Ketahui macam mana nak jimat bil letrik sampai SEPARUH

Lately, ramai pengguna yang tak puas hati dengan bil elektrik yang naik melambung-lambung, dan mengadu kat Fesbuk TNB Careline.  Tapi kebanyakan jawapan yang diberi oleh TNB adalah ia disebabkan musim panas atau El Nino, dan ini membuatkan orang makin naik angin (tapi angin tersebut tak mampu menyejukkan suhu dalam rumah).

Jawapan pihak TNB membuatkan orang makin marah. Image dari moretify.com
Jawapan TNB memang mengundang…

Sebenarnya kan ni bukan kali pertama pun Malaysia mengalami El-Nino. Malah kajian ada mengatakan yang El-Nino ni akan terjadi setiap tiga hingga lapan bulan sekali. So ramai jugalah yang persoalkan kenapa tahun-tahun lepas tak de pon caj elektrik tinggi melampau-lampau cam sekarang ni.

TNB kata yang kenaikan ni disebabkan tabiat penggunaan seseorang. Sebab bila cuaca makin panas, of course lah masing-masing pasang kipas lagi laju dan aircond lagi sejuk untuk tempoh lagi lama, tapi TNB tak jawab tentang keresahan pengguna yang bil dorang melambung walaupun tak guna aircond.

Tak guna punya Akon. Imej dari acapella4free.blogspot.my
Tak guna punya Akon. Imej dari acapella4free.blogspot.my

Ada yang defend TNB mengatakan kalau ikut kira-kira memang patut bil naik. MP Pandan, Rafizi Ramli pulak mengatakan yang bil elektrik mungkin akan naik sebab gomen potong subsidi bahan api.

Tapi samada bil benar-benar naik ke tak, bukan itu yang SOSCILI nak sentuh dalam artikel ni. Sebaliknya, kita nak tengok apa cara yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan bil eletrik.

Korang tau ke berapa banyak karan korang guna sebulan?

Mungkin korang ada baca macam-macam tips jimatkan eletrik, tapi pernah tak korang betul-betul semak bil TNB yang korang dapat? Kalau korang tau anggaran penggunaan eletrik kat rumah, barulah korang boleh komplen kalau ada apa-apa problem dengan bil.

Ok, untuk kira kos elektrik sebulan, korang kena tahu tiga perkara:

  1. Berapa watt barang letrik tu guna
  2. Berapa jam korang guna peralatan elektrik tersebut dalam sebulan
  3. Kadar tarif bagi bekalan elektrik yang ditetapkan TNB

1) Untuk nak tau berapa watt barang elektrik korang tu, cer tengok detail kat kotak yang dibeli. Contohnya untuk mentol kat bawah ni, semakin kurang watt tu, semakin sikit bil korang nanti (tapi makin malap la ye dok…).

Kalau korang tak tau rajin nak selak alat eletrik masing-masing tapi nak cuba kira, boleh tengok kat website ni.

Better korang pilih watt yg kecik/sikit bagi penjimatan elektrik. Image dari infohargabahanbangunan.blogspot.
Imej dari infohargabahanbangunan.blogspot.

2) Berapa jam korang guna barang letrik tu sebulan? Yang ni agak-agak je la. Contohnya untuk peti sejuk, konfem on 24 jam kan. So dalam sebulan tu, ada la 720 jam penggunaan peti ais.

3) Pengiraan bil elektrik adalah berdasarkan kadar tarif domestik semasa, tapi yang paling latest kitorang dapat cari adalah bertarikh Januari 2014 (file PDF dari Kementerian Tenaga, Teknologi hijau dan Air).

Jadi formulanya adalah:
kira-bil-eletrik-tnb

Contoh 1:

Katakanlah kat rumah korang ada sebijik air-cond dengan beban 950 Watt yang korang pasang waktu tidur iaitu 8 jam sehari, makanya:

  1. Karan yang digunakan adalah 0.95 kiloWatt (950 Watt ditukarkan kepada kiloWatt).
  2. Jumlah jam adalah 240 jam (8 jam x 30 hari)
  3. Kadar TNB adalah RM0.218 untuk setiap kiloWatt.

So kira-kira adalah:
kira-bil-eletrik-tnb-2

(Sebenarnya kira-kira ni lagi kompleks sebab tarif TNB yang RM0.218 tadi hanyalah untuk 200 kiloWatt pertama, so bila lebih 200 kW kena guna tarif lain pulak. Tapi nak senang explain kita guna tariff yang pertama tu je lah dulu.)

Contoh 2:

Katakanlah kat rumah korang ada sebijik peti sejuk dengan beban 200 Watt yang korang pasang 24 jam sehari, makanya:

  1. Karan yang digunakan adalah 0.20 kiloWatt (200 Watt ditukarkan kepada kiloWatt).
  2. Jumlah jam adalah 720 jam (24 jam x 30 hari)
  3. Kadar TNB adalah RM0.218 untuk setiap kiloWatt.

So kira-kira adalah:
kira-bil-eletrik-tnb-3

Tapi macam mana pulak kalau saya pasang aircond lagi kuat? Sama ke kira?

Haa… apa yang kami tak bagitau awal-awal tadi adalah, jumlah Watt kat depan alatan ni cumalah jumlah maksimum yang digunakan, dan kebanyakan masanya dia tak guna sebanyak itu. Jadi kalau korang buat kira-kira kat atas dan nampak bil macam tinggi melampau, itulah sebabnya.

Sebab tu la macam yang kami kata tadi, kira-kira ni sesuai dibuat sebagai anggaran. Baru korang tau perlatan eletrik mana yang boleh dikurangkan, dan bila nak beli barang eletrik tu beli yang bersesuaian.

Jadi menggunakan formula kat atas, jom kita try kira semua barang eletrik yang ada kat rumah. Contohnya:

  • Aircond – 950 watt, guna 8 jam sehari. Kos sebulan: RM49.70
  • Peti ais – 200 watt, guna 24 jam sehari. Kos sebulan: RM 31.39
  • Televisyen98 watt, guna 5 jam sehari. Kos sebulan: RM 3.25
  • Periuk nasi950 watt, guna 0.75 jam sehari. Kos sebulan: RM4.73
  • Kipas angin 40 watt, guna 8 jam sehari. Kos sebulan: RM 2.12
  • Lampu36 watt, guna 5 jam sehari. Kos sebulan: RM 1.20

Pastu meh kita letak semua bil ni dalam carta pai…

penggunaan-bil-eletrik-malaysia

So boleh bayangkan tak yang aircond ni menyumbang lebih separuh daripada bil korang? Tu belum aircond yang ada sampai tiga empat horsepower lagi, Watt dia lagi tinggi.

Bila dah faham kadar penggunaan eletrik, baru senang nak komplen

Hopefully dengan keterangan diatas, korang boleh bandingkan anggaran bulanan rumah korang dengan jumlah kilowatt yang keluar dalam bil. Seperti yang kitorang cakap tadi, tariff adalah berbeza-beza mengikut kepenggunaan korang, jadi kalau jumlah keseluruhan kiloWatt tu lebih 200kWh, kena guna tarif yang sesuai la. Pastu jangan lupa GST.

“Pricing & Tariffs” dari Tenaga Nasional Berhad

Jadi kalau kiloWatt yang korang anggarkan berbeza teruk sangat dengan yang keluar dalam bil, cepat-cepatlah report kat TNB Careline atau telefon terus kat 15454.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)