Apa orang kata waktu korang tengah beratur mengundi masa PRU-14 ni?

Di Soscili, memang ramai pembaca yang kuat membawang dan suka komen pedas. Dari situ, kami juga nak tahu apa yang korang dengar atau buat-buat dengar waktu tengah berpeluh-peluh beratur untuk tunggu giliran mengundi. Kitorang kat Soscili nak tahu apa orang di sekeliling korang cakap dan dekat mana perbualan tu berlaku.

Adakah orang Selangor bercakap pasal air percuma atau krisis air?

Adakah orang Pulau Pinang terkesan dengan skandal pembelian rumah milik Lim Guan Eng?

Adakah orang Sarawak cakap yang orang Semenanjung tak tahu apa yang negeri Bumi Kenyalang tu perlukan?

Teruskan pasang telinga korang seluas-luasnya tapi jangan lupa mengundi pulak. Kongsikan dekat kami apa yang korang dengar tu dengan update status Facebook/Instagran/Twitter menggunakan #BeraturGE14 dan kawasan korang mengundi. Kalau malu nak up status, komen je dekat bawah artikel ni. Kalau tak nak nama korang orang lain tahu sebab takut kena fitnah jadi macai, guna je borang yang kami sediakan bawah ni!

Ni contohnya.

p/s: Save gambar ni dan share lah dengan kawan-kawan dan sedara-mara.

    Nama: *

    Emel: *

    Apa yang korang dengar orang kata waktu tengah beratur nak mengundi?
    : *

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan MEASAT Broadcast Network Systems tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.

    Harapnya, lepas PRU ni, dapatlah kita saling memahami dan berkasih sayang till jannah!

    About A. Zahid Amran 207 Articles
    Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT