- 1.4KShare sekarang!
- Email45
- Facebook1.4K
- Share
Manusia ni memang dikurniakan dengan sifat ingin tahu. Sejak kecik lagi, kita suka mencuba sesuatu yang baru dan daripada itulah, kita dapat pelbagai pengalaman dalam hidup. Sama ada berjaya atau tak, itu lain cerita.
Disebabkan tu jugalah Soscili dan partner kitorang dari Mudah.my nak bagitahu korang pasal kegunaan website diorang yang yang juga boleh digunakan untuk tawaran 3F, iaitu Find – cari rumah untuk dibeli atau disewa, Fix – cari orang untuk perbaiki alat-alat rumah korang yang rosak, dan Furnish – cari barang-barang rumah untuk dijual atau dibeli.
Untuk tujuan tu, Soscili dan Mudah.my dah minta korang kongsikan dengan kitorang beberapa percubaan korang membaiki barangan rumah tapi tak berjaya, dan nampaknya… entri korang memang best dan buatkan kitorang tepuk dahi!
1. Jiran ‘tertebuk’ dinding, sebab nak… skodeng? – Cheman Don
Nampaknya kami dapat satu entri di mana kerja ni sepatutnya takdelah susah sangat – ketuk paku atau skru dinding sikit je untuk sangkut cermin atau perhiasan lain. Tapi…
“Ada yang tebok dinding rumah nak sangkut cermin tertebok sampai tembus kerumah jiran” – Cheman Don, dalam komen di FB Soscili.
Nak tahu apa yang jadi seterusnya?
“Suroh tutup elok elok dengan simen ditutupnya dengan baki chewing gum yang dikunyahnya punyalah malas dan tak ada otak punya makhlok.” – Cheman Don
Wah, macam mana la boleh sampai tembus dinding rumah sebelah? Kami terus terbayangkan rumah P. Ramlee dalam filem Masam Masam Manis tu…
“Oiii orang sebelah!”
Tapi apa yang menimbulkan persoalan selain daripada macam mana dinding tu boleh tembus adalah…
“Yang menebuk dinding tu ANDARTU dan yang jadi jirannya saya dan sorang lagi kawan maseh bujang trang-tang lagi jadi perbuatannya menimbulkan persoalan yang abstact entah apa-apa lah.”
Korang rasa apa sebenarnya berlaku? #donemembawang
Fail-o-meter: 4/5. Faill betul jiran awak ni nak paku dinding. Kitorang cadangkan awak pergi tolong dia panggil mana-mana tukang dalam Mudah.my untuk perbaiki dinding, supaya takde kejadian tak diingini macam skodeng dinding runtuh berlaku.
2. Pak cik yang tak pernah belajar dari kesilapan – Sharini Hafinaz
Ada sorang peserta kita yang bernama Sharini Hafinaz, dan dia gelarkan dirinya sebagai mak cik. Masa dia mulakan cerita pun, kami dah nak tergelak…
“Kejadian berlaku di rumah, tukang jahanamnya babah anak-anak makcik, makcik gelarkan dia pakcik ya.”
Yang lawaknya, kejadian baiki-tapi-makin-rosak ni bukan sekali, tapi sampai 6 cerita! Cerita pertamanya, adalah bila pak cik ni betulkan kipas di dining area.
“Betulkan kipas di dining area, punya pemalaslah babah bebudak ni nak ambik tangga. Ikut jalan short cut panjat meja makan bulat, kesudahnya, meja makan patah dua, pakcik sorang ni jatuh tergolek ke bawah. Aaah sudah, dengan makcik sekali kena marah kenapa mintak tolong diaa. Pulaaak!”
Mak cik ni sambung lagi, nasib baiklah dia ada meja makan lebih. meja yang patah tu pula dijadikan perhiasan kat luar.
Tapi tu bukanlah satu-satunya meja yang terkorban. Dalam sebuah kes (dan meja) berlainan, mak cik sekali lagi mintak tolong pak cik untuk tukar mentol lampu.
“Disebabkan lampu terlalu tinggi, tangga tak cukup panjang, pakcik pun tariklah meja belajar anak kemudian letak tangga atas meja belajar anak tu. Bocor meja belajar anak. Aduuuh… Stress tau makcik dengan pakcik sorang ni! Berhuhulah makcik dengan anak-anak… (lubang meja tu makcik selotapekan aje, nak beli baru makcik tak mampuuuuu)”
Yang ketiga, apabila mak cik minta tolong bersihkan aircond (bersihkan habuk je, bukan repair), tapi…
“Pak cik acah-acah terrorlah kengkonon nak bersihkan.. Haaa, ambik kau! Aircond rosak sampai ke sudah, mintak bersihkan habuk je pun…” – kata mak cik.
Kes seterusnya apabila mak cik minta repair kepala paip toilet bawah,
“Mintak repair kepala paip toilet bawah, kesudahnya batang paip patah.. haaa lantak separuh lagi batang paip ada dalam dinding. Dari nak berjimat terus kena panggil plumber pecah dinding.”
Haih, sadis juga la kes ni sebab jadi banyak kerja pula,
Selain barangan rumah, ada beberapa barangan lain yang pak cik rosakkan. Kalau barang mainan rosak, rasanya tak perlulah pergi kedai nak baiki, kan? Macam tu la apa yang mak cik fikirkan bila ada wayar longgar sikit je pada helikopter anaknya. Jadi, mak cik pun terus minta tolong suami dia ketatkan dan betulkan sikit.
“Tapi nampaknya… jahanam terus helikopter tu. Tak sampai 3 jam beli. Penatlah si anak kumpul duit sendiri nak membelinya. Makcik dan anak berhuhulah kat bucu katil tak tau nak nangis ke apa… (Makcik dah ganti baru dengan helicopter baru, tapi bukan dari poket babahnya.. hampeh betul)
“Tak larat makcik nak listkan kemusnahan-kemusnahan dari hasil tangan pakcik ni… kah..kah..kah… makcik anak beranak bertabah ajelah.. Namun pakcik sorang ni tetap hero anak2 makcik.” – Sharini Hafinaz, aka mak cik.
Jangan marah pak cik, kami gurau je! Apa-apa pun, kesilapan pak cik ni la yang membuatkan pengalaman keluarga ni menarik dan menang hadiah :D
Fail-o-meter: 5/5. Lepas ni kalau barangan rosak pls cari servis daripada Mudah.my je supaya barang tak semakin rosak :’D
3. Nak baiki satu housing lampu je, terpaksa tukar kabel elektrik satu rumah – Aaron Ng
Seterusnya dari Aaron Ng yang cuba untuk tukar lampu bilik air daripada lampu pendaflor ke lampu LED.
“Pada awalnya saya nak menukar housing lampu je, tetapi sesampai kat MrDIY terpukau dengan lampu LED dan terus membeli housing LED untuk menukar sendiri.
Tetapi, apabila saya tengah memasang, saya tersalah pasang kabel elektrik hidup dan tanah, terus dengan bunyi meletup dan elektrik mati satu rumah. Akhirnya terpaksa meminta tukang datang untuk menukar kabel elektrik satu rumah sebab kabel tu terputus.
Perkara yang hampir sama juga dialami oleh Mohd Khairul Najib,
“Saya cuba looping wayar dari lampu bilik ke bilik lain (tambah lampu dari titar yang sedia ada) di rumah orang tua.”
“Tapi tengah-tengah kerja looping dibuat, salah 1 wayar (tak ingat) terkena wayar lain mengakibatkan spark sikit dan breaker rumah jatuh. Rupa-rupanya 1 MCB rosak (jenis lama pakai fius) dan kos penggantian set baru DB +-RM300″
Daripada nak jimat, terus kena caj lagi mahal daripada harga sepatutnya sebab bila baiki, semakin rosak. Satu lagi, benda-benda elektrik ni jangan buat main, kalau salah wayar bukan setakat rumah blackout, tapi korang juga mungkin boleh terkena renjatan elektrik.
Dalam kes berlainan, Aaron juga ada la sekali tu cuba tukar sinki dapur sendiri. Tapi disebabkan dia tak ukur baju sinki di badan sinki rumah sendiri, nampaknya berkali-kali jugalah dia keluar masuk kedai hardware.
“Tapi sebab saya tidak mengukur dengan baik, saya terpaksa balik ke kedai hardware sebanyak 5 kali untuk mendapatkan paip air yang mencukupi.”
Fail-o-meter: 5/5. Biar bayar sikit, asal selamat (nyawa dan duit)
4. Niat hati nak godek-godek je, tetiba dapat peti ais baru! – Jaemy
Penyertaan seterusnya adalah dari Jaemy, yang menceritakan perihal peti aisnya yang terbakar fius.
“Niat pada mulanya nak bersihkan peti ais je. Ye la kan bila makanan tak habis makan je nak simpan dulu dalam peti ais kononnya nanti nak panaskan then makan balik. Lastnya sampai kesudah tak termakan jadi la harta karun dalam peti ais tu.
Bila dah penuh macam haram peti ais tu nak sejuk. Mula la operasi nak bersihnya. Then bila dah bersih kena tunggu kering dulu sebelum ON. Tapi bila ON peti ais yang sejuk hangat-hangat tahi ayam tu tiba tiba bertukar tak sejuk langsung ! Alamak !
Jadinya, ada la sorang (yang tak bertauliah) dalam rumah tu cuba untuk baiki. Bila ON balik peti ais tu, nampaknya terus berbau hangit. Rupa-rupanya, fius yang terbakar. Nak tak nak, tukang tak bertauliah tu (ayah Jaemy) terpaksa la belikan peti ais baru untuk mak dia. Peti ais baru FTW!
Fail-o-meter: 4/5 – Selain daripada “on the way”, antara penipuan terbesar rakyat Malaysia adalah letak makanan dalam peti dan kata “esok aku sambung makan” – yang menyebabkan peti sejuk korang penuh, berkulat, dan paling teruk… makanan lain turut berbau.
5. Cadangnya nak baiki langsir, tapi last-last terbakar – Jason
Kali ni, Jason bagitahu kitorang yang dia ada beberapa langsir lama dalam bilik dia. Pastu tahu-tahu je la langsir lama, berbulu la hujung dia. Ni bukan kali pertama, dan banyak kali sebenarnya dia trim bebenang tu dengan gunting, tapi jadi balik je. Jadi apa yang dia buat kali ni adalah dengan membakar hujung langsir tu supaya bulu semua hilang.
“Saya gunakan pemetik api untuk bakar bebenang tu. Sejujurnya, saya rasa idea ni lebih memudahkan!
Tapi saya rasa korang pun boleh fikir apa yang berlaku, api tersebut marak sampai ke tirai.” – kata Jason kepada CILISOS
Tapi nasib baik la api yang marak tu perlahan-lahan padam selepas membakar hampir separuh daripada langsir tu. Dia kemudiannya bagitahu kitorang yang dia dah belajar dari kesilapannya: “Jangan bermain dengan api. Api dan kain bukanlah pasangan yang baik.”
Fail-o-meter: 6/10! Kalau korang nak tahu, kebanyakan kematian disebabkan kebakaran selalunya berlaku di rumah – jadi Jason kena bersyukur kebakaran yang berlaku tu tak jadi semakin teruk. Jason, tolong jangan main lighter lagi dalam hidup kau!
6. Hampir-hampir pengsan disebabkan paip kumbahan jiran – Caro
Di sebuah pagi yang masih gelap dan sejuk pada pukul 6.00am, pembaca kita, Caro pergi bilik air untuk melepaskan hajat. Tapi beberapa minit selepas tu, ada sesuatu yang tak kena berlaku…
“Saya mula rasa pening, dan hampir pengsan!” – Caro kepada CILISOS
“Saya kemudiannya berjumpa dengan jiran saya dan bagitahu mereka apa yang berlaku. Mereka kemudiannya mengaku yang mereka mungkin tak sengaja tertuang bahan kimia tu terlebih dari apa yang sepatutnya, dan mereka juga tak tahu dengan kesannya yang begitu kuat.” kata Caro kepada kitorang.
Nasib baiklah takde pergaduhan yang berlaku. Caro pun kata yang diorang agak serba salah sebab dia hampir pengsan, tapi nampaknya mereka masih boleh ketawa dengan insiden yang berlaku (tapi malangnya palam tandas Caro masih bocor lepas kejadian tu. )
Fail-o-meter: 10/10! Tapi kitorang takkan ajak jiran dia mengopi lepas ni (eh, macam pernah pulak)
SPECIAL EDITION: Mudah.my takde lagi perkhidmatan BAIKI hubungan
Tapi dalam banyak-banyak komen di Facebook, kitorang tertarik dengan komen sorang brader ni.
Yang ni, kitorang tak boleh nak tolong dia untuk perbaiki hubungan mereka. Macam yang kitorang cakap, carilah pakar yang sesuai untuk membaiki setiap kerosakan yang ada di rumah, mahupun di hati.
Tak semua orang berbakat dalam membaiki barangan, sebab kita semua lahir dengan bakat berlainan
Daripada pelbagai kerosakan yang diceritakan oleh pembaca kami, nampaknya pertukangan ni bukanlah senang. Malah, ia memerlukan bakat dan kemahiran yang tinggi supaya apa yang korang baiki tu jadi lebih baik, dan bukannya macam tikus membaiki labu.
Jadinya, lebih baiklah serahkan kerja-kerja ni kepada orang yang lebih berpengalaman untuk membaiki supaya takde kerosakan yang membawa kepada kerugian yang lebih besar.
Dan bagi korang yang nak cari rumah, baiki pelbagai barangan rumah atau sebarang pertukangan, tak susah pun sekarang ok! Terus ke Mudah.my dan cari segalanya dalam page ni. Jadi kalau korang ada apa-apa kerja yang perlu dilakukan kat rumah, korang boleh la check Mudah.my untuk cari tukang terbaik untuk kerja tersebut!
- 1.4KShare sekarang!
- Email45
- Facebook1.4K
- Share