Sejarah ringkas naik turun hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim

UPDATE 7/12/2019: Kongres Nasional PKR 2019 dah bermula dengan kekecohan melibatkan tumbuk menumbuk oleh para perwakilan.Angkata Muda Keadilan (AMK). Apa pun yang berlaku, kongres ini menandakan sudah 20 tahun Parti Keadilan Rakyat ni wujud di Malaysia.

Mari kita singkap kembali punca parti ini tertubuh kerana onak duri hubungan Anwar dan Mahathir.


(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dua tokoh Malaysia paling berpengaruh zaman ni. Ramai yang tau DSAI merupakan Timbalan kepada Tun M satu masa dulu, dan tiba satu ketika tiba-tiba mereka bergaduh dan berpatah arang.

Jadi mana tak riuh sekampung bila keluar gambar Tun M bersalaman dengan Anwar suatu ketika dulu. Tun M datang ke mahkamah untuk menyokong Anwar yang cuba menentang Akta MKN (juga dikenali sebagai Akta Diktator).

anwar-ibrahim-tun-mahathir
Ini merupakan kali pertama mereka bertemu kembali selepas 15 tahun!

Korang ingat lagi tak sejarah antara dua tokoh lejen ni? Macam mana mereka mula-mula kenal, apa yang mereka selalu sembangkan, dan kenapa tiba-tiba bergaduh?

Apa kita buat throwback sikit tentang hubungan antara Tun M dan Anwar yang penuh dengan onak dan duri ni, terutamanya bagi kita yang tak ikut sangat dengan cerita politik lama ni kan.

OK jom kita mula. Hubungan mereka berputik… bila Anwar join UMNO.

Dulu semua orang ingat Anwar akan join PAS

Sebelum jadi ahli politik lagi Anwar dah terkenal sebagai seorang pemimpin yang disegani. Dia merupakan salah seorang pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga presidennya yang kedua. Oleh kerana perjuangan ABIM adalah berlandaskan Islam, mereka memang selalu dikaitkan dengan PAS.

Anwar sewaktu dia jadi presiden ABIM.
Anwar sewaktu dia jadi presiden ABIM. Imej dari Twitter Anwar.

Tapi pada tahun 1982, semua orang terkejut bila Anwar mengumumkan akan menyertai musuh ketat PAS iaitu UMNO, dan pengumuman ni dibuat di hadapan Tun M sendiri.

“Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dan saya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin.” – Anwar Ibrahim, dipetik oleh Utusan Malaysia.

Tapi dekat geng dia sendiri dalam ABIM, Anwar kata dia nak bersihkan UMNO dari dalam.

Tun M waktu tu pulak baru setahun jadi Presiden UMNO. Tun M memang dari dulu pun ada dalam UMNO, tapi perjalananya ke pucuk pimpinan penuh dengan ranjau dan duri. Tun M pernah kena tendang keluar UMNO oleh mantan Perdana Menteri sebelumnya, tapi kena tarik balik masuk parti oleh bekas PM yang lain. Lepas tu dia sendiri jadi PM dan mula merombak kabinet dengan pemimpin-pemimpin yang dipercayai untuk menerajui negara.

Gambar lama Anwar dan Tun M.
Kurindukan gelak tawamu… gambar dari jamalrafie.com.

Kami tak tau cerita di sebalik pertemuan pertama dua orang ni, tapi menurut artikel yang diterbitkan  Tranungkite (yang dikatakan ditulis Tun M sendiri), Tun M sendiri pun terkejut bila Anwar nak join UMNO

Naiknya Anwar, anak emas tun M sendiri

Anwar Ibrahim tak buang masa bila dia dah join UMNO. Dalam tahun pertamanya, dia bertanding untuk jadi Ketua Pemuda UMNO dan menang! Tapi tu baru sikit je dia tunjuk taring, sebab lepas tu Anwar naik pangkat jadi Menteri Kebudayaan, Belia, Sukan dan Pertaninan dan kemudiannya Menteri Pendidikan… dalam masa 4 tahun sahaja! Dan Tun M macam tak kisah bila Anwar naik secepat ini.

Tapi Anwar tak berhenti kat situ je, sebab dia target peranan yang lebih tinggi iaitu… Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1993, Anwar bertanding menentang Tun Ghafar Baba yang pada tu berumur 68 tahun, iaitu 20 tahun lebih tua daripadanya dan merupakan otai lama UMNO.

Tun Ghafar Baba.
Tun Ghafar Baba. Gambar dari Utusan.

Confirm lah korang dah tau siapa menang kan. Anwar jadi TPM, dan Tun M macam rilek je biarkan dia ambil tempat Tun Ghafar, yang sebelum tu merupakan penyokong Tun M bila UMNO berpecah.

Anwar telah dilantik jadi Menteri Kewangan dua tahun sebelumnya, tapi bila dia jadi TPM, Anwar jadi buah mulut orang ramai bukan je kat Malaysia, malah seluruh dunia.

Satu dunia menyanjung Anwar. Imej dari Time Magazine.
Satu dunia menyanjung Anwar. Gambar dari Time Magazine.

Ramai yang kata Tun M memang nak Anwar ganti dia selepas pencen, tapi semuanya berubah sewaktu krisis kewangan berlaku.

Krisis kewangan yang menjadi krisis kepimpinan

Mungkin (mungkin la) kalau Krisis Kewangan Asia tahun 1997/98 tak melanda Malaysia, kita dah dapat Anwar sebagai PM selepas Tun M. Apa pun, krisis ni memang disebut sebagai mulanya keretakan hubungan antara mereka.

Anwar sebagai Menteri Kewangan mempunyai pendapat yang sangat berbeza dengan Tun M tentang macam mana nak menghadapi krisis tersebut. Anwar nak kawal dan potong perbelanjaan, tapi Tun M nak galakkan perbelanjaan bagi meneruskan kegiatan ekonomi. Sampailah Tun M terpaksa tubuhkan majlis ekonomi untuk menghadapi krisis tersebut TANPA Menteri Kewangan di dalamnya.

Kurindukan suaramu... gambar dari Forum LowYat.
Kurindukan jeling matamu… gambar dari Forum LowYat.

Anwar tak puas hati, tapi ini telah merangsang dia untuk satu matlamat terakhir: Mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun M sendiri.

“Menjelang perhimpunan UMNO pada Jun (1998), dia bercakap tetntang kelemahan dalam polisi dalaman’ dan memberi amaran yang ‘kita mungkin berdepan dengan situasi di Indonesia di mana rakyat inginkan perubahan. Dan kita perlu berubah sebelum terlambat.'” – Anwar Ibrahim, dipetik daripada CNN.

Pada malam sebelum Perhimpunan Agong UMNO 1998, penyokong kuat UMNO waktu tu iaitu Zahid Hamidi (iye betul tak tipu) mendakwa adanya amalan kroni dalam UMNO, dan Tun M menanggap ini sebagai ancaman daripada Anwar dan pengikut-pengikutnya.

Tun M pun pecat Anwar daripada jawatan TPM dan juga UMNO dan tak lama lepas tu, Anwar mulakan gerakan ‘Reformasi‘ untuk membantah pemecatannya, dan juga untuk menentang kerajaan. Dia mengetuai puluhan ribu orang datang menuntut Tun M meletakkan jawatan sebagai PM. Anwar ditahan, dan sekitar masa yang sama dakwaan kes liwat Anwar mula tersebar.

Anwar akhirnya didakwa atas korupsi dan liwat, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun. Tun M pulak berjaya menstabilkan ekonomi negara dengan mengikat ringgit kepada matawang Amerika, dan terus jadi PM selama beberapa tahun sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada anak muridnya Pak Lah.

Sambai lebam DSAI dibuatnya.
Sambai lebam DSAI dibuatnya.

Anwar kembali ke arena politik dengan lebih kuat

Dah 5 tahun sejak Anwar didakwa, dan dua tahun sejak Pak Lah jadi PM. Negara kita waktu tu dah reda sikit la, dan UMNO pulak semakin kuat bila menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004.

anwar-ibrahim-lepas-penjara
Anwar ketika dibebaskan dari penjara. Gambar dari ABC.

Tapi beberapa bulan sebelum pilihanraya, Anwar dibebaskan awal dari penjara atas sebab tingkahlaku baik, dan kes liwat beliau diubah. Korang ingat keluar penjara Anwar balik rumah tengok telenovela? Tidak sama sekali. Walaupun Anwar dilarang menyertai politik buat beberapa tahun selepas tu (sebab dakwaan lain masih lagi sah), dia dijadikan sebagai ketua KeADILan, parti yang ditubuhkan isteri Anwar sewaktu dia dalam penjara (kemudiannya dikenali sebagai PKR).

Pada Pilihanraya Umum 2008, walaupun BN berhempas pulas adakan pilihanraya SEBELUM tempoh larangan politik Anwar berakhir (iaitu sebulan selepas PRU 2008), mereka mengalami kekalahan paling teruk kepada pihak pembangkang. Dan kalaulah pembangkang boleh menang besar tanpa Anwar sebagai presiden, bayangkan betapa kuatnya lagi potensi mereka. Dan hal inilah yang terhadi pada Pilihanraya Umum 2013.

Kecoh siut
Lagi riuh daripada konsert. Imej dari Straits Times.

Macam mana pulak dengan Tun M? Dia tak puas hati dengan kedua-dua penggantinya iaitu Pak Lah dan Najib. Tapi tatkala Pak Lah senang nak letak jawatan, Najib waktu ni masih lagi mampu menahan tekanan Tun M.

Walaupun Tun M dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab menyumbat Anwar ke dalam penjara, Anwar macam tak lama pun pendam perasaan. Bila dilepaskan, ini yang diucapkan Anwar:

“Saya tak simpan dendam terhadapnya. Biarlah dia pencen” – Anwar Ibrahim, dipetik oleh theage.com.au

Tapi Tun M macam ambil masa sikit nak chill:

“Sukar saya untuk memaafkan Anwar bila dia memburukkan nama saya di mata dunia. Anwar sepatutnya jadi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Tapi jika tidak, ia adalah disebabkan tindakannya sendiri. Dia tak memberikan saya pilihan lain selain memecatnya dan saya buat apa yang terbaik demi negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesilapan, tapi memecat Anwar bukanlah satu daripadanya.” – Tun Mahathir pada tahun 2011, dipetik oleh Asiaone.

Nampaknya keadaan yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang ni telah membuatkan mereka kembali bertemu. Malah bukan sahaja untuk memaafkan, tapi kembali bekerjasama dalam kerajaan Pakatan Harapan.

"Mak aih tengok la mangkuk ni kelakar sungguh!!!"
“Mak aih tengok la mangkuk ni kelakar sungguh!!!” Gambar dari Din Merican.