- 215Share sekarang!
- Email8
- Facebook207
- Share
Israel, sebuah negara haram yang terletak di Palestin. Hangat di seluruh di dunia apabila tercetusnya perang antara Palestin dan Israel sejak sekian lama dan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang pihak mana yang dirasakan betul. Untuk orang Islam, pastinya dorang akan sokong Palestin kan? Namun, tidak perlu menjadi muslim pun untuk menyokong Palestin.
Ramai yang mendakwa isu Palestin dan Israel ni adalah pertengkaran dalam agama, disebabkan tu mereka merasakan tak perlu take a stance dan masuk campur pun. Tapi, sebenarnya perkara ni lebih kepada political daripada keagamaan. Sebab apa? Israel tu sendiri terbentuk daripada idea politik yang dicipta oleh orang Yahudi, ia dipanggil sebagai Zionisme.
Ramai je yang sebut Yahudi zionis semua ni, tapi korang tahu ke Zionisme tu apa? Apa maksud sebenar Zionisme tu? Ni kitorang nak cerita secara ringkas berkenaan Zionisme.
Idea yang dimulakan oleh seorang wartawan dari Austria
Sebenarnya ‘Zionisme‘ ni dah lama sangat wujud, dari zaman dulu lagi. Perkataan zionis tu sendiri dikatakan berasal dari ‘zion‘ atau dalam bahasa Ibraninya (bahasa Yahudi) adalah tsyon. Ia juga dikatakan sinonim dengan bukit suci Jerusalem yang didirikan oleh Nabi Sulaiman (Solomon) AS.
Zion itu juga merupakan jolokan (bagi orang Yahudi) kota Jerusalem sebagai kota rahsia, kota Allah atau tempat tinggal yahweh (nama tuhan Yahudi). Nak dijadikan cerita, orang-orang Yahudi ni mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi terhadap Jerusalem tu sendiri. Sebab dikatakan al-masih versi kitab Taurat akan muncul di situ.
Tetapi, itu kalau ikut perbincangan agama lah kan. Kalau masuk bab zionis tu sendiri, ia dicetuskan oleh seorang wartawan dari Austria yang juga penulis iaitu Nathan Birnbaum. Tapi individu yang meneruskan ideologi politik tu dengan lebih serious adalah Theodor Herzl, juga seorang wartawan yang berasal dari Austria.
Theodor ni merupakan pelopor kepada ideologi Zionisme, ia lebih kepada political idea kerana pergerakan Zionisme pada masa tu memang menumpukan pembangunan orang Yahudi. Ia termasuk usaha mewujudkan negara khas bagi orang beragama Yahudi, sampailah berlangsungnya Kongres Pertama Zionis (First Zionist Congress) yang dianjurkan pada 1897 di Basel, Switzerland.
Kongres itu menempatkan lebih kurang 200 perwakilan orang Yahudi daripada 17 negara, hampir separuh daripada perwakilan itu datang dari Eropah Timur dan kebanyakannya daripada Rusia. Sebab apa ramai dari Eropah? Sebab orang Yahudi ni kebanyakannya berasal dari Eropah (sebahagian besar dari Rusia), dikatakan mereka ‘dibantai’ dan ditindas sehingga memaksa mereka menjadi pelarian.
Mungkin betul mereka ditindas, tapi niat tak menghalalkan cara. Jangan disebabkan penderitaan dorang tu, orang lain pula yang kena menderita. Pelbagai perkara yang dibentangkan dan dibincangkan dalam kongres tu, yang paling utama pastinya tentang masa depan Yahudi tu sendiri. Benda ni juga disokong oleh British tau, sebab apa? Teruskan membaca.
Pemilihan Palestin sebagai tapak baru negara Yahudi yang direstui British
Sebenarnya, Palestin bukanlah pilihan utama Yahudi untuk membentuk negara mereka. Dikatakan mereka mahu memilih sama ada Argentina, Ethiopia ataupun Uganda. Namun, selepas tu dorang mula mengalihkan pandangan kepada Palestin kerana itu merupakan terletaknya Jerusalem.
Sama seperti Islam, Jerusalem merupakan tempat yang istimewa dalam agama mereka. Mereka juga menganggap tempat tu sebagai Eretz Israel (The Land of Promised, The Holy Land) atau dalam Bahasa Melayu, tanah Israel. Ada sebab juga mengapa ia dipanggil sebagai The Holy Land.
Untuk orang Islam, kita semua tahu di situlah berdirinya Masjid Al-Aqsa, tempat di mana berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Ka’abah di Masjid Al-Haram, Mekah. Di tanah itu juga adalah tempat kelahiran agama Kristian.
Senang cerita, Yahudi zionis ni nak claim habis-habisan lah tanah tu. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan naratif yang tanah tu adalah tempat suci bagi agama mereka, kira macam menunggang agama lah. Dari situ lah bermulanya gelombang migrasi orang Yahudi yang terlibat dengan Pogrom (pembersihan etnik) ke tanah Palestin sepanjang tahun 1882-1918.
Dikatakan mereka datang ke Palestin untuk meminta asylum supaya dapat menyelamatkan diri mereka, tetapi segala pergerakan mereka tu terlindung sesuatu agenda yang hanya mereka tahu ketika itu.
Dari situlah peranan ideologi Zionisme tu dimainkan, iaitu mewujudkan negara yang berbangsa Yahudi sepenuhnya setelah beribu tahun berada dalam status pelarian. Mereka mempercayai, hanya dengan cara itu mereka dapat survive di muka bumi. Tapi dengan mencuri tanah orang lain pula, boleh dikira sebagai sangat tidak beretika.
Kita masuk pula kaitannya dengan British, kalau korang nak tahu Palestin tu dulu adalah tanah jajahan British tau. Ye betul, korang tak salah baca pun. Pada 1917, British telah membuat statement yang dinamakan sebagai Deklarasi Balfour (1917) di mana dorang akan menyediakan national home untuk orang Yahudi.
Ini merupakan langkah untuk mendapatkan sokongan orang Yahudi terhadap British. Selepas tu, British mengambil alih Palestin selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama (WWI) pada 1918. Tambahan lagi, pada masa itu terlahirnya League of Nations (kira abang kepada PBB).
Mereka telah memberi mandat kepada British untuk mentadbir negara tu, kira sama macam dorang mentadbir Malaya suatu ketika dulu lah. Pada 1946, League of Nations telah dibubarkan kerana dorang telah memperkenalkan pertubuhan baru iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB ni pula pergi buat keputusan yang agak kontroversi pada tahun seterusnya.
Pelan PBB yang memberi peluang peperangan kepada Israel!
Pada 1947, PBB berpendapat yang Palestin perlu dibahagikan kepada dua wilayah. Sebahagian adalah wilayah Yahudi dan sebahagian lagi adalah wilayah arab. Manakala bandar Jerusalem akan dikira sebagai kawasan antarabangsa berstatus khas. Perkara tu dipersetujui oleh Yahudi tetapi lain pula cerita dengan orang arab Palestin, mereka menolak perkara tu.
Masa tu memang tension antara orang Yahudi zionis dan arab Palestin agak memuncak. Ada pula lagi satu masalah timbul, iaitu pada Mei 1948, British telah berundur daripada Palestin. Ia sekaligus memberi Yahudi zionis peluang untuk berperang! Dari situ lah bermulanya Perang Arab-Israel (1948) selepas Israel serta-merta declare (secara diri sendiri) sebagai sebuah negara selepas British pergi.
Oh ye, untuk info tambahan, Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi di Malaya) pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Kolonial British di Palestin dulu. Dia juga antara yang bertanggungjawab membuka pintu peluang kepada kewujudan negara Israel. Siapa Henry Gurney? Ketahui lebih lanjut dengan klik di sini.
Selepas tamatnya Perang Arab-Israel (1948) tu pada tahun berikutnya, Israel telah berjaya mengawal dua per tiga tanah Palestin dan dari situ mereka dapat mengembangkan negara haram mereka. Untuk pengetahuan korang, Israel ni dibiayai oleh Amerika Syarikat. Tu yang military forces dorang dikira antara yang terbaik.
Perang Arab-Israel bukan hanya terjadi pada 1948 sahaja, disebabkan konflik yang berterusan, tercetus banyak lagi perang Arab – Israel dan salah satunya pada 1973 yang digelar sebagai Perang Oktober atau pun Perang Yom Kippur. Ia melibatkan Israel menentang Mesir dan juga Syria.
Kenapa ia dipanggil Perang Yom Kippur? Kerana Mesir dan Syria bertindak untuk menyerang Israel ketika hari keagamaan mereka, Yom Kippur. Dikatakan ketika berlangsungnya Yom Kippur, segala aktiviti perlu dihentikan seperti radio, television, kedai-kedai dan sebagainya demi menghormati hari keagamaan tersebut.
Lebih 10 ribu nyawa terkorban hanya disebabkan peperangan tu sahaja. Selepas peperangan yang agak dahsyat, pemimpin Mesir dan Israel telah di invite oleh Presiden Amerika untuk berbincang di Camp David, sebuah penempatan di Washington, DC.
Perbincangan yang berlangsung selama 13 hari tu telah membawa kepada kata sepakat untuk menandatangani Perjanjian Camp David pada 17 September, 1978. Salah satu syarat yang dikemukakan dalam perjanjian tu adalah perjanjian damai antara Mesir dan Israel, perkara itu mendapat reaksi negatif daripada negara-negara Arab yang lain dan menganggap Mesir sebagai pengkhianat.
Perkara yang lebih teruk adalah, yang mendapat kesan buruk daripada peperangan dan perjanjian tu adalah rakyat Palestin. Mereka kena menanggung segala akibat selepas tiada lagi yang akan memberi tekanan kepada Israel, maksudnya yahudi zionis dapat menakluk Palestin dengan lebih bebas tanpa campur tangan kuasa besar negara berhampiran. Macam mana pula dengan Jordan?
Jordan yang merupakan negara jiran kepada Palestin juga telah menandatangani perjanjian damai bersama dengan Israel pada 1992, dorang pun ibarat dah normalised dengan penaklukan Israel terhadap Palestin. Jadi sekarang ni, siapa je yang boleh dipercayai? Sebab negara jiran Palestin pun memberi lampu hijau kepada zionis!
Dipendekkan cerita, konflik antara mereka ni berterusan sampai sekarang dan tiada penghujungnya. Mungkin ada yang berdiri teguh dengan Israel, ada juga yang ingin menjadi neutral. Tetapi, cuba bayangkan kita berada di tempat warga Palestin. Tiap hari ditindas di atas tanah mereka sendiri, tetapi masih lagi mampu bertahan sampai sekarang. Fikir-fikirkan lah!
- 215Share sekarang!
- Email8
- Facebook207
- Share