(This article has been translated from our baby brother’s site, TahanUni)
Baru-baru ni ada satu video viral yang menyiarkan seorang wanita berusia 70-an, Sabariah Hussein yang digelar sebagai Mother Teresa beragama Islam oleh orang-orang di Montreal, Kanada kerana kegiatan amalnya.
“Sebelum saya datang ke sini, saya memang suka memasak, tapi bila masak dengannya (Mak Cik Sabariah), banyak lagi perkara yang dapat saya belajar. Dia memang sangat hebat” – Mohamed Elkhodiry, kumpulan sukarelawan pelajar . Dipetik dari CTV News.
Disebabkan sumbangan dan kerja amal dia ni lah yang membuatkan Perdana Menteri Kanada iaitu Justin Trudeau sendiri nak jumpa dia. Tapi permintaan tu telah di tolak oleh Sabariah. Tapi kenapa?
Dia terpaksa batalkan perjumpaan tu sebab sibuk memasak
Wanita ni menjadi perhatian apabila dia telah menolak jemputan Perdana Menteri Kanada. Sebabnya, dia terlalu sibuk dengan aktiviti kesukarelawan untuk membantu menyediakan dan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan seperti gelandangan dan mangsa penderaan.
Sebab itulah dia menolak untuk jumpa Justin Trudeau kerana menghadapi kekangan masa.
“Saya tak cari populariti, saya cuma nak orang tahu yang orang Islam adalah orang baik.”- Sabariah, dalam interviewnya dalam Montreal Gazette.
Sepanjang 30 tahun dia menetap kat Montreal, dia telah menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan termasuklah food bank dan soup kitchen. Menurut Sabariah, dia mendapat inspirasi untuk melakukan kerja amal ini daripada ibunya, yang banyak menyediakan makan kepada ribuan orang yang tak berkemampuan sepanjang dia membesar.
Dia merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik. Malah sampai satu tahap tu diorang pernah tinggal seramai 18 orang dalam sebuah rumah pada satu-satu masa. Selain daripada keluarga, ada kawan-kawan yang dalam kesusahan turut tinggal bersama.
“Macam rumah anak yatim pula, sebab pernah satu masa tu sepupu saya kehilangan suami dan anak-anaknya terpaksa tinggal bersama kami. Sebab tu la kami pernah 18 orang dalam satu-satu masa.”- Sabariah, dalam sebuah interview dengan Montreal Gazette
Walaupun dia tak sempat jumpa Justin Trudeau, tapi dia masih berharap untuk jumpa juga satu hari nanti. Dan masa tu, dia akan masakkan mee cara masakan Malaysia untuk PM bila diorang jumpa nanti.
Dia menyediakan makanan kat Rumah Perlindungan Wanita dan menolong pihak gereja untuk memberikan makanan kat gelandangan. Hmm korang ada terpikir tak macam mana dia boleh menguruskan semua benda ni? Adakah dia bergantung pada sumbangan untuk meneruskan kerja amalnya itu?
Dia sebenarnya tak dibayar pun untuk menolong orang ni!
Apa yang membuatkan kitorang makin terkejut ialah, Sabariah langsung takde terima duit daripada mana-mana pun diatas semua kerja kebajikan yang dilakukannya itu walaupun kerja amalnya tu boleh dikatakan seperti pekerjaan sepenuh masanya. Jadi ni bermakna dia lakukan semua tu dengan ikhlas lah?
“Saya anggap kerja ni ikhlas kerana Allah sebab saya tak dibayar”
Satu-satunya cara dia memperolehi pendapatan ialah dengan menjual makanan kat luar masjid tempatan selepas Solat Jumaat. Menurut Sabariah lagi, tujuan utama dia lakukan semua tu adalah untuk menunjukkan kepada orang Kanada tentang imej positif umat Islam.
Kini Sabariah menganggap yang usianya pun dah semakin suntuk untuk membuat kerja amal dan dia berharap agar sumbangan yang dilakukan ini dapat dijadikan inspirasi kepada generasi muda beragama Islam untuk keluar membantu mereka yang memerlukan.
Sejak tahun 2001 Sabariah telah menjalankan pelbagai kerja amal melalui Our 2nd Home Shelter (rumah perlindungan wanita) termasuklah menyediakan makanan dan mengadakan kelas memasak. Di samping itu, dia jugak turut melakukan pelbagai kebaikan lain seperti melawat pesakit di hospital yang tak mempunyai keluarga, membantu menjaga warga emas dan mengasuh bayi.
“Kita boleh nampak yang dia ni sangat prihatin dekat semua orang dan dia langsung tak mementingkan diri sendiri”. – Steven, salah seorang yang menerima makanan Sabariah kat sebuah gereja tempatan selama dua tahun.
Kalau korang nak tahu, dia jugak bekerja dengan Human Concern International yang merupakan sebuah badan amal Islam-Kanada yang tertua, untuk mengumpul dana bagi rakyat Rohingya kat Malaysia. Setakat bulan Jun saja, diorang dah berjaya mengumpulkan sebanyak $78,000 untuk membeli dan mengubahsuai rumah untuk anak yatim Rohingya. Mereka masih memerlukan sebanyak $70,000 lagi untuk selesaikan kerja tersebut.
Jadi kalau ada antara korang ni berminat nak menghulurkan sumbangan kat mana-mana programnya, korang boleh hubungi [email protected] mengenai kerja amal yang dilakukannya itu. Kalau korang merupakan seorang pelajar universiti kat kawasan Montreal dan mempunyai masa yang terluang, boleh lah menghubungi dia terus di [email protected].
Kalau makcik yang berusia 70-an tu mampu membuat kebaikan dengan kerja amalnya itu sampai memberi kesan kat masyarakat Kanada, korang pun mesti boleh lakukan kebaikan seumpamanya kat sini jugak kan?
3.0KShare sekarang! WhatsApp Email14 Facebook3.0K Share(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS) Korang semua …