- 697Share sekarang!
- Email17
- Facebook680
- Share
Pada hari Jumaat, 11 Oktober minggu lepas, Bajet 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dengan peruntukan RM297 bilion, iaitu 5.57% kurang berbanding RM315 bilion pada tahun sebelumnya. Belanjawan yang dibentangkan kali ni mempunyai empat teras utama iaitu, memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keupayaan modal insan, mewujudkan masyarakat bersatu, inklusif dan saksama, serta memulihkan institusi dan kewangan am.
Untuk ramai korang yang terpaksa menempuhi kesesakan trafik pada hujung Jumaat lepas, korang mungkin belum sempat dengar keseluruhan 2 jam ucapan Belanjawan atau membaca dokumen 95 mukasurat yang dibentangkan itu ?. Jadi, untuk senangkan hidup korang, kami di SOSCILI bersama kawan-kawan kitorang dekat Boost dah ringkaskan Belanjawan 2020 ni kepada 6 ISI PENTING yang korang perlu tahu, bermula dengan… ?
1) Lebih ramai akan layak menerima BSH untuk beli barang keperluan di kedai terdekat…
Rakyat Malaysia dalam golongan berpendapatan rendah ada menerima berita baik melalui Belanjawan 2020 ni iaitu dengan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diteruskan lagi. Pada tahun 2019, 3.9 juta isi rumah mendapat manfaat BSH ni manakala untuk tahun 2020, 1.1 juta individu bujang berumur lebih 40 tahun dengan gaji kurang dari RM2,000 akan ditambah menjadi penerima skim ni.
Yang menariknya, golongan OKU berumur 18 tahun ke atas dengan gaji kurang RM2,000 juga akan layak menerima skim ni. Semua penerima layak akan menerima RM300 secara tunai.
Skim memberi wang tunai kepada golongan miskin ni dilaporkan lebih efektif untuk membantu orang yang memerlukannya kerana golongan ini lebih cenderung akan menggunanya untuk memberi barang keperluan harian mereka. Manakala, untuk pengguna-pengguna aplikasi Boost pula, korang jangan risau untuk beli barang keperluan sebab… Boost boleh tunjukkan kedai barangan keperluan terdekat dengan korang!
Kalau korang tak tau, Boost ada lebih daripada 113 RIBU peniaga yang korang boleh bayar mengguna Boost. Jadi, dah sambil mengguna Boost untuk buat bayaran dekat kedai-kedai ni pula, jangan la lupa dapatkan hadiah Shake Rewards yang bernilai setinggi RM500!
2) Purata kelajuan jalur lebar ditingkatkan 3X ganda sambil harga broadband jatuh…
Dalam tempoh setahun, Suruhjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mempercepatkan purata kelajuan jalur lebar kepada 3X ganda. Selain tu, kawal selia SKMM bagi Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) telah berjaya menurunkan harga jalur lebar sebanyak 49 peratus, dan meningkatkan jumlah permintaan rangkaian internet yang lebih pantas.
Jadi, sambil bilangan pengguna internet di Malaysia semaking meningkat setiap tahun, aplikasi Boost boleh memudahkan lagi pengurusan pembayaran bil utiliti bulanan korang seperti, bil Unifi dan Astro, serta juga dengan menawarkan servis tambah nilai kredit bagi mereka yang menggunakan telefon prabayar. Tapi bukan tu je – kalau korang top up sekurang-kurangnya RM30 dalam telefon korang dengan Boost, korang akan berpeluang memenangi cashback 100 PERATUS, bermaksud, korang akan dikira mendapat top up PERCUMA!
3) Kerajaan akan beri RM30 percuma dalam aplikasi e-Dompet kita…
Selain tu, dalam Belanjawan 2020, kerajaan berhasrat mempercepatkan negara kita ke arah cashless society. Dengan tu, kerajaan akan bagi secara one-off top-up bernilai RM30 ke dalam aplikasi e-Dompet rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.
Usaha kerajaan ni akan bagi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia, dan aplikasi Boost antara yang menyokong usaha kerajaan bagi mereliasasikan misi ni. Sekarang ni pulak, Boost ada bagi hadiah mingguan iPhone 11 Pro atau Shake Rewards hingga RM500 kepada semua pengguna yang mendaftar aplikasi Boost, sama ada di Google Play store ataupun App Store dan menaik taraf ke pengguna Premium.
Caranya tak susah pun nak naik taraf akaun Boost korang ke Premium! Korang hanye perlu ikut langkah-langkah di bawah ni je:
Tapi, sambil sembang pasal hadiah fon-fon ni pula, satu lagi perkembangan yang diumumkan dalam Belanjawan terbaru ni pula termasuk…
4) Ramai juga yang akan dapat subsidi petrol lepas ni…
Dalam Belanjawan 2020, satu peruntukan khas yang disediakan adalah Program Subsidi Petrol (PSP) bagi menggantikan sistem subsidi secara pukal. Skim ni khas untuk rakyat yang memiliki tak lebih dari dua kereta dan dua motosikal, tapi subsidi tu diberikan untuk satu kenderaan yang berdaftar je.
Dalam PSP (bukan game) ni ada dua kategori; untuk penerima BSH dan bukan penerima BSH. Bagi penerima BSH, korang akan dapat subsidi RM30 (kereta) dan RM12 (motor) setiap bulan yang akan dikreditkan secara terus kat bank korang bermula April 2020 nanti.
Bagi bukan penerima BSH pulak dan termasuk dalam kategori B40, korang akan diletakkan di bawah Program KAD95. Menerusi KAD95, korang akan dapat subsidi petrol 30 sen seliter untuk 100 liter setiap bulan (kereta) dan 40 liter sebulan untuk motor. Tapi kalau korang pakai Mercedes, korang tak layak dapat subsidi ni walaupun korang B40 (agak-agak la kereta tu woi ?).
5) Peruntukan 20 juta untuk e-Sukan, seronok la main game berbayar lepas ni…
Dalam Belanjawan 2020 tu jugak, kerajaan ada sediakan peruntukan khas sebanyak RM20 JUTA sebagai salah satu cara mengiktiraf potensi e-Sukan Malaysia yang semakin popular sekarang ni. Menerusi rekod, atlet e-Sukan Malaysia dah berjaya banyak sertai pertandingan antarabangsa bertaraf Olimpik dalam permainan Dota 2, Mobile Legends, Counter Strike: Global Offensive, Tekken 7 dan FIFA.
Sukan elektronik ni sebenarnya bukan sekadar bermain permainan digital tapi ia juga merupakan salah satu cara nak tunjukkan kesediaan negara dalam penerimaan Revolusi Industri 4.0 tu.
Bila sembang pasal e-Sukan ni, korang yang kaki game ni mesti nak kena ada koleksi semua game-game yang digelar sebagai e-Sukan ni (bukan game mario). Jadinya, yang mana dah beli game online tu mestilah nak kena top up kreditnya kalau sesuatu game tu dah sampai hadnya ataupun kalau dah tamat tempoh kan.
Tapi, korang jangan terlepas pandang pulak, sebenarnya Boost ada sediakan akses untuk mudahkan korang top up kredit game korang tu. Siap boleh dapat baucer percuma dengan macam-macam diskaun yang dia bagi. Selain tu, korang boleh dapatkan cashback dengan amaun yang banyak serta ditawarkan dengan macam-macam ganjaran menarik yang korang akan dapat!
Namun, kalau ni bukan minat korang, dan korang antara jenis yang lebih mengambil tahu pasal kebajikan orang lain…
6) 3 ribu tan metrik makanan berlebihan diagihkan semula, dan korang pun boleh derma wang berlebihan dengan cara ni…
Biasa kita dengar pepatah, “tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”, yang bermaksud, orang menderma tu lebih banyak kebaikan berbanding yang menerima. Bila kita ada lebihan sama ada duit, makanan dan keperluan lain, tak elok dibazirkan, tapi lebih elok didermakan.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan tak terlepas daripada memanfaatkan prinsip ni dengan memperuntukkan RM25 juta bagi menguruskan, mentadbir dan memperluaskan program Food Bank ke seluruh negara. Inisiatif ni diambil bagi mengagihkan semula 3 ribu tan metrik makanan berlebihan yang diderma setiap hari kepada golongan B40.
Sehubungan dengan tu, apa salahnya juga kalau ada duit lebih dalam e-Dompet tu, korang dermakan je la?
Macam tu jugalah kita. Kalau ada keperluan lebih, beri kepada yang memerlukan. Melalui Boost juga, korang boleh amalkan konsep yang sama secara bebas tunai. Kiranya ada duit berlebihan dalam Boost boleh derma secara terus kepada yang memerlukan dengan hanya tekan butang ‘donation’.
Walaupun peruntukkan Belanjawan dikurangkan, tak semestinya jimatan korang pun perlu dikurangkan juga!
Sekarang korang dah tahu pasal inisiatif-inisiatif kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 ni, kongsi la pendapat korang dekat ruang komen di bawah! Tambahan lagi, dengan setiap promo dan ganjaran yang korang boleh dapat melalui Boost, boleh la korang ambil kesempatan ni untuk menikmati kelebihan peruntukkan Belanjawan 2020 sambil melebihkan jimatan korang dengan Boost!
Dengan hampir 5 JUTA pengguna Boost dan lebih daripada 113 RIBU peniaga yang kebanyakannya terdiri daripada perusahaan kecil dan mikro, kami semua sebagai rakyat Malaysia berpeluang untuk makmur bersama sambil bersiap sedia ke arah menjadi masyarakat bebas tunai. Jadi tunggu apa lagi? Cepat la muat turun dan daftar aplikasi Boost korang ke Premium sekarang untuk menikmati jimatan dan ganjaran lebih!
- 697Share sekarang!
- Email17
- Facebook680
- Share