Cium penguin kat tengah padang pasir? Ini semua ada tak jauh dari Kampung Melayu di UAE

Kalau korang nak tahu, kita rakyat Malaysia ni memang gila melancong. Sebab tu Tourism Malaysia pernah cakap yang rakyat Malaysia melancong ke luar negara ‘lebih daripada sepatutnya’. Macam korang lah secara jujurnya, mesti nak melancong tiap bulan atau tiap tahun atau ada sasaran masa tertentu.

Kaki tak boleh diam, nak melancong je kerjanya…

Jadi sempena bulan puasa ni, kitorang telah berpakat dengan kawan-kawan kita dekat KLOOK untuk cerita pasal satu destinasi baru diorang di Timur Tengah yang mesti korang teruja dengan!

Kat negara ni korang boleh jumpa orang Malaysia masak kari lidah unta siap ada perkampungan komuniti Melayu lagi tau! Tapi kat mananya tempat ni?

1) Korang boleh lawat perkampungan Melayu dekat dengan Dubai dan Abu Dhabi!

Disebalik kemajuan dan kecanggihan kota Abu Dhabi dan Dubai, nampaknya masih ada lagi kawasan sekitar yang masih mengekalkan tradisi dan kehijauannya. Nama tempat tu adalah Kota Al-Ain atau dikenali sebagai ‘‘Bandar Taman Abu Dhabi’.

Kat sana juga ada perkampungan orang Melayu yang mungkin ramai tak tahu. Persoalannya, macam mana orang Melayu boleh buat perkampungan pula di situ? Kalau nak diikutkan, kota Al-Ain ni sedang bergerak maju nak jadi Aviation City atau bahasa mudahnya kota bina kapal terbang lah. Jadinya, dalam kalangan warga Malaysia ada 200 orang bekerja di syarikat pembuatan komposit struktur kapal terbang dan lebih 60 orang bekerja di syarikat penyelenggaraan kapal terbang.

Kita sekampung! Imej dari Malaysiakini

Selebihnya, ada yang bekerja sebagai pensyarah, jururawat dan ahli perniagaan. Walaupun jauh di Timur Tengah, nampaknya, komuniti Melayu di sana masih mengekalkan budaya tanah air. Contohnya, diorang siap ada ‘Tok Penghulu’ yang menjadi tempat ‘anak-anak buah’ buat rujukan. Lepas tu, di perkampungan ni siap pernah buat majlis kahwin antara orang Malaysia di situ.

Tok penghulu Malaysia di UAE. Imej dari Malaysiakini

Untuk korang yang nak lepak dengan orang Malaysia kat sana, jangan lupa hidangan Melayu tapi bercampur Arab macam kari lidah unta dan daging unta masak jintan. Mesti power kan! Untuk pergi ke kota Al-Ain ni korang jangan pening sebab Klook ada sediakan pakej tour dari Dubai ke Al-Ain dengan harga RM259 dan dari Abu Dhabi ke Al-Ain dengan harga RM298.

Dengan harga semurah ni, korang siap boleh ke Gunung Hajar yang terletak antara sempadan UAE dan Oman. Selain tu, boleh melawat Taman Arkeologi Hili, Muzium Negara Al-Ain serta Kubu Al-Ain. Benda paling penting sekali adalah melawat pasar unta!

Apa yang menariknya, Abu Dhabi, Dubai dan Al-Ain dikaitkan dengan garisan segi tiga sebab jarak antara setiap tempat ni adalah secara kasarnya 130 km.

Imej dari Micallef Philip

Jadi, apa agaknya yang korang boleh buat kat Dubai dan Abu Dhabi? Antaranya…

2) Korang boleh sertai aktiviti di Dubai dengan harga serendah RM55!

Bila sebut Dubai, dalam fikiran korang mesti terfikir yang bandar ni adalah mewah dan mahal-mahal belaka. Mana taknya, keunikannya yang pada asalnya sebuah padang pasir menjadi antara bandar moden di dunia. Kalau di United Arab Emirates (UAE), kota ni adalah kota paling moden dan termaju. Untuk korang yang dah tak tahu nak buat apa kalau melancong kat Dubai…ini aktivitinya.

Antara aktivitinya ialah melawat Dubai Mall. Ini bukan shopping mall, tapi adalah antara akuarium terbesar di dunia dengan 10 juta liter tangki yang menjadi rumah kepada 300 ikan jerung di dunia. Dan ia juga dikenali sebagai zoo dalam air. Korang boleh berjalan dalam terowong macam ada kat dalam laut tau.

Tak payah basah-basah nak tengok ikan. Imej dari Klook

Apa yang menarik, kalau korang jenis yang mencabar sikit, boleh masuk dalam Submersif Simulator untuk tengok jerung putih, dugong dan binatang lain secara dekat gila gila punya tau. Dan semua aktiviti ni korang hanya perlu bayar RM55 je.

Betul-betul dekat ni. Imej dari Klook

Selain tu, jika berada di Dubai, rasanya rugi kalau tak masuk satu-satunya menara pencakar langit tertinggi di dunia buat masa ni. Iaitu Burj Khalifa yang berketinggian 828 meter atau lebih kurang 2 kali ganda ketinggian Menara Berkembar Petronas.

Gila tinggi. Imej dari Youtube Civil Engineering

Apa yang menarik, aktiviti di Burj Khalifa ni korang akan diberi peluang untuk naik ke tingkat 124 dan 125. Korang jangan risau, sebab bukan kena naik tangga. Tapi, naik lif yang mengambil masa 35 saat je untuk sampai ke tingkat atas tu.

Betul ke dah sampai tingkat 125 ni? Aku tak mimpikan?

Di tingkat 124 dan 125 tu lah, ada observation deck yang mana korang boleh tengok panorama lautan dan daratan Dubai. Sebab Burj Khalifa tak jauh dari persisiran pantai, hanya 2.1 batu je dari laut. Memang confirm dapat tengok Marina Dubai yang buat korang tak kelip mata sampai esok. Tak percaya tengok bawah ni…

Imej dari The Tower Info

Semua aktiviti kat Burj Khalifa ni hanya perlu bayar RM153 je kat Klook. Gila murah! Bukan tu je…Sekalipun negara UAE agak panas hingga boleh sampai suhu 36 darjah Celsius, korang tetap boleh sejukkan badan di Ski Dubai.

Bayangkan, korang kat bandar padang pasir, tapi main ais. Memang rare gila. Kat Ski Dubai ni, korang boleh bermain salji dan ais di taman salji terbesar di dunia dengan 3,000 meter persegi salji. Keseronokkannya memang takde had. Sebab korang boleh main ski. Kalau dah bosan, korang boleh berlumba dengan kawan korang berdua menggunakan bobsled yang ada landasan berkembar.

Siapa kalah, belanja naik Burj Khalifa. Imej dari Expedia Viewfinder

Lepas dah puas berlumba, korang buatlah benda yang seronok dan comel sikit atas ais ni. Senang je, korang boleh main bola hamster manusia. Korang masuk dalam bola tu, dan bergoleklah atas ais sampai berhenti.

Bila lagi nak merasa jadi hamster atas ais kat padang pasir. Imej dari Klook

Memang untuk kat Ski Dubai ni, korang boleh main seberapa banyak kali yang boleh dalam sehari tu, siap boleh berinteraksi dan jumpa penguin hanya dengan harga RM215 je tau. Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada.

Dan…apa pula korang boleh buat kat Abu Dhabi?

3) Korang boleh nikmati pengalaman baru di Abu Dhabi dengan harga serendah RM61!

Selain Dubai, satu lagi bandar ternama di UAE adalah Abu Dhabi. Ianya bandar yang moden dengan teknologi termaju takkan buat orang bosan melancong di sini. Di tambah pula dengan penemuan bahan arkeologi sejarah yang banyak di kota ini, menyebabkan ia menjadi lebih menarik buat para pelancong..

Siapa sangka, kawasan padang pasir boleh jadi satu kawasan tarikan melancong yang sangat hebat. Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat. Sebab tu kawan kami dari Klook ada sediakan pakej aktiviti di Abu Dhabi dengan harga serendah RM61.

Dengan harga semurah tu, korang boleh melawat Louvre Abu Dhabi. Korang pernah dengar kan Louvre kat Paris? Tapi, ni Louvre kat Timur Tengah yang rare gila! Apa yang ada dalam Louvre memang sangat bernilai kat dunia.

Dalam ni ada banyak barangan seni dan artifak yang dipinjam dari Louvre Paris. Ini termasuklah lukisan potret hasil tangan Da Vinci (orang yang lukis potret Mona Lisa). Kalau nak diikutkan, bila korang tengok barang-barang sejarah dalam ni, ianya adalah jambatan bagi gabungan sejarah Asia, Afrika dan Eropah. Kira balik boleh sembang sejarah dunia lah dengan kawan-kawan korang ye.

Korang tak payah pening-pening nak baca satu-satu artifak bersejarah dalam tu, sebab korang boleh sewa iPad dengan harga 22 dirham yang akan menemani korang sepanjang berada dalam Louvre Abu Dhabi tu. Aktiviti seterusnya ialah…

Dalam kalangan korang, ada yang suka melancong sebab nak merasa pengalaman main kat taman tema yang unik dan macam-macam. Jadinya, Abu Dhabi ni memang dah cantik untuk orang jenis macam korang. Kat dalam dunia ni, hanya kat sini je ada Taman Tema Ferrari tau. bila dengar Ferrari, selain teringat Michael Schumacher, korang akan ingat betapa lajunya kereta-kereta Ferrari kan? Sekarang, bayangkan korang main roller coaster buatan Ferrari.

Bukan setakat tu je, ada lagi 25 permainan yang korang boleh main serta merasai pengalaman main F1 stimulator dan main Go Kart. Semuanya dengan harga RM280! Memang berbaloi.

Kat Abu Dhabi ni juga, ada satu taman tema lain yang sediakan peluang untuk korang main roller coaster tapi siap kena tembak pistol air dan water effects. Tak pecaya tengok bawah ni…

Made at FreeGifMaker.me
Perghhh. Siapa berani? Imej dari Coastervideos

Nama benda ni adalah The Bomber Bandit, korang akan rasa thrill naik benda ni lama jugaklah sebab panjangnya 550 meter tau. Roller coaster ni hanya ada di Yas Waterworld Abu Dhabi. Hanya dengan bayaran RM242, korang boleh main banyak lagi gelongsor, ride dan tarikan berjumlah 43 semuanya. Memang kenyang minum air kolam je lah jawabnya.

Lepas dah penat main taman tema, korang boleh pula buat aktiviti yang lebih santai. Caranya, duduk je sambil tengok pemandangan kat Abu Dhabi. Dengan harga RM214, korang akan diberi pulang naik Bot Kuning yang akan berlayar atas lautan Teluk Parsi sambil tengok mercu tanda dan binaan tersergam yang ada di Abu Dhabi. Kiranya tengok Abu Dhabi dari Teluk Parsi. Memang sesuai untuk jenis yang 24 jam ambil gambar.

Lautan kebanggaan orang Arab. Imej dari Freeworldmaps

Bot Kuning ni akan bawa korang tengok Emirates Palace Marina  (hotel mewah) dan juga Istana Diraja yang mempunyai seni reka bentul yang buat mata korang tak kelip. Seterusnya akan bawa korang ke Abu Dhabi National Exhibition Centre, Kubu dan Jambatan Al-Maqtaa. Perjalanan ni akan berakhir dengan melihat Masjid Besar Sheikh Zayed yang merupakan masjid utama di UAE ni.

Masuk gambar macam ni dalam IG boleh jadi Instafamous ni. Imej dari Klook

Lepas dah tengok bangunan-bangunan ikonik menarik dari lautan Teluk Parsi, korang boleh pulak melawat terus ke dalam setiap bangunan-bangunan ni dengan Abu Dhabi City Tour. Apa yang menarik, korang boleh pilih nak tour seharian atau separuh hari. Dan korang boleh tengok macam-macam secara dekat antaranya…

Kampung Warisan yang mana korang boleh tengok kampung tradisi Emirati…
Masjid terbesar didunia, hanya di Abu Dhabi

4) Korang boleh berjalan-jalan dengan unta bila-bila masa korang suka

Kat Abu Dhabi dan Dubai, korang siap boleh trekking dengan unta-unta ditengah-tengah padang pasir. Boleh bawa sekali anak-anak korang. Benda ni tak payah susah, pakej ni sekali dengan hotel pick up dan drop off (klik sini untuk Dubai dan sini untuk Abu Dhabi). Four Wheel Cruiser akan bawa korang ke tengah-tengah padang pasir dan rasailah 30 minit trekking unta.

Dah macam rombongan meminang. Imej dari Klook

Pengalaman korang naik unta juga korang boleh pilih kat tahap yang lebih unik dan luar biasa. Apa kata korang cuba menunggang unta waktu matahari terbenam. Ini bukan matahari terbenam biasa-biasa tau, ini matahari terbenam kat padang pasir tau! Lepas tu, korang akan berhenti di kem padang pasir Bedouin. Masa tu korang boleh hisap shisha, minum kopi Arab dan makan BBQ. Dan paling penting boleh enjoy tengok…

Tarian tanoura dan belly dance

Untuk yang minat nak menunggang unta pagi-pagi buta pun ada pakejnya serendah RM197 je.  Untuk yang tak tidur malam boleh join yang overnight punya. Semua pakej-pakej ni murah dan tak lebih pun RM500 tau.

Muka-muka tak tidur malam termasuk unta. Imej dari Flickr

Masa raya ni lah nak beli dengan harga yang paling murah

Nampak, ini baru dua tempat dah boleh buat macam-macam dengan harga yang murah. Kalau nak tau Klook ni ada sediakan 100,000 aktiviti lebih dari 250 destinasi. Bukan setakat tu je, aplikasi yang pernah menerima anugerah ni juga akan sediakan korang khidmat untuk cari pengangkutan tempatan, makanan terbaik, pakej pelancongan dan pelbagai lagi untuk para ‘kaki melancong’ macam korang ni.

Dan kena ingat, Hari Raya Aidilfitri pun nak dekat ni. Jadi, kawan kami dari Klook ada sediakan potongan yang sangat berbaloi khas untuk korang semua untuk beli apa-apa pakej dari diorang. Caranya mudah je, macam ni:

  1. Gunakan kod promo WAHRAYA5 untuk dapatkan potongan 5%! Diskaun terhad pada RM35
  2. Gunakan kod promo WAHRAYA8 untuk dapatkan potongan 8%! Hanya sah untuk perbelanjaan minima RM800 dalam single booking sahaja melalui aplikasi Klook. Diskaun terhad pada RM100

Dan sebagai tanda penghargaan untuk korang pembaca SOSCILI. Boleh juga gunakan promo code SOSCILI20 untuk potongan RM20 (perbelanjaan minima RM40) untuk booking pertama korang. Apa lagi korang tunggu, muat turun apps Klook (untuk android klik sini dan iPhone klik sini) sekarang!