Asyik terbazirkan makanan lepas berbuka? Ni cara korang boleh sedekah bulan puasa ni!

Sejak kecik lagi kita dah diajar yang membazir tu amalan syaitan. Nak nak pula bulan puasa ni, macam makin banyak je pembaziran nampaknya. Tapi syaitan diikat masa bulan Ramadhan, jadi nak salahkan siapa sekarang ni?

Kalau bukan salah setan, mesti Yahudi. Tu je la modal korang, kan? Gambar dari gamecard Politiko

Kalau korang nak tahu teruk ke tak pembaziran yang berlaku kat Malaysia ni, penyumbang terbesar kepada pembuangan sisa makanan di negara ni biasanya adalah dari sebuah isi rumah, iaitu sebanyak 38%, berbanding pasar basah 24%, restoran 23% manakala hotel, cuma 7% je! Nak tahu keseluruhannya banyak mana? 16,650 tan setiap hari!. Dianggarkan, kita membazir sebanyak lebih kurang 1kg makanan tiap hari!

Jadi, macam mana kita nak selesaikan perkara ni? Cara dia, korang kena la bersedekah makanan yang lebih tu kepada yang memerlukan. Kalau sebelum ni korang tak tahu nak bagi makanan tu kat siapa, kali ni korang dah ada option!

Oh Free Food, aplikasi yang bagi korang kemudahan untuk berkongsi makanan dengan mudah

Nak tahu macam mana ia berfungsi? Korang pergi dekat Google Store/App Store korang, dan download aplikasi Oh Free Food. 

Screenshot dari apps ohfreefood.com

Mula-mula korang login je aplikasi Oh Free Food, dan upload gambar makanan yang korang berniat nak sedekah tu. Ada tiga kategori makanan yang korang boleh kongsi dalam OhFreeFood ni iaitu makanan baru, makanan yang terlebih masak, makanan tambahan, atau lebihan yang belum disentuh. Asingkan awal-awal yang korang nak bagi tu tau, jangan la bagi sisa makanan pulak, tak baik tau.

Lepas tu, korang isi la apa-apa yang patut macam makanan apa, bila korang masak, semua tu la. Lagipun, siapa je yang tak suka makanan free, kan? Bila ada orang nak terima, jadinya korang tetapkan je kat mana nak jumpa dan bila. Tadaa! Mudah je, kan?

Antara makanan yang disedekahkan mengikut kategori yang ada. Lepas ni confirm banyak lagi. Screenshot dari apps

Perkara ni sedikit sebanyak boleh membantu orang yang betul-betul dalam kesusahan. Kalau korang nak tahu, Statistik Kebuluran Dunia menganggarkan sebanyak 1 daripada 7 orang di dunia berada dalam keadaan kelaparan, manakala 1/3 makanan dibazirkan setiap hari. Jadi atas inisiatif ni jugalah adalah lebih baik kita sedekahkan makanan daripada nak buang terus.

Bukan tu je…

Selain memberi, korang juga boleh menerima!

Masa kecik dulu, seakan dah jadi satu kebiasaan pula bagi kita untuk bersedekah makanan dengan jiran tetangga tiap kali tibanya bulan puasa. Kalau jiran bagi ayam masak merah hari ni, esok kita balas balik dengan sambal udang alang-alang nak pulangkan bekas diorang. Hasilnya, dapat la merasa serba sikit makanan masing-masing dan tak perlu membazir nak beli makanan kat bazar.

Daripada korang share gambar je, baik korang share makanan betul. Kenyang dapat, pahala pun dapat!

Tapi nampaknya zaman sekarang dah lain. Makin jarang pula amalan bersedekah makanan ni kat jiran-jiran mungkin kurangnya sifat berkongsi macam orang zaman dulu, atau disebabkan kesibukan bekerja.

Sama la dengan konsep bersedekah dengan jiran tu, korang bukan saja boleh memberi, tapi dalam masa yang sama menerima makanan yang korang nak, secara percuma!

Cuba korang offer kuih ketayap kat Beyonce, terharu gila dia

Tapi kalau boleh, bagilah orang yang betul-betul memerlukan dulu. Lagipun konsep sedekah ni luas. Kalau korang tak mampu nak bersedekah tapi korang cukup makan, korang boleh je sedekahkan masa korang dengan tolong ambilkan makanan dan hantarkan kepada keluarga fakir miskin yang tak ada akses pengangkutan. Kalau takde orang terima, jadi terpulanglah untuk ambil dan manfaatkan sebaiknya.

Benda boleh sedekah, buat apa buang?

Daripada korang buang makanan berlebihan yang masih elok, dengan cara ni, kita bukan saja dapat mengurangkan pembaziran makanan, tapi dalam masa yang sama dapat bersedekah kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Lagipun puasa mengajar kita lapar dan dahaga untuk kita sama-sama mensyukuri nikmat yang ada. Kalau berlakunya pembaziran disebabkan sifat tamak, jadi tak sampailah niat sebenar berpuasa, kan?

Bagi korang yang ada kawan-kawan yang susah dan memerlukan sangat-sangat tu, bagitahulah diorang berita baik ni. Tapi bagai korang yang mampu, boleh la ringan-ringankan beban mereka yang susah tu terutama sekali dalam bulan mulia ni.

Mana taknya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tapi kalau korang tak dapat nak sedekah makanan, korang share je artikel ni supaya dapat bantu mereka yang susah :)