Komen-komen pedas pada gambar Jamal Yunos yang buat kami sejuk hati

(To read this in English, click here.)

Jamal Yunos sememangnya femes sejak kebelakangan ni. Hangpa mungkin lebih familiar dengan gelaran… Jejaka Berbaju Merah yang membuatkan rakyat Malaysia merah membara dengan kemarahan bila mendengarkan pe’el mamat sorang ni. Asal Jamal Yunos je, merah. Asal merah je, Jamal Yunos. Taylor Swift pun tak tahan.

taylor-swift-malaysia
Gambar diambil daripada taylorswift.com. Jangan saman kami Kak Tay!

Jadi siapa gerangannya Jamal Yunos? Dia adalah salah seorang peganjur Perhimpunan Baju Merah (juga dikenali sebagai Himpunan Rakyat Bersatu) yang diadakan pada 16 September lalu. Perhimpunan tersebut tidaklah berakhir dengan aman apabila pihak polis terpaksa menyembur meriam air terhadap perserta yang cuba masuk ke Jalan Petaling setelah dilarang. Menurut Jamal, perserta-perserta tersebut naik angin apabila ternampak mesej yang melarang depa masuk.

jamal-yunos-baju-merah
Jamal di tengah, bagaikan cuba menari poco-poco. Gambar dari The Star.

Dia kemudiannya meminta pihak gomen untuk memastikan peniaga Melayu mendapat tempat di Jalan Petaling supaya ianya “tidak rasis” dan untuk menghapuskan jualan barang-barang palsu. Tak cukup dengan itu, Jamal mengancam sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap barangan seludup, baju-baju merah akan berhimpun lagi pada 25 September.

Jamal Yunos ditahan pada 15 September dan dilepaskan keesokan harinya. Selalunya lepas keluar lokap kita buat apa? Tentulah pos kat Facebook!

Jamal-Yunos-pejuang-melayu
Diambil dari laman Facebook milik Jamal Yunos yang sekarang ni dah kena padam.

Jadi kami tengok-tengok la sikit ruangan komen dan apa yang kami lihat buat kami terkejut beruk kerana ianya di luar jangkaan. Rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa semuanya berhimpun untuk kondem gambar dan mesej yang dikirim oleh Jamal Yunos; ada yang menyindir, ada yang bagi komen direct terus, takde lapis-lapis. Kami dah susun mengikut kategori, bermula dengan…

Amaran: Sesetengah komen yang diberikan adalah tidak sopan. Kami kecualikan komen-komen yang terlalu kasar, namun sesetengah pembaca mungkin masih mendapati bahasa yang digunakan di bawah kurang enak untuk didengar.

1. Komen daripada para Mak Andam

Rakyat Malaysia sememangnya bercitarasa tinggi, seperti yang telah dibuktikan dengan komen-komen yang diberikan ke atas fesyen Jamal Yunos, seperti…

Oren itu keunggulan

Nampaknya masih ramai lagi yang ingat subjek Pendidikan Seni waktu sekolah dulu. Kalau kita campur Baju Merah dengan Kuning Bersih dapat apa? Tentulah Oren Lokap.
jamal-yunos-komen-fb-oren
jamal-yunos-komen-fb-nasihat.png2

Baju bro matching dengan muka

Ada juga yang komen tentang betapa sesuainya baju oren tersebut dengan Jamal Yunos, justeru haruslah dipakai selalu.
jamal-yunos-komen-fb-baju1
jamal-yunos-komen-fb-baju2

Selipar pun kena

Mana boleh tak perasan gambar kaki ayam Jamal Yunos, nak lagi bila ada selipar kat sebelah.

jamal-yunos-selipar
Selipar tu lagi fabulous daripada keseluruhan gambar.

jamal-yunos-komen-fb-selipar1
jamal-yunos-komen-fb-selipar2

2. Komen Kesedaran

Kalau memang betul Jamal Yunos fikir yang dia berkorban untk Malaysia dan/atau Melayu; komen-komen ni sememangnya menusuk kalbu sebab depa mengatakan yang…

Ada banyak perkara lebih penting perlu ditangani

Komen-komen ini mengatakan yang Jamal telah mengabaikan isu-isu yang lebih besar seperti GST, ekonomi, 1MDB dan sebagainya.
jamal-yunos-komen-fb-kebenaran1
jamal-yunos-komen-fb-kebenaran2
jamal-yunos-komen-fb-kebenaran3

Anda sememangnya rasis

Walaupun kami sedaya upaya cuba untuk tidak mengkhususkan sebarang bangsa/agama tertentu, perlulah dinyatakan yang kebanyakan Melayu Muslim (seperti yang ditunjukkan dalam screenshot di atas) memang tak setuju Jamal Yunos mengaku dirinya pembela hak Melayu, dan memburukkan lagi hubungan sesama kaum.
jamal-yunos-komen-fb-rasis1 jamal-yunos-komen-fb-rasis2 jamal-yunos-komen-fb-rasis3

babu-finger-wag1-1
Jamal… dogibab.

Err… kami takde pun sokong dia.

Yang sebenarnya, tak semua Melayu menyokong Jamal Yunos ataupun Perhimpunan Baju Merah.
jamal-yunos-komen-fb-tak-sokong jamal-yunos-komen-fb-tak-sokong2

3. Komen daripada Macai-macai

Setelah ada banyak pengalaman dengan macai-macai di halaman Facebook Perdana Menteri yang sorang nih, kami terkejut jugak sebab tak jumpa satu pun macai pada gambar Jamal Yunos sehinggalah seorang macai dikesan.

macai-liar-dikenalpasti

Dalam 300 daripada 1,800 komen sewaktu artikel ini ditulis, inilah macai pertama yang kami jumpa, itupun setelah dikantoikan oleh orang lain. Kami highlight komen dia dalam warna xxxx.
jamal-yunos-komen-fb-macai jamal-yunos-komen-fb-macai2

Dan ada pulak sorang brader yang melangkah lebih jauh dengan menjadi…

Tukang bagi komen palsu yang palsu!

Tak tau la mana lagi terbaek, macai palsu ni atau komen yang diberikan.
jamal-yunos-komen-fb-macai3

4. Nasihat Separa Ikhlas

Ada juga komen yang memberikan Jamal petua untuk tampak lebih tulen kalau nak meraih simpati dengan lebih berkesan.
jamal-yunos-komen-fb-nasihat jamal-yunos-komen-fb-nasihat.png2

sabun-di-bilik-mandi
Sabun… sabun di bilik mandi…

Yang lain kebanyakannya memberi nasihat tentang hidup dalam lokap, contohnya jangan terjatuh sabun. Kalau hangpa tak tau pasal terjatuh sabun, hindarilah daripada berkecimpung dengan jenayah.
jamal-yunos-komen-fb-sabun1 jamal-yunos-komen-fb-sabun2 jamal-yunos-komen-fb-sabun3

Kami harap nasihat-nasihat ini diteladani dengan seadanya. Kalau tak, mungkin akan ada Perhimpunan Seluar Merah di kawasan berhampiran anda.

5. Komen Tentang “Pejuang Sebenar”

Ok la, komen-komen ini tak semestinya tepat, dan orang-orang yang dipaparkan tak semestinya masuk dalam kategori “berjuang untuk rakyat”, tapi lihatlah jumlah Like yang mencurah-curah ke ladang gandum.

Mungkin kami tak perlu cakap pun, tapi Altantuya bukanlah mati kerana berjuang demi Malaysia.
jamal-yunos-komen-fb-pejuang1

…dan Anwar hanyalah seorang pejuang kalau hangpa sokong pihak pembangkang.
jamal-yunos-komen-fb-pejuang2png

6. Tukang troll

tora-datang-lagi
Gambar asal diambil dari hybridhanz.files.wordpress.com.

Ruang komen tanpa troll adalah ibarat ikan patin tanpa gulai lemak. Oleh kerana telalu banyak komen sebegini, kami cuma letak yang kualitinya tahap lapan (deria lawak hangpa mungkin berbeda).
jamal-yunos-komen-fb-troll1 jamal-yunos-komen-fb-troll2

Kalau hangpa tak tau, “bakar ikan sampai hangus” merujuk kepada salah satu bisnes Jamal: Ikan Bakar Sekinchan. Kedai makan ini telah diboikot sejak 2012 setelah tuduhan yang Jamal Yunos meraih untung daripada kempen anti-Bersih; di mana sesiapa yang Like FB Page dan makan di restoran tersebut sekurang-kurangnya RM50 boleh menang BMW 5 Series atau Lamborghini Gallardo. Punyalah serius, sampai ada grup kat FB yang mencatatkan berapa banyak kedai yang dah ditutup.

7. Penjaga Keamanan Sejagat

batman
Gambar diambil dari Imgur.

Tak semua komen bernada sentap atau membahan. Masih ada pemuda-pemudi harapan bangsa yang cuba menegur Jamal Yunos secara baik dan berhikmah. Perlulah dinyatakan yang komen sebegini paling susah nak cari.
jamal-yunos-komen-fb-mediator1 jamal-yunos-komen-fb-mediator2

Tapi ada satu jenis komen yang takde…

Iaitu komen yang berterima kasih terhadap Jamal.

(UPDATE 3/10/2016: Facebook asal “Dato Jamal Yunos” kini telah dipadam.)

Walaupun Jamal Yunos asyik kena hentam, mungkin dia tidaklah seteruk mana. Oleh kerana kami terpaksa membuang nama-nama yang memberi komen atas sebab privasi, hangpa boleh tengok sendiri kat sini di mana kami mendapati yang kebanyakan komen pada gambar tersebut adalah:

  • Datang daripada pelbagai kaum yang bersuara untuk satu sama lain
  • Mempertahankan satu sama lain daripada macai yang seorang ni
  • Berbahasa Malaysia walaupun tak semuanya Melayu

Jadi, boleh dikatakan Jamal Yunos berjaya menyatukan rakyat Malaysia dengan lebih berkesan dan menjimatkan kos berbanding mana-mana usaha daripada pihak gomen sejak bertahun-tahun.

Gambar diambil dari The Malaysian Times.
Gambar asal diambil dari The Malaysian Times.