- 203Share sekarang!
- Email7
- Facebook196
- Share
Baru-baru ni, KWSP umumkan Akaun 3 yang membolehkan korang withdraw bila-bila masa je. Ada yang seronok sebab boleh guna duit KWSP bila perlu, tapi ada juga yang risau sebab fikir duit persaraan diorang akan kurang.
Tapi, betul ke semua ni? Jom kita rungkaikan misteri di sebalik Akaun 3 KWSP.
Mulai 11 Mei ni, korang akan ada Akaun 3 dalam KWSP
Pada November tahun lepas, bekas Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kata yang KWSP akan perkenalkan Akaun simpanan kecemasan yang baru untuk orang yang dah ada KWSP.
Korang tak payah buat apa-apa pun sebab korang akan ada akaun ni secara automatik bila sistem ni dilancarkan.
Macam yang korang tahu, setakat ni KWSP ni ada dua akaun, iaitu:
- Akaun 1: Korang cuma boleh keluarkan duit dari akaun ni bila dah bersara pada umur 55 tahun nanti. 70% caruman korang akan masuk Akaun 1.
- Akaun 2: Korang boleh keluarkan duit dari Akaun ni untuk sebab-sebab tertentu macam bayar kos pendidikan ke, perubatan ataupun bayar sebahagian kos pergi haji. 30% caruman korang masuk akaun 2.
Senang cerita macam ni, kalau setiap bulan korang carum RM1,000, RM700 akan masuk ke Akaun 1 dan baki RM300 pulak masuk ke Akaun 2.
Tapi cara pengagihan akan berubah bila ada Akaun 3 ni. Pengagihan dia macam ni pulak:
- 75% akan masuk ke Akaun 1 atau nama baharunya, Akaun Persaraan
- 15% ke Akaun 2 (Akaun Sejahtera)
- 10% ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Jadi kalau setiap bulan caruman duit KWSP korang RM1,000, kali ni RM750 akan masuk Akaun Persaraan, RM150 akan masuk ke Akaun Sejahtera, dan RM100 pulak masuk Akaun Fleksibel.
Macam mana kalau saya TAK NAK Akaun Fleksibel ni? Nanti duit persaraan kurang!!
Setakat ni, korang akan dapat Akaun Fleksibel secara automatik. Tapi, jangan risau pasal duit persaraan, sebab dividen untuk Akaun Fleksibel adalah sama macam dividen Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Jadi, kalau korang risau duit persaraan korang akan berkurangan, mudah saja, jangan keluarkan duit dari Akaun Fleksibel sebelum bersara.
Yang menariknya, walaupun lepas ni korang boleh keluarkan duit dari Akaun Fleksibel bila-bila masa saja, duit yang wajib korang simpan sampai persaraan akan naik.
Sebabnya, nilai caruman Akaun Persaraan (yang korang tak boleh withdraw sampai umur 55) dinaikkan dari 70% ke 75%.
Jadi, walaupun Akaun Fleksibel menawarkan fleksibiliti untuk kita gunakan duit KWSP bila perlu, dalam masa yang sama, caruman persaraan kita pun dinaikkan juga.
Tapi min, Akaun 3 ni kosong je. Bila nak boleh withdraw?
Okey, kat sini lah korang perlu fikir-fikir sikit. Nak paksa diri untuk simpan duit sampai persaraan, atau nak bagi diri pilihan untuk keluarkan duit KWSP kalau ada kecemasan?
Sebabnya, dari tempoh Mei hingga Ogos 2024 ni, korang diberi pilihan untuk ‘Initial Amount Transfer’. Apa benda tu?
Initial Amount Transfer ni bila korang ambil baki Akaun Sejahtera korang yang sedia ada dan bahagikan kepada akaun-akaun lain ikut nisbah tertentu. Kalau baki Akaun Sejahtera korang masa Initial Amount Transfer ada lebih dari RM3,000, bahagikan baki tu kepada enam.
- 1 bahagian akan pergi ke Akaun Persaraan,
- 3 bahagian kekal dalam Akaun Sejahtera, dan
- 2 bahagian akan pergi ke Akaun Fleksibel
Nah gambar, kalau tak faham:
Jadi kalau katakanlah korang sekarang ada RM100,000 dalam KWSP, di mana RM70,000 dalam Akaun Persaraan dan RM30,000 dalam Akaun Sejahtera. Bahagikan RM30,000 kepada enam (RM5,000) dan agihkan camni:
- Akaun Persaraan: RM70,000 + 1*(RM5,000) = RM75,000
- Akaun Sejahtera: 3*(RM5,000) = RM15,000
- Akaun Fleksibel: 2*(RM5,000) = RM10,000
Mudah bukan? Tapi ni kalau baki korang lebih RM3,000 lah. Untuk yang baki kurang, mungkin korang terfikir…
Kalau banyak duit di Akaun Sejahtera boleh la buat Initial Amount Transfer tu. Kalau duit KWSP kat sana ada berapa kupang je, cemana pulak?
Bagi sesiapa yang ada kurang dari RM3,000 dalam Akaun Sejahtera, Initial Amount Transfer diorang berbeza sikit.
Dalam situasi ni, diorang boleh pindahkan sehingga RM1,000 saja duit dari Akaun Sejahtera untuk masuk ke Akaun Fleksibel. Kalau ada baki, selebihnya akan kekal dalam Akaun Sejahtera yang boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu macam beli rumah, pendidikan, dan sebagainya.
Bagi yang ada baki kurang daripada RM1,000 dalam Akaun Sejahtera, korang boleh keluarkan berapa pun terhad kepada jumlah baki yang ada dalam akaun tu sahaja. Kalau masih lagi ada baki lepas tu, ia akan kekal dalam Akaun Sejahtera tu je.
Kenapa perlu Akaun Fleksibel ni?
Setakat yang kitorang faham, Akaun Fleksibel ni bagi pilihan baharu untuk pencarum KWSP. Bagi yang perlukan duit untuk kecemasan, Akaun Fleksibel ni bagi mereka satu jalan keluar.
Pada masa yang sama, kerajaan wajibkan kita tingkatkan duit untuk persaraan, sebab jumlah Akaun Persaraan kita dinaikkan. Dan dalam masa yang sama, korang juga ada pilihan untuk simpan 100% duit untuk persaraan, sebab dividen bagi semua akaun adalah sama je.
Persoalan yang paling penting, adakah korang nak agihkan balik duit dalam KWSP korang masuk Akaun Fleksibel? Atau nak start dari kosong? Cepat-cepatlah fikirkan sebelum akhir bulan Ogos ye ;)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun.
- 203Share sekarang!
- Email7
- Facebook196
- Share