Apa pasal Najib YAKIN sangat minta kerajaan siasat dirinya?

(This article is a translation. For the original, you can visit our sister site, CILISOS)

Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum 14 (PRU14), kehidupan Najib Razak dah berbeza. Daripada menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia ke seseorang yang keluar masuk mahkamah. Beberapa hari selepas keputusan PRU14 menampar muka Barisan Nasional, ada orang tambah derita Najib dengan mencuri coklat dia. Hmmm…kesian kat Najib.

Walaupun Najib berhadapan dengan pelbagai kes mahkamah, dia tetap tenang dan bersantai, siap boleh main Facebook lagi. Apa yang buat kitaorang rasa menarik, kali ni dia sendiri mintak supaya bukak je kertas siasatan terhadap jenayah yang dikaitkan dengan dia. Mungkin Najib percaya dengan pepatah – berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi kalau Najib betul-betul salah, memang lama gilalah dia akan lepak kat penjara.

Siapa rembat coklat aku? Hmm…Imej dari FB Najib Razak

Kalau korang tak tahu, banyak kes bunuh yang dikaitkan dengan Najib. Antaranya pembunuhan Kevin Morais, Hussain Najadi, Altantuya Shaariibuu dan Teoh Beng Hock. Tapi kenapa tiba-tiba beberapa kes bunuh ni muncul? Meh kami cerita…

Suspek kes bunuh kata Najib nak bagi 3.5 juta kalau di mengaku membunuh…

Korang ingat tak Kevin Morais? Timbalan Pendakwa Raya yang dibunuh dengan ngeri, disimen weh. Kes perbicaraan Kevin Morais ni memang complicated, benda jadi lebih mengelirukan bila salah seorang suspek (Ravi Chandran) pembunuhan kata Najib Razak siap offer 3.5 juta ringgit kalau dia nak mengaku bunuh Kevin. Katanya rundingan mega ni diaturkan oleh pegawai penjara.

Bukan setakat pegawai penjara, menurut saksi tu – adik Kevin pun terlibat dalam jadi orang tengah kepada Najib Razak dan offer 2 juta lagi kepada suspek tu. Hmmm…kalau dakwaan ni dapat dibuktikan betul, dunia ni dah nak terbalik agaknya. Sebab duit, orang sanggup buat lupakan darah daging sendiri…

So, on ke tak on ni? Imej dari CILISOS

Benda ni memang mengejutkan ramai pihak, tapi boleh jadi jugak orang main tuduh-tuduh je kat Najib sebab sekarang dia dah takde kuasa. Najib sebenarnya bengang dengan semua benda ni – lagi-lagi dengan laporan-laporan media yang sensasi, biasalah kalau media tak laporkan berita tu dengan sensasi, memang korang takkan bacalah, betul tak?

Najib kata – kebanyakan media tulis macam tujuh-tujuh suspek kata tuduh dia offer duit kat diorang. Padahal yang tuduh Najib offer duit, seorang je – Ravi Chandran. Lagi satu, nama Najib mula dikaitkan dengan kes bunuh Kevin ni mula disebut oleh Sarawak Report, bukan pasukan yang siasat kes ni.

Simen yang digunakan untuk sembunyikan mayat Kevin. Imej dari Darah Satria

Oleh sebab media dah laporkan macam-macam tentang dakwaan saksi ketujuh pembunuhan ni, orang ramai pun dan mula ambik port dan bising tentang penglibatan Najib dalam pembunuhan kejam Kevin. Salah seorang tokoh pembangkang, eh sekarang dah kerajaan – Lim Kit Siang ada buat komentar tentang benda ni. Dia kata kerajaan patut buka semula kes-kes pembunuhan dan tubuhkan pasukan penyiasat khas untuk siasat kematian-kematian macam ni.

“Kematian-kematian misteri yang berlaku sering dikaitkan dengan siasatan 1MDB, seperti pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Najadi, kematian misteri Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais, pembunuhan Altantuya Shaariibuu dari Mongolia dan kematian Teoh Beng Hock, “- Lim Kit Siang, dipetik dari Malaysiakini

Hmmm…siapa yang bunuh ni? Imej dari Giphy

Bila Lim Kit Siang kata macam ni, mungkin ada orang fikir Najib akan takut. Korang tahu apa Najib buat? Dia kata – bukaklah balik kes tu, supaya dia boleh dapatkan keadilan. Ini barulah pendekar Melayu! Dia yakin dia tak salah dan nak keadilan ditegakkan.

Najib bukan saja-saja cabar, dia nak orang tahu dia tak bersalah…

Kalau ikutkan apa yang Najib kata kat Facebook dia, inilah masanya dia buktikan dia tak bersalah. Dah berkali-kali orang dakwa dia terlibat dengan kes-kes kematian macam ni, siapa tak bengang. So, kalau siasatan semula dilakukan, dapatlah dia bersihkan nama dia.

“Sudah lebih kurang 10 tahun, saya telah dituduh oleh Pakatan Harapan dan pakar propaganda mereka tentang keterlibatan saya dalam pembunuhan Altantuya, Morais dan Hussain.

Kini sudah tiba masanya keadilan diberikan kepada saya, keluarga mangsa, dan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia yang menuduh dan memfitnah saya untuk menyesali apa yang telah mereka lemparkan (kepada saya), “- Najib, dipetik dari Malaysiakini

https://www.youtube.com/watch?v=k5cXxFv1RgM

Najib ada sebut gak tentang kes Hussain Najadipengasas AmBank yang ditembak mati kat kawasan parkir di Kuala Lumpur pada tahun 2013. Najib kata – orang pertama yang kaitkan pembunuhan ni dengan dirinya, Lim Kit Sianglah! Sebab tu kot dia makin berbulu dengan Lim Kit Siang. Benda ni memang betul pun, pada tahun 2015 – Lim Kit Siang minta Ketua Polis Negara waktu tu untuk siasat Najib atas kematian Hussain.

Kata Lim Kit Siang, kes ni mungkin berkaitan sebab Hussain jumpa duit banyak kat akaun bank Najib. Kata anak Hussain Najadi – ada orang bayar 30 juta ringgit kat gangster untuk bunuh bapak dia.

Hussain Najadi. Imej dari CILISOS

Tapi…Najib kata Hussain Najadi dah jual semua saham Ambank dia pada tahun 1982, maksudnya dia takde kaitanlah dengan bank tu sejak 30 tahun lepas. Lepastu, dia rasa bila Pakatan Harapan sekarang ambik kempimpinan kerajaan – diorang ada peluang untuk gunakan isu ni sebagai fitnah untuk jatuhkan reputasi dia nanti.

“Harus diingat bahawa fitnah adalah dosa yang lebih besar daripada pembunuhan. Oleh itu, saya mahu semua dakwaan pembunuhan terhadap saya disiasat dan dibicarakan, jadi kita tahu siapa yang benar-benar berdosa, “- Najib, dipetik dari Malaysiakini

Najib confident gila babs dia tak salah. Imej dari Giphy

Pergaduhan di antara Najib dan Lim Kit Siang ni nampaknya belum berakhir – kalau korang nak tahu, Lim Kit Siang terkejut bila dapat tahu Najib on je kalau nak bukat balik siasatan yang ada kaitan dengan dia. Dia sebut, Najib ni masa dia hilang kuasa pulak baru nak cari keadilan, masa dia jadi Perdana Menteri dulu, takde pulak. Masuk akal jugak Lim Kit Siang ni, kenapa Najib tak bukak kes ni dari dulu?

Diorang dah macam main balas pantun pulak – Najib jawablah, masa dia jadi PM, kes Teoh Beng Hock disiasat sampai tahap wujudkan pasukan penyiasat diraja. Kes Altantuya dan Hussain disiasat di mahkamah bertahun-tahun lamanya. Kes Kevin Morais pula masih dalam kes mahkamah.

1,2,3 kucing berlari. Najib nak jawab apa lagi? Imej dari CILISOS

Ada kes bunuh yang betul-betul akan dibuka semula…

Kalau Najib ni nak acah-acah berani kerana benar, dia memang silaplah – sebab ada jer kes bunuh yang dibuka semula atas arahan Peguam Negara. Bagus gak lah Lim Kit Siang dan Najib ni gaduh, bolehlah kes-kes pembunuhan misteri dapat perhatian yang sepatutnya. Baru-baru ni Peguam Negara mintak kes Teoh Beng Hock dibuka semula.

“Saya mengesahkan bahawa saya menerima arahan semalam. Setelah selesai, kami akan menyerahkan semula penemuan kami kepada AGC untuk tindakan selanjutnya, “- Ketua Polis Negara, dipetik dari The Star

Teoh Beng Hock. Imej dari FMT

Untuk kes Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi nampaknya siasatan semula belum dibuka. Walaupun siasatan semula ni tak bagi kesan apa-apa nasib mangsa yang terbunuh ni, tapi bukak siasatan semula ni boleh dapatkan keadilan untuk mangsa. Korang rasa Najib ni berani kerana benar? Atau sebenarnya dia tengah bosan?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka