Al-Ikhsan Lancarkan Kempen ‘For Everyday Athletes. ’Gaya Aktif Harian Untuk Semua, Kita Gerak Bersama

Shah Alam, 24 April 2025 – Al-Ikhsan Sports, pengedar barangan sukan terbesar di
Malaysia, melancarkan inisiatif jenama terbaharu: ‘For Everyday Athletes’ satu kempen
berskala nasional yang meraikan rakyat Malaysia yang terus melangkah, berusaha, dan
mengharungi cabaran harian dengan semangat.


Sebagai jenama sukan tempatan yang paling lama bertapak dan memiliki jaringan terbesar di
negara ini
, Al-Ikhsan Sports telah lebih tiga dekad memperjuangkan sukan dan bukan sekadar
menjual produk. Daripada pemain akar umbi hingga atlet profesional, Al-Ikhsan telah menjadi
rakan sokongan utama dalam perjalanan mereka. Kempen ini memperkukuh semula identiti
jenama Al-Ikhsan bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi sebuah jenama yang berperanan untuk
memberi inspirasi, membina semangat, dan memacu kemajuan untuk setiap ‘For Everyday
Athletes’.


“Di Al-Ikhsan Sports, kami percaya bahawa pergerakan boleh mengubah hidup. Gaya hidup
aktif bukan saja menguatkan badan, tapi juga mencerdaskan minda dan memberi tenaga
kepada semangat dalaman. Macam pepatah lama: ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Bila kita
kekal aktif, kita hidup dengan lebih baik, dari cara kita berfikir, bekerja, hingga ke pergaulan
kita bersama keluarga dan komuniti.

Perkongsian Datuk Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai
Eksekutif Al-Ikhsan Sports yang juga menyambut ulang tahun pertamanya di Al-Ikhsan

Kempen untuk kita semua

Kempen ini mengiktiraf mereka yang tetap memilih untuk bergerak di tengah kesibukan kerja, rutin harian di rumah, dan rentak kehidupan yang padat dan mencabar. Kempen ini memberi tumpuan kepada individu-individu harian dengan rutin sebenar kehidupan, sambil memperkukuh komitmen Al-Ikhsan Sports sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Kempen ini sangat dekat dengan hati saya. Saya bangga mengetuai syarikat
yang lebih 30 tahun telah menjadi pemacu semangat buat atlet harian. Dengan hala tuju
baharu ini, kami bukan sekadar menjual kelengkapan sukan, kami sedang mencetuskan satu
pergerakan nasional.”

-Datuk Hishammudin Hasan

Pelancaran ini turut bertepatan dengan satu pencapaian penting, pengenalan konsep kedai baharu Al-Ikhsan Sports di Elmina Lakeside Mall, yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik. Cawangan Elmina ini adalah yang pertama dalam siri kedai generasi baharu Al-Ikhsan Sports, diikuti oleh kedai-kedai Al-Ikhsan di AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall. Jenama tempatan ini akan terus memperkemaskan konsep kedainya dari masa ke masa, dengan perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai sedia ada sambil membuka cawangan baharu.

  • Rekaan kedai yang moden dan berinspirasi
  • Pilihan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa yang lebih menarik
  • Aktiviti komuniti yang relevan dengan gaya hidup aktif hari ini

30 tahun kukuh dan masih bersama anda

Dari sebuah kedai kecil berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru pada
tahun 1993, Al-Ikhsan Sports kini berkembang kepada 187 cawangan fizikal dan 3 platform
digital di seluruh Semenanjung Malaysia. Lebih 30 tahun kami berdiri sebagai jenama yang
menyokong perjalanan atlet seharian, daripada akar umbi sehingga ke pentas antarabangsa.
Kempen ‘For Everyday Athletes’ meneruskan misi ini dengan lebih jelas, memberi fokus
kepada pergerakan harian dan individu-individu di sebalik setiap langkah itu
. Antara sorotan
utama kempen ini termasuk:

  • Pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports (Jun 2025)
  • Ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif
  • Program komuniti untuk menghubungkan rakyat melalui gaya hidup aktif

Berpegang kepada janji jenama kami, Produk Kebanggaan Malaysia yang membawa
kepakaran global dalam dunia sukan, kempen ini memperkukuh lagi hubungan kami dengan
rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Ia mengingatkan mereka: kami sentiasa di sini,
kami masih di sini dan terus bergerak seiring anda.

Sertai ‘For Everyday Athletes’

Sama ada anda baru bermula, sedang mengejar matlamat, atau sekadar ingin kekal aktif
dalam kesibukan harian, Al-Ikhsan Sports Sports sentiasa bersama anda. Kerana setiap
langkah bermakna. Kerana kita semua adalah ‘Everyday Athletes’.


Ikuti kempen ini di media sosial dengan #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS.
Untuk maklumat lanjut, layari www.al-ikhsan.com atau ikuti @alikhsansports di media sosial.