Neerja Bhanot, pramugari yang terbunuh ketika melindungi penumpang

Cantik, tinggi, dan seksi. Itulah perkara yang mula-mula datang dalam kepala apabila dengar perkataan pramugari, yang kini lebih dikenali sebagai Krew Penerbangan.

Secara zahirnya, tugas krew penerbangan nampak macam mudah seperti menjemput penumpang naik pesawat, bagi taklimat keselamatan, periksa tali pinggang keselamatan penumpang dan hidang makanan, teh serta kopi. Pramugari perlu buat semua tu sambil kelihatan cantik dan tersenyum simpul sepanjang perjalanan pesawat. Malah, dorang dapat mengembara serata dunia secara percuma pulak tu. Seronok gila!

Hakikat kerja atas angin. Imej dari Pinterest.

Tapi ramai yang tak tahu, krew penerbangan perlu pikul tanggungjawab yang amat berat terutamanya berkaitan dengan keselamatan penumpang. Kita perlu ingat, keadaan di udara tak macam di darat.

Di darat, kalau ada penjahat, boleh panggil polis. Kalau orang beranak, boleh panggil doktor. Kalau ada api, boleh panggil bomba. Tapi kalau di udara, mana ada polis, doktor, dan bomba (melainkan kebetulan ada yang di kalangan penumpang pesawat waktu itu). Jadi siapa yang nak bantu bila ada penjahat, orang bersalin, dan kebakaran di udara? Kau rasa siapa?

Hell yeah. Sumber daripada Confessions of a Trolley Dolly.

Jadi kali ni SOSCILI cuba senaraikan beberapa cerita menarik yang pernah berlaku kepada pramugari-pramugari yang mungkin ramai tak tahu 

1. Bertarung nyawa demi melindungi penumpang

Sejarah hitam telah melanda syarikat penerbangan Pan Am pada 5 September 1986. Pada hari tersebut, pesawat Pan Am Flight 73 sepatutnya berlepas ke John F. Kennedy International Airport, New York, USA. Tapi malangnya, belum sempat berlepas, pesawat itu telah dirampas. Tragedi ini berlaku di landasan pesawat Jinnah International Airport, Karachi, Pakistan. Dalam pesawat itu ada  380 penumpang dari pelbagai negara. Pesawat telah dirampas oleh empat lelaki bersenjata yang terlibat dengan organisasi Abu Najal.

Mujur ada Neerja Bhanot, krew penerbangan Pan Am Flight 73 yang juga merupakan seorang peragawati. Dia adalah orang yang paling awal menyedari kehadiran terrorist yang ingin merampas pesawat tersebut.

Punyalah profesional si Neerja ni, dia kekal tenang dan terus memberi amaran kepada krew kokpit iaitu juruterbang, pembantu juruterbang dan jurutera pesawat untuk segera meninggalkan pesawat. Dia suruh krew kokpit keluar agar pesawat tidak boleh berlepas. Kalau dah berlepas, lagi susah nak kawal keadaan.

Inilah Neerja Bhanot. Cantik kan? Sumber daripada Pinterest.

Salah seorang terrorist suruh Neerja kutip passport semua penumpang. Dia sedar yang penumpang warga Amerika adalah target utama  terrorist, jadi dia pun ambil tindakan bijak dengan menyorokkan passport warga Amerika di bawah kerusi dan di dalam pelongsor sampah.

Sebab juruterbang dan krew kokpit telah meninggalkan pesawat, maka pesawat kekal di atas landasan dan tidak dapat berlepas ke udara. Penumpang telah menjadi tahanan terrorist selama 17 jam. Klimax serangan tersebut adalah apabila pesawat itu habis minyak, generator pun mati dan lampu semua terpadam. Dalam pesawat yang gelap, 4 orang terrorist itu telah membuat tembakan dan letupan rambang.  

Neerja Bhanot waktu graduasi latihan krew penerbangan Pan Am.  Sumber daripada The Quint.

Dalam keadaan yang huru-hara, Neerja telah berjaya membuka pintu kecemasan. Kalau nak diikutkan, boleh saja dia nak lompat keluar, selamatkan diri. Tapi tak, dia tetap kekal di dalam pesawat untuk bantu para penumpang.

Tapi akhirnya dia terbunuh kerana cuba melindungi 3 orang kanak-kanak daripada terkena tembakan. Pada waktu tu dia baru je berumur 23 tahun.

Kalau korang nak tahu, keberanian Neerja Bhanot ni telah diabadikan menerusi filem Neerja. Klip di bawah adalah suara sebenar Neerja Bhanot di dalam pesawat Pan Am Flight 73.

“Andai kata berlaku situasi dimana pesawat dirampas, maklumat akan disalurkan kepada krew penerbangan melalui sebuah kod. Krew penerbangan harus kekal tenang dan mengambil langkah bijak untuk menenangkan para penumpang. Akhir sekali, krew penerbangan harus berani berdepan dengan perampas pesawat untuk sesi negosiasi.” – Azleen, bekas krew syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Ketika di temuramah oleh Soscili.

Antara contoh negosiasi krew penerbangan dengan pengganas adalah sewaktu rampasan pesawat Canjet 918 pada tahun 2009. Dua orang krew penerbangan bernama Santizo Ariolla dan Nicole Foren menyelamatkan keadaan dengan kebijaksanaan dan keberanian mereka.

Ariolla berjaya meyakinkan pengganas itu untuk bebaskan 159 orang penumpang. Manakala, hanya kekalkan krew penerbangan dan seorang kontraktor keselamatan sebagai tebusan. Foren pula dengan beraninya merampas pistol pengganas yang diacukan di kepalanya sewaktu pihak polis datang menerjah pesawat tersebut.

2. Dorang diajar seni mempertahankan diri

Korang selalu tak dengar pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’? Haa kalau korang nak tahu, terdapat beberapa syarikat penerbangan telah mengambil langkah proaktif dengan melatih krew dorang untuk belajar seni mempertahankan diri sebagai persediaan mengendali penumpang yang berkelakuan buruk serta mengancam keselamatan.

Imej dari tribunnews

Antara syarikat penerbangan yang melatih krew nya belajar seni mempertahankan diri adalah Singapore Airlines dan Hong Kong Airlines.

Di Singapore Airlines, krew penerbangan tak wajib menjalani latihan seni mempertahankan diri. Tapi, mereka menggalakkan aktiviti tersebut dengan menubuhkan kelab seni mempertahankan diri yang bernama Singapore Airlines Martial Arts Circle (MAC).

Ahli MAC boleh pilih nak belajar seni mempertahankan diri Aikido Shinju-Kai atau Tae Kwon Do. Kalau korang nak tahu, kebanyakan ahli MAC yang belajar Tae Kwon Do dah pun ada tali pinggang hitam. Jadi tolong ya, fikir 100 kali sebelum nak cari pasal waktu naik Singapore Airlines.

Krew Singapore Airlines dan tali pinggang hitam mereka. Kau ada? Sumber daripada Facebook.

Korang mesti tengok cerita Ip Man kan? Mahaguru Wing Chun yang jadi tok guru Bruce Lee tu. Wing Chun ini salah satu cabang Kung Fu, yang fokus kepada pergerakan tangkas serta serangan jarak dekat.

Memandangkan ruang di dalam pesawat adalah terhad, jadi syarikat penerbangan Hong Kong Airlines telah mewajibkan krew penerbangan untuk menjalani latihan Wing Chun.

“Sila duduk, atau saya patahkan tengkuk.” Sumber daripada South China Morning Post.

Tapi kenapa krew penerbangan Malaysia tak ada latihan seni mempertahankan diri ye?

“Barangkali sebab di Malaysia, kurang berlaku insiden penumpang yang berkelakuan tidak baik. Sepanjang saya berkhidmat pun, tak pernah saya hadapi situasi macam itu. Semua penumpang baik-baik saja. Jadi kewajipan untuk setiap krew penerbangan untuk menjalani latihan seni mempertahankan diri itu tidak perlu. Tambahan pula dengan isu kewangan yang sedang dihadapi oleh syarikat penerbangan. Jadi banyak kos perlu dikurangkan.” – Azleen, bekas krew syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Ketika di temuramah oleh Soscili.

3. Menjalani latihanan ketahanan ala cerita ‘Lost’

Di sebalik keterampilan yang cantik, kemas dan kadangkala manja, dorang sebenarnya amat kental. Ini kerana dorang telah menjalani latihan ketahanan bagi menghadapi situasi pesawat terhempas. Biasanya, latihan ketahanan dijalankan di bilik darjah dan kolam mandi.

Dalam air pun cantik. Imej daripada Straits Times.

Tapi ada sebuah syarikat penerbangan Brazil, TAM Airlines ambil langkah lebih drastik. Sebabnya, di Brazil, 60% kawasannya terdiri daripada hutan tebal. Kalau kapal terbang terhempas, memang akan ambil masa yang lama untuk dijumpai.

“Syarikat penerbangan tersebut mempunyai sebuah kawasan khas dimana krew penerbangan perlu menyempurnakan ‘latihan ketahanan hutan’ bagi mempelajari cara bertahan di dalam hutan jika pesawat terhempas.” – The Telegraph

Selain tu, krew penerbangan TAM juga perlu menjalani latihan ketahanan kebakaran, di mana dorang akan ditempatkan di dalam satu bangunan yang gelap dan berasap. Misi dorang adalah untuk membawa keluar “penumpang” (patung sebenarnya) dalam masa yang ditetapkan.

Bagi latihan ketahanan hutan pulak, pihak pengurusan TAM Airlines telah bina sebuah fasiliti latihan khas yang menyerupai sebuah hutan untuk latihan.

Kawasan latihan ketahanan hutan TAM Airlines. Imej daripada Airline Reporter.

Antara yang dorang pelajari ialah mengenal pasti sumber air, membina tempat perlindungan menggunakan serpihan pesawat, dan mengubahsuai radar cuaca menjadi sebuah mesin bagi mendapatkan isyarat bantuan. Macam MacGyver dah.

Vest keselamatan yang diubahsuai menjadi penanda lokasi bagi memudahkan operasi penyelamat. Ini pun krew penerbangan kene belajar buat tau! Imej dari Escape.com.au

4. Bidan kampung pesawat

Pada April 2017, ada keluar berita yang krew penerbangan Turkish Airlines sambut kelahiran bayi atas pesawat. Waktu mula-mula baca, rasa macam “ala, bidan terjun je tu sebab kecemasan.”

Salah seribu kali salah. Menurut Azleen, dorang memang ada menjalani latihan perbidanan.

“Andai berlaku situasi ada orang nak bersalin atas pesawat, mula-mula mereka akan buat pengumumam tanya ada tak doktor atau nurse di atas pesawat untuk bantu. Kalau tak ada, maka krew penerbanganlah yang akan sambut.” – Azleen, bekas krew syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Ketika di temuramah oleh Soscili.

Krew penerbangan Turkish Airlines dengan bayi yang mereka sambut. Comel semuanya. Imej dari Sky News.

Tapi, krew penerbangan hanya dilatih untuk sambut bayi. Proses potong tali pusat sama sekali tak dibenarkan kerana takut gunting tidak disteril sepenuhnya. Tali pusat bayi akan dipotong bila pesawat dah mendarat.

“Salah satu contoh silibus latihan krew penerbangan dalam Manual Perubatan IATA menyatakan bahawa silibus latihan krew penerbangan perlu mengandungi topik kehamilan, kelahiran, proses bersalin normal, cara mengendalikan bayi baru lahir serta komplikasi waktu bersalin.” – Flight Safety Foundation

Walaupun krew penerbangan telah dilatih untuk sambut kelahiran bayi, kebanyakan syarikat penerbangan tidak menggalakkan wanita yang sudah hamil trimester ketiga untuk menaiki pesawat. Takut jadi perkara yang tidak dijangka.

5. Mahir mengendalikan situasi kebakaran

Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Tapi kalau kapal terbang terbakar, nak panggil siapa?

Tidak lain tidak bukan, panggil krew penerbangan untuk selamatkan keadaan.

“Antara cabaran paling utama dalam transportasi udara masa kini adalah kebakaran dalam pesawat. Tindakan yang diambil oleh krew penerbangan sewaktu menghadapi situati kebakaran merupakan tunjang utama keselamatan pesawat.” – Civil Aviation Authority

Sumber daripada Pinterest.

Menurut Azleen, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh krew penerbangan adalan cari punca kebakaran.

“Bila dah dapat punca kebakaran, barulah mereka boleh kenalpasti alat pemadam api mana yang nak digunakan. Sebabnya, api pun ada banyak jenis, kalau guna alat pemadam api yang salah, nanti api tak padam atau jadi lebih besar.” – Azleen, bekas krew syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Ketika di temuramah oleh Soscili.

Katalah tiba-tiba waktu tengah padam api, api tersambar kat baju krew penerbangan (aduh, gawat!), prosedur yang perlu dilakukan adalah stop, drop, and roll.

Kalau baju korang terkena api pun, korang buat macam ini tau. Sumber daripada Firesafety.

Yang paling penting, kalau berlaku kebakaran atas pesawat, krew penerbangan perlu bertenang dan memberi bantuan sewajarnya untuk menyelamatkan penumpang. 

Sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental

Dah lah perlu cantik, kerja tak tentu masa, perlu pandai macam-macam skill pula itu. Menurut Azleen, krew penerbangan tak boleh gemuk. Supervisor akan semak berat setiap seorang pada setiap bulan. Tujuannya adalah nak pastikan berat badan maintain. Yelah, kalau berat badan naik, nanti tak muat uniform pulak.

GIF dari WiffleGif.

Mampuslah kalau tak muat uniform sebab uniform walau macam mana pun, dia akan kasi setahun sekali saja. Nak tak nak, perlu jaga makan dan senaman. Kalau berat badan naik juga, krew penerbangan perlu masuk program pengurusan berat badan.

Make up pun tak boleh tebal dan perlu nampak natural mengikut standard yang telah ditetapkan. Waktu bekerja pun tak menentu, kadang tu sampai 14 jam wooo. Raya pun selalu tak balik kampung.

Contoh grooming standard krew penerbangan. Imej dari Cayman Compass.

Jadi, bagi adik-adik manis di luar sana yang ada cita-cita nak jadi krew penerbangan, korang perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental. Sebab korang perlu kerja dalam tekanan yang tinggi tapi perlu kekal tenang dan cantik. Fuh!

So…. kalau betul nak jadi krew penerbangan dan terbang keliling dunia, korang boleh website Aviation Job Search  dan Go Cabin Crew untuk check kekosongan jawatan di mana-mana syarikat penerbangan.

Good luck, beautiful. Sumber daripada Buzzfeed.

About Lily Cartina Affendi 3 Articles
Saya suka punk rock dan sastra.