- 1.1KShare sekarang!
- Email15
- Facebook1.1K
- Share
Korang ada tak member ke suami ke boyfriend ke tak pun bapak yang perangainya macam budak-budak? Kami bukan nak cerita pasal yang main Lego sampai tua, tapi betul-betul perangai macam budak-budak macam pakai lampin semua!
Benda ni dipanggil sebagai Sindrom Bayi Dewasa atau AB/DL (Adult Baby/Diaper Lover). Pelik bunyinya? Wujud tau! Menurut Dr. Dennis Sugrue, Sindrom Bayi Dewasa merupakan perilaku seks luar biasa yang melibatkan seseorang lelaki atau perempuan bertindak atau melakukan role-playing sebagai bayi.
Benda ni dikira sexual fetish la kiranya. Ada orang yang fetish dia suka kaki, suka punggung, suka kasut pun ada. Jadi AB/DL ni suka… pakai pampers atau nak jadi baby.
Beza AB dengan DL adalah AB ni dia nak jadi dan dilayan macam baby, pakai pakaian baby, minum susu dalam botol, nak dimanja-manja oleh pasangan. Kalau DL pulak lebih suka pakai pampers yang menyebabkan keinginan seksual mereka meningkat. Tapi tak mustahil kalau ada yang mengalami dua-dua perkara ni. So, kat sini kitorang nak bagitau serba sedikit fakta tentang AB/DL ni yang mungkin ramai tak tahu.
1. Dorang ada komuniti sendiri, kat Malaysia pun ada!
Stanley Thornton Jr., seorang AB/DL dah pun wujudkan satu komuniti online untuk para AB/DL seluruh alam. Kat website tu, dorang boleh share cerita atau masalah masing-masing, bolehlah saling bantu-membantu. Tapi, kalau korang singgah dan baca cerita-cerita dorang, tak semuanya benar, ada yang berfantasi dan ada juga kisah benar.
Dekat Malaysia pun ada juga komuniti AB/DL ni cuma tak ramai yang tahu dan tak terlalu menonjol. Boleh juga dikatakan, majoriti daripada dorang ni memang kaum lelaki. Kat sini kitorang bagi bukti yang kebanyakan AB/DL kat Malaysia ni dijajahi oleh kaum adam.
Diorang wujudkan group komuniti pun sebab nak berkenalan dengan kawan baru yang sama mengalami AB/DL, share kisah hidup masing-masing dan bertukar pendapat mungkin tentang pampers apa yang sesuai dan macam-macam lagi.
2. Lelaki lebih ramai ada minat AB/DL ni
Haa, terkejut tak? Sebuah blog seks & psikologi yang dikendalikan oleh Dr. Justin Lehmiller ada buat online survey yang dijawab oleh 1,795 orang lelaki dan 139 orang wanita. Dia mendapati minat dalam AB/DL ni mula agak awal jugak, dalam lingkungan 11 tahun di kalangan lelaki dan 12 tahun di kalangan perempuan.
Kebanyakan perserta yang join survey tu juga kata yang dorang dah lama amalkan AB/DL ni, hampir 17 tahun di kalangan lelaki dan 12 tahun di kalangan perempuan.
Dalam satu kajian lain yang dibuat ke atas lebih kurang 3000 orang lelaki dan 130 orang wanita, mereka mendapati kaum lelaki menilai lampin lebih memberi rangsangan seksual dan lebih penting dalam aktiviti AB/DL; manakala kaum wanita pula melaporkan yang role-playing sebagai bayi adalah elemen penting dalam AB/DL. Jadi, tak hairan lah tahap keseronokan seksual lelaki AB/DL dengan mengenakan lampin lebih tinggi, berbanding wanita yang lebih mengutamakan role-playing sebagai bayi.
Penemuan yang sama diulang dalam satu kajian lain terhadap 1049 orang lelaki dan 90 orang perempuan, seperti dalam graf kat bawah ni:
Mengikut penyelidik B. Terrance Grey, AB/DL ni tak semestinya dialami oleh golongan LGBT sebab kebanyakan AB/DL adalah lelaki normal atau heteroseksual.
“Walaupun sebilangan AB/DL adalah wanita, namun AB/DL paling ramai adalah daripada kaum lelaki. AB/DL tidak semestinya daripada golongan homoseksual, biseksual atau transgender kerana kebanyakan AB/DL adalah lelaki bukan transgender dan majoritinya adalah heteroseksual – B. Terrance Grey. Dipetik dari Understanding Infantilism.
3. AB/DL bukan pedofilia tau!
Bila kata AB/DL ni macam suatu rangsangan seksual melibatkan perwatakan bayi atau kanak-kanak, mungkin ada yang terfikir pedofilia kan? Tapi, jangan konfius pulak sebab AB/DL ni tak sama dengan pedofilia. Pakar seksologi Ray Blanchard & Kurt Freund ada buat case study pasal AB/DL ni dan dorang kata AB/DL ni tak cari budak untuk memuaskan nafsu dorang sebaliknya dorang yang berperangai macam budak-budak dengan pasangan dorang.
Daily Mail pun dah berunding dengan coach seksualiti dari Chicago, Tyomi Morgan, mengesahkan golongan AB/DL ni bukan pedofil dan ekspresi individu tentang seksual masing-masing tak jadi masalah selagi tak membahayakan sesiapa.
“Mereka ini (AB/DL) tidak terangsang dengan idea yang mempunyai hubungan seks dengan kanak-kanak. Mereka terangsang dengan idea menjadi seperti bayi atau kanak-kanak, memakai pakaian bayi dan dilayan seperti bayi. Kelakuan ini tidak menyakitkan atau mencederakan sesiapa pun” – Jurulatih Seksualiti Chicago, Tyomi Morgan. Dipetik dari Daily Mail.
Berbeza dengan pedofil yang ternyata membahayakan sebab mangsa utama dorang adalah budak-budak. Kes pedofilia adalah jenayah tapi sindrom AB/DL ni bukanlah suatu jenayah sebab tak melibatkan bahaya terhadap orang lain. Dalam penulisan Wojciech Oronowicz tentang AB/DL ni, beliau menguatkan lagi kenyataan AB/DL bukan pedofiia, di mana perangai dan karakteristik sindrom bayi dewasa dengan pedofilia tak sama dan tak ada kaitan pun.
“Kesimpulan daripada kajian literatur oleh Oronowicz dan Siwiak ialah paraphilic infantilism dan pedofilia adalah berbeza dan tidak berkaitan.”– Presiden Persatuan Psikologi dan Seksologi Saintifik, Universiti Jagiellonian, Wojciech Oronowicz. Dipetik dari Academia. Edu
Selain tu, geng-geng AB/DL ni pun bersatu marah-marahkan orang yang nak samakan dorang dengan pedofilia. Diorang sendiri kata dorang tak sama, keinginan seksual dorang tak tertarik pada budak-budak dan ada jugak yang nak buat perarakan tentang AB/DL awareness ni. Macam-macam!
4. AB/DL terjadi sebab keinginan sendiri
Sindrom Bayi Dewasa ni sebenarnya terjadi atas faktor keinginan mereka sendiri yang nak pakai pampers/berperangai seperti bayi dengan pasangan masing-masing. Kadang-kadang jadi baby atau pakai pampers sebab nak merangsang hubungan seks dengan pasangan. Kadang-kadang cuma nak bermanja dan nak jadi baby dengan pasangan sebab dorang fikir, hubungan seks bukanlah perilaku seorang bayi.
Ada juga yang sebenarnya dorang ada masalah dengan alat sulit dorang macam tak boleh control kencing malam & terpaksa pakai pampers, lepas tu lama-lama dorang jadi seronok pakai. Pendek kata, dorang ni jadi macam ni sebab keinginan dorang sendiri.
“Bagi saya, ia bermula sebagai pencinta lampin (DL). Saya hanya suka perasaan padding yang tebal di kelengkang saya. Lepas tu saya lipat tuala mandi dan jadikan sebagai lampin panjang. Benda tu yang memberikan rangsangan seksual kepada saya.” – Temuramah bersama salah seorang AB/DL. Dipetik dari Newsvine.
Tapi, ada juga di antara mereka mempunyai sejarah hitam sampai buatkan dorang nak jadi AB/DL ni. Kebanyakan golongan AB/DL ni, pasangan masing-masing memang tahu, sedar dan tak menjadi masalah pun dalam hubungan dorang.
Kajian Hawkinson & Zamboni pun ada cakap perangai ABDL ni tak semestinya berteraskan kepuasan seksual. Diorang ni boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan; ABDL yang memang nak kan kepuasan seksual dengan pasangan dan lagi satu ABDL tanpa rangsangan seksual. Kat bawah ni kitorang selitkan jadual kajian tentang hubungan AB/DL dan pasangan mereka dan korang boleh tau yang mostly ada pasangan suka dan dapat kepuasan walaupun ada hubungan dengan golongan AB/DL ni.
SOSCILI ada interview salah seorang individu yang mengalami sindrom AB/DL kat Malaysia, Sein (bukan nama sebenar). Dia memang sorang yang open dan sudi share sedikit sebanyak kisah hidup dia dengan kami. Sebenarnya, dia mula pakai pampers sejak dari zaman sekolah menengah lagi sebab dia pernah mengalami kemalangan kecil dan bagi kesan dekat area pundi kencing dia. Lepas kemalangan tu, dia sedar yang setiap malam dia tak dapat kawal kencing so dia decide pakai pampers.
“Lepas kejadian tu, air kencing tak boleh nak tahan-tahan dan asyik menitik-nitik. So, saya decide pakai pampers sebab itu je choice yang ada. Selalu memang pakai waktu tidur je sebab tak sedar bila air kencing terkeluar”
Soscili: Tak rasa segan / malu ke pakai pampers?
“Saya rasa saya comel! Hahaha.. Langsung tak rasa malu atau segan. sebab bukan orang nampak dan tau pun. Lagi malu kalau orang nampak tilam basah, seluar basah.”
Sejak daripada tu dia jadi seronok pakai pampers sampailah sekarang. Dia mengaku yang dia pakai pampers bukan sebagai rangsangan seks macam kebanyakan AB/DL omputih tu tapi sebab tak dapat kawal pengeluaran air kencing masa tidur dan dia pakai pun waktu-waktu yang tertentu je macam waktu berjalan jauh.
“Memang pakai sebab tak boleh nak tahan air kencing yang kerap menitik-nitik tapi lama-lama jadi seronok and selesa pulak pakai. So saya rasa saya lebih ke arah DL (Diaper Lover) tapi bukanlah jadikan pampers sebagai alat rangsangan seks.”
5. Jangan risau.. dorang ni tak gila lah
Selain daripada kajian online luar negara, kami telah pun bertanya pendapat Pakar Sakit Tuan terkenal di Malaysia, Dr. Ismail Tambi. Beliau cakap, dorang yang AB/DL ni tak gila pun, cuma nak menikmati keseronokan yang luar biasa je.
“Mereka bukan gila. Sekadar untuk menikmati keseronokan yang agak luar biasa. Sebilangan mereka dapat melepaskan perasaan syahwat dengan cara begitu apabila mereka ‘mess up’ diapers. Ada yang hanya rasa seronok yang tiada kaitan dengan perasaan seks.”- Pakar Reproduktif dan Kesihatan Seksual, Dr. Mohd Ismail bin Mohd Tambi.
Diorang ni confirm normal, tak gila, tak ada masalah mental yang serious cuma seronok mengadakan hubungan seks bersama pasangan dengan jadi baby dan pakai pampers. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association menyatakan kebanyakan dorang yang mempunyai keinginan seks ‘luar biasa’ ni tak ada masalah mental pun.
Lagipun, tak ramai antara golongan dorang pergi jumpa pakar psikologi dan share pasal sindrom dorang ni. Malah 87% lelaki dan 91% wanita AB/DL ni kata sindrom dorang ni tak menjadi masalah utama atau membuatkan dorang stress.
Contohnya, dorang ni masih boleh berfikiran waras sebab dorang tahu tanggungjawab dorang macam pergi kerja, makan sendiri, mandi sendiri. Diorang tahu dan boleh fikir bila waktu sesuai nak jadi baby dengan pasangan. Interview oleh Leah Beckmenn dengan seorang AB/DL yang famous, Stanley Thornton yang pernah juga masuk TV dalam rancangan National Geographic menceritakan tentang kehidupan si Stanley ni sebagai AB/DL.
Soalan tentang macam mana dia maintain jadi bayi dewasa bila kat luar rumah, Stanley kata bila keluar rumah, dia jadi lelaki dewasa normal macam orang lain. Orang sekeliling dia semua tahu yang dia seorang AB/DL dan dia tak ada masalah langsung dari segi kehidupan sosial. Korang juga boleh tengok clip daripada Nat Geo TV pasal kisah Stanley dekat sini.
Sein pun bagitau mula-mula bila dia dapat tau yang dia sebenarnya ada sindrom AB/DL, dia fikir dia tak normal dan kalau orang tahu, mesti tak ada siapa nak terima dia. Sedangkan dia seorang yang normal, bertanggungjawab, graduan universiti dan aktif bersukan. Family dia langsung tak tahu pasal ni sebab dia tak nak menyusahkan parents dia kalau tau ada problem dengan pundi kencing dia.
Kami pun nak tahu jugak kisah dia dari segi perhubungan dengan pasangan.
Soscili: Ada girlfriend tak? Kalau ada, dia tau tak yang awak ada sindrom ni dan apa reaksi dia?
“Ada. Dia tahu kisah saya dan kenapa saya pakai pampers. Saya bersyukur sebab GF saya terima dan sentiasa support saya. Dia tak kisah asalkan pandai menjaga batas”
Dia juga ada share dengan kitorang, dia bersyukur gila sebab doa dia termakbul yang dia nakkan seseorang boleh terima dia dan jadi teman hidup dia. Pasangan dia tahu dan terima dia seadanya. Sekarang, dia happy dengan hidup dia dan dah plan nak kahwin dah pun! See? Terbukti hidup sebagai AB/DL tak stress, tak datangkan masalah dan mereka waras!
AB/DL manusia normal. Terimalah mereka seadanya.
AB/DL ni sebenarnya manusia biasa dan tak membahayakan sesiapa pun. Tak kacau orang pun cuma perlu orang yang memahami dan support dorang ni. Kalau nak kata golongan AB/DL kat Malaysia ni sebenarnya ada je group dorang dan ramai je tapi kurang didedahkan dan orang taktau sangat pun. Sebabnya, luaran golongan ni macam lelaki/wanita yang normal tapi bila dengan pasangan atau bila berseorangan dorang jadi baby.
Sebelum habiskan interview, Sein ada juga memberi pandangan tentang AB/DL dan nak bagitau masyarakat di luar sana tentang golongan AB/DL ni.
“Apa yang saya nak bagitahu, saya tergolong dalam golongan AB/DL dan nak bagitahu masyarakat yang komuniti kami bukanlah gila atau tak waras. Kami cuma memiliki keinginan memakai pampers. Macam perempuan contohnya minat kasut tinggi atau branded items, kami pun macam tu cuma item yang berlainan. Kami tak membahayakan. Kami cuma pakai pampers. Kami tak ambil dadah atau barangan terlarang. Kami hanya suka pakai pampers”
- 1.1KShare sekarang!
- Email15
- Facebook1.1K
- Share