- 206Share sekarang!
- Email0
- Facebook206
- Share
Baru ni SOSCILI ada publish cerita pasal Orang Asli kat Kelantan yang tengah buat protest kat syarikat pembalakan sebab nak halang tanah mereka dari dimusnahkan. Korang boleh baca lebih lanjut kat sini.
Tapi dalam kekalutan tu, kami tertanya-tanya siapa orang Temiar ni? Kebanyakan orang asli yang kami tau adalah yang kat Borneo tu jela. Malah masa zaman sekolah dulu, ada staff kat Soscili ingatkan orang asli dah tak wujud kat Semenanjung ni. Tertanya tu sentimen yang salah.
Jadi untuk artikel ni, kami telah buat research sikit pasal latar belakang Orang Asli Temiar ni. So jom kita layan…
Orang Temiar sebenarnya terkenal cintakan keamanan dan sangat tak suka bergaduh
Orang Asli boleh dikatakan antara penghuni yang paling lama la kat semenanjung ni. Mereka telah menetap kat sini sejak 11 ribu tahun Sebelum Masihi dan terbahagi kepada tiga jenis kaum utama iaitu Negrito, Semai, dan Melayu Proto. Orang Temiar ni terletak dalam kategori Semai dimana seramai 14 – 20 000 orang dianggarkan masih tinggal di semenanjung ni.
Orang Asli Temiar ni biasanya hidup di lereng Titiwangsa macam kat Perak, Kelantan, dan juga Pahang. Walaupun mereka duduk berhampiran dengan negeri-negeri yang ada bandar besar, tak semestinya mereka ni moden. Majoriti Orang Asli Temiar ni masih mengamalkan gaya hidup tradisional macam tinggal kat rumah buluh, kerja petani, dan memburu.
Disebabkan Orang Temiar ni tinggal kat pendalaman hutan, ada yang beranggapan bahawa mereka ni tak maju dan mungkin… kasar? Tapi sebenarnya Orang Temiar ni terkenal dengan sikap pasifis atau ‘sangat tak sukakan keganasan’ sampaikan diterapkan sentimen tu kat dalam budaya mereka.
Tapi kadang-kadang kesian juga tengok Orang Asli Temiar ni, walaupun pasifis mereka sering jadi ‘mangsa buli’. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, mereka telah digelar sebagai Sakai, yang bermaksud orang berkulit hitam, buas, dan tak bertamadun. Tak cukup dengan tu, mereka telah menjadi mangsa culik yang kemudiannya dijual menjadi hamba.
Amalan ni berlanjutan selama beberapa ratus tahun sampailah ke abad 19 apabila Empayar British mengharamkan sistem hamba di tanah jajahan mereka. Tapi kisah Orang Asli ni kembali aktif sewaktu Perang Dunia Kedua apabila mereka telah membantu pejuang tanah air untuk melarikan diri dari tentera Jepun, dan sebagai ganti pejuang-pejuang tersebut supply makanan dan pak guard kampung.
Sewaktu zaman Darurat Komunis pula, ramai Orang Asli kena pindah sebab time tu Komunis mula menyebok kat dalam hutan. Tujuan kerajaan mengalihkan Orang Asli ke kawasan yang baru adalah supaya mereka tak boleh bekerjasama dengan Komunis.
Tapi kat tempat yang baru tu, mereka telah dilayan dengan teruk seperti tempat tinggal kotor dan makanan yang tak sihat. Layanan kerajaan ni telah menyebabkan Orang Asli berpaling arah dan join geng Komunis. Menyedari kesilapan tersebut, kerajaan telah membuat inisiatif dengan memberi bantuan yang mencukupi dan menghantar pasukan renjer sebagai pasukan keselamatan. Nasib baik teknik ‘minta maaf’ dari kerajaan ni menjadi.
Pada tahun 1961 pula, Agong telah mengisytiharkan bahawa Orang Asli akan diterap masuk ke dalam masyarakat Malaysia tanpa perlu tinggalkan budaya dan kepercayaan. Jadi kami pun tertanya-tanya, macam mana budaya mereka?
Komuniti yang kecil membuatkan Orang Asli Temiar ni sangat rapat
Berbeza dengan Orang Laut, Orang Asli Temiar ni telah jadikan hutan sebagai rumah mereka. Disebabkan tu, gaya hidup dan sumber rezeki mereka telah berputar di sekeliling tu. Ni termasuk juga lah aktiviti keramaian seperti kenduri kahwin dan menyambut tetamu dari kampung lain.
Bercakap pasal kahwin, mereka ni jenis tak kisah sangat pasal poligami dan kebiasaanya pun mereka mengamalkan monogami je (kahwin sorang). Perkahwinan antara adik-beradik tak dibenarkan sama sekali manakala perkahwinan antara cousin atau saudara terdekat sangat tak digalakkan.
Berdasarkan blog ni pula, untuk berkahwin dengan Orang Temiar ada beberapa adat yang perlu diteliti. Yang pertama, pengantin lelaki kena lah yakinkan mak bapak mertua dengan melakukan kerja-kerja harian, ni kononnya nak tunjukkan bahawa pengantin lelaki tersebut boleh menjaga pengantin perempuan dan keluarganya sekali.
Yang kedua pula pada malam hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan dibawa ke bilik special di mana pengiring akan melaporkan segala gerak geri mereka kepada pihak keluarga. Pada malam kedua baru ada jamuan makan, biasanya majlis ni dibuat kat dewan atau sewang (tempat khas untuk event).
Sewang ni pula bukan saje untuk orang kahwin, malah majlis kematian (ni bukan tanam tau, tapi lebih kepada kenduri arwah) pun buat kat situ juga. Kalau si mati tu masih mengamalkan animisme, mereka akan tanam mayat tersebut di seberang sungai. Dan kalau meninggal waktu malam, mayat tersebut akan disimpan dalam rumah dulu sebelum ditanam keesokan harinya.
Lepas ditanam, seluruh kampung akan ada pantang dimana mereka tak dibenarkan untuk buat beberapa benda. Bila keluarga si mati dah ‘move on’, barulah upacara adat buka pantang bermula. Upacara tersebut akan dibuat kat Sewang dengan bantuan orang kampung termasuk juga penghulu.
Mengikut undang-undang, Jabatan Perhutanan tak boleh kacau Orang Asli
Macam orang Melayu, Orang Asli ni ada hak istimewa mereka tersendiri. Memandangkan mereka dianggap sebagai bumiputera, mereka dapat kemudahan macam orang Melayu dan extra satu lagi, iaitu Akta 134.
Apa yang special sangat pasal akta tu adalah, kerajaan persekutuan mengiktiraf Orang Asli sebagai penduduk pertama/paling lama kat semenanjung ni dan mereka boleh tinggal kat dalam dalam hutan tanpa sebarang kekacauan. Malah, kalau hutan tu diiktiraf sebagai hutan simpan, mereka tak perlu pindah.
Takde sesiapa yang boleh halau mereka termasuk juga Jabatan Perhutanan Negeri melainkan kerajaan persekutuan yang mempunyai kuasa de facto. Dan kalau kena pindah pun, mereka berhak untuk tuntut ganti rugi yang setimpal.
Selain kerajaan persekutuan, satu-satunya badan kerajaan yang berkuasa terhadap Orang Asli ni adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan tu pun masih terikat dengan Undang-Undang dan bukannya berkuasa mutlak. Tugas JAKOA ni pula memang khas untuk kemajuan dan kesejahteraan Orang Asli, dari benda basic sampailah kemajuan hidup.
Walaupun mereka mepunyai hak yang best-best, kehidupan mereka sering dipenuhi dengan konflik.
Mungkin sebab gaya hidup yang simple, Orang Temiar selalu kena kacau
Masalah Orang Asli Temiar ni, tanah mereka selalu kena kacau sebab banyak syarikat yang suka ceroboh kawasan untuk operasi pembalakan. Yang sedihnya bila tanah kena rampas kadang-kadang tu duit pampasan pun tak dapat.
Contoh terdekat adalah Orang Asli Temiar kat Gua Musang yang sekarang ni masih belum setel lagi (setakat artikel ni ditulis). Kisahnya bermula apabila sebuah syarikat pembalakan buat operasi kat Gua Musang yang secara kebetulan tempat adat Orang Asli Temiar.
Yang membuatkan isu ni lagi pelik adalah tanah tersebut merupakan sebahagian dari hutan simpan yang terdapat di Kelantan. So dah la tempat tu kepunyaan Orang Asli, pastu status hutan simpan pula. Jadi sudah terang lagi bersuluh hutan tu tak boleh dikacau, kata Badan Peguam Malaysia.
Dan benda ni bukan je terjadi dekat golongan Orang Asli Temiar, malah Orang Asli kat area Semenanjung yang lain pun terima layanan yang sama. Walaupun sebelum ni mereka pernah menang kes tanah kat mahkamah, tapi ada juga kalah. So bagi mereka ibaratnya do or die.
Selain dari tu Orang Asli ni sering menjadi mangsa ketinggalan zaman. Walaupun dengan bantuan dari JAKOA, masih terdapat banyak lagi kampung yang takde benda asas seperti bekalan air bersih dan elektrik. Mungkin ada yang berkata bahawa ‘Oh Orang Asli ni tak nak kemajuan’, tak juga sebenarnya sebab kawan kami kat The Incitement (sebuah badan bantuan NGO) ni berkata Orang Asli sekurang-kurangnya minta benda asas tapi takde lah sampai mewah.
Isu yang dari dulu sampai sekarang terjadi ni ditambah lagi dengan kelekaan sesetengah pihak telah menyebabkan Orang Asli hilang kepercayaan kepada kerajaan. Asyik-asyik kena tipu je, fed up juga kan tapi bukan semua orang kat sini nak buli, ada juga golongan yang membela mereka.
Jadi persoalannya adakah mereka mempunyai peluang untuk happy ending seperti kita?
Tolong Orang Asli sebab mereka juga merupakan rakyat Malaysia
Secara amnya dalam Undang-Undang, Orang Asli ni boleh dikatakan agak terjaga juga la tapi tu atas kertas sebab realitinya mereka telah menjadi mangsa kepada korupsi dan tamak. Tengok je balik sepanjang sejarah mereka, dari jadi hamba sampailah tanah dirampas. Dah macam kisah Red Indian kat Amerika Syarikat dah.
Nasib baik juga ada insan-insan yang sanggup tolong warga tertindas ni seperti JAKOA dimana mereka berjaya naikkan jumlah keseluruhan Orang Asli dari 44 000 jadi 105 000. So at least ada baik pulih kat situ, manakala The Incitement pula telah mengadakan satu program ni dimana mereka kasi keperluan asas kepada Orang Asli.
So agak-agak kalau nak tolong, korang boleh check info kat bawah ni:
Untuk tolong tampung kes Orang Asli Temiar kat Kelantan tu, korang boleh kasi duit kat Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dimana mereka akan gunakan untuk ubat-ubatan, makanan, dan lain-lain lagi. Just bank in kat akaun Maybank: 562106724536 dan hubungi Yatie (016-608 4510) atau Izwan (017-932 1899) dan kasi korang punya bank slip.
ATAU
Jadi sukarelawan untuk bantu Orang Asli di sekitar semenanjung Malaysia, boleh tekan kat link ni: The Incitement.
- 206Share sekarang!
- Email0
- Facebook206
- Share