Kisah kekejaman ‘Idi Amin’ yang disamakan dengan Najib

(This article is originally written in English on CILISOS, read it here!)

Dalam minggu lepas, kita baru je selesai dua pilihanraya kecil iaitu di Sungai Besar, Selangor dan jugak Kuala Kangsar, Perak. Bagi yang tak tau hujung pangkal cerita, pilihanraya ni diadakan untuk mencari pengganti bagi dua ahli parlimen BN yang terkorban dalam nahas kemalangan helikopter di Sarawak pada bulan lepas.

Selain daripada macam-macam buah tangan yang diberi dari pihak kerajaan dan jugak pembangkang, Tun Mahathir jugak tolong berkempen buat pertama kalinya sejak tiga tahun lalu. Cuma kali ni, dia berkempen untuk pembangkang.

Dan dalam sebuah ceramah di Kampung Baru Jerlun, Tun telah menyamakan Najib dengan seorang bekas diktator Uganda, Idi Amin.

“Dianya (Idi Amin) melaku(kan) apa saja, melanggar undang-undang, dan dia kekal sebagai Presiden sehinggalah dianya dijatuhkan oleh rakyat Uganda. Datuk Seri Najib dan Idi Amin ini adalah orang yang sama.” – Tun Mahathir, dipetik oleh video dari Mynewshub Channel

Dalam bahasa mudahnya, Tun M membandingkan Najib dengan Idi Amin kerana cara bermati-matian cuba mengekalkan kuasa. Tapi mesti ramai antara korang yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Idi Amin ni?

Apa yang Idi Amin buat sehingga sangat terkenal sebagai seorang diktator?

Nama penuh diktator ini adalah Idi Amin Dada. Selain nama sebenar, dia ada banyak nama untuk diri sendiri dan yang paling tak boleh blah adalah “Pemimpin Sekian Makhluk di Bumi dan Lautan dan Penakluk Empayar British di Afrika Secara Umumnya Dan Uganda Secara Khusus” (serius, tak tipu).

Tapi dia paling famous dengan gelaran “Butcher of Uganda” kerana gaya pemerintahan kuku besi yang sangat kejam sewaktu menjadi presiden Uganda selama 8 tahun. Malah jumlah musuh yang dia telah bunuh, seksa, atau penjarakan dianggarkan daripada 100,000 ke setengah juta!

Latar belakang Idi Amin

Idi Amin join tentera King’s African Rifles (KAR) pada umur 21 tahun, sewaktu Uganda masih lagi berada di bawah penjajahan British. Dia terlibat dalam perang di Burma, Somalia, dan Kenya, dan Uganda. Punyalah pulun dan bekerja keras. Amin terkenal dengan keganasan yang kadang-kadang tak bertempat, contohnya sewaktu soal siasat.

Dari situ dia mula naik pangkat satu-persatu sehinggalah dilantik sebagai Komander tentera Uganda pada tahun 1966, beberapa tahun selepas kemerdekaan Uganda. Time tu dia kamceng lagi dengan Presiden pertama Uganda iaitu Milton Obote. Dia siap tolong Obote untuk buat rampasan kuasa bertentera terhadap King Freddie yang memerintah kawasan selatan Uganda, iaitu Buganda.

Tahun 1971 bile Obote nak pergi Singapura untuk sebuah perjumpaan negara-negara Komanvel, Amin lancarkan rampasan kuasa bertentera terhadap Obote pulak.

Mula-mula jadi presiden, dia ni macam sempoi je. Dia banyak lepaskan banduan politik dan berjanji untuk mempertahankan pilihanraya yang bersih dan adil secepat boleh.

“Misi saya adalah untuk memimpin negara keluar daripada situasi buruk seperti korupsi, kejatuhan ekonomi dan perhambaan. Selepas saya bersihkan negara daripada maksiat-maksiat ini, saya akan buat dan pantau pilihanraya umum untuk kerajaan rakyat yang betul-betul demokratik.” – Idi Amin, dipetik oleh Daily Monitor.

Tapi nilai-nilai murni dia tak tahan lama. Tak lama lepas tu, dia mula membunuh rakyat daripada etnik Lango dan Acholi, menghalau orang Asia, lebih kurang 60 ribu rakyat India dan Pakistan melarikan diri. Dia juga memutuskan hubungan dengan Israel, dan merapatkan ikatan dengan Libya dan Palestin.

“Orang yang dibunuh ramainya adalah rakyat kebanyakan: pekebun, pelajar, kerani, dan pekedai yang ditembak ataupun dipukul sehingga mati oleh skuad pembunuh…

Mangsa selalunya dipilih kerana dia mahukan wang, rumah ataupun perempuan-perempuan mereka…” – Dipetik oleh The New York Times.

Terdapat juga orang-orang ternama termasuklah menteri kabinet, hakim, petugas di gereja, diplomat, pengajar, pengarah hospital dan ramai lagi. Pembunuhan ini dibuat secara terbuka untuk menarik perhatian dan menakutkan orang ramai.

Pemerintahan kuku besi Amin berlangsung selama 8 tahun sehinggalah Tanzania dan beberapa pejuang dari Uganda menjatuhkannya pada tahun 1979. Amin mendapat suaka daripada Arab Saudi dan dipercayai telah membunuh sehingga 30,000 orang di Uganda sendiri.

Kalau korang nak tau pasal cerita Idi Amin versi movie, pergi tengok The Last King of Scotland lakonan Forest Whitaker yang dapat Oscar untuk watak ni.

(Lepas Idi Amin cabut, Milton Obote ambil alih semula Uganda dan… dia bunuh lagi 30 ribu orang. Adeh la.)

Najib takde la teruk macam Idi Amin… setakat ni la

mahathir uganda

Uganda kini lebih baik daripada dulu di bawah pemerintahan presiden Yoweri Musevini. Dia masih lagi ada kontroversi, tapi sekurang-kurangnya banyak penambahbaikan.

Sewaktu membandingkan Najib dengan Idi Amin, Tun M tak sebut pasal pembunuhan ke apa, cuma menyatakan yang Najib menekan orang ramai untuk kekal berkuasa, sebijik macam Idi Amin. Jadi mungkinlah Tun M cuma menyentuh satu aspek yang ada pada Idi Amin je. Samalah bila dulu Najib pernah memuji ISIS berdasarkan satu aspek.

(Lagipun Tun M sendiri pernah mengaku yang dianya seorang diktator, jadi siapa boleh cakap diktator mana yang lebih teruk?

 

Tahun lepas je, Najib telah banyak melakukan perkara-perkara yang dilihat sebagai usaha membisukan sebarang suara yang cuba mempersoalkan kuasanya, termasuklah memperkenalkan “Akta Diktator” dan juga memecat timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Apa yang lebih menakutkan lagi bila perbandingan dengan Idi Amin ini dibuat, Najib bukannya cuba untuk menafikannya, malah macam bangga pun ada:

“Dia panggil saya Idi Amin Malaysia. (Nampaknya) Idi Amin Malaysia lebih popular.” – Najib Razak, dipetik oleh MalaysiaKini.

(Nota editor: Semua gambar telah diletak link ke sumber asal. Sorry kami tak dapat nak letak caption lagi sebab ada problem dengan FB Instant Articles.)