Pos Laju mudahkan korang hantar parcel dengan satu perubahan ni

Kalau nak hantar hadiah hari jadi kat nenek di kampung, kebanyakan orang tak payah fikir panjang. Bungkus barang, hantar ke cawangan Pos Laju ataupun jadualkan kutipan lepastu tunggu je abang Pos Laju tu hantar. Jauh mana pun rumah nenek korang tu, bungkusan korang tetap akan sampai. 

Tapi kalau korang jalankan perniagaan kecil atau jual produk kat pelanggan di luar negara, lain pulak ceritanya. Servis mana nak guna? Platform mana? Nak guna EMS (Express Mail Service) ke International Parcel? Perlu gudang ke nak urus stok?

Sebab itu Pos Malaysia kini menyatukan semua perkhidmatan kurier domestik dan antarabangsa di bawah satu jenama sahaja, iaitu Pos Laju.

Kini semua penghantaran dalam dan luar negara boleh guna Pos Laju.

Imej janaan AI dari Pos Malaysia.

Bila dah buat perubahan ni, orang mesti tanya, apa yang berbeza? Dalam kes ni, perubahan tu bukan sekadar penjenamaan semula je.

Sebelum ni, korang sendiri yang kena fikir nak hantar barang korang guna EMS, International Parcel atau International Air Mail. Untuk korang yang tak pernah hantar barang ke luar negara, benda ni agak memeningkan. Ye lah, mana satu nak guna kan? Nama semua lebih kurang. Dah macam beli laptop, satu model, banyak variasi.

Sama, tapi tak sama. Tak sama, tapi sama

Sekarang proses tu dah mudah. Semua penghantaran disatukan bawah Pos Laju je. Korang nak hantar barang ke Perlis ke, Perth ke, semuanya Pos Laju boleh uruskan.

Dan sebab sekarang ni semuanya dah disekalikan, korang boleh beralih ke servis penghantaran yang paling sesuai dengan keperluan korang di bawah satu bumbung. Kalau nak cepat, pilih penghantaran melalui kurier komersial. Kalau nak servis yang bukan segera tapi lebih murah pun ada. Korang boleh pilih servis yang memenuhi kepentingan korang: masa atau kos.

Untuk PKS, Pos Malaysia tolong korang uruskan logistik. 

Korang yang pernah uruskan tempahan dan bungkusan parcel ni mesti tahu yang yang penghantaran tu cuma proses akhir. Produk masih kena simpan, kena urus stok, pesanan kena proses dan setiap item kena bungkus dengan betul sebelum hantar ke pelanggan.

Tapi kan, kita mulakan perniagaan sebab nak jual produk, bukannya sebab nak habiskan waktu melipat kotak tengah-tengah malam.

Imej janaan AI dari Pos Malaysia.

Sebab tu lah Pos Malaysia sekarang tawarkan ekosistem e-dagang yang lebih lengkap. Senang cakap, “Bagi kat kitorang, kitorang simpan, bungkus dan hantar untuk korang”. Jadi peniaga dah tak payah pening kepala nak uruskan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

  • Gudang dan penyimpanan: Pastikan inventori disimpan dengan selamat dan tak semakkan pejabat korang 
  • Pick-and-Pack: Pilih produk yang betul dan bungkus bila pesanan masuk.
  • Proses pesanan: Uruskan proses tempahan dan sistem jualan di belakang tabir.
  • Penghantaran sampai depan rumah: Hantar bungkusan sampai depan pintu. 

Jadi pemilik perniagaan boleh serahkan urusan logistik kat pihak Pos Laju dan tumpukan tenaga untuk kembangkan perniagaan. 

Matlamatnya adalah untuk bawa perniagaan Malaysia ke luar negara.

Imej janaan AI dari Pos Malaysia.

Zaman sekarang tak pelik dah pun kalau korang jual biskut kat Taiping pastu pelanggan dari Singapura yang beli, ataupun penjual batik kat Terengganu dapat pesanan dari Rusia. E-commerce rentas sempadan dah jadi lebih mudah diakses dan makin ramai PKS Malaysia nampak peluang untuk kembangkan perniagaan diorang ke luar negara. 

Jadi, urusan logistik juga makin penting. Dengan pengalaman lebih 200 tahun, Pos Malaysia dah memang power untuk uruskan penghantaran barang korang supaya selamat sampai ke pelanggan.

Penggabungan semua perkhidmatan di bawah jenama Pos Laju juga disokong dengan penambahbaikan operasi. Pada tahun 2025, prestasi penghantaran domestik hari berikutnya (D+1) Pos Malaysia mencapai 92%, bermaksud kebanyakan bungkusan yang dijanjikan sampai pada keesokan hari mengikut jadual. 

Digabungkan dengan rangkaian penghantaran yang merangkumi lebih 230 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, Pos Malaysia sediakan infrastruktur untuk sokong perniagaan korang baik dalam Malaysia ataupun ke luar negara.

Jadi kalau korang nak hantar produk korang ataupun nak elak masalah logistik, Pos Laju ada dengan korang. Bak kata Pos Malaysia, “Berjiwa lokal, merentas dunia.”

Pos Malaysia. Sampaikan Hubungan, Tingkatkan Kehidupan.