- 33Share sekarang!
- Email2
- Facebook31
- Share
Sebelum ni SOSCILI pernah menulis pasal Buang Mohamad Ali, iaitu pembantu kepada saintis Alfred Russel Wallace dalam kerja-kerjanya di Alam Melayu. Alfred Wallace banyak mengumpul spesimen semula jadi (tumbuhan dan binatang) dan dihantar kepada Charles Darwin yang kemudiannya muncul dengan Teori Evolusi Darwin.
Dalam artikel ini, kami nak cerita tentang satu lagi minat yang Alfred di Tanah Melayu…
Mula mengenali buah durian di Melaka
Alfred Russel Wallace adalah seorang pengembara, naturalis, ahli biologi, ahli geografi, ahli antropologi, dan aktivis sosial. Dia meluangkan masa di Alam Melayu pada tahun 1854 hingga 1862 termasuklah di Borneo, Singapura, dan Melaka.
Tiba di Melaka, barulah Alfred berjumpa dengan buah durian buat kali pertama.
Menurut Alfred, buah durian adalah…:
“buah yang kurang diketahui di England”.
Mula-mula, Alfred tak berkenan langsung dengan durian kerana bau yang dikatakan sebagai ‘menyerang’ (menusuk masuk ke dalam hidung). Namun lepas tu dia pula jadi penggemar durian. Alfred mengatakan bahawa durian ni “raja segala buah” dan “makanan rasa yang paling indah ia tidak dapat ditandingi”.
Dalam bukunya, The Malay Archipelago, Alfred ada menghuraikan tentang buah durian:
“Ulas durian ini adalah bahagian yang boleh dimakan dan konsistensi dan rasa tak dapat dijelaskan. Kastard seperti mentega yang sangat berperisa dengan badam memberikan idea yang terbaik mengenainya, tetapi bercampur dengan rasa yang menarik perhatian krim-keju, sos bawang, coklat sherry dan ketidaksesuaian lain. Kemudian ada kelicinan pulut yang kaya dalam ulas durian, tetapi ia menambahkan keistimewaan.
___
Ia bukan asid, atau manis, atau berair, namun seseorang merasakan keinginan tiada sifat-sifat ini, kerana ia sempurna seperti itu. Ia tidak menghasilkan loya atau kesan buruk yang lain, dan semakin banyak anda memakannya semakin kurang anda merasa cenderung untuk berhenti. Malah untuk makan Durian adalah sensasi baru, bernilai pelayaran ke Timur untuk mengalami.” – petikan diambil dari buku Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago.
Lepas tu, Alfred mengambil serius tentang durian ni dengan mengaitkannya dengan ilmu teologi.
“Puisi dan moralis, berdasarkan pokok dan buah-buahan Inggeris kita, telah berfikir bahawa terdapat perkadaran songsang antara saiz satu dan yang lain, supaya kejatuhan mereka tidak berbahaya kepada manusia. Dua buah yang paling menggerunkan yang diketahui, bagaimanapun, Kacang Brazil (Bertholletia) dan Durian, tumbuh di atas pokok-pokok yang tinggi, dari mana mereka berdua jatuh sebaik sahaja mereka masak, dan sering mencederakan atau membunuh mereka yang berusaha mendapatkannya.
___
Daripada ini kita boleh belajar dua perkara:—pertama, tidak membuat kesimpulan daripada pandangan alam yang sangat separa; dan kedua, bahawa pokok dan buah-buahan dan semua pengeluaran pelbagai kerajaan haiwan dan sayur-sayuran, tidak dicipta semata-mata untuk kegunaan dan kemudahan manusia.” – petikan diambil dari buku Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago.
Buang Ali pembantu Alfred ada mencipta idea kreatif berdasarkan durian
Tahukah korang, pembantu Alfred iaitu Buang Ali ada menulis satu idea kreatif mengenai durian di dalam buku notanya. Ideanya ialah cuba untuk mengaitkan elektrik dengan buah durian. Oh ye, kepada yang tak tahu, Buang Ali boleh dikatakan seorang saintis kerana terdapat penemuan kotak besi yang tertanam di tapak sebuah sekolah di Ternate.
Dalam buku nota itu, Buang Ali ada melukiskan satu gambar durian sebagai tenaga untuk menghidupkan kipas, boleh tengok gambar di bawah:
Ini ternyata durian ni dulu bukanlah saja orang makan je, tapi ramai juga orang mempelajari tentangnya.
Sumber: Dispelling the Darkness: Voyage in the Malay Archipelago
- 33Share sekarang!
- Email2
- Facebook31
- Share