Macam mana nak beli game, buku, dan TV show yang selalunya susah nak cari kat Malaysia?

Pernah tak terjadi kat korang, waktu tengah keluar makan kat restoran, lepas habis makan apa semua, bil pun sampai… tiba-tiba sedar tak cukup cash? Kalau keluar dengan member je takpe lagi, boleh jugak pinjam duit. Tapi cuba kalau keluar dengan awek waktu first time dating ke, tak pun keluar belanja klien ke, tak tau nak sorok muka kat mana nanti. Senyap-senyap la kata nak pergi toilet pastu lari ikut pintu belakang.

Gif dari Giphy.

Sebab tu la sekarang ni ramai yang gunakan kad debit kalau benda macam ni terjadi. Bila korang guna kad debit untuk buat bayaran, dia akan tolak duit daripada akaun bank korang secara automatik. Jadi tak payah risau sangat kalau korang terlupa cucuk duit kat ATM.

Tapi selain daripada digunakan untuk bayar bil kat restoran yang fancy, ada banyak lagi caranya kad debit ni boleh memudahkan korang. Malah kalau pandai dan cermat dalam menggunakannya, korang boleh berjimat! Jadi dalam artikel ni, SOSCILI dan partner kami CIMB Bank ingin menyenaraikan tips guna kad debit yang korang kena tau.

Jadi kalau korang takde kad debit lagi, bolehlah buat satu dengan CIMB Bank kerana…

CIMB Bank ada perkenalkan kad debit baru!

CIMB Bank baru je keluarkan kad debit baru dengan macam-macam kelebihan. Contohnya kalau korang selalu singgah Petronas, korang boleh gunakan kad debit CIMB Bank untuk mendapatkan pelbagai faedah.

Pendek kata, dengan kad debit, kalau lupa bawak wallet pun korang boleh survive! Tak caya cuba tengok video #CabaranTanpaTunai kat bawah ni di mana Jaa Suzuran dan Nadia Hasnan round satu Malaysia dengan satu kad debit je! (Of course la dorang bawak IC dengan lesen sekali ok…)

Kalau nak apply, korang boleh buka Akaun CIMB PETRONAS Savers untuk dapatkan Kad Debit CIMB PETRONAS. Ok sekarang, jom kita tengok kelebihan menggunakan kad debit yang boleh membuatkan hidup korang lebih mudah dan bahagia:

1. Beli buku, game dan TV show yang selalunya susah nak cari kat Malaysia

Sebelum ni kalau korang nak cari buku daripada apa-apa topik, mesti kena pergi kedai, tengok apa yang ada, dan belek dulu 15 minit sebelum buat keputusan untuk beli.

Tapi dengan online shopping, korang boleh browse terus kat website macam Amazon tanpa perlu keluar rumah. Malah kalau korang beli e-book macam Kindle, tak payah tunggu delivery pun, dah beli terus boleh download dan baca.

Caption here.

Kemudahan macam ni telah merapatkan jurang ilmu yang sebelum ni kita tak boleh lepasi. Walaupun buku tersebut baru dikeluarkan kat Amerika, kita kat Malaysia boleh terus membacanya. Dan yang paling best, korang boleh gunakan kad debit untuk membeli!

Perkara ni tak terhad kepada pembelian buku, tapi jugak kepada pembelian game seperti kat Steam, dan juga pembelian movie dan TV show seperti kat Netflix.

Lihatlah kesemua game yang admin takde masa nak main ni…

Jadi lepas ni bila keluar game Battlefield yang baru, tak perlu la terliur tunggu ada kat Malaysia, terus beli dan download je kat komputer korang.

2. Bagi yang naik kereta atau motor, dapatkan diskaun untuk kenderaan korang

Dengan apa lagi, tentulah dengan Kad Debit CIMB PETRONAS! Dengan kad ni, korang boleh dapat potongan sebanyak 60% untuk khidmat pengimbangan dan putaran tayar, potongan 15% untuk khidmat buat tinted kereta, potongan 13% untuk servis cuci kereta dan potongan 10% daripada jumlah bil bila berbelanja kat Sonic Battery Trading. 

Antara manfaat yang korang akan dapat (klik imej untuk lebih lanjut). Imej dari CIMB Bank.

Korang jugak boleh dapatkan rebate tunai sehingga 2% untuk setiap perbelanjaan di PETRONAS, tak kiralah isi minyak ke, beli ais krim kat kedai Mesra ke. Asalkan korang guna Kad Debit CIMB PETRONAS, korang akan akan dapat rebate.

Klik imej untuk lebih lanjut. Imej dari CIMB Bank.

Apa tu rebate? Rebate adalah diskaun atau bayaran-balik yang diberikan sebagai insentif untuk membeli produk atau perkhidmatan. Contohnya kalau korang isi minyak RM300 sebulan, korang akan dapat bayaran-balik sebanyak 2% ke dalam bank, iaitu RM6. Jumlah ni tak nampak banyak pun. Tapi alang-alang dah isi minyak tiap-tiap bulan, apa salahnya dapat untung sikit.

Dan rebate ni bukan untuk isi minyak je, tapi jugak kalau korang beli barang kat kedai Mesra PETRONAS.

3. Dapatkan diskaun istimewa bila korang beli gajet dan komputer secara online

Kat tempat yang sesak macam LowYat, kadang-kadang boleh risau gak waktu nak beli barang, nak lagi bila jumpa penjual yang agresif. Sebab tu sesetengah orang lebih suka beli gajet dan komputer terus melalui online, sebab korang boleh research dan buat keputusan dalam keadaan yang tenang, tak perlu rushing. Nak lagi bila melibatkan pembelian yang harga beratus dan beribu.

Lebih-lebih lagi sekarang ni ada portal shopping online yang buat promotion khas untuk pemegang kad debit/kredit.

4. Guna kad debit untuk bayar zakat, bil, dan student loan secara online

Bulan puasa baru je bermula, jadinya kepada korang yang malas nak beratur waktu bayar zakat kat masjid nanti, nampaknya dah takde alasan lagi tak nak bayar zakat. Sebab sekarang ni korang boleh bayar terus je secara online.

Mentang-mentang boleh guna kad debit. Imej dari malaysianreview.com

Kebanyakan bank menyediakan khidmat pembayaran bil, so korang boleh login dalam akaun online bank masing-masing dan pilih badan yang korang nak bayar tu. Korang cuma perlu masukkan nombor akaun dan jumlah yang korang nak bayar, semudah tu je!

Benda ni tak terhad kepada zakat, malah segala jenis bil seperti topup, api, air, dan student loan korang yang dah bertahun-tahun tak habis jugak lagi. Korang cuma perlu check kat website bank masing-masing untuk tengok badan dan jabatan apa yang ditawarkan.

Kat CIMB Clicks, korang boleh terus taip nama jabatan yang korang nak bayar.

Senang betul urusan sekarang, tak payah lagi beratur panjang dan ambik nombor. Alasan belum keluarkan duit, tak jumpa mesin ATM atau sebagainya pun dah tak boleh diterima lagi. Kemudahan ni jugak nampaknya dah bagi kita peluang untuk beramal dan buat pahala dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

5. Kalau habis cash waktu travel, ada duit emergency!

Pada korang yang nak ke luar negara, sekarang ni tak payah risau sangat kalau tak cukup tukar duit sebelum naik flight. Ini kerana dengan kad debit, korang boleh keluarkan duit kat mana saja korang berada atas dunia ni.

Cuma syaratnya, korang kenalah aktifkan dulu kad debit korang tu untuk digunakan di luar negara. Caranya senang je, korang boleh call bank masing-masing atau pergi ke mana-mana cawangan bank yang berhampiran. Kalau malas jugak korang boleh buat sendiri kat laman web bank tersebut. Untuk CIMB Bank, korang boleh buat kat web CIMB Clicks.

Imej dari Meme Generator.

Cara-cara ni semuanya akan memudahkan urusan korang semua. Kalau korang terlupa sekali pun nak aktifkan kad debit korang bila dah sampai ke destinasi, jangan risau… korang boleh call bank untuk aktifkan.

Malang tak berbau. Kadang-kadang bila kat luar negara, tiba-tiba korang boleh tertinggal flight, pastu kena book hotel lagi satu malam, macam-macam benda boleh terjadi. Jadi eloklah kita berjaga-jaga.

6. Guna kad debit supaya korang tak dikenakan sebarang interest

Apa yang membuatkan kad debit ni lebih berbaloi adalah korang tak akan dikenakan sebarang interest bila buat pembelian. Ini kerana, perbezaan kad debit dengan kad kredit adalah kad kredit membolehkan korang gunakan wang yang korang belum ada lagi. Senang cerita korang pinjam dulu duit bank (berhutang), jadi korang boleh buat pembelian pada bila-bila masa dan di mana saja asalkan ia tak lebih dari had kad kredit.

Manakala kad debit pulak berbeza. Sebabnya duit dalam kad debit bergantung dengan jumlah duit yang ada dalam akaun bank korang (tak kisahlah akaun semasa atau simpanan). Jadinya bila korang buat bayaran dengan gunakan kad debit, nilai bayaran tu akan ditolak terus dari akaun korang. Apa yang korang cuma kena pastikan adalah akaun korang tu ada cukup duit atau tidak.

Korang tak payah risau pasal hutang. Imej dari higherpowerhorizon.com

Jadinya korang jugak tak payahlah bersusah payah nak beratur ambik duit kat mesin ATM. Lebih-lebih lagi bila korang keluarkan duit dari mesin ATM (MEPS) yang bukan bank korang, korang kena charge RM 1.06 tau!

(UPDATE: Pembaca kami ada komen yang bila korang guna kad debit, korang masih akan kena caj beberapa persen. Tapi ia bukan sebagai interest la sebab korang tak berhutang.)

Kena peka dan bijak dalam mengatur perbelanjaan

Untuk apa-apa teknologi dan kemudahan moden sekalipun, ianya masih terpulang kepada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Kalau korang jenis takde bajet dalam berbelanja, silap-silap boleh habis gaji kalau hari-hari pun main PayWave je kat shopping mall.

Sebaliknya kalau korang ada perancangan yang baik, korang boleh ambil kesempatan terhadap pelbagai diskaun dan kelebihan yang ditawarkan ini untuk setelkan keperluan harian contohnya berli barang dapur, isi minyak, beli komputer, dan banyak lagi. Tak lupa jugak dengan kemudahan membuat bayaran secara online, senang korang nak setelkan bil apa semua terus dari dalam bilik je.

Tak payah susah-susah nak ambik duit kat ATM. Imej dari Giphy.

Kami harap tip yang kami share dalam artikel ini dapat membantu dalam menyenangkan hidup korang! Kalau korang nak dapatkan kad debit CIMB PETRONAS MasterCard®, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.