Sejauh mana keselamatan kapal terbang milik Malaysia? Kami bandingkan dengan negara-negara lain

(This article has been translated. For the original, you can visit our sister site, Cilisos)

UPDATE 29/10/2018: Pagi ni kita dikejutkan dengan Pesawat Lion Air yang terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Ia terjadi hubungan dengan pihak kawalan trafik udara terputus pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Sebanyak 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan yang terlibat, termasuklah dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin. Punca kemalangan masih lagi disiasat.

Antara barangan mangsa nahas yang ditemui. Imej dari twitter Sutopo Purwo Nugroho


Masa kita semua seronok meraikan sambutan Aidilfitri pada minggu lepas, imej industri penerbangan Malaysia pula tercalar disebabkan sebuah insiden yang kurang menyenangkan.

Jadi tajuk utama antarabangsa lagi. Screenshot dari telegraph.uk

AirAsia X’s Airbus D7237 masa tu dalam penerbangan daripada Perth ke Kuala Lumpur selama 90 minit. Tiba-tiba, letupan kuat berlaku sebelum pesawat tersebut mula “bergoncang macam mesin basuh”. Nasib baik pesawat tu berjaya patah balik dan mendarat secara selamat. Walaupun takde kecederaan dilaporkan, para penumpang terkandas di lapangan terbang dan terpaksa menghabiskan masa selama berjam-jam di barisan menunggu untuk mendapatkan tiket penerbangan yang lain.

Beberapa tahun kebelakangan ni, kerap juga nahas kapal terbang berlaku, membabitkan nama Malaysia dalam surat khabar di seluruh dunia. Ada kapal terbang yang terpaksa berpatah balik, dan ada juga yang tergelincir di landasan. Jadi kitorang terfikir juga la, pesawat Malaysia ni sebenarnya ada masalah ke? Dan macam mana pula tahap keselamatan kapal terbang kita berbanding negara-negara lain?

Malaysia pernah ada dua nahas kapal terbang paling dahsyat, tapi kita tak termasuk dalam senarai

Kitorang ada jumpa sumber yang buat rating untuk syarikat penerbangan antarabangsa berdasarkan keselamatan. Airlineratings.com adalah satu-satunya laman web yang menyediakan penarafan keselamatan dan produk penerbangan di seluruh dunia. Menurut mereka, syarikat penerbangan ikonik Malaysia iaitu AirAsia dan MAS tak termasuk dalam 10 syarikat penerbangan paling kurang selamat, mahupun 10 yang terbaik. Maksudnya syarikat penerbangan kita adalah yang sedang-sedang je.

Ground fat = ground fatalities. Screenshot dari aviation-safety.net

Laman web ni juga ada buat ranking syarikat penerbangan berdasarkan beberapa kriteria, termasuklah insiden kematian dalam tempoh 10 tahun sebelumnya, dan sama ada syarikat tersebut pernah termasuk dalam senarai penerbangan yang diharamkan Eropah, atau EU banlist. Kriterianya mudah je sebab poin akan diberikan berdasarkan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ je. Berdasarkan keselamatan pula, AirAsia dapat poin sebanyak 4 daripada 7, dan MAS pula dapat 5 daripada 7. 

Selain tu juga, sistem penarafan German yang dikenali sebagai Jet Airliner Crash Data Evaluation Centre (JACDEC), menggunakan “formula yang lebih kompleks” dan mempertimbangkan lebih banyak kriteria lain berbanding airlineratings.com.

Bagaimanapun, senarai 60 syarikat penerbangan yang JACDEC dah pilih adalah syarikat penerbangan terbesar berdasarkan jumlah penumpang mereka, dan keselamatan lebih ditekankan dalam indeks keselamatan berbanding kedudukan.

Kedudukan JACDEC. Nombor indeks yang lebih rendah = keselamatan yang lebih tinggi.

Berdasarkan penarafan yang dibuat, rating AirAsia lagi tinggi berbanding MAS, dan AirAsia juga berada dalam 30 teratas di mana AirAsia berada di tempat yang ke 29, manakala MAS berada di tempat yang ke 56. AirAsia nampaknya ‘lulus’ lebih baik berbanding MAS berdasarkan nombor tersebut.

Jadi kalau nak cakap pasal keselamatan kapal terbang kita, ia sebenarnya bergantung kepada kriteria apa yang perlu dipertimbangkan atau diambil kira. Macam mana pula dengan Malindo atau Firefly? Disebabkan mereka masih baru dan bukanlah syarikat besar macam MAS dan AirAsia, jadi dua buah syarikat penerbangan ni tak termasuk dalam ranking tersebut. Oh, tapi MAS ni adalah syarikat induk bagi Firefly, jadi boleh masuk sebagai MAS juga la.

Tapi sejak dua buah tragedi pada tahun 2014 yang melibatkan MH370 dan MH17, Malaysia sekarang adalah yang ke-7 dan yang ke-18 kemalangan penerbangan terburuk dalam sejarah, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.

AirAsia ada banyak pesawat tapi pesawat MAS lagi baru… baru atau lama ada kaitan tak?

Imej dari pinterest.com

Dalam ranking kriteria JACDEC, salah satu kriteria yang dipertimbangkan ialah ketelusan negara dalam melaporkan siasatan dan kemalangan. Jadi tak hairanlah yang Malaysia adalah antara negara-negara dengan rating rendah dalam aspek ni.

“Negara-negara yang tidak, atau hanya menerbitkan penyiasatan kemalangan secara sporadis (kurang kemaskini), mendapat rating yang lebih rendah seperti China, Malaysia, Thailand dan Turki. “- lapor JACDEC

Berdasarkan planespotters.net, Armada MAS sekarang ada dalam 80 buah pesawat, dengan purata armada berumur 5.1 tahun. AirAsia pulak lain sikit sebab dia ada dua syarikat utama di Malaysia (AirAsia dan AirAsia X), dan banyak anak syarikat di negara lain.

Gambaran kapitalisme korporat. Imej dari legomenon.com

AirAsia Malaysia je ada 99 buah kapal terbang, dengan purata umur 6.4 tahun untuk AirAsia dan 4.6 tahun dalam AirAsia X. Macam mana pula perbandingan dibuat berbanding syarikat penerbangan nombor 1 JACDEC? Cathay Pacific Airways dari Hong Kong ada sebanyak 145 pesawat dengan purata armada berumur 7.8 tahun! Jadi, umur sebenarnya bukanlah faktor besar pun kat sini.

Kalau nak kira syarikat penerbangan dengan anak syarikat diorang, kita kena tambah lagi 112 buah kapal terbang untuk AirAsia, dan lagi 21 buah kapal terbang MAS daripada Firefly. Dan nampaknya, AirAsia ada dua kali ganda lebih banyak pesawat berbanding MAS. Jadi sebab tu ke AirAsia ada lagi banyak insiden kemalangan berbanding MAS?

Kalau nak dibandingkan jumlah kematian atau kejadian kapal terbang terhempas pula, MAS nampaknya lebih popular sebab syarikat tersebut ditubuhkan sejak tahun 1947 lagi. AirAsia pun nampaknya semakin popular disebabkan pelbagai insiden kurang bernasib baik yang mula mendapat perhatian pihak luar.

Sebenarnya, tinggi ke risiko untuk kemalangan disebabkan nahas kapal terbang ni?

Kalau nak diikutkan, berita tentang nahas kapal terbang semua ni agak merisaukan kita, tapi sebenarnya ianya tak lah seteruk yang kita sangkakan. Dalam laporan JACDEC sebelumnya, sejumlah 321 kematian, 376 insiden, 219 insiden serius dan 37 kerugian telah dilaporkan dalam tinjauan mereka, daripada kira-kira 3.5 bilion penerbangan penumpang pesawat.

Maksudnya kemungkinan yang boleh berlaku berdasarkan statistik…

Terdapat pelbagai langkah keselamatan yang diletakkan dalam reka bentuk pesawat. Hampir kesemua sistem dalam kapal terbang mempunyai sistem sokongan sekiranya sistem asalnya gagal berfungsi. Enjin, penghawa dingin. sistem hidraulik dan sistem komputer adalah antara sistem yang ada sokongan. Pesawat juga sebenarnya direka untuk terbang dengan hanya satu enjin sahaja.

Kalau korang masih rasa was-was untuk naik kapal terbang, korang kena tahu yang sebenarnya bukan senang pesawat nak rosak kalau satu masalah je. Ada beberapa faktor berbanding satu je sebab dan ianya dipanggil “Swiss Cheese Model” dalam industri penerbangan.

Imej dari  flightdeckfriend.com

Selain tu juga, The Montreal Convention, iaitu pampasan dan perlindungan untuk penumpang pesawat adalah dijamin. Sekiranya berlaku kematian, syarikat penerbangan itu bertanggungjawab membayar ganti rugi sebanyak € 130,000 (RM637,000).

“Pihak pengangkutan bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian atau kecederaan penumpang jika kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan berlaku di dalam pesawat atau dalam mana-mana operasi memulakan atau mendarat. “-  The Montreal Convention

Tapi ianya cuma sah kalau kita boleh buktikan yang itu adalah salah syarikat penerbangan tersebut. Malah, kes mahkamah untuk tragedi MH370 masih lagi berlangsung untuk sesetengah keluarga mangsa yang terlibat, walaupun ada juga yang sudah diselesaikan. Sebaliknya tragedi MH17 nampaknya dah temui jalan penyelesaian bila MAS dah buat perjanjian pampasan dengan keluarga mangsa tahun lepas.

Sebenarnya, lebih daripada separuh nahas kapal terbang berlaku kerana kesilapan manusia

Simon Ashley Bennett, pengarah Unit Keselamatan dan Keselamatan Awam di Universiti Leicester telah berkongsi 5 sebab utama mengapa nahas kapal terbang berlaku, dan dia juga mendedahkan kira-kira 50% daripada nahas kapal terbang berlaku akibat kesalahan juruterbang.

“Oleh kerana juruterbang terlibat dengan pesawat secara aktif pada setiap peringkat penerbangan, terdapat banyak peluang mereka terlepas pandang.” – Simon Ashley Bennett menulis di The Conversation

Walau bagaimanapun, Bennett mengingatkan yang juruterbang adalah orang  yang bertanggungjawab di atas penumpang apabila terjadi sesuatu. Dia menggunakan contoh Kapten Chesley Sullenberger, yang mendarat dengan selamat di Sungai Hudson selepas bertembung dengan sekawan angsa.

Sebab kedua adalah isu teknikal, yang menyumbang kepada 20% kehilangan kapal terbang. Walaupun kualiti pembuatan dan teknologi telah bertambah baik, kegagalan teknikal masih boleh berlaku. Kadang-kala, teknologi dan bahagian baru boleh mengenalpasti kegagalan baru.

Cuaca dan sabotaj berada di tahap ke-3 dan ke-4 pada sekitar 10% setiap satu, manakala baki 10% dikaitkan dengan kesilapan manusia LAIN yang dibuat oleh pengawal, penghantar, pemuat, atau jurutera penyelenggaraan udara.

Susah sebenarnya nak meramalkan di mana dan bila tragedi akan berlaku. Pencegahan terbaik adalah syarikat-syarikat penerbangan kena lebih bertanggungjawab untuk servis pesawat mereka, dan orang awam juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.