Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang haramkan lemak trans, Malaysia patut ikut ke?

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Mungkin ramai tak tahu benda ni. Sebenarnya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa negara membangun macam Malaysia untuk mengikuti negara-negara kaya lain dalam usaha menghapuskan asid lemak buatan manusia dalam makanan. Ya, lemak trans dah membunuh 500,000 orang setiap tahun! Setiap kali korang makan karipap, roti canai, korang semakin hampir untuk masuk ke dalam statistik tu.

Bangkok Post melaporkan yang Thailand dah mula menyekat kemasukan lemak trans tiruan bermula Rabu, 10 Januari 2019. Ini menjadikan mereka negara pertama di Asia Tenggara untuk menyekat pembuatan, import dan penjualan minyak (partially hydrogenated) bersama makanan lain yang mempunyai lemak trans.

WHO berharap supaya semua negara akan mengharamkannya sampailah lemak trans ni pupus kat bekalan makanan dunia pada tahun 2023. Kepupusan lemak trans ni akan menyebabkan penggunaan minyak sawit makin berleluasa. Wow! Minyak sawit ni kita punya kelebihan. Walau macam mana pun, kalau kerajaan mengguna pakai langkah ni, ia akan secara tak sengaja meningkatkan penggunaan benda yang lebih mesra alam iaitu minyak sawit.

Minyak tapak tangan. Imej dari Imgflip

Tapi sekarang dengan mengambil 6 langkah yang spesifik, agensi kesihatan PBB bagitau bahawa negara-negara boleh mengurangkan gelombang penyakit jantung dan strok yang menyebabkan kematian setiap tahun. Sakit jantung dan strok adalah pembunuh nombor 2 di dunia. Kena ingat juga bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 di Malaysia. Rasanya dah tiba masa untuk bertindak.

Lemak trans diperbuat daripada minyak sayur dan dicampur dengan HIDROGEN!

Korang pernah tengok kan perkataan tu? Imej dari NPR

Kita selalu nampak perkataan ni kat label makanan, tapi apa tu lemak trans? Di situ ada dua jenis lemak trans yang kita boleh tengok dalam makanan – lemak trans tiruan dan semulajadi. Keduanya, ia dihasilkan dari usus beberapa haiwan dan makanan yang dibuat darinya akan mengandungi kuantiti kecil (daging dan produk tenusu), tapi ia diabaikan, tak macam dulu yang patut kita rasa risau tentangnya.

Lemak trans tiruan (atau asid lemak tiruan) sebenarnya hanya cecair lemak/minyak sayur yang dah melalui proses industri dengan menambah hidrogen untuk menjadikan ia lebih pejal. Ini meningkatkan jangka hayat dan kestabilan rasa bagi minyak dan makanan yang mengandunginya. Lemak trans biasanya ditemui dalam marjerin, shortening, barangan membuat roti, makanan goreng, krimer dan sebagainya. Perkataan yang korang kena tengok pada label tu adalah “partially hydrogenated oils”.

Lemak trans dianggap oleh para doktor sebagai jenis lemak yang paling teruk. Dalam hierarki lemak, lemak poli-tak tepu yang ditemui dalam sayur-sayuran adalah bagus, ia akan mengurangkan kolestrol korang. Lemak tepu telah dikutuk sebagai tak elok. Tapi lemak trans adalah yang lebih teruk. Ia menganggu keupayaan tubuh dengan mengawal kolestrol. Ia juga meningkatkan LBL kolestrol (jahat) dan merendahkan HDL kolestrol (baik).

What_is_Trans_Fat_Is_Trans_Fat_Bad_for_You
Jenis tak larat baca panjang, boleh klik untuk tengok video penuh

Menurut kajian terbaru ke atas 80,000 orang wanita, untuk setiap peningkatan 5% dalam jumlah lemak tepu bagi pengguna wanita, risikonya untuk kena penyakit jantung meningkat kepada 17%. Tapi, hanya 2% peningkatan dalam lemak trans akan meningkatkan risiko penyakit jantung kepada 93%. Tambahan pula, lemak trans meningkatan risiko dibetes type 2, kerana ia hanya boleh bertahan dengan insulin.

“Lemak trans adalah bahan kimia bertoksik tak diperlukan yang boleh membunuh, dan di sana tiada sebab manusia di seluruh dunia perlu terus terdedah kepadanya.”- Dr. Tom Frieden, bekas Pengarah Pusat Kawalan dan Halangan Penyakit US (CDC), petikan dari Star2

Kita boleh gantikan marjerin dengan minyak sawit

Apa barang marjerin…

Daripada makan benda yang para doktor cakap jenis lemak paling teruk dan memendekkan umur, ada banyak je penggantinya yang kita boleh tengok. Kat bawah ni apa yang sedang diterokai oleh industri makanan:

  • Mentega
  • Minya sayur-sayuran tepu (sawit, kernel sawit dan minyak kelapa)
  • Campuran minyak yang boleh diterima sekarang ke dalamnya untuk jangka hayat yang sama, tekstur dan rasa yang diberi lemak trans. Ini nampaknya dah menjadi trend untuk beberapa syarikat yang sedang maju ke depan

Benda-benda berjenama pun dah buat peralihan, dengan Wendy menjadi restoran segera pertama untuk melakukannya pada tahun 2006. Mereka beralih kepada campuran jagung bukan hidrogenasi dan minyak soya pada tahun 2006.

Kellogg menggunakan kacang soya yang diproses secara genetik untuk menghasilkan produk yang mempunyai lemak trans yang rendah tapi sedap dan menyelerakan, sementara Crisco menawarkan shortening yang dibuat daripada kombinasi bunga matahari, soya dan minyak biji kapas. McDonald adalah antara yang terawal memulakan benda ni dengan membuat campuran canola dan minyak kacang soya untuk menggoreng kentang diorang tu.

Macam mana pula orang Malaysia secara puratanya? Jadi, kita boleh gunakan dalam makanan yang dimasak dirumah kalau kita nak. Kita boleh gunakan salah satu pengganti macam senarai kat atas untuk menggoreng dan kita boleh bertukar kepada mentega bagi menggantikan marjerin untuk sapuan kat roti. Untuk korang yang masih nak guna marjerin, ada je yang dibuat dari minyak sawit.

Korang kena usaha lebih sikit lah kalau nak kena baca satu satu label kat pasaraya tu. Korang hanya perlu pastikan ia tertulis ‘Trans fat 0g’ dan elakkan beri barangan yang ‘partially hydrogenated’ atau ‘hydrogenated vegetable oils’ atau ‘saturated fat’. Korang pilih barang yang guna ‘unhydrogenated oil’.

Ini bagus. Imej dari Medical Daily

Dan semestinya ada je cara lain nak kawal benda ni. Doktor selalu nasihatkan kita untuk kira kalori sendiri dan makan secara sederhana. Kita dah boleh mula kurangkan makan junk food, makanan segera, makanan-makana popular kat Insta dan memanaskan sayur-sayuran kita dalam air untuk setiap kali makan.

Jadi, tak peliklah kenapa kebanyakan negara membangun mengisytiharkan perang ke atas lemak trans.

Denmark, Switzerland dan Argentina mengharamkan lemak trans secara keseluruhan

Imej dari Slideshare

Denmark adalah negara pertama yang memperkenalkan undang-undang ketat untuk mengawal banyak makanan yang mengandungi lemak trans pada Mac 2003. Ia berkesan menyekat minyak jenis partially hydrogenated. Sekatan ni bermula dari kandungan lagi berbanding produk akhir. Pendekatan ni dah menjadikan Denmark satu-satunya negara yang berkemungkinan makan “kurang” dari 1g yang menghasilkan lemak trans setiap hari, walaupun jenis makan ‘prepared food’.

Dilaporkan yang usaha kerajaan Denmark mengurangkan pengambilan lemak trans dari 6g kepada 1 g setiap hari sepanjang 20 tahun dikaitkan dengan pengurangan 50% kematian berpunca dari penyakit jantung.

Imej dari Pinterest

Beberapa negara dah mula mengikuti model ni macam: Norway, Iceland, Hungary, Austria, Switzerland, Argentina dan US. Sweden dan Kanada pula dah menerima pakai undang-undang ni, tapi belum laksanakan lagi. Untuk Argentina, ia menjangkakan yang gerakan ni akan menjimatkan duit kerajaan lebih dari US$100 juta setahun untuk disalurkan kepada penjagaan kesihatan.

Di US, ia bermula apabila beberapa daerah di New York menyekat lemak trans dulu, menyebabkan statistik serangan jantung dan strok menurun lebih dari 6% dalam 3 tahun. Sekatan peringkat negara ke atas lemak trans bermula tahun ni, apabila pembuat produk dan restoran dah menemui penggantinya macam minyak zaitun, minyak canola dan minyak safflower. Produk-produk dengan pengunaan minyak yang tinggi akan terpapar di papan Pinterest Trans Wall of Shame, dihasilkan oleh Pusat Sains untuk Kepentingan Awam.

Jiran-jiran kita, Singapura dan Thailand sendiri dah mula pandang isu ni secara serius. Singapura merancang untuk mengehadkan lemak trans untuk tak lebih dari 2g per 100g bagi jualan produk makanan kat kedai runcit. Thailand sekarang ni dalam fasa akhir Pemberitahuan Draf Kesihatan Awam bagi tujuan sekatan.

Di Malaysia, tak ada lagi undang-undang untuk mengehadkan jumlah lemak trans dalam makanan. Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan dah mengklasifikasikan sebarang makanan sebagai rendah lemak trans jika kandungan tak melebihi 1.5g per 100g. Sebuah kajian terbaru menyimpulkan bahawa makanan di Malaysia secara umumnya mengandungi jumlah lemak trans yang rendah mengikut garis panduan.

Walau bagaimana pun, kalau sesebuah negara tu dah mula serius untuk menghapuskan lemak trans, WHO dah sediakan 6 langkah, ia dipanggil garis panduan REPLACE:

  • Reviu lemak trans industri yang dihasilkan dan macam mana ia boleh digantikan.
  • Promosi penggantian lemak trans dengan lemak yang lebih sihat serta minyak.
  • Legislate (penggubalan), atau ubah undang-undang untuk menyekat lemak trans
  • Assess (penilaian) kandungan lemak trans dalam pembekalan makanan dan tukar cara macam mana orang menggunakannya
  • Create (menghasilkan) kesedaran terhadap kesan negatif dalam kalangan pembuat polisi, pembuat produk, pembekal dan orang awam.
  • Enforce (menguatkuasakan) pematuhan undang-undang

Dalam banyak perkara, minyak sawit digunakan secara meluas dalam masakan orang Malaysia. Minyak sawit dah cukup stabil untuk menghalang pembentukan lemak trans ketika penghasilan makanan.

Kami pun pernah tolong kutip sawit dulu tau. Klik gambar untuk baca artikel. Imej dari Soscili

Walapun macam tu, makanan yang mengandungi 14-40% lemak trans macam roti canai dan kek homemade sebenarnya ada jumlah lemak trans yang tinggi. Alamak! dah kita kena berhenti makan roti canai ke macam mana ni?

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT