Azmin Ali terlibat dengan skandal tanah yang melibatkan hampir 1,000 orang?!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Tak berapa lama dulu, ada sorang pembaca CILISOS ni banyak kali ajukan cadangan kat kitorang supaya cover pasal satu kes skandal tanah ni, yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Ni ha komennya:

Screenshot daripada komen kat Facebook Cilisos.

Jadi, apa benda skandal Ijok ni, sebenarnya? Kitorang siasat! Oh, kalau korang tak tahu, Ijok adalah kawasan pilihan raya di Selangor. Kes ni sangat memeningkan sebenarnya, sampai kitorang banyak kali juga la termenung sejenak, minum kopi secawan dua, termenung balik, sampai berhari-hari.

Ceritanya bermula sejak 1998, iaitu 20 tahun yang lepas masa Selangor masih lagi di bawah pemerintahan BN, dan beg plastik masih belum dicaj 20 sen…

Syukurlah, BR1M boleh cover plastik untuk setahun shopping

Masa tahun 1998 dulu, kerajaan BN Selangor pernah bagi peneroka sebidang tanah di Ijok

Perjanjian tanah Ijok. Imej dari NST

Oh sebelum tu, korang kena faham dulu pasal kronologi Menteri Besar Selangor dari 1998 sebelum kita bincangkan skandal Ijok ni:

Menteri Besar Selangor yang starting dari Abu Hassan.

Semuanya bermula pada zaman Abu Hassan, iaitu masa Kerajaan Negeri yang dipimpin BN bagi tanah kat 981 orang peneroka secara percuma. Eh, macam bagus je kerajaan BN masa ni. Pastu tahun depannya pulak, atas cadangan Kerajaan, peneroka ni jual tanah dorang kat pemaju swasta – Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. Sebagai balasan, dorang dijanjikan pampasan sebanyak RM180k secara tunai dan sebuah rumah untuk setiap peneroka.

Pada masa tu, Khairuddin Abu Hassan adalah Pengarah Eksekutif untuk dua buah syarikat. Nama tu macam familiar, kan? Khairuddin ni la yang rajin buat repot polis pasal kes 1MDB. Malah, dia juga merupakan penyokong kuat Mahathir, walaupun selama ni, dorang ada reputasi sebagai ‘kroni BN’. (Tapi masa tahun 2014, Khairuddin diisytiharkan muflis dan bukan lagi Pengarah Eksekutif untuk kedua-dua syarikat).

Khairuddin yang rapat gila dengan Mahathir sekarang. Imej dari Astro Awani

Malangnya, projek pembangunan tu tak berjalan seperti apa yang diharapkan, walaupun lepas Khir Toyo gantikan Abu Hassan sebagai Menteri Besar Selangor, atau pada tahun 2008, bila Selangor dimenangi Pakatan Rakyat. Mujur Zaman dan LBCN pun dalam masa yang sama nampaknya dah langgar perjanjian dengan peneroka, iaitu dengan:

  1. Tak bina rumah seperti yang dijanjikan dan
  2. Tak bagi pampasan kepada peneroka

OMG kesiannyyaaaaa :(

Lepas tu, Pakatan ambil alih Selangor dan Khalid cuba untuk bagi balik tanah pada peneroka

Khalid Ibrahim pernah jadii hero dalam kes Ijok. Imej dari Malaysian Access

Jadi pada 13 Mac 2008, Khalid Ibrahim yang berada di bawah PKR ambil alih Selangor sebagai Menteri Besar yang baru. Marah dan kecewa kerana pelanggaran itu, dia dapatkan balik tanah tu, di bawah Kanun Tanah Negara pada tahun 2009.

TAPIIIIII, DIA TAK DAPAT SEMUA SEKALI.

Tanah kat Ijok ni dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu  Alam PerdanaAlam Mutiara, dan Alam UtamaKhalid cuma berjaya merampas Alam Perdana.

Khalid cuma berjaya dapat Alam Perdana, daripada 3 Alam yang ada.

Lepas dia menang kes Alam Perdana kat mahkamah, Khalid cuba pula untuk dapatkan dua lagi tanah yang lain, iaitu Alam Mutiara dan Alam Utama. Tapi, pemaju nampaknya lagi cepat bertindak. Dorang ni cepat-cepat failkan perintah mahkamah terhadap Khalid supaya dia tak boleh dapatkan balik Alam Mutiara dan Alam Utama. Drama dah mulaaaa.

Aaa cepat, sebelum Khalid ambik tindakan – kata pemaju.

Memandangkan Khalid dah dapat Alam Perdana, tiba-tiba pula ada pihak berkepentingan (stakeholders) pergi saman Kerajaan Negeri tu dengan mengatakan lebih kurang camni la, “Kau dah dapat tanah tu, jadi kau kena bertanggungjawab dengan semuanya, termasuk hutang-hutang yang datang dengannya.”

Pastu, stakeholders pun menang kes saman tu, jadi Kerajaan Negeri terpaksa la bayar ratusan juta ringgit kepada dorang ni (salah satu daripadanya adalah Maybank Islam). Bukan tu je, ada beberapa bank lain lagi yang terlibat jadi stakeholders sebab bank ada pinjamkan duit untuk tanah ni.

“Kami bayar lebih daripada RM160 juta. Pengambilalihan tanah hanya dilaksanakan selepas pampasan telah dibayar. “- Khalid, semasa ditemu bual NST.

Tindakan Khalid ni nampaknya dah menyebabkan sampai 30 kes mahkamah di antara Negeri, bank, pemaju (Mujur Zaman & LBCN) dan peneroka – Semua stakeholders yang terlibat saman bertalu-talu dari semua arah – kiri, kanan, tengah. Kes ni jugalah yang menyebabkan Selangor terpaksa membayar sampai beratus-ratus juta!

Lebih kurang macam ni, tapi ramai-ramai buat

Pada tahun 2013 pulak, pemaju saman lagi Kerajaan Selangor, tapi kalah di Mahkamah Tinggi. Dorang cuba lagi sekali kat Mahkamah Rayuan pada tahun 2014, tapi kalah sekali lagi. Bila dah kalah dua kali, syarikat-syarikat ni pun apa lagi, dorang cuba pula nasib kat Mahkamah Persekutuan…

Tapi sebelum sempat perbicaraan dimulakan, Khalid digulingkan pulak dalam Langkah Kajang, di mana Azmin Ali pulak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru!

Masa ni, peneroka dah rasa semakin tertekan. Dah la Khalid yang peduli hal ni dah tak jadi Menteri Besar Selangor, dorang kena cuba pula mengadu nasib kat kuasa baru. Antara ahli politik yang para peneroka ni cari pada masa tu adalah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS, dan kemudiannya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari Amanah.

“Apabila Dr Dzulkefly kalah di Kuala Selangor pada tahun 2013, para peneroka datang kepada saya, sebagai Ahli Parlimen Shah Alam. Dari situ, saya terlibat, bersama-sama dengan Dr. Dzul, dan kemudian membangkitkan kes ini dengan Menteri Besar baru, Azmin Ali. Dari situ, kami mencapai keputusan yang sesuai untuk semua pihak, terutamanya hampir 1,000 peneroka yang terlibat. “- Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, dipetik pada The Malaysian Insight.

Bunyi macam dah nak habiskan? Kau sabar jap, sebab ada plot twist ni.

Azmin Ali bagi balik tanah tu kat syarikat-syarikat tu? KONSPIRASI APA NIIII??!!

Azmin Ali. Imej dari Malaysian Insight

Sebelum kes tu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, Azmin Ali didakwa memberikan tanah tu kepada kedua-dua syarikat pada tahun 2016!

Pehal do

(P/S: Kitorang perasan yang ni adalah masa yang sama Mahathir membentuk satu pakatan dengan Pembangkang. Dan… Khairuddin (bekas Pengarah Eksekutif syarikat-syarikat tu) juga merupakan penyokong kuat Mahathir! Adakah…)

Baru-baru ni pulak, (masa Tahun Baru Cina), Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) membangkitkan isu tu, dengan mendakwa Azmin memberikan tanah tu kembali kepada Mujur Zaman dan LBCN. Dia menyindir, dan dalam masa yang sama mempersoalkan sama ada terdapat apa-apa jenis suapan diberi kepada Azmin dan Kerajaan Selangor.

“Jadi,  jika kedua-dua Shao Loong [Pengarah Strategik Pejabat Pengarah Selangor CM] dan Suhaimi [Setiausaha politik Azmin] berkata mereka adalah kroni-kroni BN yang bertanding pada era Tun Mahathir tahun 1998-2000, kenapa kerajaan Selangor menyelamatkan ‘Kroni BN’ yang telah gagal dan kini membolehkan mereka menang – dan sebenarnya, ‘menang’ lebih banyak daripada peneroka? “- Eric See-To, Timbalan Pengarah BNSCFMT.

“Ni result SPM saya”. Eh bukan, ni Rahman Dahlan dan Timbalannya Eric mempersoalkan kenapa Azmin buat macam tu. Imej dari Malaysian Digest

Buat masa ini, pemaju projek ni berada di bawah pemilikan baru. ‘Pemilik asal’ kroni (Datuk Seri Chin Chan Leong) dah dipenjarakan sebab penipuan pasaran saham. Pastu, syarikat-syarikat ni dah gadai beberapa tanah untuk tanggung hutang dorang sendiri. Dorang dah jual kat syarikat swasta lain, iaitu Eco World Development Bhd dengan harga RM1.18 bilion pada tahun 2015. Pemilik baru pulak nak selesaikan kes itu dengan Kerajaan Negeri.

Eco World membeli tanah dari Mujur Zaman dan LBCN. Imej dari The Star

Tapi, korang ingat tak pasal 30 kes mahkamah yang melibatkan SEMUA pihak berkepentingan (negara, bank, pemaju dan peneroka)? Dorang masih menunggu, kan? JADIIIIII, Azmin nampaknya berjaya buatkan semua pihak bersetuju untuk menggugurkan semua tindakan undang-undang terhadap Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama. Sebagai pertukaran, Kerajaan Negari juga menggugurkan semua tuntutan undang-undang terhadap dorang. Kira macam win-win situation la ni. Akhirnya, Eco World sendiri yang akan bagi pampasan kat peneroka.

Yeayyy, peneroka dah nak dapat duit!

Tapi yang tak bestnya, ramai antara peneroka ni dah tua dan meninggal dunia

20 tahun kot. Kalau ada anak masa tu siap boleh dapat cucu.

Jadi pada tahun 2018, Eco World akhirnya membayar para peneroka RM180k secara tunai, dan bagi setiap peneroka sebuah rumah, macam yang dijanjikan.

Jadi bagi para peneroka, dorang ada pendapat masing-masing. Ada yang dah rasa lega, dan ada juga yang tak berpuas hati sebab dorang rasa apa yang dorang dapat tu tak setimpal dengan yang dijanjikan, dan yang sepatutnya. Salah sorangnya adalah Mohd Fadzil Ibrahim. Dia menjelaskan yang rumah-rumah yang pemaju berikan ni bernilai RM200 ribu pada masa sekarang (kalau nak compare dengan tahun 90-an tu, dah berapa pulak?). Selain tu, dorang pada asalnya dijanjikan rumah berkembar dengan 4-bilik tidur. Tapi last-last peneroka ni cuma diberi rumah teres dua tingkat.

Bagaimanapun, Omar Ali Bashah, Ketua Alam Tindakan Bukit Cerakah dan Jawatankuasa Tindakan Alam Mutiara yang mewakili peneroka sejak 2013 kata dorang gembira sebab dapat capai penyelesaian di luar mahkamah sebab kebanyakan daripada peneroka ni adalah warga tua, berumur 70 dan ke atas, dan ada yang tak sempat pun tengok rumah :(

“Selepas projek selesai, nilai rumah ni akan jadi sekurang-kurangnya RM450,000. Ini bermakna jumlah wang yang kami dapat dari pampasan dan asetnya ialah RM630,000. “- Omar Ali Bashah, dipetik dari The Malaysian Insight.

Kes Ijok ni dah memakan masa selama 20 tahun untuk diselesaikan, iaitu sejak 1998 lagi. Daripada 981 orang peneroka, seramai 358 orang dah meninggal dunia sebelum sempat tengok rumah-rumah yang dijanjikan. Ramai yang rasa bersyukur sebab penantian dorang dah berakhir. Tapi dalam masa yang sama, kitorang juga bersimpati terhadap para peneroka ni yang tak pasal-pasal terlibat dengan masalah politik orang lain, sampai drag bertahun-tahun. Kitorang harap kesemua peneroka yang terlibat ni dah boleh rasa tenang sebab boleh tinggal di rumah sendiri yang sememangnya adalah hak milik dorang.