- 341Share sekarang!
- Email5
- Facebook336
- Share
(Korang boleh ikuti dan sertai FB Group Salam Sejarah-tera untuk tahu banyak sejarah negara kita)
Korang tahu tak orang Korea dah suka kat Malaysia? Ni ada satu statistik dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, diaorang bagitahu orang Korea dah makin banyak melancong kat Malaysia. Salah satu sebab diaorang suka melancong kat Malaysia kerana makanan kat Malaysia sedap-sedap! (Kitaorang pun suka makanan sedap! Lagi-lagi Soscili kitaorang).
Lepas tu, konsert-konsert artis Korea pun dah banyak kat Malaysia, baru-baru ni kan ada konsert kumpulan comel Korea, Blackpink kat Stadium Malawati Shah Alam. Ala lagu dia yang Baby Shark Du Du Du Du tu. Bila tengok ramai yang suka konsert artis Korea ni, Malaysia pun plan nak jemput kumpulan Korea lain datang nyanyi-nyanyi kat Malaysia. Sebab salah satunya, hal macam ni boleh naikkan ekonomi Malaysia.
Tapi, korang tahu tak ada satu benda ni yang dah makin popular kat kalangan orang Malaysia yang asalnya dari Korea? Ni Soscili nak bagitahu, trend tu sebenarnya trend pembedahan plastik! Sebab semua nak jadi cantik dan comel macam orang Korea, jadi pembedahan plastik kat Malaysia dah makin berkembang. Tapi bila sembang pasal cantik ni, ada satu benda yang korang kena tahu pasal sejarah Malaysia, ada perempuan cantik nama Dang Isah Tandang Sari yang terbunuh sebab kecantikan dia sendiri. Jom baca sampai habis.
Orang dah tak peduli pasal duit
Baru-baru ni ada pengakuan jujur dari seorang artis ni yang dia mengaku dia buat pembedahan untuk cantikkan lagi bibir dia. Jadi benda macam ni dah jadi trend, dan orang pun dah lali kalau seseorang tu bukan cantik secara semulajadi. Dan orang ikut trend ni sebab kepuasan diri sendiri bukan nak impress siapa-siapa tau termasuklah lelaki.
Sekarang ni kita pun dapat tengok semua orang nak jadi cantik, nampak perfect, sebab netizen pun dengan masyarakat kita ni suka body shaming kan orang. Sebab tu ramai yang nak berubah. Tapi kita pun tahu kos untuk transform sesuatu tu perlukan duit yang banyak.
Sebenarnya kos pembedahan plastik ni mencecah harga ribuan ringgit. Tapi kat Malaysia orang dah tak peduli dah pasal duit, yang penting cantik. Pembedahan plastik kat Malaysia ni pun macam salah satu evolusi kecantikan kat Malaysia. Tak payah laburkan duit yang banyak tapi terus jadi cantik. Macam kalau guna ubat-ubat cantik yang lain, nak nampak cantik tu kena tunggu lama. Penatlah kan nak tunggu-tunggu ni.
Menurutu Dr Nasir, pakar pembedahan plastik kat Malaysia yang bertugas kat Beverly Wilshire Medical Centre, mengatakan bahawa teknologi untuk buat pembedahan plastik kat Malaysia ni sebenarnya dah canggih dan setanding dengan negara-negara luar macam Jepun dan Korea Selatan. Cumanya orang Malaysia masih malu-malu lagi nak gunakan servis ni secara terbuka. Takut kena kecam.
Dan… Dr Nasir bagitahu jugak yang kebanyakan pembedahan plastik kat Malaysia ni melibatkan pembedahan plastik jenis rekonstruktif yang sebenarnya pembedahan jenis ni hanya untuk pulihkan kecacatan semula jadi contohnya macam sumbing atau kemalangan lain.
“Malaysia lebih kepada pembedahan rekonstruktif iaitu untuk memperbaiki kecacatan semula jadi (sumbing) atau kemalangan. Jadi kita masih melakukan perkara yang ada indikasi perubatan.
Berbeza dengan Korea yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi untuk pembedahan plastik, sebab itu orang yakin dan sanggup pergi ke negara itu,” – Dr Mohamad Nasir Zahari, sumber dari MStar.
Nak jaminan kebahagiaan? Buatlah pembedahan plastik
Kat Korea, cantik tu kebahagian untuk diaorang. Dan jaminan kebahagiaan diaorang. Kalau kita, apa yang buat korang bahagia? Mesti makanan dengan duit kan? Dan ada yang sampai hadiahkan pakej pembedahan plastik tu. Trend pembedahan plastik ni dah tak asing lagi kat sana sebab ni salah satu yang bangunkan ekonomi negara diaorang.
Trend ni macam zombie tau, bila sEorang buat semua orang ikut buat jugak. Disebabkan trend ni lah diorang berjaya satukan sumber-sumber ekonomi diorang contohnya dalam teknologi, fesyen, muzik dan drama.
Dan kita boleh tengok jugak, ramai orang kita suka pergi dan melancong kat sana disebabkan Korea ni berjaya luaskan kuasamu dia sampai orang lain jadikan ikutan, dan nak tengok lifestyle orang Korea yang sebenar. Sebab nampak macam best je! Akhirnya, Korea pun diangkat sebagai negara yang paling maju dalam industri fesyen, muzik dan drama. Tahniah! Tahniah!
Ada satu legenda cantik kat Sarawak yang asli dan tak buat pembedahan plastik
Kalau cakap pasal cantik ni, ada satu cerita yang Soscili nak bagitahu ni. Dulu ada satu legenda kat Sarawak yang perempuan tu mati sebab kecantikan dia sendiri. Bukan cerita Mahsuri ye. Tapi sebab dia cantik, dia dah terbunuh disebabkan kecantikan tu. Haa orang yang cantik-cantik tu kena hati-hati eh. (Hehe)
Cerita dia bermula begini, kisah ni sebenarnya dah lama dah lebih kurang 300 tahun yang dulu. Cerita ni waktu zaman Kerajaan Saribas kat Sarawak tu dan berlaku kat kawasan Tandang Sari, Sri Aman, Sarawak. Kalau nak tahu detail lagi, boleh lah Waze ye.
Pemimpin kerajaan Saribas ni nama dia Datu Temenggong Kadir, yang tinggal kat kawasan tu jugak. Kalau sekarang ni kita panggil menteri la kan. Datu Temenggong Kadir ni sangatlah berwibawa dan macam pemimpin berjiwa rakyatlah. Dia sangatlah ambik berat tentang kawasan yang dia perintah tu.
Nak dijadikan cerita, Datu Temenggong Kadir ni berkahwin dengan Dayang Hajar (bukan Dayang Norfaizah ye), dan diaorang ni dah kahwin lama kira-kira macam tujuh tahun kahwin tapi tak ada anak lagi. Kalau sekarang mesti dah kena soal siasat dengan makcik bawang.
Sebab Datu Temenggong Kadir ni pemimpin kat kawasan tu, dia pun kenalah pergi dan support aktiviti-aktiviti keramaian. Diaorang ada datang satu aktiviti gotong-royong kampung ni. Lepas dah siap bersihkan semua, dia pun penat dan dia baringlah kat satu pokok buluh ni untuk nak alas badan dia.
Ppa yang pelik dan ajaib tu bila Datu Temenggong tu terjaga dari lena dia yang panjang, buluh tu bertukar jadi sebiji telur. Dan telur tu menetas jadi seorang bayi perempuan yang comel dan dinamakan Dang Isah (Dayang). Haih macam mana tu? Nanti nak ambiklah telur ayam kat rumah. Tapi tu lah legenda negeri Sarawak. Tak boleh nak cakap tu mitos ke apa. Sebab bukti dia dah ada, ada orang jumpa kubur Dang Isah ni kat Pusa.
Bila Dang Isah ni besar, dia jadi seorang perempuan yang sangat cantik. Dan… ada antara bahagian rambut dia yang ada tumbuh 7 helai rambut yang berbeza warna. (Dia bukan warnakan rambut tau dan bukan rambut unicorn jugak). Bila ada perempuan cantik, selalunya jadi apa? Dah tentulah ramai peminat kan. Siapa je tak suka perempuan dahi licin? (Hehe). Dan ada lelaki ni suka kat Dang Isah ni, nama dia Awang Bunut.
Tapi sebelum tu ayah Dang Isah dah letakkan syarat, siapa yang nak kahwin dengan Dang Isah kena bagi 10 kati emas sebagai hantaran. 10 kati emas ye, 7 keturunan pun tak habis. Dang Isah boleh jadi Mami Jarum tu. (Hehe).
Terbelit dengan kecantikan dia sendiri
Sebab Datu Temenggong Kadir ni letakkan syarat hantaran yang tinggi sangat, Awang Bunut ni pun tak mampulah nak dapatkan 10 kati emas tu. Demi cinta dia yang suci kat Dang Isah ni, dia dengan sedihnya pun merantau kat tempat lain sebab nak cari emas yang sebanyak tu. Kalau orang sekarang mesti dah viral kat Twitter. 10 kati woi, mana nak korek?? Mesti Awang Bunut ni pergi kat lombong emas jugak kan?
Sebab lambat sangat Awang Bunut ni balik, ada sorang lelaki kaya; Nakhoda Khar berjaya tunaikan permintaan Datu Temenggong Kadir ni dengan sediakan 10 kati emas untuk kahwin dengan Dang Isah. Dan diaorang pun berkahwin… hidup dengan bahagia dan gembira. Tapi sebenarnya Dang Isah ni tak bahagia pun dengan Nakhoda Khar sebab Nakhoda Khar kuat cemburu!
Tapi lepas diaorang berkahwin, Nakhoda Khar ni terpaksa pergi berlayar. Nama pun nakhoda kan, mestilah kerja dia atas kapal kan. Tapi bila Nakhoda Khar ni tak ada, Dang Isah pergi jumpa Awang Bunut sebab Awang Bunut ni berjaya dapatkan 10 kati emas hasil usaha gigih dia. (Yang penting dia tak rompak kedai emas eh).
Secara kebetulan, Nakhoda Khar ni baliklah sekejap sebab dia nak ambil keris dia yang tertinggal kat rumah, tapi bila Nakhoda Khar dapat tahu isteri dia jumpa lelaki lain waktu dia tak ada, apa lagi, terus dibunuhnya Awang Bunut tu sebab cemburu sangat. Haa ambik kau!
Haa ni lah klimaks kisah legenda tu yang bila Dang Isah dapat tahu Awang Bunut kena bunuh dengan suami dia sendiri, dia pun terus ambik keris tu dan cuba nak bunuh diri dia jugak. Tapi cubaan gagal! Keris tu tak boleh tembus badan dia. Tapi dia tak ada pakai baju kebal pun. Jeng jeng jeng…
Bila kes dah jadi serius, Datu Temenggong pun terus bunuh Nakhoda Khar sebab dah buatkan anak dia nak bunuh diri. Tapi kes bunuh membunuh ni berakhir dengan kematian Dang Isah tu tapi bukan sebab kena tikam, tapi sebab rambut dia yang ada tujuh warna tu belit dia sampai dia mati. (Tapi ada yang kata ayah dia yang belit guna rambut tu). Korang lepas ni jangan belit badan korang dengan rambut tau bila depress line internet takde.
Kalau cerita pasal lagenda perempuan cantik ni, ramai je orang tak percaya tapi kalau kita tanya orang Sarawak kat sana, diaorang pun mengiyakan sebab benda ni betul-betul wujud dan dah ada bukti dia. Dan ada orang buat cerita berdasarkan kisah legenda ni.
AMARAN bagi yang rasa dia cantik!
Sebenarnya kita pun tahu, cantik ni subjektif, dan skop cantik tu banyak. Jangan sampai kecantikan tu memudaratkan diri korang pulak. Pada siapa yang betul-betul nak gunakan servis pembedahan plastik yang dah semakin popular kat Malaysia ni, kena semak betul-betul. Adakah betul-betul perlu atau korang boleh atasi dengan cara lain? Seeloknya rujuklah dan sembang-sembanglah dengan mana-mana pakar dulu, tanya pendapat diaorang. Dan jangan sebab nak murah, korang pun sanggup je pergi tempat yang takde tauliah kan?
Ramai terpengaruh kerana mengikut rakan-rakan, murah selain senang dan mudah didapati. Pergi ke bilik hotel dalam setengah jam buat dah siap, lepas tu terus nampak hasilnya. Tapi kesan kita akan tengok dalam jangka masa panjang.” – Dr Mohamad Nasir Zahari, Pakar Runding Pembedahan Kosmetik, Rekonstruktif dan Plastik, sumber dari MStar.
- 341Share sekarang!
- Email5
- Facebook336
- Share