- 133Share sekarang!
- Email63
- Facebook70
- Share
Oleh kerana sekarang ni adalah musim mengemaskini cukai di Malaysia (1 Mac – 30 April) so kitorang pon terfikir untuk menulis artikel ni untuk menjawab segala persoalan yang selalu terlintas kat kepala korang bila pertama kali korang mula bekerja, seperti berapakah jumlah pendapatan seseorang yang perlu membayar cukai dan apakah yang akan terjadi kepada orang yang tidak membayar cukai?
Untuk memudahkannya, so kitorang akan focus kepada cukai pendapatan individu. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan boleh menyemak maklumat di risalah ni. (file PDF)
First thing ialah korang perlu berpendapatan RM2,800 sebulan untuk mendaftar cukai pendapatan.
Masa pembentangan bajet tahun lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% ke 3% untuk Tarif Taksiran Cukai 2015. So ni bermakna kira-kira 300,000 pembayar cukai kini tak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Berikut adalah jadual dengan kadar baru:
Berkuat kuasa 2015, ni adalah jumlah bagi kadar pendapatan baru yang telah ditetapkan sebelum korang perlu mendaftar fail cukai pendapatan:
RM34,000 – Jumlah pendapatan tahunan (selepas potongan KWSP) ATAU RM2,800 sebulan
UPDATE 20 Apr 2016: Beberapa komen yang telah kitorang dapat dari pembaca yang menyatakan bahawa tahun ini hanya orang yang berpendapatan minimum RM4,000 setiap bulan je baru kena cukai, namun ianya tidak mutlak untuk semua orang. Ia bergantung kepada pengiraan oso rebat korang tu (lebih kepada rebat dan pelepasan cukai). Tapi apa yang kitorang maksudkan tu adalah minimum RM2,800 untuk mendaftar fail cukai – dan ianya tidak bermakna yang korang tu akan dikenakan cukai.
Tetapi ia bukan hanya basic salary je, korang juga perlu declare (file PDF) komisen, elaun, kerja lebih masa, faedah yang diterima oleh majikan (kereta, telefon, pemandu, pembantu rumah, dan lain-lain) dan juga pampasan akibat kehilangan pekerjaan. (hilang pekerjaan pun kena cukai jugak?) Korang boleh minta Borang EA dari department HR tempat kerja korang tu. Borang tu seperti kat bawah ni:
Jika ia mencecah RM34,000 dan ke atas, maka ia adalah time to payyyy!!!
Pertama sekali, korang kena daftar dulu LHDN. Tak perlu lagi susah payah nak ke cawangan LHDN, korang cume perlu register secara online je dekat e-Daftar dan sekiranya tak paham, bolehlah rujuk kat sini camne langkah-langkah untuk mengisi borang tersebut. Untuk menyemak status, pergi ke halaman ni. Jika mengalami sebarang masalah, hubungi je terus ke 03-8913 3800
Bila dah selesai semua tu, kini masa untuk korang membuat e-Filing pulak. Dekat situ, ia akan automatik dengan sendirinya untuk mengira berapa banyak yang perlu korang bayar kat gomen. Apa yang bestnya ialah bahagian rebat dan perlepasan cukai (ada 21 pelepasan cukai).
Kitorang terjumpa super cool calculator ni dari iMoney.my yang boleh membantu korang untuk menganggarkan berapa banyak cukai yang perlu dibayar. Untuk mencari SENARAI PENUH pelepasan cukai, korang boleh refer kat sini.
Simpan semua resit-resit korang tu sehingga tujuh tahun!
Korang perlu simpan kesemua-semua dokumen sokongan seperti resit insurans, derma, buku dan zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat kerana juruaudit akan datang dan cek. Untuk backup, better korang buat salinan sebab bila dah lama dakwat kat resit tu nanti akan pudar.
Ramai yang kata kalau korang tak isytihar atau membayar cukai, nanti korang akan kena audit. Tapi betul ke?
Actually peluang untuk diaudit tu secara random je lah
Kitaorg adalah bertanya dengan seseorang yang melakukan perundingan cukai ni (beliau lebih suka untuk kekal tanpa nama). Menurut beliau, LHDN akan memilih untuk mengaudit seseorang tu secara rawak je. (contohnya tahun ni ieorang akan pilih doktor dan next year ejen insurans pulak) TAPI… penjelasan ni tak boleh digunakan sebagai penjelasan rasmi sebab ia tidak pasti sepenuhnya.
Menurut Panduan Audit LHDN, mereka mempunyai beberapa cara untuk memilih (file PDF) pembayar cukai… dan YA, mereka akan memilih orang berdasarkan industri-industri tertentu! Kadang-kadang mereka melihat tempat, rekod yang lepas, atau rekod pihak ketiga.
So camne nak tahu kalau korang ni antara yang ‘PALING BERTUAH’ yang akan terpilih nanti? First, korang akan dapat surat dari LHDN. Mereka mempunyai dua cara (filePDF) :
i. Audit meja (korang kena pergi ke pejabat mereka dan mereka memeriksa rekod korang kat sana)
ii. Audit luar (mereka akan datang sendiri jumpa korang)
Korang perlu bertenang dan membiarkan juruaudit melakukan kerja mereka dan JANGAN cuba menghalang pegawai audit kerana korang boleh didakwa di bawah Seksyen 116 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan / atau penjara tidak lebih daripada satu tahun.
Korang boleh dipenjara 3 tahun dan / atau denda RM20,000. Homaiigad!!
Melihat daripada Akta Cukai Pendapatan 1967 dan kitorang mendapati 3 tahun penjara serta denda RM20,000 adalah hukuman yang paling teruk setakat ini, dimana seseorang tu boleh diambil tindakan untuk kesalahan berikut:
- Seksyen 114: Mengelak sepenuhnya membayar cukai, memberikan maklumat dan rekod palsu.
- Seksyen 118: Pegawai cukai juga boleh dihukum jika mereka menuntut lebih banyak wang daripada jumlah sepatutnya yang korang perlu bayar, menggunakan wang itu untuk tujuan sendiri, membuat laporan palsu atau cuba untuk menipu.
- Seksyen 119: Juga untuk pegawai cukai yang cuba untuk membuat kutipan yang tidak dibenarkan.
Korang juga tak dibenarkan untuk keluar negara. Untuk lebih lanjut, korang boleh semak dekat sini tentang beberapa jenis denda yang akan dikenakan berkaitan cukai.
Walau bagaimanapun, kitaorang ada terbaca tentang satu kes yang sangat menakutkan:
Pengarah syarikat, Lee Yoke Wan didenda RM36,000 dan penalti khas sebanyak RM10.8 juta!!! Dia juga dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Kajang pada tahun 2014.
Ok la, dia didakwa atas tiga pertuduhan pengelakan cukai, tetapi jika RM20K didarab kan dengan tiga, jumlahnya hanya RM60K je… dari mana datangnya RM10.8 juta tu pulakk?? Hmmm korang tahu tak, jumlah yang dia berhutang untuk mengelak cukai tu adalah RM3.6 juta!
So… korang pergi je lahh dan register ke LHDN. Jangan sesekali cuba mencari serta membuat sesuatu yang boleh mengundang masalah dengan LHDN. Ianya tidak berbaloi pon! Belajar dari kisah si pengarah syarikat ni.
(Artikel ini asalnya ditulis dalam English, boleh baca kat sini.)
- 133Share sekarang!
- Email63
- Facebook70
- Share