- 482Share sekarang!
- Email20
- Facebook462
- Share
Pernah tak korang tengok luka yang real depan mata? Contohnya, kalau tengok orang kemalangan ke, luka terkena pisau dan banyak lagi luka ngeri di tubuh badan yang boleh buat korang pejam mata rapat? Mesti pernah kan?
Kalau korang nak tahu, ada orang yang boleh buat luka ni guna bahan solekan tertentu dan memang betul nampak real! Okay lah, tak terhad kepada luka sahaja, diorang ni boleh tukar muka korang jadi macam-macam bentuk ajaib atau yang kita sendiri tak pernah fikir pun. Karakter kartun pun ada yang boleh buat tau. Macam watak Elsa cerita Frozen tu. Sangat kreatif! Diorang ni dipanggil jurusolek solekan khas atau dikenali SFX make-up.
Waktu SFX make-up diperkenalkan, ramai penonton ingat pelakon menggadai nyawa
Special Makeup Effects adalah pembuatan efek atau impact yang diakibatkan oleh sesuatu kejadian yang terjadi pada tubuh manusia menggunakan make-up. Seperti solekan terkena gas beracun, melecur, luka terkena benda tajam dan sebagainya.
Kalau korang nak tahu, solekan ni perlu guna teknik yang betul. Ia proses menggunakan teknik mengukir dan membentuk untuk hasilkan kesan kosmetik canggih. Kalau tak pandai make-up, hancurlah sesuatu watak tu kan?
Menurut buku Special Effect Make-up oleh Janus Vinther, sejarah solekan khas bermula semenjak 1895 lagi dan filem yang terlibat ketika itu ialah Demolition d’un Mur. Ianya pertama kali ditayangkan di Cafebio Paris.
Selain itu, pada tahun sama, filem The Execution of Queen Mary keluar dan memaparkan kepalanya dipotong menggunakan trick photography. Ianya menjadi fenomena di mana ramai penonton percaya bahawa pelakon tu menggadai nyawa dalam menjayakan filem ini.
Hmm, boleh tertipu jugak lah diorang ni kan?
Seterusnya, penggunaan teknik solekan khas ini terus berkembang dengan filem berjudul A trip to the Moon (1902) dan An adventurous Automobile Trip (1904) arahan George Melise. Kedua-dua filem ini dah memanfaatkan penggunaan teknik solekan khas. Pada tahun 1922, filem seram pertama Nosferatu, Dracula turut menggunakan solekan khas.
Kemudiannya, jurusolek terkenal Amerika, John Chambers turut menggunakan solekan khas dalam filem Planet of the Apes pada 1968 dan Dick Smith dalam filem Little Big Man pada 1969. Mereka mula menempa nama dalam bidang solekan khas ini.
Memang tak dapat dinafikan John sangat berbakat dalam solekan khas ni. Dia dapat anugerah dari The Academy of Motion Picture Arts and Sciences (Oscars) pada 1969. Dia meninggal pada usia 79 tahun.
Manakala Dick Smith pula, dia menukar wajah pelakon muda kepada orang tua yang berusia 121 tahun. Dan ternyata, make-up yang dilakukannya tu memang menjadi!
Kat Malaysia pun kita ada jurusolek SFX yang tak kurang mantap, jadi kami menemubual Vivisufaiza Karia (Vivi) dan Nor Asmawati (Watie). Setiap sentuhan tangan mereka dalam menghasilkan make-up ini memang mengagumkan. Menurut Vivisufaiza Karia, solekan ni ada empat jenis:
- Evidence Case macam luka dalam asid burnt 1st degree sampai 3rd degree, parut lama, lebam akibat terkena tembakan
- Movie Character pada movie barat yang menggunakan acuan dari silicon, pros-aid, latex prostethic terutamanya filem seram
- SFX airbrushing untuk high fashion dan fantasi
- CGI untuk make-up artist di lokasi set penggambaran filem
“Teknik solekan khas ini membantu untuk menampakkan seseorang itu lebih tua, muda, kesan luka, jadi makhluk asing dan sebagainya. Dan ia berbeza dari yang normal. Sebenarnya ada beberapa jenis kesan khas termasuk lukisan tubuh, kesan khas, teater dan fantasi.” -Watie, ketika dihubungi SOSCILI.
Guna tepung ubi untuk buat SFX make-up?
Asyik bercerita pasal make-up je, mesti korang nak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bahan make-up yang ‘wow’ ni kan? Sudah tentu bukan barang make-up biasa-biasa.
Bukan pembayang mata yang selalu korang pakai hari-hari pergi dating tu ye. Pelbagai bahan make-up lain turut diperlukan bagi mendapat hasil solekan ni. Korang perlukan pros-aid, liquid latex dan built mould. Dah apa pulak lah nama bahan-bahan ni kan? Meh sini kami explain.
Pros-aid digunakan dalam industri solekan profesional prostetik dan kesan profesional. Bila bahan ni diletakkan di kulit kita, ia tidak sensitif, malah, bahan yang digunakan dari air ini selamat. Dan bahan ni menjadi pilihan jurusolek seluruh dunia untuk semua jenis solekan.
Liquid latex pula antara bahan utama untuk hasilkan make-up SFX ni. Ia sering digunakan untuk menambah efek khusus pada make-up atau sebagai produk untuk aplikasi ‘melukis’ tubuh. Ia boleh dibuat sendiri dengan menggunakan tepung ubi, air, gelatin dan minyak kelapa.
Untuk build mould pula, sebelum nak buat luka yang lebih tragik seperti tangan yang terkeluar kulit, jurusolek professional perlulah buat acuan dulu sebelum nak letak pada kulit kita. Lepas tu, baru diorang touch-up dengan bahan solek lain bagi menampakkan ketulenan luka tu.
Walaupun Vivi merupakan seorang pensyarah dan pegawai penilai seni solekan, dia tetap ada bahan make up kit sendiri. Watie pulak lebih banyak guna bahan DIY atau bahan solekan lebih mahal untuk menjaga ketulenan solekannya. Antara bahan yang digunakan macam darah palsu, wax dan latex.
Negara kita ada make up artist yang boleh buat muka Michael Jackson
Kalau nak dibandingkan penglibatan jurusolek SFX ni, tak ramai yang terlibat. Yang ramainya, jurusolek pengantin atau lebih dikenali ‘mak andam’. Hal ini kerana make-up ini susah untuk dipraktikkan dan bahan-bahannya pula mahal untuk dibeli. Kebanyakannya kena beli online dari luar negara.
Selain Vivi dan Watie, antara jurusolek SFX yang sering meniti di bibir netizen ni adalah Neb Radzif, Lemony Lysh, Fabien Wong, Queen of Luna dan Thana Letchumi. Hasil kerja mereka memang tidak pernah mengecewakan. Ini antara hasil kerja diorang:
-
Vivisufaiza Karia
Vivi yang bergurukan sifu dari luar negara ni buat kelas asas bagi pelajar yang ingin belajar tentang solekan khas. Macam yang Vivi cakap, dia banyak buat kelas asas make-up SFX untuk sesiapa yang berminat nak belajar. Contohnya kat gambar di bawah ni ha. Vivi tengah make-up salah seorang pelajar dia. Nak nampak lain dari lain, memang korang kena tadah lah muka tu ye.
2. Nor Asmawati Abdullah
Watie banyak buat make-up pelbagai karakter dan juga tiru muka artis luar negara selain buat make-up kecederaan yang lain. Macam tiru wajah Michael Jackson ni ha.
3. Neb Radzif
Neb Radzif adalah artis solek profesional. Kalau korang nak tahu, Neb banyak memuat naik tutorialnya di Youtube. Jadi, sesiapa yang nak belajar cara menggunakan make-up SFX ni, boleh buka channelnya, FX.CAT. Karyanya juga pernah masuk rancangan macam 8TV Quickie, GrabCar The Walking Dead promo di Malaysia dan Anugerah Juara Lagu 2017.
4. Lemony Lysh
Gadis manis ini sangat kreatif apabila dia menggunakan aksesori macam stapler, tanah liat dan juga kuku untuk make-up. Dari muka yang bergetar tulang rusuk lelaki kat luar sana tu bertukar pulak jadi makhluk pelbagai rupa.
5. Queen of Luna
Queen Of Luna ni jurusolek yang terkenal dengan solekannya kepada watak kartun Disney. Antaranya Cinderella, Alice in Wonderland dan Rapunzel. Lihat saja lah solekannya ni. Boleh tukar jadi kucing lah pulak.
6. Thana Letchumi
Thana pernah menang anugerah Artis Makeup Terbaik dari Malaysian Artiste Associates of the Year 2014. Thana terlibat dalam event, pameran bergerak dan juga filem tamil. Kalau dalam filem, dia guna make-up untuk buat kecederaan palsu.
7. Fabien Wong
Fabien adalah jurugaya rambut dan jurusolek profesional dengan pengalaman selama 26 tahun dalam industri. Karyanya dapat dilihat dalam majalah Tatler, Prestige dan Passion, TVC dan kedai pengantin. Bukan setakat rambut je, Fabien jugak pandai make-up teknik khas sebab ada buat bengkel untuk Makeup Halloween.
Mengagumkan bukan? Agak-agak korang lah kan, siapa agaknya yang menjadi jurusolek Hantu Kak Limah dalam filem Zombi Kampung Pisang ye?
Hilang kata-kata lihat hasil kerja diorang ni. Tak sanggup nak tatap lama-lama, takut tersembul biji mata!
Make-up artist terpaksa tahan nafas untuk hasilkan solekan berkualiti
Tak terhad kepada bahagian muka sahaja, tangan, kaki dan badan turut dijadikan ‘mangsa’ untuk ‘dikorbankan’ dalam solekan ni. Setiap anggota badan yang disolek harus dikaji terlebih dahulu untuk tahu anatomi struktur badan supaya solekan yang dibuat menjadi. Manakan tidak, nanti salah pulak teknik solekan tu.
“Kadang-kadang nak make-up di bahagian muka, saya terpaksa tahan nafas demi menghasilkan solekan yang diingini.” – Watie, ketika dihubungi SOSCILI.
Fuh! bukan mudah nampak gayanya. Sanggup ke korang nak tahan nafas demi nak buat make-up ni? Sekarang ni, media sosial menjadi alat komunikasi yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat, jadi, diorang pun tak terkecuali untuk buat benda yang sama.
Kalau korang nak tahu, Watie belajar melalui Youtube sebab ramai make-up artist dari luar negara upload video tutorial diorang. Untuk Vivi, selain bergantung 100 peratus dengan Youtube untuk belajar make-up ni, dia juga banyak berguru dengan make-up artist filem .
Bila sebut make up artis filem, nak tahu jugak kan, filem apa yang gunakan perkhidmatan SFX make up ni. Korang tahu filem apa je?
Filem antarabangsa yang dipuji kerana solekan khas pada wataknya
Kalau korang perasan, filem-filem antarabangsa banyak je yang korang dah pernah tengok tapi tak perasan rupanya tu semua SFX make up. Antara yang menjadi pujian kerana kehebatan solekan khasnya ialah…
1. The Fly (1986)
Pengarahnya, Cronenberg suka menggunakan ciri solekan khas yang hebat dalam filemnya. Filem The Fly benar-benar berada di tahap yang berbeza dari produksi terdahulu. Pelakon utamanya, Seth Brundle dah diubah menjadi seekor lalat yang sangat mengerikan. Kita yang tengok ni pun boleh terganggu tau!
2. Lord of the Rings Trilogy 2001 – 2003
Kalau korang salah seorang peminat setia filem ni, memang tak dapat dinafikan filem ni banyak sangat guna solekan khas untuk menghidupkan watak dalam filem ini. Korang boleh nampak sendiri kan?
Solekan khusus diberikan kepada parut, kotoran dan prostetik yang perlu dicipta semula sepanjang tempoh penggambaran di pelbagai lokasi yang berbeza ni. Make-up ini juga membantu watak-watak yang sesuai dengan persekitaran bumi diorang dalam filem ni.
3. IT (2017)
Kita semua tahu tentang badut IT yang menakutkan ni. Ia adalah watak yang menghantui dan menakutkan orang dewasa dan kanak-kanak. Berasal dari novel Stephen King, make-up artist filem ini dah tahu bagaimana untuk melakukan solekan badut ni.
Dengan menggunakan solekan untuk dahi yang tak masuk akal, gigi palsu dan macam-macam lagi solekan, rupa badut telah dilaksanakan dengan sempurna. Lazimnya digunakan sebagai kostum halloween, IT adalah watak solekan khas yang boleh mengganggu tidur korang!
4. Batman Returns (1992)
Filem ni mengetengahkan watak ‘The Penguin’ dilakonkan Danny DeVito. Make-up artist, Stan Winston, ditugaskan untuk mereka bentuk dan buat solekan watak ni. Proses yang diambil untuk buat solekan ni sangat panjang dan penuh dengan eksperimen!
5. The Mask (1994)
Siapa yang tak kenal watak hijau The Mask lakonan Jim Carrey yang suka buat lawak ni kan? Korang tahu tak, topeng hijau dalam filem ni adalah dari solekan teknik khas lah.
6. Pan’s Labyrinth (2006)
Dalam filem Pan’s Labyrinth ni, apa yang rumitnya untuk buat makhluk ni adalah kerana watak mereka sangat unik dan tak terjangkau otak manusia untuk melihat rupa makhluk ini. Penciptaan Faun dan Pale Man ternyata masih kekal dan di luar imaginasi kita.
Make-up SFX penting untuk jiwai watak
Seperti yang korang tahu, banyak elemen yang berbeza dipertimbangkan untuk buat filem terutamanya kalau melibatkan watak dalam filem tu. Watak-watak tu mestilah kelihatan realistik! Walaupun filem sekarang bergantung kepada CGI, solekan teknik khas masih menjadi faktor penting dalam mewujudkan fantasi yang boleh dipercayai dan ajaib.
Selalunya, orang beri kredit kepada pelakon untuk peranan mereka dalam filem, tapi kita juga perlu hargai orang di belakang tabir yang menjadikan filem ni. Jurusolek SFX ni menghabiskan masa berjam-jam untuk solekan bagi pastikan filem sempurna. Dan ianya sangat mencabar! Cuba korang bayangkan kat dunia filem ni tanpa jurusolek teknik khas?
- 482Share sekarang!
- Email20
- Facebook462
- Share