6 jenis makanan yang sebenarnya beracun, tapi kita selalu makan

(This article has been translated from our sister’s site, Cilisos)

Rasanya kita semua sedia maklum dengan makanan-makanan yang boleh menyebabkan keracunan makanan, tapi macam mana pulak dengan makanan yang ada racun? Kalau nak diikutkan takde pun tanda atau amaran kat makanan-makanan tersebut, tapi kandungan semulajadi dia memang ada racun untuk badan, jadi perlu dimasak dengan betul. Antaranya adalah…

1. Ubi kayu

Makan masa musim hujan dengan kopi panas

“Serius ah! Bukan ke tu makanan tradisi nenek moyang zaman-berzaman?” Ye, betul. Ubi kayu ni tumbuh di seluruh negara, dan kalau dalam Malaysia, paling banyak ada kat Johor. Tumbuhan ini juga merupakan sumber makanan ketiga paling utama di dunia sebab senang sangat nak tanam dan boleh hidup dalam kemarau.

Selamat tak ni?

Kenapa pula ubi kayu ni beracun? Sebabnya, ubi kayu nimengandungi sejumlah kecil hidrogen sianida, salah satu bahan kimia yang digunakan Nazi untuk membunuh bangsa Yahudi masa Perang Dunia Kedua. Bahan ni berbahaya sebab tahap ketoksikan sianida ni boleh menghentikan sel-sel dalam badan daripada menjalankan proses pernafasan!

Bahagian mana yang beracun tu? Bukan pokok atau daun, tetapi ubi kayu tu sendiri ada sebatian glycosides sianogenik. yang hanya aktif bila diserang pemangsa. Jadi ubi kayu akan keluarkan enzim dan sebatian untuk menjadi racun HCN untuk ‘melindungi’ diri sendiri.

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Ubi kayu cuma selamat dimakan selepas direbus dengan air dan tepung. Lepas tu, ia sepatutnya dibiarkan selama 5 jam sebelum dimakan sebab kena keluarkan dulu enzim daripada tepung untuk meneutralkan sebatian HCN dalam ubi kayu.

2. Buah pala

Habaq mai nak buh dalam apa

Buah pala sebenarnya bukanlah berasal daripada Malaysia. Ian mula ditanam masa British datang pada abad ke-18. Pulau Pinang banyak guna buah pala untuk buat jus, jeruk dan rempah, tak kurang juga ada diletakkan dalam ais kacang. Jadi biasanya buah pala yang kita makan tu dah diproses atau dijerukkan, bukanlah buah dia mentah-mentah.

Kenapa ianya beracun: Buah pala boleh menyebabkan kesan hallucinogen atau halusinasi sebab ian mengandungi bahan psikoaktif yang dipanggil myristicin. Dalam masa 3-6 jam penggunaannya, sebatian kimia ni boleh menyebabkan pelbagai masalah macam sawan, mual, dehidrasi, dan rasa berdebar-debar (degupan jantung tak teratur), dan simptom ni boleh berterusan sehingga 72 jam.

Dengan hanya 5 gram buah pala mentah, ia mengandungi 1-2 gram myristicin yang hampur boleh menyebabkan keracunan. Kalau dos lebih sikit daripada tu boleh menyebabkan kerosakan hati secara kekal, atau boleh membawa kepada kematian.

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Daripada apa yang kitorang jumpa, psikosis ni takde penawar lagi jadi sebab tu la orang makan pun berpada-pada. Kalau rasa semacam tu, cepat-cepatla pergi klinik atau hospital.

Walaupun beracun, kenapa ada orang nak makan juga? Sebabnya sesetengah orang nak rasa ‘high’. Kami tak galakkan korang cari penyakit ok?

Bila korang bagi kucing test sikit buah pala :D

Kami tak jumpa la pula pasal kes penyalahgunaan buah pala di Malaysia, tapi disebabkan potensi untuk menjadi ‘dadah rekreasi’ (nak high), kerajaan pun buat peraturan (Akta Makanan 1985) untuk menyekat jumlah buah pala yang terkandung dalam beberapa ramuan.

3. Keluak (Pangium edule)

Buah keluak ni nampak macam kacang warna coklat yang tumbuh kat atas pokok. Pokok keluak berasal dari Asia Tenggara, dan selalunya digunakan untuk memasak hidangan Peranakan yang disebut ayam buah keluak. Hidangan ni digambarkan mempunyai rasa yang sangat pekat dan sedap, dengan rasa pelbagai rempah.

Ayam buah keluak.

Sebab ianya beracun: Walaupun nampak macam biji buah biasa je, tapi ian mengandungi sejumlah hydrogen cyanide (HCN) dalam biji tu sendiri. Sama macam ubi kayu tadi, makan biji buah keluak secara mentah juga boleh membunuh.

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Tak macam ubi kayu, buah keluak ada dua cara yang mudah untuk meneutralkan racun HCN yang ada dalam biji tersebut. Pertamanya, kena rebus biji keluak dengan air yang mendidih (tak payah tambah tepung pun). Ulang proses rendam dan rebus dalam air untuk keluarkan racun HCN untuk buang habis racunnya. Proses ni makan masa lebih dari 3 jam. Cara yang lain ialah dengan proses penapaian dengan tanam dalam timbunan abu di tanah untuk boleh membuang toksik.

4. Buah belimbing (Carambola)

Buah belimbing ialah buah tempatan Malaysia yang kaya dengan vitamin, antioksida, kalium, dan boleh dimakan terus tanpa dimasak.

Kenapa ianya beracun: Buah belimbing ada dua toksin yang membahayakan kesihatan tubuh badan. Pertamanya ialah caramboxin, iaitu neuritoksin yang boleh menyebabkan kerosakan teruk bagi penghidap penyakit buah pinggang. Kalau makan juga, ianya boleh menyebabkan sedu, mual, muntah, sawan dan juga kematian bagi penghidap buah pinggang.

Sebatian toksin kedua pula ialah oxylic acid. Ianya bertoksik disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan kegagalan buah pinggang dengan merangsang kalsium oksalat pepejal (komponen batu ginjal), yang menghalang saluran kencing.

Kata batu ginjal kepada urin

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Sesiapa yang ada masalah buah pinggang, janganlah makan buah belimbing sebab ianya boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terus. Malah sebelum ni ada satu kes kegagalan buah pinggang yang terjadi pada seorang pesakit yang takde sejarah masalah buah pinggang, jadi berpada-padalah.

 5. Sayur Manis (Sauropus Androgynus)

Sayur manis stir-fried

Sayur ini dipanggil cekur manis/katuk, yang selalunya digoreng kat Malaysia. Berasal dari Borneo, tumbuhan ni juga ditanam di seluruh dunia dan merupakan salah satu hidangan popular di kebanyakan negara di Asia. Selain daripada dimakan sebagai lauk, ian juga dijadikan ubat atau makanan tambahan untuk menambahkan pengeluaran susu badan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan juga merawat mati pucuk bagi lelaki.

Kenapa ianya beracun: Takde pula penemuan saintifik pasal sebatian racun yang ada dalam tumbuhan ni sebab para saintis yang tengah kaji pasal tumbuhan ni pun masih tak pasti. Tapi kami masukkan dalam list ni sebab ada beberapa buah kes di mana beberapa orang menghadapi penyakit paru-paru lepas makan tumbuhan ni.

Terdapat beberapa buah laporan di Taiwan tentang masalah penafasan yang terganggu lepas makan tumbuhan Sauporous ni secara mentah sebagai diet pada tahun 1995. Para pesakit juga didiagnosis dengan Bronchiolitis (keradangan dan kesesakan saluran udara kecil di dalam paru-paru).

Tapi kajian baru-baru ini nampaknya menunjukkan yang penyebabnya adalah disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil papaverine. Bahan tersebut digunakan farmasi untuk rawatan mati pucuk dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan saluran darah terbuka yang menjelaskan kenapa saluran udara dalam paru-paru meradang.

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Masak betul-betul sebab toksik dalam tumbuhan ni berkurang dengan suhu yang tinggi dengan memasak.

6. Biji Ginkgo

Bagi sesiapa yang selalu makan makanan Cina, korang mesti tahu pasal biji kuning dalam barli ‘fu chuk’ atau bawah chawanmushi. Biji ginkgo ni datang daripada pokok ginkgo yang berasal daripada tanah besar China. Kata orang, pokok ginkgo ni busuk sangat macam bau muntah. Bau busuk tu muncul disebabkan bila biji ginkgo masak dan jatuh ke tanah, ianya akan mereput dan menghasilkan bau busuk yang menusuk hidung.

Kenapa ianya beracun: Toksin yang berada dalam biji ginkgo dipanggil ginkgotoxin. Kesan toksin ni biasanya akan mengakibatkan  cirit-birit, muntah-muntah yang teruk, alergi kulit (kulit pada beberapa bahagian badan boleh tertanggal), sawan, dan juga kematian.

Kalau kita makan, toksin yang ada boleh mengganggu pengeluaran vitamin B6, yang membawa kepada neurotransmiter dalam badan boleh jadi tak betul dan kemudiannya jadi kejang. Pengambilan sebanyak 5-10 biji mentah sekaligus boleh menyebabkan gejala tersebut.

Jadi kalau dah masak selamat dimakan la kan?

Macam mana nak makan tanpa kena racun: Ginkgotoxins tak boleh dimusnahkan melalui haba. Jadi setakat masak atau rebus biji ginkgo, toksin masih tak dapat dikeluarkan. Habis tu macam mana nak makan? Walaupun tahap ketoksikan ginkgotoxin boleh dikurangkan dengan penggantian bekalan vitamin B6, tapi paling bagus sekali ialah dengan mencegah pengambilan biji ginkgo secara berlebihan.

Sebenarnya ada pelbagai lagi makanan beracun yang kita selalu makan

Banyak lagi makanan lain yang boleh membunuh kita secara tak sedar. Dan disebabkan bumi sendiri ada potensi untuk menambah spesies tumbuhan baru hampir setiap minggu. Walaupun tak semuanya beracun, angka tersebut boleh meningkat. Kalau kami nak senaraikan semuanya, takut-takut korang tak nak makan langsung lepas tu diet dengan minum air je.

Tapi sebenarnyakan, minum air terlampau banyak pun boleh membunuh sebab hyponatremia (terlebih air) atau water intoxication wujud. Bukan semua masalah makanan bertoksik boleh diselesaikan melalui rebus atau masak menggunakan suhu yang tinggi. Jadi yang sebaik-baiknya adalah makan berpada-pada dan berhati-hati dengan apa yang kita makan.