- 67Share sekarang!
- Email3
- Facebook64
- Share
Beberapa hari lepas, sekumpulan Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis agar membuka semula kertas siasatan mengenai kes kematian ‘Baby Adam’ yang berusia 10 bulan.
Sebelum kes penderaan adik Bella, sebenarnya ada yang kita terlepas pandang, iaitu kematian ‘Baby Adam’. Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran kita apabila mengingatkan betapa kejamnya Siti Bainun ibarat manusia bertopengkan iblis.
Beberapa hari lepas, polis mengesahkan Baby Adam dijemput Ilahi bukan disebabkan penderaan tetapi, akibat penyakit pneumonia yang dihidapi.
Akan tetapi, adakah Baby Adam ni diabaikan sehingga dia meninggal dunia akibat penyakitnya tak dirawat dengan sempurna? Takpe, awal-awal ni kita huraikan sikit, kisah Baby Adam ni dulu.
Baby Adam seorang anak Sindrom Down
Baby Adam ni seorang anak Sindrom Down yang dilahirkan dengan umur yang tak cukup (lahir pada usia 28 minggu). Sejak lahir lagi, dia mengalami pelbagai kompilasi, malah dia duduk di hospital sehingga umur 6 bulan.
Lepas tu, Baby Adam dihantar ke Rumah Bonda pada bulan November 2019 dan dijaga oleh sukarelawan-sukarelawan di sana.
Awalnya, Baby Adam ni keadaannya baik saja bila di Rumah Bonda tu, tetapi dia dijemput Ilhahi pada 3 Mei 2020 akibat penyakit pneumonia.
Berikut gambar-gambar Baby Adam sebelum dikebumikan:
Tapi kan… ada perkara musykil yang berlaku dalam kes Baby Adam ni.
Boleh jadi ia berpunca daripada pengabaian
Nak tahu apa yang pelik dalam pemergian Baby Adam ni?
Perkara pelik pertama:
Selepas pemergian Baby Adam ini, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun merayu kepada pihak polis dan doktor supaya tidak menjalankan bedah siasat. Katanya Baby Adam pergi secara tiba-tiba, tetapi kalau tiba-tiba, kenapa takut nak dibedah siasat?
Perkara pelik kedua:
Baby Adam ni saiz badannya berubah, daripada berisi menjadi kurus tak bermaya. Di sini timbulnya satu syak wasangka di mana kemungkinan pemergian Baby Adam ni boleh jadi disebabkan pengabaian. Perkara ini boleh berlaku kerana lihat saja apa yang berlaku kepada adik Bella, didera dengan kejam dan diabaikan.
Polis juga mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku terhadap Baby Adam. Ia disahkan selepas pihak polis melakukan penilitian terhadap laporan bedah siasat Baby Adam dari pihak Hospital Kuala Lumpur.
Isu ini telah dijawab oleh Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan. Beliau berkata laporan bedah siasat memang tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dikesan dalam kematian Baby Adam.
“Semakan menyeluruh berhubung kejadian yang membabitkan Rumah Bonda dibuat ekoran laporan yang membabitkan mangsa kanak-kanak bernama Bella. Ia menjadi ‘trigger point‘ (titik pencetus) untuk kita semak semua apa lagi kes yang dilaporkan serta isu lain berkaitan Rumah Bonda.
___
Ada kes-kes yang dibuka kertas siasatan dan ada kes yang tidak dibuka kertas siasatan kerana didapati tiada unsur jenayah. Ia termasuk laporan membabitkan kematian Baby Adam yang dibuat sendiri oleh pemilik Rumah Bonda, kita semak juga. Dan hasil semakan, kita mendapati laporan bedah siasat oleh doktor mengesahkan kematian disebabkan oleh pneumonia dan tidak ada unsur-unsur jenayah.” — Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, dipetik dari Harian Metro.
Ada satu perkara yang kami nak kongsi dan mungkin ia akan menjadi persoalan semula terhadap pemergian Baby Adam ni, tengok gambar di bawah:
Korang nak tahu, gambar di atas ni merupakan komen dari sebuah hantaran Facebook dari Harian Metro. Macam apa yang kita lihat, dia mempunyai pengalaman dua orang anak yang menghidap pneumonia, tetapi anaknya tidaklah kurus kering seperti Baby Adam.
Nak tahu tak, sukarelawan Rumah Bonda yang digelar ‘Mummy‘ ada pernah buat laporan polis sebelum ni dan ye, masih menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas membacanya:
- 67Share sekarang!
- Email3
- Facebook64
- Share