4 persamaan kes rasuah Najib dan PM Pakistan, Nawaz Sharif

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni MP Subang, Wong Chen update FB dia dan macam biasa la, cakap pasal bola since sekarang ni tengah musim Piala Dunia. Dia kemudiannya mention pasal kes bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang terlibat dengan skandal rasuah terbesar Pakistan.

https://www.facebook.com/wongchenpkr/posts/1961123557291358

Nawaz Sharif baru je dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah disebabkan kesalahan rasuah. Dia juga dipecat dari jawatannya pada 2017 disebabkan skandal yang sama. Penyiasatan ke atasnya membawa kepada hukuman tersebut.

Kitorang pun kemudiannya cari info pasal dia dan… korang mesti tak percaya kitorang jumpa beberapa persamaan antara Nawaz Sharif dan bekas Perdana Menteri kita yang dituduh terlibat dengan rasuah.

1. Punca kekayaan kedua-dua bekas PM ni adalah dari… Timur Tengah!

Benda pertama yang muncul dalam kepala kitorang lepas dengar perkataan “Timur Tengah”. Imej dari blogspot

Berbalik kepada kekayaan kedua-dua PM tadi, kita memang dah biasa dengar pasal derma 2.6 billion yang diberi oleh penderma dari Arab. Manakala Nawaz Sharif pula kata seorang putera raja dari Qatar adalah punca kekayaan yang membolehkannya membeli beberapa superflat mahal gila kat London tu. Wah, rasa dejavu!

Imej dari LowYat.net

Mahkamah Anti Rasuah Pakistan, Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB), menjatuhkan hukuman tersebut kepada Nawaz Sharif disebabkan pembelian empat pangsapuri mewah di Park Lane, London. Perkara ni diketahui pun sebab Panama Papers membocorkannya beberapa tahun yang lepas.

Para penyiasat sendiri pun tertanya-tanya, macam mana lah diorang ni boleh hidup terlampau mewah? Sedangkan pendapatan diorang tu tak mampu pun untuk membeli sebuah, apatah lagi empat buah pangsapuri mewah tu. Jadi bila kekayaan diorang ni dipersoalkan, dengan gelabahnya diorang terus petik nama kawan Arab masing-masing.

Yep, that expensive Park Lane, not Kelana Parklane. Image from Daily Mail
Ni Park Lane kat London, bukan Kelana Parklane office kitorang. Huhu. Imej dari Daily Mail
Nawaz Sharif kata dia dapat pangsapuri tu pada tahun 1980-an, masa buat urusan perniagaan dengan putera Qatar. Anak perempuan dia lah sediakan surat rasmi yang *sepatutnya* membuktikan kewujudan perjanjian tu. Tapi nampaknya… ada masalah. Surat bertarikh Februari 2006, tu guna font Calibri yang dilancarkan Microsoft pada… 2007! Maju betul!

Macam-macam alasan diberikan ahli keluarganya. Lepas tu pula berlainan versi. Jadi tak hairanlah Nawaz dan anak perempuannya kena. Tapi, Nawaz Sharif dan keluarganya bukanlah satu-satunya keluarga yang jatuh disebabkan skandal ni…

2. Partinya dijangka kalah pada PRU akan datang

Agak-agaknya, pembangkang Pakistan ada versi ni tapi dalam bahasa diorang tak? Imej dari KeepCalm-O-Matic
Parti Nawaz Sharif, Liga Muslim Pakistan Nawaz (PML-N) – ya, dia namakan partinya dengan nama sendiri – tengah bertungkus-lumus berkempen untuk Pilihan Raya Umum Pakistan yang akan datang pada 25 Julai. Tapi, PML-N nampaknya terpaksa tukar barisan pilihan raya diorang sebab Maryam Nawaz, anak perempuan Nawaz Sharif hilang kelayakan dalam pilihanraya sebab  dijatuhi hukuman penjara, melibatkan kes rasuah ayahnya.
Maryam Nawaz ingat dia tolong ayah, tapi nak palsukan dokumen pun noob. Imej dari Pakistan Kakhuda

Parti politik tu sendiri berdepan dengan masalah untuk kekalkan popularitinya. Diorang hilang majoriti besar untuk berada setaraf dengan Gerakan Keadilan Pakistan, iaitu sebuah parti yang dipimpin oleh bekas kriket, Imran Khan.

Malah, ada cara lain untuk diorang menang pilihanraya kali ni: dengan menghantar Nawaz Sharif ke penjara! Tapi ni juga boleh membantu partinya untuk memenangi undi simpati, terutamanya sejak isteri Nawaz sakit tenat.

Park Lane bukanlah satu-satunya rujukan Monopoli kat sini. Imej dari monopoly.wikia
Walaupun Rosmah tak sakit dan kita sendiri pun tak pasti kalau Najib akan dipenjarakan, tapi persamaan yang ada antara bekas PM Pakistan dan bekas PM kita adalah diorang kalah dalam pilihanraya disebabkan skandal rasuah diorang sendiri. Dan macam UMNO juga…

3.  Parti politik Sharif masih back up dia walau apa pun yang berlaku

Kita kan Melayu. Guna #PercumaNajib je la. Imej dari The Star

Kagum betul dengan kesetiaan diorang ni kan? Dan kesetiaan tak berbelah bahagi ni jugalah yang ada pada PML-N terhadap Nawaz Sharif walaupun berlakunya skandal rasuah. Malah presiden semasa PML-N sekarang ni adalah Shehbaz Sharif, adik Nawaz Sharif sendiri – masih diberi kepercayaan.

Shehbaz Sharif yang dilantik ni pula bangkit dan menyatakan yang partinya tolak keputusan tu. Dia sendiri menyalahkan kesemua parti politik selain partinya sendiri disebabkan masalah rasuah yang dialami abangnya. Antara yang disalahkan ni termasuklah lembaga anti rasuah dan juga kedua-dua parti pembangkang di negara tu. Sementara tu, Imran Khan kata yang dia juga akan pastikan yang Shehbaz Sharif akan ikut jejak langkah abangnya disebabkan dia pun terlibat dengan rasuah.

Walaupun nama dia Imran Khan, dia takde kena mengena dengan Genghis Khan, Salman Khan mahupun Shah Rukh Khan. Imej dari twitter

Hero negaranya – Imran Khan adalah pemain kriket yang terkenal untuk pasukan kebangsaan Pakistan pada tahun 80-an. Dia nampaknya kembali menjadi perhatian untuk melawan seorang pemimpin yang korup, bersama dengan partinya dalam pilihan raya umum. Bunyi macam familiar sekali lagi, kan?

4. Ia adalah skandal pengubahan wang haram keluarga!

Dalam kes rasuah 1MDB sendiri, ramai ahli keluarga Najib yang disiasat disebabkan penglibatan diorang dengan rasuah. Orang-orang yang disiasat termasuklah isterinya, Rosmah, anak tirinya Riza Aziz dan anaknya, Nazif. Semuanya dikaitkan dengan skandal besar sejak bertahun-tahun. Sama macam kes keluarga Najib, skandal rasuah Nawaz Sharif juga melibatkan beberapa ahli keluarganya.

Adakah keluarga Najib juga terpalit dengan tuduhan rasuah? Aaaa tentu sekaleyyyy. Imej dari atsixty-zakriali.blogspot.com

Dalam keluarga Sharif tu, orang yang paling terkenal dengan penglibatan dalam kes rasuah Pakistan ni adalah anak perempuannya, Maryam Nawaz. Dia terkenal dengan cubaan membela ayahnya dengan dokumen yang dipalsukan dengan amat teruk. Suaminya Safdar Awan juga dijatuhi hukuman penjara setahun.

Selain Nawaz dan anak perempuannya, kedua-dua anak lelaki Nawaz Sharif iaitu Hussain dan Hassan juga disiasat dan penghadapi percubaan. Macam yang kitorang dah bagitahu sebelum ni, Imran Khan juga merancang untuk menjalankan siasatan terhadap Shehbaz Sharif kalau pihaknya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Keluarga Sharif bukanlah satu-satunya yang disamakan dengan kes Najib sekarang ni

Tak lama dulu pun, kecoh bila orang samakan Imelda Marcos, isteri bekas Presiden Filipina yang disamakan dengan Rosmah Mansor.

Imelda Marcos, antara yang paling korup dan mengambil dana negaranya. Imej dari history.co

Kalau nak cakap pasal keluarga ahli politik mana yang paling banyak ambik duit negara untuk tujuan sendiri, dah tentulah Ferdinand dan Imelda Marcos, diktator kejam Filipina dengan rasuah yang berleluasa. Kisah kasut Imelda pun ada persamaan dengan perhiasan dan beg tangan Rosmah. Kita juga ada tulis pasal Ferdinand Marcos kat sini.

Ferdinand Marcos dan rasuah berpisah tiada. Imej dari Soscili

Pasal keluarga Sharif pula, kita tunggu je lah apa yang akan berlaku seterusnya. Nawaz mungkin akan ke penjara disebabkan kesalahan salah guna kuasa. Tapi dia juga mungkin pergi ke London untuk menjaga isterinya yang sakit tenat. Kita pulak kat Malaysia ni, bagi lah perhatian lebih pasal skandal rasuah Pakistan ni sebab manalah tahu, ada jalan cerita yang sama kita akan dengar dalam kes negara kita ni.