasuki event tersebut, bukan guru-guru di sekolahnya.

Berjaya mengasaskan program sendiri

Bukan senang untuk memulakan sesebuah projek. Itulah perkara pertama yang Shahril pelajari apabila dia mengambil tempat dan cuba untuk melibatkan diri dalam pertandingan Leaps of Knowledge: Vinnie Chan Award oleh FrogAsia.

Hanya sebulan saja masa yang diperuntukkan, Shahril hampir berputus asa. Tetapi, Cikgu Loh banyak memberi kata-kata semangat dan bimbingan.

Imej dari giphy

Dia akhirnya berjaya mengetengahkan satu idea untuk pertandingan itu yang diberi nama Rechange-ed. Malangnya Shahril tak terpilih sebagai pemenang yang boleh melayakkannya memenangi wang sebanyak RM10,000. Namun perkara tu langsung tak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha lebih baik.

“Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut, saya memperbaiki idea untuk reChange_ed dan meningkatkan usaha untuk memperbaikinya kerana budaya kepimpinan tidak boleh dibina dalam masa sehari” – Shahril

Setakat tahun ini, idea tersebut berkembang dan semakin dapat sambutan oleh pelajar yang terlibat. Malah, lebih 40 kem kepimpinan sudah berjaya diadakan untuk melatih pelajar untuk merancang dan mengetuai projek.

Shahril dan pasukannya menganjurkan karnival mini di sekolah yang dikenali sebagai reChange_ed. Imej dari Cikgu Loh

Menurut Cikgu Loh, pada mulanya dia hanya membawa Shahril ke sebuah event Leaps of Knowledge yang membincangkan 17 matlamat global dan cabaran-cabarannya. Setelah itu, Shahril sendiri yang mula membuat pelan untuk junior di sekolahnya. Berdasarkan event tersebut, dia mengambil beberapa idea untuk diadaptasi dengan skala yang lebih kecil.

Shahril merupakan pelajar beraliran sains di  sekolahnya. Semasa menghadiri KLESF (Kuala Lumpur Engineer Science Fair) pada tahun lepas, dia mula meminta izin daripada guru-guru di sekolahnya untuk memulakan projek yang diberi nama reChange_ed ini.

Shahril dan pasukannya semasa mengambil bahagian dalam Young Innovate Competition 2015, dan menunjukkan prototaip mereka dalam KLESF. Imej dari Cikgu Loh.

Hasilnya, Shahril dan kawan-kawannya yang lain berjaya menubuhkan satu makmal di sekolahnya yang mengajar fizik dengan cara yang mudah difahami. Segala idea dan persiapan dilakukan oleh Shahril dan kumpulannya sendiri, menunjukkan kematangannya sebagai seorang ketua.

Selepas tamat sekolah, Shahril berhasrat untuk meneruskan usahanya dalam reChange_ed dalam melakukan perubahan positif untuk sekolah dan masyarakat sekeliling demi masa depan komuniti dan negara.

reChange_ed, sebuah program kepimpinan yang diasaskan oleh pelajar sendiri. Imej dari website reChange_ed

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang program yang dilancarkan oleh pelajar ni, boleh lawati di website reChange_ed, Facebook dan Instagram untuk lebih info.

The United Nations Global Goals for Sustainable Development, sebuah projek UN seluruh dunia

17 matlamat untuk mengubah dunia kita untuk matlamat pembangunan mampan. Imej dari United Nation Organisation

Sebuah projek yang diperkenalkan oleh United Nation untuk setiap kanak-kanak seluruh negara, projek The United Nations Global Goals for Sustainable Development memfokuskan matlamat mereka untuk pembangunan global yang mampan di seluruh dunia.

United Nations atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dah menetapkan yang kanak-kanak seluruh dunia sepatutnya mendapat pendidikan yang sama. Jadi menjelang tahun 2030, dianggarkan tiada kanak-kanak yang akan tercicir dalam pelajaran berdasarkan fokus mereka dalam program ni.

United Nation juga ingin memastikan yang pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran untuk semua orang di seluruh dunia.

Berkait dengan program ini, Teach For Malaysia cuba untuk menyumbang kepada negara dengan memberi pelajaran kepada mereka yang memerlukan sebab pelajaran adalah penentu masa depan setiap kanak-kanak.

Macam mana nak join atau menyumbang kepada Teach For Malaysia?

Dianggarkan, 1 daripada 5 pelajar Malaysia tidak menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka. Imej dari TFM

Teach For Malaysia merupakan organisasi bukan berdasarkan keuntungan, dengan misi untuk memberi kuasa kepada negara melalui pendidikan. Dan macam mana nak sertai Teach For Malaysia? Boleh terus ke website TFM dan memohon di sini. Boleh juga menderma di sini.

Kenapa menyokong TFM? Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kanak-kanak adalah aset negara, penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu membina negara kita dengan melabur untuk mereka demi masa depan negara. Mereka mungkin tak boleh pilih daripada mana mereka datang, tapi mereka boleh tentukan ke mana hala tuju mereka dengan pelajaran dan nilai mereka perolehi semasa membesar.