Masa Stephen Hawking umur 21 tahun, dia diramal akan hidup 2 tahun je lagi

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian seorang ilmuwan terkenal, Stephen Hawking. Dia merupakan saintis yang pakar dalam fizik dan kosmologi. Kosmologi ni bidang ilmu tentang angkasa, tengok bintang, planet dan WhatsApp alien. Dia lahir pada 8 Januari 1942 dan baru je meninggal 14 Mac 2018 lepas.

Masa umur Stephen Hawking 21 tahun, dia menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS). Penyakit ni buatkan saraf yang mengawal otot seseorang tu tak berfungsi. Dari sini kita boleh nampak Stephen Hawking adalah seorang fighter, dia mampu hidup lebih daripada 50 tahun lepas dia menghidap ALS.

Apa?! Member lama kita dah meninggal? Imej dari Giphy

“Sebelum saya sakit, saya sangat bosan dengan kehidupan. Sepertinya tidak ada yang berguna untuk dilakukan.” – Stephen Hawking, dipetik dari Biography

Kalau korang tak kenal lagi siapa Stephen Hawking ni, jangan bersedih. Inilah kisah orang yang dikatakan akan hidup setakat 2 tahun setengah lepas dapat penyakit, tapi akhirnya berjaya buktikan ramalan tu salah…

Asalnya Stephen Hawking nak ambil kursus matematik, tapi masa tu tak ditawarkan lagi

Ayah dan ibu Stephen Hawking ni bukan calang-calang orang, mereka terpelajar. Ke mana lagi tumpahnya kuah kari kalau tak ke nasi kan? Ibunya antara perempuan pertama yang berjaya dapat ijazah dari Universiti Oxford dan ayahnya pulak penyelidik ilmu perubatan. Ayah Stephen Hawking nak dia jadi doktor perubatan, tapi dia tak minat sebab lebih suka nak belajar tentang angkasa.

Dia dihantar ke St. Albans School, tapi macam biasalah – budak genius ni selalunya tak minat belajar. Dia lebih berminat untuk lihat persekitaran di luar kelas dan cipta benda baru. Asalnya dia nak belajar matematik, tapi Universiti Oxford takde kursus tu. Hmmm…siapa yang suka matematik ni, memang dia bijaklah. Sebab kursus matematik tak ditawarkan, dia pun ambil kursus kimia dan fizik.

Mesti dia genius macam budak ni. Imej dari Giphy

Stephen Hawking dapat ijazah kelas pertamanya pada tahun 1962, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang kosmologi. Pada tahun pertama dia sambung pengajian PhDnya, kadang-kadang dia tiba-tiba jatuh dan suara dia makin tak jelas. Awal-awal dia buat dekk je,  tapi apabila ayah dia dah mula perasan, dia dihantar untuk pemeriksaan kesihatan. Akhirnya, dia disahkan menghidap penyakit ALS, macam yang kami dah cakap awal-awal tadi.

Dia diramal ada dua tahun setengah je untuk hidup. Kalau korang ada masa dua bulan lagi nak hidup, korang nak buat apa? Mestilah beribadahkan. Stepen Hawking pulak, makin dia tahu dia nak mati, dia fokus sepenuhnya untuk siapkan thesis. Mungkin masa tu dia fikir pepatah Melayu – harimau mati meninggalkan belang, Hawking mati meninggalkan PhD. Akhirnya dia berjaya siapkan PhD dia pada tahun 1966, korang boleh download PhD dia kalau korang nak.

Kau ada tentera, aku ada PhD. Nak lawan? Imej dari Giphy

Dapat masuk Fellow of the Royal Society pada usia muda

Thesis PhD Stephen Hawking ni bukan main gempak, tahun 1968 dia jadi ahli Institusi Astronomi Cambridge. Ada satu saintis kaji angkasa yang bernama Roger Penrose, mamat ni keluarkan teori tentang “Black Hole”. Teori ni buat Stephen Hawking rasa teruja, masa ni Stephen Hawking yakin teori ni akan bantu kita tahu asal-usul alam semesta. Kawan baik moyang kita pun kita dah tak kenal siapa, Stephen Hawking siap nak cari asal usul alam semesta.

https://www.youtube.com/watch?v=XnFSia31Pl0

Minat dia pada Black Hole semakin menyerlah apabila dia berjaya kemukan 4 prinsip dalam “Black Hole Mechanics. Tahun 1973 dia siap pergi Moscow untuk jumpa dengan saintis lain supaya dia boleh buktikan Black Hole ni boleh bersinar. Kalau korang nak tahu, fenomena ni dinamakan Hawking Radiation, sempena nama dia. Pergh, mesti best kalau ada SOSCILI radiationkan?

Setahun lepas tu terus dia dapat “Fellow of the Royal Society” pada usia 32 tahun. Antara yang yang termuda dapat penghormatan tu. Bagi sesiapa yang belajar sains tapi tak kenal Isaac Newton, kira macam satu dosalah. Kalau korang nak tahu, pada tahun 1979 dia dilantik sebagai professor matematik dekat Cambridge, sama macam Newton pernah jadi!

Muka kau bila dapat soalan dari cikgu matematik. Imej dari Giphy

10 juta naskah buku tulisan Stephen Hawking terjual

Kalau korang rasa apa yang dia capai pada umur 32 tahun tu dah gempak, tu baru permulaan. Kalau korang nak tahu, Stephen Hawking hilang keupayaan nak bercakap pada tahun 1985. Kalau kita hilang keupayaan nak bercakap, mesti kita rasa down gila. Pada tahun 1988, dia terbitkan buku yang gempak, tajuk buku tu “A Brief History of Time”. Buku ni dah terjual hampir 10 juta dan dah diterjemahkan ke 40 buah bahasa.

Pada tahun 1989, Stephen Hawking dapat anugerah  “Princess of Asturias Awards. Anugerah dari Sepanyol ni diberikan untuk orang-orang yang ada penemuan gempak dalam sains, kemanusiaan dan hal ehwal awam. Dia mula kumpulkan tulisan dia pasal angkasa dan tulis satu buku yang bertajuk “Black Holes and Baby Universes and Other Essays“.

Buku ni sembang macam mana korang nak faham angkasa kita dengan lebih luas. Dia siap kata tak mustahil Black Hole lahirkan “bayi angkasa”. Kami pun tak terfikir macam mana angkasa ni boleh siap beranak lagi.

“Masa dan ruang adalah terhad, tetapi mereka tidak mempunyai batas atau penghujung. Mereka akan menjadi seperti permukaan bumi, tetapi dengan dua lagi dimensi.” – Stephen Hawking, dipetik dari buku Black Holes and Baby Universes and Other Essays

Woi, teori apa ni. Otak aku sampai nak terbang sebab tak boleh brain. Imej dari Giphy

Dia hasilkan 14 buah buku, semuanya buku yang gempak-gempak. Pada tahun 2004, dia siap kata akan selesai masalah Black Hole ni. Pada tahun 2009, dia dapat “Presidential Medal of Freedom“. Anugerah ni kira anugerah tertinggi yang orang awam boleh dapat. Sepanjang hayat Stephen Hawking, 16 anugerah dia dapat, power betul.

Ada yang dakwa isteri kedua Stephen Hawking dera dia

Stephen Hawking dan isteri pertama dia. Imej dari News.com

Pada tahun 1963, dia jumpa dengan seorang gadis – Jane Wilde. Masa ni Stephen Hawking baru je tahu dia ada masalah kesihatan. Lepas dua tahun diorang dating, akhirnya diorang ambil keputusan untuk kahwin. Stephen Hawking ada tiga orang anak dengan isteri dia yang pertama ni, Robert, Lucy dan Timothy.

Perkahwinan pertama dia mula bermasalah pada tahun 1990, bekas isteri dia cakap masalah diorang bermula bila buku pertama Stephen Hawking diterbitkan. Lepas buku tu diterbitkan, nama Stephen Hawking naik gila-gila sampai nama dia terkenal kat seluruh dunia.

“Saya rasa keluarga saya ditinggalkan. Kepada saya, Stephen adalah suami saya dan bapa anak-anak saya; seseorang tidak mengatakan kepada suami, ‘Oh, anda pandai! Saya mesti menyembah di bawah kaki anda, atau dalam kes ini, roda.” – Cik Wilde dalam temubual dengan Radio Times.

Nasib baiklah undang-undang Amerika tak bagi Obama bertanding kali ketiga, kalau tak…duda. Imej dari Giphy

Lepas dia bercerai dengan isteri pertama dia, Stephen Hawking mula ada hubungan dengan jururawat yang jaga dia. Ramai yang kata isteri kedua ni kahwin dengan Stephen Hawking sebab duit, tapi dah sah-sah isteri dia tu nafikan. Diorang berpisah pada tahun 2006, ramai orang tak tahu apa sebab utama perpisahan ni terjadi. Ceh…macam lagulah pulak.

Kalau korang nak tahu, pernah ada laporan yang kata isteri kedua dia ni siap dera Stephen Hawking. Anak Stephen Hawking siap buat laporan polis, ni antara dakwaan anak dia;

  • Memecahkan pergelangan tangan Stephen Hakwing dengan menghentak di kerusi roda.
  • Tak nak bagi dia botol air kencing, dan akan tengok badan Stephen Hawking basah disebabkan air kencing sendiri.
  • Melukakan pipi Stephen Hawking menggunakan pisau cukur.
  • Sengaja membiarkan dia tergelincir semasa mandi.
  • Meninggalkannya sendirian di taman pada hari panas sehingga dia menderita sinaran haba.

Tapi semua tuduhan ke atas isterinya tu digugurkan kerana Stephen Hawking kata benda ni tak terjadi. Korang rasa betulkah ke tuduhan yang dilemparkan pada isteri kedua ni? Jangan-jangan pasal benda ni diorang berpisah…

Awat hang curang? Imej dari Giphy

Stephen Hawking percaya alien, tapi tak percaya tuhan

Kalau orang yang tak famous mati, selalunya keluarga dan kawan-kawan je lah yang sedih. Tapi kalau orang ternama mati, satu dunia ikut bersedih. Kebanyakan orang memberikan reaksi sedih bila dapat tahu Stephen Hawking meninggal dunia.

Macam-macamlah komen orang, terutamanya ahli sains dan akademik.Tapi macam biasalah, semua orang akan ambil peluang nak ucapkan takziah. Korang kenal tak Gal Gadot? Pelakon ni siap kena kecam sebab dikatakan beri ucapan sensitif pada kematian Stephen Hawking.

Korang tak famous, tulislah apa pun, orang tak perasan pun. HAHA. Imej dari USA Today

“Kekangan fizikal tidak menghalangnya daripada mengubah dunia. Orang kurang upaya tidak mengharapkan mati untuk bebas dari cabaran mereka. Mereka ingin dihargai untuk apa yang mereka boleh lakukan, bukan mengasihani apa yang mereka tidak boleh lakukan.”Dipetik dari USA Today

Tapi betul jugak, walaupun Stephen Hawking ada cabaran tersendiri untuk meneruskan kajiannya, tapi dia tetap lakukan sehabis baik. Tak macam kebanyakan kita ni, badan je sihat tapi tak adalah function mana. Bukan setakat orang luar negara je, orang Malaysia pun ada respon macam-macam.

Perdana Menteri kita pun siap ucap takziah pada Stephen Hawking, menandakan dia memang seorang yang dikenali. Kalau kami sebut nama Perdana Menteri, kami tahu ada yang akan kata kami macai. Jadi kami nak beritahu, Tun Mahathir pun ada ucapan sweet untuk Stephen Hawking.

“Dalam keterbatasannya, Stephen Hawking telah membuka alam semesta kepada kita semua dengan penemuan saintifiknya. Dia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalani kehidupan tanpa alasan – dan itulah teori saya tentang segala-galanya.” – Tun Mahathir Mohamad

Apa yang lebih menarik, masih ramai je orang kita yang tak tengok sangat pun penemuan-penemuan yang dilakukan Stephen Hawking. Diorang lebih fokus nak kecam agama Stephen Hawking. Hmm…korang rasa macam mana? Patutkah dia kena kecam sebab dia tak percaya tuhan? Atau kita tak setuju dia dengan agama dia, tapi hargai apa yang dia lakukan. Itu terpulang koranglah nak pilih yang mana.

Ni antara komen orang kita tentang Stephen Hawking. Imej dari Facebook

Stephen Hawking buktikan yang kecatatan bukan penghalang untuk berjaya

Ramai je yang ucapkan takziah masa Stephen Hakwking meninggal, tapi tak ramai pun yang cuba nak faham kajian-kajian yang dia buat. Kami tak adalah suruh korang buat PhD pasal teori dia, tapi kurang-kurang cubalah tahu serba sedikit kenapa orang kagum dengan Stephen Hawking, ni tak habis-habis nak hantar dia ke neraka.

Kami rasa cerita Stephen Hawking ni buktikan masalah kesihatan yang ada tak halang dia daripada mendapat kejayaan. Kalau korang pernah rasa down sebab ada banyak masalah dan halangan dalam kejar cita-cita, jangan pernah mengalah. Kalau Stephen Hawking boleh lakukan dengan masalah kesihatan yang dia ada, takkan korang tak bolehkan?

Jika kau fikirkan kau boleh, kau bolehlah! Imej dari Giphy

Kalau korang ada kawan-kawan yang ada masalah kecatatan, jangan lupa untuk beritahu diorang tentang cerita kami ni. Kalau tak ada otak yang genius pun tak semestinya tak boleh berjaya dalam bidang lain. Contohnya kat Malaysia ni kita ada ramai je atlet-atlet paralimpik yang power, siap pernah menang emas kat sukan paralimpik di Brazil tempoh hari.

“Kejayaan dua atlet paralimpik ini bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara, tetapi juga menjulang martabat serta nama Malaysia dalam menonjolkan atlet golongan OKU yang berprestasi tinggi dan berwibawa.” – Datuk Seri Rohani Abdul Karim, dipetik dari ASTRO Awani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About Rahman Imuda 10 Articles
Chill. Tapi jangan terlalu.