Cuba teka course apa paling popular di kalangan student universiti?

Waktu kat universiti dulu korang buat apa sangat, selain mengabiskan duit mak bapak? (Melawak je #jangankecamSOSCILI).

Sebenarnya kami memang tertanya-tanya jugak pasal perangai student uni sekarang ni. Dorang selalunya ambil course apa? Study macam mana? Time weekend buat apa? Ye la student universiti ni kan pelapik generasi akan datang, jadi mestilah kami nak kenali dorang dengan lebih dekat. Oleh itu SOSCILI dan partner kami dari Curtin Malaysia pun buat survey!

Eh sebelum tu, nak cerita sikit pasal partner kami. Curtin University Malaysia yang terletak di Miri adalah cawangan universiti yang diasaskan di Australia. Kat sini, korang boleh dapatkan pendidikan tahap Australia tapi pada harga yang lebih berpatutan berbanding uni swasta lain kat Malaysia. Dorang ada macam-macam course yang korang boleh check out seperti engineering, dan business. Selain itu, Curtin Malaysia juga banyak bekerjasama dengan Petronas dan Shell, so peluang kerja tu agak cerah jugak la :D

Dekat dengan pantai lagittew! Gambar dari homeminimalis.com dan cy8cy.com.

Ok sebelum kami mula, ini sedikit maklumat tentang siapa yang isi survey kami:

  • Jumlah responden dari seluruh Malaysia adalah 4,243 orang
  • Majoriti duduk di Selangor dan KL, kemudiannya di Sarawak, Penang dan Perak.
  • 51% responden menyatakan diri mereka sebagai lelaki, 48% sebagai perempuan, 1% lain-lain.
  • 47% cakap Bahasa Inggeris, 33% BM, 15% dialek Cina, 3% dialek India, dan 2% lain-lain.

Ok cakap banyak tak guna, jom mula!

1. 4% daripada student dapat duit poket tak sampai RM50 pun!

Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi singgit.

Perkara ni memang buat SOSCILI terkejut beruk. Berdasarkan survey kami, 4% student dapat duit poket kurang daripada RM50 sebulan! Pergh… roti krim cokelat sekarang pun dah 80 sen sebijik, macam mana nak survive doh. Kami harap dorang ni semua ada dewan makan kat uni, takpun at least duduk dengan family.

Tapi dalam masa yang sama, kami terkejut beruk sekali lagi bila dapat tahu yang 32% student dapat duit poket lebih RM400 sebulan ಠ_ಠ Mak aih duit banyak-banyak pergi ke mana? Jangan pergi ke MLM sudah.

Kau hado? Gif dari funnyordie.

Tapi cakap pasal duit belanja, satu lagi trend yang kami jumpa adalah… lelaki lagi banyak dapat duit belan daripada perempuan! Daripada survey, kami dapati yang lebih ramai student perempuan dapat kurang daripada RM300 sebulan, dan lebih ramai student lelaki dapat lebih RM400 sebulan.

2. Time weekend, kebanyakan student sebenarnya suka duduk rumah je

Kitorang selalu sangka kalau student je, mesti suka lepak. kalau lepak je, mesti suka student. Budaya kuning sungguh. Tapi betul ke stereotaip ni?

Bila tanya dalam survey, kami terkejut bila dapat tau sebanyak 74% pelajar lagi suka duduk rumah time weekend. Malah 40% pelajar juga jawab yang dorang lebih suka luangkan masa dengan family. Naww anak mithali betul la korang ni, patut la berjaya masuk menara gading.

Aktiviti apa pulak yang paling tak popular? Hanya 9.57% pelajar je yang jawab pergi clubbing. Samada pergi Kelab Zouk atau Kelab Rakan Muda tu kami tak sure. Pastu hanya 6.82% pelajar je yang pergi lepak kat Cyber Cafe. Mungkin sekarang ramai yang main DoTA kat rumah je terus, Internet kan laju bergiga-giga.

Tapi jangan la ingat dorang ni semua jenis terperap dalam bilik je memandang siling. Sebilangan besar daripada student iaitu sebanyak 47% suka keluar tengok movie.

Bercakap pasal weekend, korang mungkin pernah dengar pasal tempat famous kat Miri macam Gunung Mulu dan Gua Niah. Tapi korang mesti tak pernah dengar pasal Pantai Lutong yang berada 15 minit je dari Curtin Malaysia! Mungkin sebab tak ramai yang tau, Pantai Lutong ni nampak kosong dan tenang je. So time weekend tu boleh la singgah piknik!

http://www.miriresortcity.com/content/lutong-beach
Gambar dari Miri Resort City.

3. Student KL lagi banyak keluar dating daripada Selangor

Apa yang menarik perhatian kami adalah trend aktiviti waktu weekend antara student kat KL dan juga Selangor. Oleh kerana dua-dua negeri pun kat Lembah Klang jadi kebanyakan rutin dan perangai mereka sebenarnya takde beza sangat kecuali…

Time weekend, 27% student kat KL keluar dating berbanding hanya 22% student Selangor. Ye la zaman cinta mula berputik kan, mungkin budak KL lagi senang nak keluar sebab lagi banyak LRT.

Takpun dating dalam LRT je. Bawak bekal sekali. Gambar dari The Star Online.

Di samping itu, time weekend jugak hanya 24% student KL yang study kat rumah berbanding 29% student Selangor. Atau mungkin student KL tadi sebenarnya study waktu dating? Bersangka baiklah….

4. Student lelaki study guna laptop dan tablet, perempuan rileks guna pen dan kertas je

Sekarang ni masing-masing pun dah ada laptop sebijik sorang, so kami ingatkan student dah tak pakai sangat dah kertas kajang dengan ballpen mata 0.5. Tapi dalam survey kami, sebenarnya 77% daripada student masih guna pen dan kertas, dan 40% guna laptop ataupun tablet.

Tak lupa jugak student yang lebih old-skool.

Ada beberapa perbezaan antara cara study lelaki dan perempuan yang agak menarik, termasuklah…

  • Lelaki lebih cenderung guna laptop dan tablet (48%) berbanding perempuan (36%)
  • Lelaki lebih cenderung study dengan kawan (35%) berbanding perempuan (26%)
  • Perempuan lebih cenderung guna pen dan kertas (82%) berbanding lelaki (73%)
  • Perempuan lebih cenderung study sorang-sorang (74%) berbanding lelaki (68%)
  • Perempuan lebih cenderung study kat rumah (49%) berbanding lelaki (45%)

So berdasarkan statistik ni, boleh kata student lelaki kat Malaysia ni bukan je lebih high-tech bila nak study, malah lagi berjemaah dalam setiap aktiviti berbanding student perempuan. Patut la kat atas tadi dorang dapat lagi banyak duit belanja. Tapi samada cara ni buatkan dorang skor ke tak, itu kami tak pasti…

5. Yang speaking English suka subjek Mass Comm, yang cakap BM dan dialek Cina pulak pilih IT

Komik daripada Hxsm.

Dulu waktu pilih subjek apa nak belajar kat universiti, korang ikut apa? Ikut kata parents ke, ikut kata member ke, atau selak suratkhabar laju-laju dan tikam pakai pensel? Mengikut survey kami, 58% daripada student pilih course disebabkan minat, berbanding 19% yang pilih ikut prospek masa depan, dan 2% je yang pilih ikut trend. So kira korang ni memang passionate jugak la dalam bidang masing-masing.

Tapi dalam banyak-banyak course, korang tau course apa yang paling ramai ambil? Kami cuba pecahkan kategori ni ikut bahasa pertuturan, dan apa yang kami dapat agak menarik jugak la.

Subjek paling faveret, tak kira bahasa, kaum atau agama adalah… ENGINEERING! Dari urutan student yang cakap English, BM, dialek Cina dan dialek India – bidang engineering adalah top choice (16%, 21%, 19%, dan 24%). Ini mungkin digalakkan lagi oleh gaji engineering yang tinggi dalam pasaran kerja Malaysia sekarang.

Bagi yang speaking English sebagai bahasa utama, pilihan yang famous adalah Mass Communication (8%) dan juga Sains Sosial (8%). Bagi yang tak biasa dengan dua-dua course ni, Mass Communication biasanya berkaitan dengan advertising, broadcasting, PR, dan marketing. Sains Sosial pulak melibatkan psikologi, komunikasi, dan sebagainya.

Bertentangan dengan pandangan ramai, Prof X sebenarnya bukanlah graduan psikologi.

Bagi yang cakap dialek Cina dan BM pulak, trend dorang sama! Course yang ramai minat adalah Business (21% dan 19%), dan Sains Tulen (9% dan 9%). Trend ambil business sebagai major ni memang dah lama naik bukan kat Malaysia je, malah di peringkat global. Sains tulen macam kimia, fizik dan matematik pulak bunyinya mungkin macam susah, tapi masih lagi banyak demand dalam industri negara kita.

Bagi yang cakap dialek Cina dan BM pulak, trend dorang sama! Course yang ramai minat adalah IT (10% dan 13%), dan Sains Tulen (9% dan 9%). Gaji dalam bidang IT memang tengah naik sekarang ni, so tak peliklah kalau ramai yang ambil. Sains tulen macam kimia, fizik dan matematik pulak bunyinya mungkin macam susah, tapi masih lagi banyak demand dalam industri negara kita.

6. Majoriti (37%) anggap universiti awam ada kualiti pendidikan yang terbaik

Bila kami cuba research, memang susah nak cari perbandingan kualiti antara universiti awam dan swasta. Tak dinafikan ramai yang menganggap Universiti Malaya sebagai yang terbaik di Malaysia, tapi benda tu tak mempengaruhi perbandingan antara universiti awam dan swasta. Malah, ada satu pendapat yang mengatakan bahawa persepsi ini mungkin disebabkan waktu dulu, universiti awam je ada dan kemasukan sangatlah susah.

Malangnya, kualiti universiti awam kita nampaknya makin menurun di peringkat antarabangsa. Gomen siap umumkan yang peruntukan untuk pendidikan tahap tinggi dah kena potong :(

Tapi dari segi persepsi, institusi kedua paling berkualiti adalah institut antarabangsa yang ada cawangan kat Malaysia, nak. Contohnya bagi Curtin Malaysia, standard pendidikan adalah diambil dari Australia, dan korang boleh transfer ke Curtin Australia mengikut semester yang korang pilih.

Malah disebabkan ianya institut antarabangsa, uni macam ni biasanya diiktiraf di tahap global. Curtin Malaysia sendiri tergolong dalam kedudukan 2% yang teratas dalam Academic Ranking of World Universities 2016.

7. Student Malaysia ni sangat muhibbah sebenarnya

(Nota: Dalam survey ini, kami tak tanya samada responden adalah berbangsa Cina, India, atau Melayu. Tapi kami tanya samada dorang speaking English, BM, dialek Cina ataupun dialek India.)

Dari survey kami, ternyatalah  rakyat Malaysia kita memang muhibbah dan saling menerima seadanya. Sebanyak 37% student mahu lebih diversity, dan 49% tak kisah samada lecturer dan kawan-kawan dorang 1Malaysia, 2OrangPuteh, atau apa-apa sekalipun!

Kepercayaan terhadap kemanusiaan dikembalikan. Gambar daripada FB Curtin University.

Macam mana pulak dengan peratus yang selebihnya? Bila kami fokus kepada jawapan minoriti ni, ini cara dorang dalam memilih lecturer dan kawan-kawan:

  • Pilih yang sama bahasa: 5%, kebanyakannya yang speaking English dan dialek Cina.
  • Pilih yang sama bahasa dan kaum: 4%, kebanyakannya yang cakap dialek Cina.
  • Pilih yang sama bahasa, kaum, dan agama: 5%, kebanyakannya yang cakap BM.

Memang tak dinafikan, bila pilih orang yang sama background dengan kita ni memang kadang-kadang senang sikit nak berkomunikasi, senang nak mintak tolong, dan senang nak meniru time assignment dan exam.

Tapi seperti yang korang boleh tengok kat atas, nombor-nombor kat atas ni cumalah minoriti, sebab sebanyak 86% student tak fikir yang agama, kaum atau bahasa menjadi penghalang dalam belajar dan mencari kawan. Mengalir setitik air mata kami di pipi.

8. 94% student Cina takde parents yang pernah masuk uni!

Kita ni kalau dapat masuk universiti memang patut bersyukur. Yelah waktu generasi dulu mungkin peluang pelajaran tak sama macam sekarang. Dan benda ini lah yang kami nak tahu, jadi kami tanya – “mak ayah korang dulu masuk universiti ke tak?”

Lukis graf pun atas papan batu.

Jawapan yang kami dapat sangat berbeza mengikut bahasa pertuturan kat rumah. Bagi student yang cakap English dan BM, lebih kurang separuh (43% dan 50%) daripada dorang tak ada mak ayah yang pergi uni. Bagi student yang guna dialek India, 71% daripada dorang takde mak ayah yang pergi uni.

Tapi nombor yang paling besar adalah di kalangan student yang guna dialek Cina, 94% daripada dorang takde mak ayah yang pergi uni!

Nyatalah tahap pendidikan parents tak semestinya mempengaruhi anak. Asalkan kita ada kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran, insyaAllah nasib dan taraf hidup generasi yang seterusnya akan bertambah baik.

Lagi banyak kami tau pasal student kita, lagi cerah harapan kami untuk mereka

Klik sini untuk tengok student life kat Curtin Malaysia!

Sambil kami menganalisa survey ni, banyak benda yang mengubah stereotaip kami terhadap pelajar-pelajar uni negara kita, dan kebanyakan adalah benda yang positif. 

Contohnya dalam poin last tadi, ternyatalah peluang untuk ke menara gading adalah cerah buat sesiapapun, walaupun mak bapak datang daripada keluarga yang susah. Malah itulah tanggungjawab kita kan, iaitu untuk mengubah taraf hidup keluarga ke arah yang lebih baik.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Gallup, golongan muda sekarang ni inginkan kepuasan dan makna dalam kareer masing-masing, dan bukan setakat untuk gaji semata-mata:

Golongan millenial adalah satu kumpulan yang sangat optimistik, dan mereka percaya yang hidup dan kareer perlulah memberi makna. Mereka ingin belajar dan terus memperbaiki diri.

87% daripada millenial berkata yang perkembangan professional atau peluang dalam pekerjaan adalah sangat penting dalam kareer mereka. – Gallup.

Jadi sebelum kami akhiri artikel ni, kami nak ucapkan terima kasih kepada semua yang jawab survey SOSCILI dan Curtin University Malaysia! Dan bagi korang yang sekarang ni tengah bersiap-sedia nak pergi ke universiti, kami ucapkan selamat maju jaya! (Klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Curtin University Malaysia serta kursus yang ditawarkan.)